Thursday, 2 March 2006

NAJIB SARAN RAKYAT UBAH GAYA HIDUP. BAGAIMANA DENGAN PEMIMPIN YANG BERMEWAH-MEWAH?


KUALA LUMPUR 2 Mac - Dalam rancangan Isu Semasa Khas Bersama TPM di stesen RTM TV1 malam tadi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, rakyat perlu membuat perubahan kepada gaya hidup berikutan kenaikan harga runcit minyak sebanyak 30 sen seliter bermula semalam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat perlu berbelanja secara berhemah, berjimat cermat, tidak membazir serta mengutamakan perbelanjaan penting.

Saranan itu sebenarnya menggelikan hati bagai Ketam mengajar anaknya berjalan betul. Ini kerana kita tahu dikalangan pemimpin kerajaan yang ada hari ini hampir semuanya mengamalkan gaya hidup bermewah-mewah.

Pernahkah kita mendengar pemimpin-pemimpin ini 'memulangkan' peruntukan keraian mereka sebagaimana yang dilakukan oleh MB Kelantan. Pernahkan kita mendengar menteri-menteri mendermakan sebahagian gaji mereka kepada perbendaharaan. Jawabnya tidak. Malah kalau ada peluang mereka mahu lagi banyak elaun diujudkan.

Tetapi bila keadaan kewangan negara tersepit rakyatlah yang menanggung beban dan rakyatlah yang diminta supaya berjimat cermat dan tidak membazir.

Inilah rupa sebenar dan tembelang pemimpin BN hari ini yang langsung tidak memikirkan kesusahan rakyat.


Dalam program selama 40 minit itu, Najib yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Isu Harga dan Bekalan Diesel, ditemu bual oleh Ketua Pengarang Bernama, Datuk Azman Ujang dan pengantara, Imran Imtiaz Yaacob.

Harga runcit baru petrol premium RON97 di Semenanjung Malaysia naik kepada RM1.92 seliter, petrol RON92 RM1.88 seliter, diesel RM1.581 seliter dan LPG RM1.75 sekilogram.

Najib memberitahu, kerajaan tidak mempunyai pilihan selain menaikkan harga minyak kerana harga minyak mentah di pasaran dunia melambung tinggi sejak tahun lepas dan sekarang berada pada paras AS$61 hingga AS$62 setong.

Mana mungkin kerajaan tidak mempunyai pilihan jika sekiranya pemimpin sekarang pandai dan bijak menguruskan kewangan negara. LKe mana perginya keuntungan Petronas yang mencecah hampir RM50 billion. Tidakkah cukai hasil dari pertoleum ini besar jumlahnya.

Rakyat sekarang ini bukan sahaja terpaksa menanggung kesan kenaikan harga minyak ini, mereka juga baru sahaja dibebankan dengan kenaikan cukai tanah dan akan datang terpaksa menghadapi kenaikan harga barang dan tarif elektrik.


Najib berkata, negara-negara lain telah menamatkan subsidi minyak seperti Indonesia, Thailand dan negara-negara maju lain di mana harga di pam mengikut harga pasaran.

Kalau Najib ingin mengambil contoh negara-negara lain mengapa beliau tidak mengatakan negara-negara lain tidak mengenakan cukai jalan dan sebagainya. Mengapa hanya mengambil contoh harga minyak sahaja.

Kesimpulan yang boleh kita buat ialah kerajaan sekarang sudah tidak mampun untuk menguruskan kewangan negara yang mengakibatkan wang negara semakin kecil jumlahnya. Mahu tidak mahu rakyat dipaksa menanggung beban.

ADAKAH KERAJAAN INI KERAJAAN YANG BERTANGGUNGJAWAB ATAU KERAJAAN YANG LEMAH DAN TIDAK PANDAI MENTADBIR?

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

semuts said...

Pemimpin umno memang penyangak semua. Mereka kesana kesini dengan minyak subsidi sepenuhnya. Mereka lupa wang itu semuanya wang hasil daripada rakyat. Susah mencari Perompak dan penyangak besar?, Semuanya ada dalam umno!!!

semuts said...

DEWAN PEMUDA PAS, MOHON SUPAYA DIKELUARKAN JADUAL CERAMAH SETIAP BULAN. KELUARKAN TOPIC CERAMAH YANG HEBAT HEBAT BAGI MENARIK PERHATIAN RAMAI HADIRIN...SEKARANG INI ADALAH MASA UNTUK MENARIK DAN MENGUNCI HATI RAKYAT SETELAH MARAH DENGAN KENAIKAN MINYAK YANG MENDADAK YANG DILAKUKAN OLEH PIMPIAN UMNO DAN BN. KEKALKAN KEYAKINAN MEREKA SETELAH MEREKA BERSAMA KITA. ADAKAN SIRI-SIRI CERAMAH YANG BOLEH MEMAHAT DIHATI SETIAP PENYOKONG. AL-MAKLUM-BAK KATA ORANG TUA PENCEN - "MELAYU MUDAH LUPA"...

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59