Thursday, 16 March 2006

NAJIB TUKANG KARUT PALING POPULAR SEKARANG


KUALA LUMPUR 16 MAC : Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sekali lagi menjadi tukang karut yang hebat apabila menyeru rakyat menerima hakikat bahawa era minyak murah sudah berakhir dan harga bahan bakar itu akan terus meningkat.

Antara bait-bait yang diucapkan oleh beliau ialah "Kesimpulannya, era minyak murah...`"cheap oil" sudah berakhir'. Ini realiti yang mesti diterima rakyat Malaysia dan dunia keseluruhannya.

"Kita tidak boleh lindung lagi bahawa harga minyak akan terus naik dan era minyak yang murah sudah berakhir," katanya dalam taklimat khas kenaikan harga minyak untuk kakitangan Kementerian Penerangan, di Auditorium Angkasapuri malam tadi.

Hebat sungguh tukang karut ini. Setiap hari terpaksa berfikir untuk mencipta senikata baru untuk disampaikan di dalam 'dikir barat' beliau untuk dipersembahkan kepada rakyat.

Pada 28 Februari lalu, kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga petrol dan produk petroleum sebanyak 30 sen seliter.

Bernama melaporkan, keputusan untuk menaikan harga minyak ini disifatkan sebagai satu tindakan berani yang terpaksa dilakukan berikutan lonjakan harga minyak di pasaran dunia.

Najib cuba hendak menipu rakyat yang sekarang ini sebenarnya sudah cerdik. Walau apapun alasannya kerajaan sepatutnya mencari jalan untuk mengurangkan kesan kenaikan harga minyak ini. Apatah lagi kita mempunyai minyak sendiri yang tidak perlu dibeli dari luar. Sudah pasti ada jalan yang boleh di ambil untuk membantu rakyat.

Namun yang jelas sebenarnya kerajaan sekarang tidak mempunyai duit yang cukup untuk mentadbir negara akibat dari kerakusan kerajaan sendiri membelanjakan wang negara dengan boros dan bodoh.

Lihat sahaja bagaimana borosnya PM sendiri membaiki 'istananya' di Putra Jaya dengan harga lebih dari RM6 juta. Dalam keadaan duit negara yang sedikit inipun kerajaan masih sanggup meneruskan kejohanan Formula sudah tentu menelan belanja jutaan ringgit.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59