Tuesday, 21 March 2006

APA YANG Umno JOHOR BOLEH BUAT, KALAU PEMIMPIN MEREKA SENDIRI PENGECUT


JOHOR BAHRU 21 Mac - Apa yang Umno Johor boleh buat kalau pemimpin mereka sendiri yang pengecut. Itu pertanyaan yang timbul bila membaca berita yang disiarkan oleh media hari ini yang menyatakan bahawa Badan Perhubungan UMNO Johor akan mengadakan satu mesyuarat tergempar esok khusus untuk membincangkan isu penjualan pasir dan penggunaan ruang udara oleh Singapura sebagai syarat bagi mendapatkan persetujuan membina jambatan lurus untuk menggantikan Tambak Johor.

Mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman itu dijangka akan mengambil satu pendirian tegas berhubung kedua-dua permintaan republik itu.

Kedua-dua perkara itu telah dijadikan prasyarat persetujuan oleh Singapura untuk membenarkan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor yang kini berusia 82 tahun.

Jangankan Umno Johor, Umno pusat pun tidak berani berhadapan dengan kerajaan Singapura. Semua perjanjian yang melibatkan Malaysia dan Singapura termasuk penjualan pasir, penjualan air semuanya menguntungkan Singapura, lantaran kebodohan dan lemahnya pemimpin Islam Hadhari yang sentiasa tunduk dengan kemahuan Singapura.

Malah dalam isu keselamatan dan maruah negara pun pemimpin Islam Hadhari ini tidak berani bertegas. Lihat sahaja berapa kali pesawat tentera udara Singapuran memasuki ruang udara Malaysia, tetapi Malaysia langsung tidak membuat bantahan rasmi atau memberikan amaran kepada Singapura.

Pemimpin Islam Hadhari ini hanya berani berhadapan dengan rakyat yang berugama Islam tetapi lemah longlai tidak bermaya bila berhadapan dengan Singapura.

Pada mesyuarat itu, Ghani dijangka akan memaklumkan perkara-perkara terkini berhubung perbincangan antara kedua-dua negara di peringkat Pusat terhadap rancangan pembinaan jambatan yang merentasi Selat Tebrau.

Beliau juga dikatakan akan meminta mandat ketua-ketua bahagian UMNO Johor sebelum menyiapkan satu `nota pandangan' terhadap kedua-dua perkara terbabit. (Nota pandangan sahaja ke, bukan nota bantahan?)

Nota terbabit kemudiannya akan diserahkan kepada Kerajaan Pusat yang mengendalikan perundingan antara Malaysia dan Singapura berhubung isu pembinaan jambatan ini.

Ghani dijangka tidak akan membuat kenyataan akhbar selepas mesyuarat tertutup itu dan pihak media juga tidak dimaklumkan mengenai mesyuarat yang akan diadakan esok.

Bagaimanapun salah seorang Ketua Bahagian UMNO yang dihubungi lewat malam ini mengesahkan mesyuarat yang akan diadakan esok.

Difahamkan Singapura mahu 200 juta meter padu pasir iaitu 50 juta meter padu pasir setahun selama 20 tahun untuk melebarkan Pulau Tekong, Tuas dan Jurong.

Dengan jumlah pasir sebanyak itu dalam masa 20 tahun ia boleh mewujudkan sebuah lagi pulau di Singapura.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59