Thursday, 30 March 2006

SEMUA MENTERI BERSIH. SUATU KENYATAAN YANG BOLEH DIPERTIKAIKAN


KUALA LUMPUR 30 MAC : Semua menteri kabinet didapati bersih dan perisytiharan harta mereka telah diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Abdullah Ahmad Badawi demikian kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Suliman di dalam parlimen semalam.

Dewan Rakyat semalam diberitahu, anggota kabinet berkenaan telah mematuhi arahan perisytiharan wajib harta mereka untuk dinilai oleh Perdana Menteri.

Abdullah telah menilai aset-aset yang diisytiharkan itu bagi menentukan samaada ia diperolehi secara sah atau secara melanggar undang-undang.

“Alhamdulillah, saya diberitahu setakat ini tiada mana-mana menteri dipertikaikan harta mereka,” kata Abdul Rahman semasa menjawab soalan M Kula Segaran (DAP-Ipoh Barat) dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Abdul Rahman menambah, menteri-menteri yang baru dilantik dalam rombakan kabinet baru-baru ini telah juga diarahkan mengisytiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri, sebagaimana dikehendaki di bawah kod etika ahli Parlimen Barisan Nasional.

Selepas mendengar penjelasan Timbalan Menteri itu, Kula Segaran yang masih tidak berpuas hati telah bertanya siapa pula yang menilai dan memeriksa harta-harta milik Perdana Menteri.

Abdul Rahman bagaimanapun tidak menjawab pertanyaan Kula Segarn itu. Perisytiharan harta para menteri kepada Perdana Menteri tidak dikehendaki didedahkan kepada awam.

Dalam soalan tambahannya Kula Segaran turut bertanya bagaimana kerajaan dan orang awam dapat memantau aset yang dimiliki oleh penjawat awam.

Dalam jawapannya, Abdul Rahman berkata, terpulang kepada ketua agensi kerajaan berkenaan untuk menilai harta kakitangan bawahannya dan kemampuannya memiliki harta-harta tersebut.

Sebelum itu beliau yang menjawab soalan Richard Ak Jaem (BN-Serian) telah memberitahu bahawa sehingga 31 Desember 2005, seramai 2,080 kakitangan kerajaan belum mengisytiharkan harta mereka.

Kakitangan awam dikehendaki mengisytiharkan harta masing-masing setiap lima tahun sekali.

Nampaknya jawapan Abdul Rahman di atas boleh dipertikaikan kerana ada antara menteri yang boleh kereta sampai hampir RM1 juta harganya seperti yang didedahkan oleh Ezam Mohd Nor. Banyak lagi dakwaan dan tuduhan pembangkang dan individu-individu tertentu yang tidak disiasat dan kalaupun disiasat keputusannya tidak didedahkan kepada umum.

Harta Dollah dan Najib sendiri bagaimana?

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

3 Comments:

semuts said...

cucu ulama' (PM) bila nampak wang depan mata boleh jadi kabur...inikan pula kaki penipu@penyangak@perompak (Menteri-menteri UMNO)....semuanya kaki rasuah belaka....

nina najwan said...

Banyak sangat ke gaji menteri hingga kat rumah boleh ada duit & barang kemas sampai RM 350,000? Sebabnya, menteri mana boleh buat business. Kalau buat business tu, logik la ada duit banyak macam tu.....

semuts said...

Itu baru dalam rumah, belum yang ada didalam bank dalam dan luar negara...semua kaki rompak...dah cakap dah...

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59