Friday, 10 March 2006

KEM REMAJA CEMERLANG DAPAT SAMBUTAN BAIK. PENYERTAAN MASIH DIBUKA


BUKIT KATIL 10 MAC : Kem Remaja Islam (KRC) yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Bukit Katil mendapatkan sambutan yang menggalakkan dari pelajar-pelajar di sekitar Parlimen Bukit Katil.

Pengarah Program, Jasri Jaafary dalam kenyataannya kepada blog ini malam tadi menyatakan beliau sangat berpuashati dengan bilangan peserta yang akan menyertai kem yang akan bermula Sabtu ini.

Kem yang bermula pada jam 3.00 petang Sabtu dan berakhir pada petang hari Isnin ini akan diadakan di Sekolah Menengah Ar-Rahmah, Solok Gaung, Ayer Molek.

Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan motivasi diri pelajar-pelajar, membimbing pelajar untuk menguruskan masa dengan sistematik, membimbingkan tentang cara belajar yang berkesan serta mengeratkan silaturrahim antara peserta.

Antara Pakar Motivasi yang akan membimbing para pelajar ini adalah Khairuddin Ahmad yang mempunyai pengalaman luas sebagai pendidik. Beliau berkelulusan Masters dalam bidang Kaunseling dari UTM.

Orang ramai yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka masih boleh berbuat demikian dengan menghubungi Hj Salamat Aman 019-397 8488, Razali Osman 019-4167737 atau Jasri Jaafari 017-6276420 atau datang sendiri pada hari pendaftaran.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59