Saturday, 18 March 2006

MALU : BUDAK HINGUSAN LEBIH CERDIK DARI ORANG DEWASA


AirAsia kaji ambil alih pesawat, pekerja MAS
KUALA LUMPUR 18 MAC : Satu demi satu kelemahan GLC (Government Link Company) mengalami kerugian. Ini tidak lain memberikan petunjuk bahawa Kementerian Kewangan yang mengawasi Khazanah Nasional dan Kementerian Kewangan Diperbadankan sebenarnya ditadbir oleh seorang Menteri Kewangan yang bodoh dan lemah.

Media hari ini melaporkan satu lagi berita memalukan apabila menyiarkan berita bahawa Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd (AirAsia) bercadang mengadakan rundingan dengan Penerbangan Malaysia (MAS) berhubung pembelian pesawat 737-400 selain mengambil kakitangannya selepas memperoleh kelulusan mengambil alih beberapa laluan domestik yang dikuasai syarikat penerbangan kebangsaan itu.

Tidak mustahil satu hari ini MAS itu sendiri akan tergadai dan dibeli oleh AirAsia.

“Kami akan meninjau kemungkinan untuk mengambil alih beberapa pesawat dan kakitangan (MAS),” kata Timbalan Ketua Eksekutif AirAsia, Kamarudin Meranum kepada AFP.

Beliau berkata, mengikut rancangan pengagihan laluan, MAS akan mengurangkan perkhidmatan domestik sementara AirAsia dapat meningkatkan laluan tempatannya.

“Kami berharap untuk menyerap masuk kakitangan mereka. Kami juga mungkin meninjau (pembelian) pesawat 737-400 milik MAS,” katanya.

Kamarudin berkata, AirAsia juga meninjau peluang bekerjasama dengan MAS dalam bidang kejuruteraan bagi memastikan kedua-dua syarikat dapat saling membantu dalam usaha menjadikan Malaysia hab penerbangan antarabangsa.

“Kami mahu menjalinkan hubungan kerja yang baik dengan MAS dan ia sekali gus bakal mewujudkan dua syarikat penerbangan yang kukuh di negara ini dan menjadikan Malaysia hab antarabangsa,” katanya.

Mengikut program pengagihan laluan dengan sokongan Kerajaan itu, AirAsia akan mengendalikan semua perkhidmatan domestik kedua pada masa sama, menjaga antara lima sehingga 10 laluan paling sibuk bersama MAS.

Kerajaan sudah mengarahkan AirAsia dan MAS untuk mengenal pasti serta melakukan pengagihan laluan menjelang 27 Mac ini.

MAS memiliki 39 pesawat jenis 737-400 yang sebilangan besarnya digunakan untuk laluan domestik dan serantau.

Inilah akibatnya apabila kerajaan yang ada sekarang dipimpin oleh orang-orang yang mengamalkan rasuah, penyelewengan, kronisme dan nepotisme.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59