Wednesday, 1 March 2006

PAS MELAKA ANJURKAN HIMPUNAN BANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK 3 MAC DI HADAPAN MASJID AL-AZIM



SEMABOK, MELAKA 1 MAC : Badan Perhubungan PAS Negeri(BPPPN) Melaka akan menganjurkan himpunan membantah kenaikan harga minyak di perkarangan Masjid Al-Azim pada hari Jumaat 3 Mac selepas solat Jumaat.

Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dalam kenyataannya yang dikeluarkan pagi ini menyeru seluruh ahli PAS Melaka dan rakyat jelata negeri ini agar sama-sama mengambil bahagian untuk menunjukkan bantahan terhadap kerajaan BN yang sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak dengan tidak memikirkan beban yang akan ditanggung oleh rakyat kesan dari kenaikan ini.

Sehubungan dengan itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman menyeru seluruh ahli pemuda Kawasan supaya mengerah seluruh jentera mengajak seberapa ramai mungkin turun untuk menzahirkan rasa tidak puashati rakyat Melaka terhadap 'bala' yang menimpa ini.

'Jangan lagi kita tidur dan tidak mengambil tahu permasalahan ini, kerana 'bala' ini menimpa seluruh rakyat tidak kira bangsa, agama dan fahaman politik' tegas Hj Salamat.

'Rakyat Melaka seharusnya tampil ke hadapan membantah kenaikan harga minyak ini, kerana ianya cukup membebankan rakyat semua' tambah Haji Salamat ketika diminta mengulas arahan yang dikeluarkan oleh BPPN Melaka ini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

semuts said...

Sememangnya kita harus memprotes perkara seperti ini. Semakin hari kita dibebani dengan kesempitan hidup yang genting. Oleh itu undilah UMNO lagi wahai semua. Melayu mudah lupa. Bila pilihanraya mereka menyokong orang yang merompak harta meraka dan juga harta kekayaan negara. Semoga Allah hancurkan mereka...aminnn

semuts said...

Tiada satu perhimpunan pun! yang ada cuma pengedar risalah BN-barang naik...kalau nak berhimpun di melaka ini janganlah diharap...kebanyakannya semua kaki anggok...penganjur kurang publisiti juga adalah sebab ia tidak berjaya...tiada apa yang menarik dalam hal memberi risalah BN-barang naik...sepatutnya edarkan risalah untuk membuka minda rakyat...mungkin boleh dicetak "inilah akibatnya memilih BN" setiap kali diberi mandat, mereka menyalahgunakannya...dsbnya...GAGAL sama sekali GAGAL!!! Kesedaran rakyat melaka juga amatlah kecil berbanding di selangor dan kuala lumpur...

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59