Wednesday, 1 March 2006

KENAIKAN HARGA MINYAK : PETUNJUK JELAS KERAJAAN BN POKAI


KUALA LUMPUR 28 Feb. - Semalam semasa mengumumkan kenaikan harga minyak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberikan alasan bahawa penjimatan kira-kira RM4.4 bilion daripada pengurangan subsidi minyak pada tahun ini akan `dipulangkan semula' secara tidak langsung kepada rakyat.

Dari kata-kata beliau ini jelaslah kepada kita bahawa rakyat terpaksa menanggung sendiri pembangunan yang di buat oleh kerajaan. Setelah kerajaan mengenakan pelbagai cukai kepada rakyat kini, kerajaan 'menekan' rakyat dengan kenaikan harga minyak atas alasan untuk memberikan pembangunan kepada rakyat.

Bagi kita ini merupakan isyarat jelas bahawa kerajaan tidak mempunyai duit yang cukup untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat sehingga sanggup menekan rakyat. Ini samalah dengan keadaan di mana bapa menyuruh anaknya mencari duit sendiri untuk membeli pakaian sekolah walaupun anaknya masih kecil.


Perdana Menteri berkata, penjimatan itu yang diperoleh berikutan peningkatan harga runcit petrol dan diesel mulai hari ini, akan dilabur semula seberapa segera bagi menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam Malaysia.

Rakyat Malaysia ingin menegaskan di sini bahawa hasil mahsul negara kita sebenarnya banyak dan negara juga kaya tetapi malangnya kerajaan yang ada sangat boros dan tidak tahu mentadbir sebab itulah kewangan negara berada dalam suasana yang agak meruncing sehingga mereka sanggup membebankan rakyat.

Kemana pergi wang keuntungan tahunan petronas berjumlah berbilion-bilion ringgit. Tidak bolehkah wang ini 'dipulangkan'kepada rakyat untuk kesejahteraan kami.

Sesungguh alasan yang diberikan oleh Perdana Menteri ini sungguh dangkal dan tidak boleh diterima.

Setiap kali kenaikan harga minyak diumumkan oleh kerajaan maka setiap itulah alasan sebegini diberikan oleh pemimpin-pemimpin yang tidak tahu malu ini. Mereka ini langsung tidak berhati perut kerana tidak memikirkan betapa susahnya rakyat untuk menanggung kesan kenaikan harga minyak ini. Sehari dua lagi harga barangan pula akan melambung naik.

Ayuh rakyat Malaysia apa di tunggu lagi. Mari sama-sama kita bangkit menyedarkan rakyat supaya menolak kerajaan yang jelas lemah dan tidak tahu mentadbir negara ini. Bila mereka tersepit kitalah yang menanggung penderitaan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59