Saturday, 4 March 2006

RAKYAT DAN PENIAGA SAMA-SAMA JADI MANGSA KERAJAAN YANG TIDAK BERHATI PERUT


BUKIT KATIL 4 Mac - Manis sungguh kata-kata Perdana Menteri dalam kenyataan akhbarnya semalam. Antaranya beliau berkata kerajaan amat bersimpati dengan rakyat dan akan memastikan tiada siapa boleh mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan dengan kenaikan harga minyak.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil ingin bertanya kepada Al-Badawi kalau beliau benar-benar simpati kepada rakyat mengapa harga minyak dinaikkan. Tidakkah ianya melambangkan bahawa kata-kata simpati itu hanyalah dibibir yang tidak bertulang tetapi pelaksanaannya jauh panggang dari api.

Dalam kenyataannya semalam Al-Badawi yang nampak lemah lembut tetapi bertindak zalim kepada rakyat juga berkata kerajaan tidak akan membenarkan peniaga dan penyedia perkhidmatan mengaut keuntungan serta mengambil kesempatan berikutan kenaikan harga minyak runcit sebanyak 30 sen berkuat kuasa kelmarin.

Tetapi sedarkah beliau bahawa mungkinkah kerajaan dapat memantau semua kedai dan premis di seluruh Malaysia termasuk di kampung-kampung. Jawapannya sudah tentu mustahi. Mana mungkin kerajaan Al-Badawi mampu berbuat demikian dengan jumlah kakitangan yang terhad dan bekerja dalam ruang masa tertentu sahaja.

Tidakkah Al-Badawi tidak kasihan dengan peniaga yang terpaksa menampung kos yang meningkat tetapi pada masa yang sama tidak dibenarkan menaikkan harga jualan. Kalau inilah pandangan Al-Badawi Dewan Pemuda Kawasan merasakan beliau adalah antara Menteri Kewangan yang paling 'tidak cerdik' di dalam dunia. Patutlah kewangan negara semakin merosot dan rakyat dipaksa untuk berkorban di atas kebodohan pemimpin negara.

Semalam kerajaan Al-Badawi nampaknya cuba untuk meniru program yang pernah diasaskan oleh Tun Razak iaitu program Buku Hijau.

Kempen bertema `Tanam, Ternak Guna Sendiri dan Jimat Cermat Bina Ekonomi' , bertujuan menggalakkan masyarakat umum mengeluarkan makanan sendiri bagi kegunaan harian.

Nampaknya kerajaan Al-Badawi cuba mengelirukan rakyat supaya jimat berbelanja dengan menanam sendiri keperluan seharian. Tetapi pada masa yang sama pemimpin-pemimpin kerajaan dan agensi-agensi kerajaan bebas berbelanja dan boros menggunakan wang rakyat.

Dewan Pemuda PAS Kawasan dengan ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bangkit menumbangkan kerajaan Al-Badawi yang zalim dan lemah ini dalam Pilihanraya Umum kelak.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59