Friday, 3 March 2006

KEZALIMAN DITERUSKAN


Kezaliman kerajaan Islam hadhari ke atas tahanan ISA yang belum terbukti kesalahan mereka diteruskan lagi dengan perlanjutan tempoh tahanan mereka.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri semalam telah melanjutkan tempoh tahanan lima orang yang disyaki militan Islam selama dua tahun lagi di bawah Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA), walaupun mereka telah ditahan sejak empat tahun lalu.

“Keluarga orang tahanan berkenaan mengesahkan kelima-lima tahanan ISA yang tamat tempoh tahanan mereka pada Selasa lepas telah dilanjutkan penahanannya,”kata jurucakap Gerakan Hapuskan ISA (AIM), Chang Lih Kang.

Menurut beliau, perintah lanjutan penahanan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri itu tidak menyatakan sebarang alasan

Selaku menteri berkenaan, Abdullah mempunyai kuasa untuk melanjutkan tempoh tahanan selama dua tahun lagi mengikut budi bicaranya.

Kelima-lima orang tahanan itu ialah Syahrial Sirin, Mohd Faiq Hafidh, Dr Abdullah Daud, Shahril Hat dan Muhammad Kadar.

Mereka ditahan empat tahun lalu atas tuduhan terbabit dengan kumpulan Jemaah Islamiah (JI).

Dengan perlanjutan tempoh tahanan mereka, jumlah orang tahanan ISA yang dilanjutkan penahanan mereka dalam dua bulan pertama tahun ini sebanyak 10 orang. Ini juga menambah bilangan orang tahanan ISA yang ditahan untuk tahun kelimanya meningkat kepada 16 orang.

Pada September tahun lalu kerajaan melanjutkan penahanan enam orang yang disyaki anggota Kumpulan Mujahidin Malaysia termasuk anak Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Nik Abdul Aziz.

Chang mengecam keputusan melanjutkan tempoh penahanan itu dengan menyifatkann sebagai “ luar biasa” sejak Operasi Lalang tahun 1987. Beliau menyeru semua orang tahanan ISA itu dibicarakan di mahkamah terbuka.


Tuduhan tidak berasasa

“Sedangkan tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap mereka semasa mula-mula ditahan empat tahun lalu masih belum dibuktikan di makhamah terbuka, kini kerajaan melanjutkan tempoh penahanan selama dua tahun lagi dengan berdasarkan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas, ini tidak boleh diterima sama sekali,”katanya lagi.

Menurut Chang, jelas sekali tiada perubahan dibuat di bawah pentadbiran Abdullah setelah dua tahun setengah memerintah negara ini, kerana masih meneruskan amalam menahan orang tanpa bicara yang merupakan pelanggaran hak asasi manusia yang serius dan tindakan yang tidak bertamaddun.

Menurutnya lagi, oleh itu Perdana Menteri tidak layak menggesa Amerika Syarikat menutup kem tahanan Guantanamo Bay selagi kerajaan Malaysia tidak menutup kem tahanan Kamunting yang kini dihuni oleh lebih 100 orang tahanan.

Chang juga bertanya tentang nasib dua lagi orang tahanan iaitu Mohd Sha Sarijan dan Shukri Omar Talib yang tamat tempoh tahanannya bulan lalu.

“Mungkinkah mereka berdua juga dilanjutkan tempoh penahanan masing-masing?”
Sementara itu terdapat lima orang lagi orang tahanan akan tamat tempoh penahanan mereka pada hujung bulan ini.

Jurucakap AIM itu juga mendakwa dua orang tahanan warga Singapura telah dihantar balik ke negara asal mereka awal minggu ini.

Mereka dikatakan telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri Singapura sebaik sahaja tiba di republik itu.

Orang tahanan berkenaan ialah Muhammad Ismail Anuwarul dan Abdul Rashid Anuwarul yang turut didakwa mempunyai kaitan dengan JI.

Sudah jelaslah bahawa Islam Hadhari yang dilaung-laungkan hanyalah omongan kosong kerana ianya tidak diamalkan oleh penganutnya sendiri. Keadilan dan kemerdekaan rakyat yang menjadi salah satu 'rukun' Islam Hadhari dilanggar oleh 'Mursyidul Am' Islam Hadhari sendiri.

Dipetik dari Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

semuts said...

APA LAGI KITA TUKAR SAHAJA KERAJAAN...KALAU DI INDONESIA DAH LAMA MANUSIA YANG BERNAMA ABDULLAH BADAWI INI JATUH DIGULINGKAN...TAPI DIMALAYSIA, TIDAK SAMA SEKALI. SEMUA RAKYATNYA MENGAMALKAN SIKAP SOPAN SANTUN. TAKPELAH...BOLEH DIUBAH APABILA PILIHANRAYA KELAK. KERJA PERLU KUAT BAGI MENJAMIN KEMENANGAN...ISU MINYAK BOLEH DIBAWA PADA PRU AKAN DATANG WALAUPUN MASIH LAMA LAGI, NAMUN BOLEH DITERANGKAN KEPADA RAKYAT, SEKIRANYA MEREKA MEMILIH BN, MAKA MEREKA SEBENARNYA RELA AKAN WANG DAN HARTA MEREKA DIROMPAK DENGAN PERLBAGAI CARA TERMASUK DENGAN KENAIKAN HARGA MINYAK MELAMPAU.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59