Friday, 10 March 2006

Demo di KLCC, polis sedia untuk bertindak


KUALA LUMPUR, 10 Mac - Demonstrasi membantah kenaikan harga minyak berjalan lagi di KLCC hari ini, nampaknya mereka lebih ramai berbanding minggu lepas, tetapi polis khasnya pasukan simpanan persekutuan (FRU) sudah bersedia untuk bertindak terhadap mereka.

Dua buah helikopter polis berlegar rendah di ruang udara KLCC berbanding hanya satu minggu lalu.

Jam 2.30 petang

Kelihatan para penunjuk perasaan berarak dari Masjid KLCC dan kini berada di depan Hotel Nikko. Tidak diketahui lagi ke mana tujuan mereka.

Menurut Saidatul Armani, wartawan Harakah, perkarangan Suria KLCC sudah penuh dengan polis dan juga orang ramai.

2.35 petang

Para penunjuk perasaan sampai di perkarangan KLCC jam 2.35 petang dan mula berhimpun untuk mendengar ucapan-ucapan dari pemimpin mereka.

Antara yang memberikan ucapan adalah Dr Hatta Ramli dari PAS. Menurut beliau, perhimpunan ini bertujuan untuk membantah kenaikan harga minyak yang tidak munasabah.

Protes ini akan dibuat sehingga harga minyak turun balik atau pemimpin dan kerajaan yang ada turun.

Turut berucap adalah Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua dan Presiden Pro-Tem PSM, Dr Mohd Nasir Hashim.

Minggu lalu

Bantahan minggu laluMinggu lalu, kira-kira 2,000 penunjuk perasaan membuat bantahan di situ dari pelbagai kaum. Pemimpin PAS, PKR, DAP dan beberapa NGO menyertai mereka.

Minggu ini, Gabungan Protes Kenaikan Harga Minyak (Protes) menjangka lebih ramai yang akan turun membantah kerana bantahan kali ini hanya dibuat di KLCC dan Kuala Terengganu sahaja berbanding seluruh negara minggu lalu.

Tidak ada sebarang gangguan polis berlaku minggu lalu dan mereka dilihat menjalankan tugas secara profesional menjaga keamanan.

Sumber : Harakahdaily

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59