Friday, 10 March 2006

AYUH KITA KE KLCC JAM 2 PETANG INI. TERUSKAN BANTAHAN


KUALA LUMPUR, 9 Mac - Ayuh mari kita beramai-ramai menyertai bantahan yang dianjurkan oleh Gabungan Protes Kenaikan Harga Minyak (Protes)petang ini.

Demonstrasi aman membantah kenaikan harga minyak ini akan diadakan di perkarangan KLCC dan akan bermula jam 2 petang ini.

Menurut Jurucakap Protes yang juga Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, kali ini bilangan yang lebih besar dan tempoh bantahan yang lebih lama dijangka akan mewarnai demo besok.

"Moto kita adalah Protes Sampai Turun...apa atau siapa yang turun kita tengok siapa yang kena nanti," kata beliau kepada Harakahdaily.

Protes disertai oleh parti-parti politik pembangkang dan badan bukan kerajaan.

Mereka bergerak atas kepentingan bersama iaitu menuntut harga minyak diturunkan kembali demi kepentingan rakyat terbanyak kerana kesan kenaikan sebanyak 30 sen bagi setiap liter minyak kali ini agak parah.

Demo kali ini, kata Nasharudin akan berjalan di KL dan Kuala Terengganu sahaja. Penyokong dari negeri-negeri lain akan datang ke KL.

Minggu lalu, demo telah diadakan hampir kesemua bandar di Semenanjung kecuali Kuala Terengganu yang akan berjalan di perkarangan Pentas Budaya, Pantai Batu Buruk mulai jam 4 petang esok.

"Oleh itu, kita meminta penyokong kita dari negeri-negeri, kecuali Terengganu, datang ke KLCC Jumaat esok ini," kata beliau.

Mereka dijangka berkumpul di beberapa masjid di sekitar KLCC sebelum berarak ke bangunan yang terletaknya pejabat Petronas, syarikat minyak milik negara yang mengaut banyak keuntungan itu.'

Dipetik dari Harakahdaily.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59