Saturday, 18 March 2006

SINGAPURA SEWENANG-WENANGNYA PERMAINKAN PEMIMPIN PENGECUT ISLAM HADHARI


JOHOR BAHRU 18 Mac - Rakyat sudah sedia maklum bahawa Malaysia seringkali dipermainkan oleh sebuah negeri kecil iaitu Singapura. Bermula dengan 'pembebasan' Singapura oleh Tengku Abdul Rahman pada tahun 60-an sehinggalah kepada perjanjian air dan akhir sekali rundingan jambatan baru Malaysia akan sentiasa berada di pihak yang rugi atau kalah.

Hari ini media sekali lagi melaporkan kebiadapan Singapura apabila menceroboh ruang udara Malaysia. Kejadian ini bukannya pertama kali malah seringkali berlaku kebelankangan ini. Namun pemimpin Islam Hadhari yang seringkali bertindak zalim kepada rakyat seringkali 'kecut perut' bila berhadapan dengan Singapura.

Tidak pernah kita mendengar pemimpin Islam Hadhari membuat bantahan rasmi kepada Singapura.

Media melaporkan bahawa pesawat tidak dikenali yang dilapor berlegar di ruang udara Gelang Patah dekat sini seperti disiarkan akhbar semalam, dikenal pasti sebagai pesawat peninjau tanpa pemandu (UAV) buatan Israel milik Tentera Udara Republik Singapura, kata seorang penganalisis pertahanan.

``Ia jenis Searcher UAV buatan syarikat Israel Aircraft Industries. Ia bukan sesuatu yang rahsia, Singapura menggunakannya sejak dari 1998,'' kata penganalisis itu yang enggan namanya disiarkan.

Bernama difahamkan, operasi pesawat UAV terbabit dijalankan oleh Skuadron 40 Tentera Udara Republik Singapura yang berpangkalan di Kem Murai, tidak jauh dari sempadan dengan Malaysia.

Kehadiran pesawat itu menimbulkan keresahan penduduk Gelang Patah kerana menyebabkan bunyi bising ``hinggakan nelayan pun tidak dapat menangkap ikan''.

Laman web Kementerian Pertahanan Singapura menyebut ia menggunakan UAV jenis Searcher yang berupaya beroperasi sejauh 100 kilometer dari pangkalannya dan selama lapan jam tanpa henti.

Republik itu dilaporkan mempunyai sekurang-kurangnya 40 pesawat jenis itu.

Mengulas isu itu, Pengerusi Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan Datuk Shahrir Abdul Samad, berkata negara jiran perlu memaklumkan kepada Malaysia mengenai operasi pesawat tentera mereka terutama yang berhampiran kawasan sempadan bagi mengelak rasa curiga dan bimbang di kalangan penduduk tempatan.

Katanya, tindakan memaklumkan tentang kehadiran dan operasi pesawat tentera negara jiran bukan sahaja akan membantu mengelak kekeliruan tetapi juga selaras dengan amalan berbaik-baik antara dua negara jiran yang rapat.

``Walaupun kehadiran pesawat terbabit adalah untuk mengawal sempadan atau mengelak kemasukan secara haram pendatang asing, mereka (negara jiran) patut membuat kenyataan dan memberitahu Malaysia (tentang kehadiran pesawat itu).''

``Apabila pihak berkuasa negara ini tahu mengenainya, mereka boleh menjelaskannya kepada penduduk tempatan agar tiada kekeliruan dan rasa curiga di kalangan mereka,'' katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Shahrir berkata, apa yang berlaku di Gelang Patah adalah akibat kegagalan Singapura memaklumkan kepada Malaysia tentang kehadiran pesawat itu sehingga mengakibatkan keresahan di kalangan penduduk tempatan.

Kita juga yakin kali ini pemimpin kerajaan Islam Hadhari Malaysia di bawah pimpinan Al-Badawi juga tidak akan membuat apa-apa tindakan. Mereka ini langsung tidak mempunyai harga diri walaupun ruang negara diceroboh oleh kuasa asing.

Mereka hanya berani berdepan dengan rakyat tetapi 'menikus' bila berdepan dengan kuasa luar.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59