Friday, 10 March 2006

PERKEMBANGAN TERKINI DEMONSTRASI


3.30 petang

Perhimpunan kali ini dianggap lebih berjaya berbanding minggu lalu dan dikatakan boleh mencecah 5,000 orang kalau tidakpun melebihi 2,000 orang minggu lalu.

Dua wakil wanita juga berucap kali ini iaitu DR Siti Mariah Mahmud dan seorang pemimpin NGO Wanita dari Jerit (Jaringan Rakyat Tertindas).

Dalam ucapannya, Dr Mariah berkata, suri rumah seperti beliau yang paling terasa ekoran kenaikan harga minyak terutama kenaikan gas memasak sehingga mencecah RM5 untuk tong gas yang beratnya 14 Kg.

Beliau pula berpendapat, kerajaan patut menggunakan keuntungan besar Petronas untuk kepentingan rakyat terbanyak bukannya membelanjakannya untuk kepentingan yang tidak tentu.

Jeritan Hidup Rakyat terus bergema di sepanjang perhimpunan kali ini.

3.35 petang

Setelah Jurucakap Protes, Nasharudin Mat Isa berucap, para peserta demo itu mula berarak menghala ke Hotel Concord menggunakan Jalan Sultan Ismail.

3.50 petang

Polis mula menyemburkan meriam air (Water canon) ke arah orang ramai. Antara yang menjadi mangsanya ialah Dr Dzulkifli Ahmad, AJK PAS Pusat.

Anggota FRU pula mula mengejar orang ramai sehingga ke Jalan Sultan Ismail. Di Jalan Sultan Ismail menuju ke hotel Renaince, polis mula menutup jalan itu para pembantah berada di situ dan jalan semakin sesak.

Polis pula memberi amaran supaya orang ramai bersurai dan kelihatan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Ustaz Mohd Nor dan Peguam Zulkifli Nordin serta Peguam Shamsul Iskandar meminta juga orang ramai bersurai.

Kira-kira jam 4 petang, pasukan FRU mula keluar selepas berbincang dengan beberapa peguam di situ. Orang juga mula bersurai selepas itu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59