Monday, 13 March 2006

KES BUNUH IBU DAN TIGA ANAK : APA NAK JADI DENGAN MASYARAKAT KITA


JOHOR BAHRU 13 MAC : Berita yang disiarkan media hari ini tentang kematian seorang ibu muda dan tiga anaknya sungguh menyayat hati. Walau siapapun pembunuh anak-anak kecil yang tidak berdosa itu, kita rasakan bahawa si pembunuh adalah 'binatang' berupa manusia. Apatah ada kemungkinan bahawa pembunuhnya adalah ayah atau ibu mereka sendiri.

Siasatan polis berhubung kes bunuh empat beranak di Taman Kota Masai dekat sini, malam kelmarin, kini bertumpu kepada dua teori bagaimana kejadian itu berlaku.

Teori pertama ialah lelaki berusia 36 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan kes itu membunuh isterinya, Marziah Mansur, 33 dan tiga anak mereka yang berusia satu hingga tujuh tahun.

Teori kedua pula, tiga kanak-kanak itu dibunuh oleh Marziah sebelum dia dibelasah suaminya hingga mati.

Sumber polis berkata, ketika disoal siasat, suspek yang juga seorang kontraktor mendakwa ketika turun ke tingkat bawah rumahnya pada 8 malam, dia melihat tiga anaknya sudah mati di ruang tamu rumah menyebabkannya bertengkar dengan isteri, sebelum memukulnya dengan tiang besi buaian.

Polis bagaimanapun meragui dakwaan itu kerana semua mangsa mempunyai kesan cedera di kanan kepala dan dipercayai dipukul menggunakan objek keras yang sama.

Sumber itu berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada suspek dan beberapa saksi termasuk jiran mereka tetapi ada beberapa percanggahan mengenai keadaan serta masa kejadian.

Semalam, akhbar melaporkan seorang kontraktor ditahan selepas dipercayai membunuh Marziah, dan anak mereka, Muhammad Zamrie, 7; Muhammad Zairie, 3 dan Intan Zaharah, 1, di rumah mereka di Taman Kota Masai.

Sumber itu berkata, suspek dalam keterangan awalnya memberitahu polis, anak sulungnya memaklumkan kepadanya ‘ibu memukul dua adiknya’ ketika dia sedang mandi di tingkat atas.

“Suspek mendakwa dia turun ke tingkat bawah dan mendapati tiga anaknya terbaring manakala isterinya duduk senyap menyebabkan dia bertanya apa yang berlaku.

"Melihat isterinya diam, dia memukul isterinya dengan tiang buaian dan tidak sedar ia menyebabkan kematian," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, mengesahkan suami Marziah kini ditahan reman hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Beliau bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai hasil siasatan kes itu.

Tinjauan Berita Harian di Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam mendapati saudara mara mangsa memenuhi pekarangan rumah mayat hospital itu untuk menuntut jenazah tetapi beredar selepas dimaklumkan bedah siasat hanya akan siap pagi ini.

Jelas sekarang terlampau banyak perkara pelik terjadi di sekeliling kita iaitu jenayah yang berlaku yang kadang-kadang tidak masuk akal.

Mungkin negara kita sekarang ini ditimpa bala oleh Allah yang menyebabkan masyarakat sudah tidak tenteram dan aman.

Namun begitu kejadian-kejadian jenayah seperti ini tidak menginsafkan pemerintah kita yang masih leka dengan kemewahan dan keseronokan dan pada masa yang sama cuba menekan rakyat dengan kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59