Wednesday, 1 March 2006

AYUH SAMA-SAMA TURUN KE KLCC JUMAAT 3 MAC BANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK


MELAKA, 1 MAC - Ketua DPP Pusat YB Salahuddin Ayub seluruh pemuda PAS seluruh negara agar turun beramai-ramai untuk mengambil bahagian dalam demonstrasi aman secara besar-besaran membantah kenaikan harga minyak yang melampau di perkarangan KLCC sebaik sahaja selesai Sembahyang Jumaat 3 Mac ini.

Kenyataan beliau dibuat bagi menyokong kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS yang mengajak seluruh rakyat membantah kenaikan harga minyak tersebut.

Salahuddin dalam kenyataan itu juga menyifatkan kerajaan yang ada pada hari ini telah menyalahguna kuasa dan mandat yang diberikan oleh rakyat dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga bahan bakar ini.

Ustaz Nasaruddin dalam kenyataannya semalam menjelaskan bahawa demonstrasi itu bertujuan untuk menunjukkan bantahan rakyat terhadap keputusan kerajaan yang tidak rasional dan membelakangi kepentingan rakyat banyak itu.

Harakahdaily semalam melaporkan bahawa kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen untuk setiap liter minyak berkuatkuasa semalam dimana ianya merupakan kenaikan paling besar yang dilakukan oleh kerajaan sehingga kini iaitu naik 18 peratus dari harga minyak yang ada.

Banyak pihak menyifatkan kenaikan ini tidak rasional ketika Petronas, sebagai syarikat pengeluar minyak milik negara, mencatatkan keuntungan lebih RM50 bilion tahun lepas.

Seperti yang kita sedia maklum kenaikan ini sudah pasti akan mengundang padah yang lebih besar kerana harga barangan akan turut naik demi untuk menampung kos pengangkutan yang juga turut naik.

------------------------------------------------------------------------------------

STATISTIK : Kenaikan Harga Minyak (Terkini!)
Harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 15 tahun - sejak 1990)

Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10(kenaikan RM 0.21)01/10/2000 - RM 1.20(kenaikan RM 0.10) 20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30) <-- Terkini dan tertinggi dalam sejarah

Nota : (ayat2 standard)
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Subsidi ini akan digunakan untuk meningkatkan kemudahan pengangkutan awam


Statistik dipetik dari Kawjasindaily.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59