Wednesday, 8 March 2006

Kerajaan Negeri Rancang Projek Naik Taraf Di Pantai Puteri. Bagaimana dengan kegiatan maksiat?


BUKIT KATIL, 8 Mac : Rancangan Kerajaan Negeri Melaka yang merancang beberapa projek bagi memperindahkan lagi Pantai Puteri supaya ia kekal menjadi antara pantai terbaik dan popular di Malaysia memang dialu-alukan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Ismail Saleh berkata, kerajaan yakin melalui projek seperti menambak laut dan menyusun semula gerai akan memberi kemudahan kepada rakyat untuk beristirehat bersama keluarga terutama pada hujung minggu atau hari cuti am.

Beliau berkata demikian ketika berucap dan merasmikan Majlis Penutupan Karnival Pra GP Joran 2006 yang dianjurkan oleh Berita Harian yang diadakan selama dua hari yang bermula pada 4 dan 5 Mac lalu.

Karnival anjuran bersama Kerajaan Negeri, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Tourism Malaysia dan penginapan ditaja oleh Merak Malacca Beach Resort itu dihadiri kira-kira 1,600 pemancing dari seluruh negara.

Ismail berkata, dengan kehadiran ribuan peserta memancing akan memberi keuntungan kepada sektor pelancongan terutama hotel, gerai dan pusat perniagaan kraf serta makanan tempatan.

Tetapi kerajaan negeri juga mestilah menangani gejala maksiat yang berleluasa di pantai tersebut. Tinjauan Blog ini di pantai itu beberapa bulan lalu mendapati kegiatan maksiat seperti berdua-dua di dalam gelap, berpelukan dan sebagainya masih berleluasa.

Pasangan-pasangan muda langsung tidak menunjukkan perasaan segan silu walaupun orang ramai lalu-lalang disekitar pantai tersebut.

Kerajaan Melaka mesti bertanggugjawab dengan berusaha untuk mencegah perbuatan tidak bermoral ini. Jangan nanti pantai sahaja yang indah dan cantik tetapi perangai anak-anak muda di negeri ini buruk disebabkan tiadanya pencegahan dan pendidikan yang dijalankan oleh kerajaan negeri.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59