Tuesday, 21 March 2006

MAS MUNDUR 1,000 TAPAK KE BELAKANG


MELAKA 21 MAC : Amat memalukan! di saat Syarikat Penerbangan lain menambah laluan ke destinasi-destinasi utama di dunia, Penerbangan Malaysia Airlines (MAS)sebaliknya mengumumkan untuk memberhentikan penerbangan antara Kuala lumpur dan enam destinasi antarabangsa di India, China dan United Kingdom dan Eropah. Ianya akan dihentikan sepanjang tempoh tiga bulan akan datang. Enam destinasi tersebut ialah Ahmedabad dan Kolkata di India, Xian di China, Padang di Indonesia dan Manchester dan Vienna di Eropah.

Siapa yang harus dipersalahkan?

Penerbangan Kuching-Pontianak juga akan diberhentikan sepanjang tiga bulan akan datang, kata MAS di dalam satu kenyataan hari, seleras dengan langkah pemulihan perniagaan dan rancangan penyusunan semula laluan antarbangsanya.

MAS menjangkakan rancangan perasionalisasi laluan yang sedang dilaksanakan itu akan membantu meningkatkan muatan, menambah perolehan dan mengurangkan kerugian sehingga RM303.0 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2006.

Menurut Bernama, penjimatan kos juga dijangka dapat mengimbangi kerugian pendapatan yang dialami ekoran daripada rancangan merasionalisasi laluan-laluan itu, katanya.

Berkuatkuasa 1 April, 2006, pertukaran pesawat akan dilakukan antara A330-300 Kuala Lumpur/Chengdu dan A330-200 Kuala Lumpur/Kunming bagi perkhidmatan pergi dan balik seminggu dua kali bagi menampung permintaan penumpang untuk kedua-dua laluan ini.

Kekerapan penerbangan akan turut dikurangkan secara berperingkat bagi laluan pergi-balik Kota Kinabalu/Shanghai, Pulau Pinang/Singapura, Kuala Lumpur/Sandakan, Kuala Lumpur/Nagoya, Kuala Lumpur/Frankfurt dan Kuala Lumpur/Auckland.

Tempahan tiket

Sementara itu, berkuatkuasa 15 Mei, 2006, Malaysia Airlines akan menyelaraskan semula beberapa perkhidmatan mingguan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu-Tokyo, Tokyo-Kota Kinabalu-Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu-Osaka untuk beroperasi secara terus antara KLIA dan bandar-bandar Jepun.

Langkah ini dijangka dapat mempertingkatkan saling-hubung antara rangkaian antarabangsa dan domestik MAS, kata kenyataan itu.

Katanya, MAS akan memenuhi tempahan tiket yang telah dibuat lebih awal ke atas laluan-laluan yang terlibat dalam rancangan merasionalisasikan laluan itu.

"Rancangan perasionalisasi laluan di atas dijangka memberikan kesan yang sedikit terhadap kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancong terkemuka di Asia, memandangkan Malaysia Airlines akan bekerjasama secara agresif dengan rakan perkongsian kodnya," kata kenyataan itu.

Menerusi perjanjian sedia ada, MAS akan terus mempromosikan saling-hubung antara Malaysia dan destinasi antarabangsa utama di samping menyumbang ke arah usaha-usaha keseluruhan oleh pelbagai pihak untuk meningkatkan kedatangan pelawat ke Malaysia.

Manakala kesan perasionalisasi ke atas operasi kargo MAS pula dijangka tidak begitu ketara kerana syarikat penerbangan itu akan terus mengekalkan destinasi kargo utamanya di United Kingdom, Orient, Australia, Asia Barat, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat.

Syarikat penerbangan itu akan menampung pemberhentian perkhidmatan itu menerusi persetujuan "interline" di samping meningkatkan saling-hubung pengangkutan kapal terbang apabila dua pesawat B747 menyertai rangkaian kapal terbang syarikat, masing-masing pada bulan ini dan Mei 2006.

Sumber: Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59