Friday, 31 March 2006

Harga bahan petroleum akan terus meningkat



KUALA LUMPUR 31 MAC : Bersedialah untuk berdepan dengan kenaikan harga sumber tenaga atau bahan api sepanjang tempoh lima tahun akan datang. Inilah isyarat yang diberikan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RM9).

Sepanjang tempoh rancangan pembangunan jangka panjang ini, kerajaan akan secara berperingkat-peringkat mengurangkan subsidi dalam harga minyak, sekaligus akan menaikkan harga bahan tersebut.

Pada 28 Februari lalu, harga minyak petrol, diesel dan LPG dinaikan 30 sen selepas kerajaan mengurangkan jumlah subsidi minyak bagi tahun ini.

Menurut laporan RM9, langkah-langkah akan diambil untuk mengkaji semula struktur harga sumber tenaga supaya ia menggambarkan harga pasaran sebenar.

Langkah ini juga bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penggunan bahan api dan mengelakkan pembaziran.

Kerajaan juga mahu memastikan pihak yang menguruskan sumber tenaga yang semakin pupus menggunakan dengan optimum dan berkesan sumber tenaga berekenaan.

Ini merupakan sebahagian daripada strategi untuk memastikan sepanjang tempoh lima tahun ini sektor tenaga dapat tumbuh dengan sihat bagi menyokong pembangunan ekonomi negara.

Tingkat produktiviti

Strategi lain yang akan dilaksanakan ialah meningkatkan produktiviti dan keberkesanan bekalan dan pengunaannya.

Kerajaan juga mahu mengurangkan pergantungan pada bahan petroleum dengan membangunkan sumber tenaga alternatif serta mempromosi penggunaan sumber tenaga yang boleh dikitar semula.

Tumpuan juga akan diberikan pada penggunaan sumber tenaga secara berkesan di sektor pengangkutan, perindustrian dan di bangunan-bangunan kerajaan.

Untuk kepentingan rakyat luar bandar, kerajaan juga bercadang memperluaskan bekalan tenaga eletrik ke Sabah dan Sarawak.

Menyentuh tentang bekalan tenaga sepanjang tempoh RM9 pula, keseluruhan permintaan untuk bahan api dijangka meningkat 6.3 peratus setahun selari dengan pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) pada sepanjang tempoh berkenaan.

Sektor pengangkutan dan industri dijangka terus menjadi pengguna utama tenaga merangkumi 41.1 dan 38.8 peratus daripada keseluruhan penggunaan tenaga pada tahun 2010.
Peningkatan permintaan dari sektor pengangkutan disebabkan oleh kenaikan penggunaan pengangkutan dalam industri pelancongan, pertanian dan pembuatan.

Untuk mengimbangi permintaan yang semakin meningkat, kerajaan akan memastikan sumber bekalan yang berterusan. Operasi mencarigali minyak mentah dan gas asli akan digiatkan terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Operasi Petronas

Langkah berterusan akan dilakukan untuk menarik lebih banyak syarikat minyak antarabangsa melabur dalam operasi mencarigali minyak terutamnya di kawasan laut dalam.

Kerjasama dan perkongsian dalam operasi mencarigali antara Petronas dengan syarikat minyak akan digalakkan.

Sepanjang tempoh RM9 ini pengeluaran minyak mentah negara dijangka mencapai 695,000 tong sehari. Pada RM8 pengeluaran minyak mentah negara ialah 681,000 tong sehari pada tahun 2000 dan mencapai 727,000 tong sehari pada 2005.

Eksport minyak mentah negara pula 369,00 tong sehari
pada tahun lalu bernilai RM8.5 bilion.

Di samping itu Petronas akan terus mengkaji semula operasi hiliran dan huluannya diluar negara bagi memenuhi cabaran pasaran minyak global.

Usaha juga akan dilakukan untuk meningkatkan rezab dan pengeluaran dari pelaburan huluan Petronas selain mengembangkan aktiviti hiliran yang sedia ada.

Sebanyak RM43.8 bilion dijangka dibelanjakan oleh Petronas sepanjang tempoh ini dengan 30 peratus atau RM13.1 bilion untuk operasi mencari gali minyak dan gas serta kerja pembangunan dan penyelidikan (R&D).

Sebanyak RM30.7 bilion lagi akan digunakan untuk membaiki infrastruktur bekalan minyak dan gas termasuk menambah stesen minyak dan memajukan sektor petrokimia.

Penggunaan arang batu

Permintaan tenaga eletrik pula dijangka meningkat pada kadar 7.8 peratus setahun kepada 20,087 MW pada 2010 manakala kapasiti bekalan meningkat kepada 25,258 MW pada akhir tempoh RM9.

Penggunaan arang batu sebagai sumber tenaga di stesen penjana eletrik dan sektor industri dijangka meningkat kepada 19 juta tan dan 22 juta tan dengan beroperasinya dua stesen penjana eletrik berkuasa arang di Semenanjung pada tempoh ini.

Kerajaan juga akan mengambil langkah membangun dan menggalakkan penggunan sumber tenaga boleh dikitar semula seperti tenaga solar dan hydrogen di stesen-stesen penjana eletrik dan menggalakkan penggunaan tenaga bio dalam sektor pengangkutan.

Secara umumnya tumpuan pada sektor tenaga dalam RM9 ialah meningkatkan keberkesanan penggunaan sumber tenaga yang sedia ada dan mencari sumber tenaga baru. Dan kerajan mahu rakyat berkongsi kosnya dengan cara mengurangkan subsidi minyak.

Bersedialah menghadapi harga bahan petroleum yang lebih tinggi dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sumber : Malaysiakini


AWASI ANAK-ANAK GADIS ANDA. ADA SYARIKAT TAWARKAN GAJI LUMAYAN UNTUK BEKERJA DI SPA


JASIN 31 MAC: Media hari melaporkan bahawa ada sebuah spa bertaraf antarabangsa di negeri ini dikesan memperdaya sebilangan besar gadis kampung di daerah ini untuk bekerja sebagai tukang urut dengan menjanjikan gaji lumayan.

Selain itu, gadis itu juga ditawarkan tempat tinggal selesa dan sempurna di samping berpeluang menyertai latihan urut daripada mereka yang berpengalaman.

Seorang gadis yang nyaris menjadi mangsa pengusaha syarikat itu, mendedahkan beberapa pekerja spa itu termasuk wanita berambut perang masuk ke kawasan kampung sambil mengedarkan sekeping kad perniagaan kepada anak gadis yang ditemui.

Beliau yang enggan dikenali, berkata wanita berkenaan menyerahkan kad terbabit kepadanya ketika sedang menunggu bas untuk ke bandar Melaka, minggu lalu sambil menjanjikan pelbagai keistimewaan sekiranya memenuhi tawaran itu.

“Saya terkejut apabila sebuah kereta tiba-tiba berhenti di depan saya ketika menunggu bas. Serentak itu, seorang wanita berpakaian seksi turun dari kereta dan menyerahkan kad perniagaan kepada saya.

“Wanita itu menyatakan sekiranya saya mahu gaji lumayan setiap bulan, boleh hubungi nombor telefon bimbit tertera pada kad itu,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Gadis berusia 23 tahun yang juga pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Shah Alam itu khuatir ada gadis desa terpedaya dengan tawaran spa terbabit.

“Kebanyakan gadis kampung bekerja kilang dengan gaji antara RM800 hingga RM1,000 saja. Tetapi, bimbang mereka terpedaya apabila melihat tawaran gaji RM4,000 sebulan,” katanya.

Kad perniagaan itu tertulis, ‘Jawatan kosong, tukang urut diperlukan. Gaji antara RM3,000 dan RM4,000. Tempat tinggal disediakan dan latihan diberi. Hubungi Nita 012-635xxxx dan Chan 016-382xxxx.

Akhir bulan lalu, akhbar ini mendedahkan seorang pelajar yang menunggu keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) di Klang dipercayai menipu keluarga untuk bekerja di sebuah rumah urut di Taman Desawan, di sini, dengan pendapatan mencecah ratusan ringgit sehari.

Pelajar berusia 18 tahun itu dikatakan gelap mata dengan komisen lumayan ditawarkan tauke rumah urut terbabit selain mahu hidup mewah seperti kenalan lain.

Tauke rumah urut terbabit turut memperdaya gadis berkenaan bahawa pekerjaan itu selamat kerana tidak melanggar undang-undang selain berlesen.

Harian Metro sebelum ini turut membongkar kegiatan seorang gadis di Kuala Lumpur yang juga bekas tukang urut, mendakwa menjadi mangsa tipu helah licik pengusaha rumah urut tradisional yang memaksanya melakukan tugas tidak senonoh dengan memuaskan nafsu pelanggan melalui `urutan jari berahi’ bagi mendapatkan lebih keuntungan.

Gadis itu mendakwa gagal melarikan diri daripada majikannya kerana kad pengenalannya dirampas dan dia dikurung seperti pelacur bagi menghalangnya meninggalkan tempat itu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali Zarina, 21, berkata dia mulanya tertarik memohon pekerjaan sebagai ‘tukang urut tradisional’ selepas ditawarkan gaji pokok tinggi, tempat tinggal dan latihan percuma melalui iklan di akhbar.

Beliau yang juga seorang janda beranak satu berasal dari Negeri Sembilan, mendakwa terdesak mendapatkan pekerjaan berikutan masalah kewangan. Dia menghadiri temu duga di syarikat itu di ibu negara sebelum mendapat tahu syarikat itu memiliki 10 cawangan rumah urut di sekitar Lembah Klang.

Beliau hanya diberikan latihan sehari oleh seorang guru yang dikenali sebagai Emily.

Sumber : Metro


AS hentikan bantuan kepada Palestin


Gambar PM Palestin Ismail Haniyeh berjabat tangan dengan Presidennya Mahmoud Abbas ketika majlis angkat sumpah kabinet Palestin Rabu lalu.

BANDAR GAZA 31 Mac
- Setelah Kanada mengesahkan untuk memberhentikan bantuan kepada Palestine, Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush pula menyatakan beliau tidak akan memberikan bantuan kepada kerajaan Palestin yang diketuai oleh pergerakan Hamas.

Beliau berkata demikian pada 29 Mac lalu sebagai mengulas majlis mengangkat sumpah barisan Kabinet Hamas di Tebing Barat dan Gaza Rabu lalu.

``Saya bersedih mengenangkan penderitaan penduduk Palestin. Mereka telah diperintah selama bertahun-tahun oleh sebuah kerajaan yang mengecewakan tetapi kami tidak boleh membiayai sebuah negara yang mahu memusnahkan jirannya,'' kata Bush dalam satu ucapan di Washington.

Awal semalam, sejurus selepas Hamas mengambil alih kuasa secara rasmi, Kanada menjadi negara Barat pertama mengumumkan pembekuan bantuan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Langkah itu dijangka disusuli oleh negara Barat lain.

Dengan diterajui oleh Hamas, PA menghadapi boikot ekonomi antarabangsa yang boleh melumpuhkannya dan dijangka mula mengalami kesulitan minggu depan apabila gaji bulan ini perlu dibayar kepada kira-kira 140,000 kakitangan kerajaan.


Thursday, 30 March 2006

SEMUA MENTERI BERSIH. SUATU KENYATAAN YANG BOLEH DIPERTIKAIKAN


KUALA LUMPUR 30 MAC : Semua menteri kabinet didapati bersih dan perisytiharan harta mereka telah diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Abdullah Ahmad Badawi demikian kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Suliman di dalam parlimen semalam.

Dewan Rakyat semalam diberitahu, anggota kabinet berkenaan telah mematuhi arahan perisytiharan wajib harta mereka untuk dinilai oleh Perdana Menteri.

Abdullah telah menilai aset-aset yang diisytiharkan itu bagi menentukan samaada ia diperolehi secara sah atau secara melanggar undang-undang.

“Alhamdulillah, saya diberitahu setakat ini tiada mana-mana menteri dipertikaikan harta mereka,” kata Abdul Rahman semasa menjawab soalan M Kula Segaran (DAP-Ipoh Barat) dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Abdul Rahman menambah, menteri-menteri yang baru dilantik dalam rombakan kabinet baru-baru ini telah juga diarahkan mengisytiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri, sebagaimana dikehendaki di bawah kod etika ahli Parlimen Barisan Nasional.

Selepas mendengar penjelasan Timbalan Menteri itu, Kula Segaran yang masih tidak berpuas hati telah bertanya siapa pula yang menilai dan memeriksa harta-harta milik Perdana Menteri.

Abdul Rahman bagaimanapun tidak menjawab pertanyaan Kula Segarn itu. Perisytiharan harta para menteri kepada Perdana Menteri tidak dikehendaki didedahkan kepada awam.

Dalam soalan tambahannya Kula Segaran turut bertanya bagaimana kerajaan dan orang awam dapat memantau aset yang dimiliki oleh penjawat awam.

Dalam jawapannya, Abdul Rahman berkata, terpulang kepada ketua agensi kerajaan berkenaan untuk menilai harta kakitangan bawahannya dan kemampuannya memiliki harta-harta tersebut.

Sebelum itu beliau yang menjawab soalan Richard Ak Jaem (BN-Serian) telah memberitahu bahawa sehingga 31 Desember 2005, seramai 2,080 kakitangan kerajaan belum mengisytiharkan harta mereka.

Kakitangan awam dikehendaki mengisytiharkan harta masing-masing setiap lima tahun sekali.

Nampaknya jawapan Abdul Rahman di atas boleh dipertikaikan kerana ada antara menteri yang boleh kereta sampai hampir RM1 juta harganya seperti yang didedahkan oleh Ezam Mohd Nor. Banyak lagi dakwaan dan tuduhan pembangkang dan individu-individu tertentu yang tidak disiasat dan kalaupun disiasat keputusannya tidak didedahkan kepada umum.

Harta Dollah dan Najib sendiri bagaimana?


ISLAM HADHARI TIDAK GALAKKAN WANITA ISLAM MEMAKAI TUDUNG


MELAKA 30 Mac - Ajaran Islam Hadhari yang diasaskan oleh As-Syeikh Al-Badawi tidak menggalakkan wanita Islam memakai tudung. Maka oleh sebab itu sebahagian besar pemimpin wanita parti Islam Hadhari tidak memakai tuduh, malah yang memakain tudung pun masih menayangkan jambul mereka.

Oleh kerana itulah kerajaan Islam Hadhari juga tidak menggalakkan pelajar-pelajar wanita di sekolah-sekolah memakai tudung kerana ianya sejajar dengan ajaran Islam Hadhari yang diamalkan mereka. Lihat sahaja bagaimana gelagat penyanyi wanita yang menyanyikan lagu Islam Hadhari sebelum berita perdana jam 8 malam di RTM1. Kedua-dua penyanyi tersebut tidak memakai tudung sebagaimana yang diajar oleh Islam sebenar.

Dari pengamatan kita jelas Islam Hadhari tidak mewajibkan pemakaian tudung dan kalau pakaipun hanyalah melepaskan batuk ditangga samada menayangkan jambul, tunjuk leher, tayang dada dan sebagainya. Sebahagian besar pemimpin wanitanya pula hanya menyangkutkan tudung di bahu-bahu mereka.

Dalam parlimen semalam, pemimpin mereka menjelaskan pendirian Islam Hadhari dalam hal pemakaian tudung ini.Pihak sekolah tidak boleh memaksa mana-mana pelajar perempuan untuk memakai tudung kerana ia bukan merupakan pakaian atau uniform yang wajib.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar berkata, bagaimanapun, ini tidak bermakna kerajaan tidak menyokong pelajar perempuan beragama Islam yang memakai tudung di sekolah. Cakap pun berbelit-belit.

``Kita hanya menggalakkan pelajar perempuan Islam memakai tudung, tetapi tidak ada sesiapa termasuk pihak sekolah boleh memaksa mereka yang enggan berbuat demikian,'' katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Wan Adnan Wan Mamat (BN-Indera Mahkota) di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Justeru, Noh meminta ibu bapa yang mendapati anak mereka dipaksa memakai tudung oleh pihak sekolah, supaya menghubungi Kementerian Pelajaran.

Lihat bagaimana mereka menangani permasalahan imi. Bukannya hendak mendidik pelajar-pelajar Islam kearah mengamalkan ajaran Islam, malah tidak menyokong pihak sekolah untuk mewajibkan pelajar-pelajar mereka memakai tudung.


KISAH JURUKAMERA BARAT MASUK ISLAM


TIDAK ada muka artis ternama pada era 1970-an yang tidak terlepas daripada rakaman lensa kameranya. Artis-artis terkemuka ketika itu seperti Bob Dylan, Jimi Hendrix, The Doors, The Who dan kumpulan Rolling Stones puas menjadi subjek rakamannya.

Setelah puas bergelumang dengan dunia hiburan yang dianggap begitu indah berkerdipan, jurugambar terkenal Peter Sanders, 50, mula dihujani kebosanan.

Bukan bosan dek kerenah artis-artis tersebut tetapi Peter hanya mahu beralih pada subjek yang lebih memberikan ketenangan pada jiwa. Baginya hati yang terhibur dan ketenangan jiwa adalah dua perkara yang berbeza!

Lantaran itu, Peter menghalakan lensa kameranya ke arah negara India. Benua itu menjanjikan seribu satu misteri beragama, budaya dan perjalanan rohani bagi kebanyakan jiwa yang kosong seperti Peter.

Bagi Peter, soal kepercayaan terhadap agama dan dunia fotografi merupakan dua perkara penting yang dapat melengkapkan pencarian rohani dalam dirinya. Peter tidak sekadar mahu menukarkan fokus pada lensa kameranya tetapi rakaman-rakaman daripada pelbagai sudut itu mampu memberikannya cerita yang paling terkesan pada jiwanya.

“Tempoh enam bulan sahaja di India sudah cukup memberikan saya satu pengertian baru dan menjumpai apa yang dicari selama ini. Saya pulang semula ke England dan ditakdirkan ramai rakan-rakan saya juga telah memeluk Islam. Tetapi tidak kurang juga ramai yang menjadikan dadah dan alkohol sebagai pemberi ‘ketenangan’.

“Tidak dinafikan gejala itu cukup memberikan saya satu perasaan dilema, arah mana yang harus menjadi pilihan?” ujarnya.

Peter kemudian tidak lagi teragak-agak malah meyakini bahawa Islam adalah satu-satunya sumber untuk memberikan ketenangan buat dirinya walaupun dia mengakui mempunyai pengetahuan yang masih dangkal tentang Islam. Pada 1971, pada usia 24 tahun beliau secara rasmi melafazkan dua kalimah syahadah dan mahu dikenali dengan nama barunya Abdul Adheem.

Walaupun mempunyai pengetahuan cetek mengenai Islam, namun Peter turut mendakwa memperoleh hidayah dan alamat atau petanda menerusi mimpi-mimpi. Semua ini sedikit sebanyak menjadikan hatinya disinari cahaya Ilahi.

Keinginan

“Dalam tempoh tiga bulan selepas memeluk Islam, hati saya membuak-buak untuk mengerjakan haji di Mekah. Saya tidak mempunyai wang pada masa itu tetapi keinginan saya begitu mendesak untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.

“Malah saya ingin sekali merakamkan suasana di sana terutamanya Rumah Allah, Kaabah, bagi memberikan lagi kepuasan pada jiwa yang selama ini begitu kosong,” katanya.

Niat beliau itu telah mendapat perhatian seorang hamba Allah yang hanya mampu menanggung pemergian Peter ke sana. Kehidupan seterusnya di sana perlu diusahakannya sendiri.

“Alhamdulillah, saya dapat menjejakkan kaki di Mekah dan inilah peluang untuk mengenali Islam menerusi lensa kamera saya.

“Saya tidak bermaksud hendak menjadi orang pertama berjaya merakam gambar Rumah Allah itu demi nama dan kerjaya dalam bidang fotografi. Ini semua tidak akan kesampaian jika tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa Arab Saudi,” katanya.

Pada masa itu mengambil gambar di sekitar Mekah terutama Kaabah jarang dilakukan apatah lagi oleh kalangan orang Barat. Akhirnya Peter mendapat kebenaran untuk merakamkan gambar kota suci itu. Ia bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.

“Saya tahu ia bukan sekadar untuk mengambil gambar tetapi ia penuh dengan tanggungjawab untuk memelihara kesucian Islam itu sendiri,” katanya yang mempunyai koleksi-koleksi rakaman gambar yang begitu prolifik dan bermutu tinggi iaitu hampir 210,000 keping dalam bentuk slaid filem.

Acapkali mengambil gambar-gambar di situ, Peter teringatkan satu kata-kata hikmah yang diterjemah daripada bahasa Urdu: “Bagi menyaksikan realiti mengenai kota suci Mekah dan Madinah itu, anda perlukan lebih daripada pandangan mata.”

Setelah beroleh sudut, Peter merakamkannya dan hasilnya bukan sahaja indah tetapi ia sarat dengan pelbagai pengajaran. “Tidak sekadar cantik tetapi ia memberikan kepuasan untuk orang lain berkongsi sama” katanya.

Begitulah yang dilakukan dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini – merakam imej Islam pada lensa kamera untuk tatapan dan santapan jiwa seluruh umat manusia.

Pada tahun 2003, misalnya, 12 gambar-gambarnya yang terbaik menghiasi kalendar 2003 yang diterbitkan di London. Ia begitu memukau seluruh umat manusia. Tidak sahaja Peter bermain dengan kepelbagaian sudut, mainan warna dan cahaya tetapi kesemuanya penuh dengan mesej-mesej yang tidak terluah. Pelbagai mesej boleh tersirat di sebalik yang tersurat.

Menara dan kubah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, misalnya, memaparkan paduan warna biru dan putih yang dirakam dengan penuh seni. Betapa ia melambangkan ketenangan dan kesucian yang bersatu untuk melahirkan jiwa yang sangat harmoni.

Walaupun Taj Mahal sering dirakamkan dengan penuh seni oleh kebanyakan jurugambar namun Peter mampu melahirkan kesayuan apabila detik-detik keemasan warna lembayung senja yang menyelubungi Taj Mahal itu menyuntikkan kembali kegemilangan tamadun Islam dalam seni bina sehingga mampu diiktiraf sebagai salah satu benda ajaib dunia.

“Semakin banyak realiti yang dapat dirakam, betapa saya saksikan Allah dan segala kekuasaan-Nya itu ada di mana sahaja.

“Islam benar-benar merentasi semua sempadan waktu dan budaya. Merakam dan menyebarkannya dalam bentuk kepingan gambar ini satu medium dakwah dan ia memberikan lebih daripada kepuasan jiwa,” katanya.

Namun sesetengah daripada kita mungkin sudah mengenali Peter. Beliau pernah mengadakan pameran solonya di ibu kota Kuala Lumpur hasil jemputan Islamic Outreach-ABIM pada Oktober 2003.

“Kadangkala kita tidak perlukan fakta untuk berubah tetapi cukuplah dengan sekeping gambar yang memainkan peranan unik serta tersendiri bagi membolehkan kita akhirnya mampu melihat kebenaran.” katanya.

In The Shade of the Tree adalah bukunya yang terlaris dan begitu juga buku-buku yang dalam proses penerbitan seperti Seek Knowledge Even in China, A Visit to A Prophet dan Meetings with Mountains yang menceritakan seribu satu lagi sudut dan wajah-wajah Islam dari segenap pelosok dunia tanpa ada satu pun yang terlepas daripada rakaman dan pancaran lensa kamera Peter.

Sumber : Utusan Malaysia


ISU JAMBATAN BENGKOK : SEBAHAGIAN AHLI PARLIMEN GESA MALAYSIA JANGAN TUNDUK KEPADA SINGAPURA


KUALA LUMPUR 30 Mac - Satu dari isu yang hangat diperdebatkan di dalam Parlimen semasa perbahasan menjunjung kasih keatas Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung semalam ialah isu hubungan dengan Singapura.

Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian, YB Salahuddin Ayub mempertikaikan kelemahan dan 'kelembikan' kerajaan Malaysia apabila sentiasa tunduk dengan kemahuan Singapura dalam apa juga rundingan pada masa lalu.

Beliau berkata isu Pulau Batu Putih, isu air dan lain-lain semuanya berpihak kepada Singapura. Sekarang mereka mengenakan syarat supaya Malaysia membuka ruang udara untuk penerbangan pesawat tentera dan juga membekalkan pasir kepada mereka.

Sementara itu sebahagian besar Ahli Parlimen supaya Malaysia tidak tunduk kepada Singapura dalam hal pembinaan jambatan baru ini.

Antara Ahli Parlimen yang membahaskan isu ini ialah Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan), Razali Ibrahim (Muar), Badrudin Amiruddin (Yan) dan lain-lain.

Menteri Luar, Syed Hamid Albar ketika menjawab persoalan berkaitan isu ini menjelaskan segala keputusan berkenaan isu jambatan ini akan dibuat oleh kerajaan. Kementeriannya hanya menjalankan polisi dan tindakan yang telah diputuskan oleh kerajaan.Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) mengesa kerajaan supaya jangan bertolak ansur terhadap permintaan Singapura yang mahukan bekalan pasir dan pengunaan ruang udara negeri Johor sebagai balasan untuk persetujuan pembinaan jambatan lurus.

Sementara itu Presiden MBNJ, Datuk Ramli Ismail mahu kerajaan bertegas dalam soal kedua-dua tuntutan ini kerana ia melibatkan maruah Negara.

Bercakap kepada Utusan Malaysia di sini, beliau berkata, adalah amat mengaibkan jika terdapat individu-individu tertentu yang cuba membantu atau menyokong permintaan negara jiran itu semata-mata untuk membolehkan pembinaan jambatan lurus diteruskan.

``Kami tidak memaafkan pengkhianat bangsa ini yang merelakan diri mereka menjadi dalang kepada republik ini, ujarnya lagi.

Justeru, tegas beliau, kerajaan perlu bertegas untuk meneruskan pembinaan `Jambatan Indah' dan tidak perlu tunduk dengan tuntutan tersebut.

Kedua-dua permintaan Singapura itu dikatakan menjadi `halangan' kepada rundingan antara kedua negara sejak sekian lama dan tindak tanduk republik itu dianggap sebagai usaha melengah-lengahkan proses pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor yang mengakibatkan kerugian kepada Malaysia.

Sementara itu, Ramli berharap masyarakat dan para pemimpin belia berfikir dengan lebih matang terhadap perkembangan dunia hari ini agar mereka tidak dijadikan alat untuk kepentingan mana-mana pihak.


PILIHANRAYA ISRAEL : PARTI KADIMA PIMPINAN OLMERT MENANG 28 KERUSI SAHAJA


BAITULMAQDIS 29 Mac - Pemangku Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert perlu membentuk kerajaan campuran lebih meluas bagi melaksanakan rancangannya untuk me-netapkan sempadan terakhir Israel setelah mandat yang diperolehnya dalam pilihan raya umum semalam tidak sebesar yang diharapkan.

Dalam ucapan kemenangannya, Olmert menyatakan beliau akan berusaha untuk mengadakan rundingan dengan pihak Palestin tetapi akan bertindak sendirian jika perlu bagi menetapkan sempadan terakhir itu.

Parti Kadima pimpinan Olmert hanya meraih 28 kerusi, iaitu kurang daripada 38 kerusi yang dijangka sebelum ini, menurut tinjauan selepas pengundian yang dijalankan oleh televisyen Israel awal hari ini.

Walaupun majoriti ahli Parlimen akan menyokong pengunduran dari Tebing Barat yang diduduki oleh Israel selama hampir 40 tahun, tuntutan bakal parti-parti komponen boleh membataskan keupayaan Olmert untuk melaksanakan agenda domestiknya.

Namun rakyat Palestin tetap yakin bahawa dasar kerajaan Yahudi itu tidak akan berubah iaitu akan memerangi umat Islam habis-habisan walau sesiapapun yang menang. Ini kerana Allah telah menceritakan di dalam Al-Qur'an bahawa orang-orang Yahudi merupakan bangsa yang tidak boleh dipercayai dan tidak boleh dibuat kawan. Mereka akan sentiasa mencari jalan untuk melenyapkan Islam dari mukabumi ini.

``Rancangan pengunduran itu boleh mendapat sokongan hampir 80 anggota Parlimen, iaitu majoriti dua pertiga. Ini perkembangan paling dramatik yang pernah berlaku,'' dakwa bakal ahli Parlimen Kadima, Haim Ramon selepas televisyen menyiarkan tinjauan pengundian itu.

``Blok kiri (termasuk Kadima) kini menguasai dua pertiga Knesset (Parlimen). Jika Olmert berani, beliau boleh membubarkan kawasan penempatan Yahudi dan mencapai perdamaian serta berundur mengikut kehendaknya. Beliau mempunyai banyak kuasa di Knesset,'' kata seorang ahli Parlimen Arab Israel, Abdel Malek Dehamsheh.

Olmert bertekad untuk membubarkan puluhan kawasan penempatan dan mengundurkan puluhan ribu pendatang Yahudi dari Tebing Barat dalam rancangan besar-besaran bagi rakyat Israel sepenuhnya dari penduduk Palestin dan menggariskan sempadan terakhir negara Yahudi itu.

Bagaimanapun dengan Kadima diramalkan hanya menguasai 28 daripada 120 kerusi Parlimen, Olmert tidak memperoleh sokongan padu yang diharapkannya.

Parti Buruh yang dijangka memperoleh 20 kerusi sebagai blok kedua terbesar di Parlimen mengalu-alukan kemenangan besar mereka dan bakal mengenakan beberapa syarat ketat untuk menyertai kerajaan yang diketuai Kadima.

Bangsa Yahudi sentiasa berdolak-dalik dalam apa juga perjanjian dan perbincangan. Malah sejarah telah membuktikan bahawa mereka sentiasa melanggar apa juga perjanjian damai dan genjatan senjata.

Mereka juga sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan umat Islam samada dengan secara kekerasan maupun dengan cara halus.


Wednesday, 29 March 2006

BERSAMA BERGANDING BAHU SEDARKAN MASYARAKAT


Ahli-ahli PAS dan para penyokongnya mestilah melipatgandakan usaha dan gerakerja menyedarkan masyarakat tentang kezaliman dan penindasan kepada rakyat yang sedang dilakukan oleh kerajaan Islam Hadhari sekarang ini.

Isu kenaikan harga minyak dan barangan sepatutnya dijadikan bahan untuk menyedarkan rakyat bahawa kerajaan Islam Hadhari sememangnya langsung tidak prihatin kepada masalah rakyat. Mereka sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak apabila wang kerajaan semakin susut dan meruncing.

Manakala keuntungan jualan minyak Petronas dibazirkan untuk projek-projek tertentu dengan Formula One, Konsert Lionel Ritchie, Anugerah Seri Angkasa dan sebagainya.

Di saat pemimpin negara menyeru rakyat supaya mengubah cara hidup, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tanpa segan silu membuat 'renovation' terhadap 'istana' mereka sehingga menelan belanja jutaan ringgit.

Marilah kita bergerak semaksimum mungkin untuk memberikan kesedaran kepada rakyat tentang pentingnya mereka bangkit membuat bantahan terhadap apa juga tindakan zalim kerajaan yang jelas tidak berkesudahan.

Banyak cara boleh kita lakukan dalam usaha untuk menyedarkan masyarakat. Antaranya ceramah penerangan mesti dilipatgandakan, risalah bantahan kenaikan harga minyak mesti diedarkan tanpa henti dan sebagainya. Bila kita berbual di kedai kopi, pejabat dan tempat-tempat awam, isu minyak mesti kita jadikan topik supaya mereka sedar bahawa cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menukarkan kerajaan yang ada kepada kerajaan baru yang lebih baik dan prihatin kepada masalah rakyat.

Apa yang penting semua orang mesti berperanan.


Kenyataan akhbar Hj Salamat Aman

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil
Tel : 019-3978488
29 Mac 2006


TAHNIAH KEPADA ISMAIL HANIYEH DAN KABINET BARU PALESTIN


Gambar : Ismail dan beberapa pimpinan Hamas dan parti-parti lain.


RAMALLAH 29 MAC : Parlimen Palestin meluluskan barisan Kabinet pertama Hamas semalam, sekali gus memudahkan laluan pelantikan barisan anggota baru kerajaan yang bakal mengangkat sumpah menjelang akhir minggu ini.

Ahli Parlimen Hamas turut melaungkan kalimah ‘Allah Maha Besar’ sejurus selepas keputusan majoriti undian 71 menyokong dan 36 menolak, diumumkan. Dua anggota bagaimanapun berkecuali.

Sejurus kemudian, bakal Perdana Menteri baru Hamas, Ismail Haniyeh dikerumuni ramai anggota yang bersilih ganti mengucapkan tahniah kepadanya.

Bukan setakat itu, sesi persidangan Parlimen yang disiarkan dalam sidang video ke bandar Ramallah, turut menyaksikan bakal anggota Kabinet Hamas itu menerima ucapan tahniah bertalu-talu daripada penyokongnya.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang juga pemimpin parti saingan, Fatah, dijangka menerima pelantikan barisan Menteri Hamas itu, kata bakal Timbalan Perdana Menteri Nasseredine al-Ashaer.

Negara Barat sebelum ini mengancam memutuskan bekalan kewangan kepada Palestin, sebaik saja kerajaan Hamas yang menang besar dalam pilihan raya Palestin Januari lalu, berkuasa.

Selepas pengumuman itu, Haniyeh dilaporkan ke rumah pemimpin dan antara pengasas utama Hamas, Sheikh Ahmed Yassin yang mati dibunuh rejim Zionis pada 2004, untuk menunaikan solat berjemaah bersama pemimpin lain.

Terdahulu, Haniyeh mengumumkan agenda politiknya termasuk berunding dengan peneraju utama proses damai Asia Barat di Asia Barat iaitu Amerika Syarikat.

Beliau turut menegaskan penduduk Palestin layak meneruskan perjuangan ke arah kebebasan tetapi ini tidak bermakna Hamas menutup pintu rundingan dengan pihak seperti AS bagi menamatkan konflik dengan negara Yahudi.

Pandangan beliau, bagaimanapun ditolak Israel dan AS yang menyifatkan Hamas tidak lebih daripada pertubuhan pengganas. Malah, Hamas sendiri berikrar tidak akan mengubah pendiriannya tidak mengiktiraf kewujudan Israel - antara syarat ditetapkan Barat.

“Kerajaan kami tidak memperuntukkan usaha untuk mencapai hanya keamanan di rantau ini dengan menamatkan pencerobohan dan penaklukan Israel serta mempertahankan hak kami,” kata Haniyeh kepada ahli Parlimen. – AFP/AP

BARISAN KABINET PALESTIN

Perdana Menteri:
Ismail Haniyeh (juga Menteri Sukan)
Timbalan Perdana Menteri:
Nasseredine al-Shaer (Menteri Pendidikan)
Menteri Kewangan:
Omar Abdelrazek
Menteri Luar: Mahmud al-Zahar
Menteri Dalam Negeri:
Said Siam
Menteri Ekonomi:
Alaadine al-Aaraj
Menteri Penerangan:
Yussef Rizqa
Menteri Kehakiman:
Ahmed al-Khaldi
Menteri Kesihatan:
Bassem Naim
Menteri Kerajaan Tempatan:
Issa al-Jaabari
Menteri Kerja Awam:
Ziad al-Zhazha
Menteri Buruh:
Mohammed Barghuthi
Menteri Komunikasi dan Teknologi:
Jamal al-Khodari
Menteri Hal Ehwal Penjara:
Wasfi Kabha
Menteri Kebudayaan:
Attallah Abu al-Sabeh
Menteri Perancangan:
Samir Abu Eisheh
Menteri Pelancongan:
Judeh Mourqos
Menteri Pengangkutan:
Abdelrahman Zidane
Menteri Pertanian:
Mohammed al-Agha
Menteri Hal Ehwal Sosial:
Fakhri al-Turkmani
Menteri Hal Ehwal Wanita:
Mariam Saleh
Menteri Hal Ehwal Agama:
Nayef Rajub
Menteri Hal Ehwal Baitulmaqdis:
Khaled Abu Arafeh
Menteri Hal Ehwal Pelarian:
Atef Edwane

Sumber : Bharian


PELIK BIN AJAIB


Di Malaysia ini memang banyak berlaku perkara pelik dan ajaib. Suatu waktu dulu kisah bank-bank kecil 'telan' bank besar dalam isu penggabungan bank-bank.

Sekarang kisah Syarikat penerbangan kecil dan diibaratkan masih 'budak hingusan' mengalahkan 'orang tua bangka' dan besar. Berita media menyiarkan bahawa Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan memberhentikan satu pertiga atau kira-kira 6,500 kakitangannya dan menyerahkan penerbangan domestiknya, kecuali 19 laluan, kepada syarikat tambang murah AirAsia di bawah rancangan rasionalisasinya.

Hebat sungguh MAS berniaga. Cara hendak mendapatkan untung ialah dengan memberhentikan perkhidmatan di laluan-laluan tertent. Setahu kita kalau nak untung mestilah menambahkan laluan bukannya mengurangkan laluan.

Selain itu cara mereka nak untung ialah menjual aset-aset tertentu. Macam ini orang kampung macam saya pun boleh tadbir MAS tak payah suruh Idris Jala (Gambar)

MAS juga akan kehilangan subsidi kerajaan di bawah rancangan tiga tahun pemulihannya bagi kembali mencatat keuntungan mulai 2007, demikian menurut satu kenyataan Jabatan Perdana Menteri lewat semalam.

Di bawah struktur baru itu yang berkuatkuasa 1 Ogos, AirAsia akan mengambil alih 96 laluan domestik MAS, yang sebahagian besarnya tidak menguntungkan MAS.

MAS akan hanya mengendalikan baki penerbangan utama domestik, ke destinasi utama seperti pulau peranginan Langkawi dan pusat pelancongan di Sabah dan Sarawak, manakala tumpuan utamanya adalah kepada penerbangan peringkat antarabangsa.

Bagi melaksanakan proses rasionalisasi ini, kerajaan akan menawarkan pampasan bagi pemansuhan perjanjian penguraian perniagaan domestik di antara MAS dan Penerbangan Malaysia Bhd.

"Dengan ini akaun untung rugi untuk penerbangan domestik MAS akan ditanggung oleh MAS dan tidak lagi oleh kerajaan.

“Kerajaan tidak akan memberi subsidi kepada MAS atau AirAsia untuk beroperasi di sektor penerbangan domestik,” katanya,

AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah terbesar di rantau ini, mahu mengambil alih laluan penerbangan domestik, terutama yang tidak menguntungkan MAS, terutama ke kawasan luar bandar dan bandar-bandar kecil.

Era baru bermula

MAS yang mengumumkan bulan lalu, rancangannya untuk kembali mencatat keuntungan, berkata ia akan memberhentikan kira-kira 6,500 daripada 23,000 kakitangannya dan mengurangkan jumlan pesawatnya dari 40 kepada 21 buah.

Pengarah Urusan MAS yang baru, Idris Jala menyifatkan kerjasama dengan AirAsia itu sebagai “satu permulaan era baru dalam industri penerbangan di Malaysia”.

Perubahan itu adalah sebahagian daripada rancanga pemulihan bernilai RM4 bilion yang diumumkan Februari lalu untuk memulihkan syarikat penerbangan negara itu yang mengalami kerugian RM1.3 bilion dalam tahun kewangan 2005.

Syarikat itu juga merancang untuk mengurangkan penerbangan laluan antarabangsa yang tidak menguntungkan dan menjual bangunan ibupejabatnya di Kuala Lumpur.

Menurut MAS, syarikat penerbangan negara itu mengalami kerugian kerana kenaikan harga minyak dan kekurangan jumlah penumpang dan berharap kembali mencatatkan keuntungan mulai 2007.

Pelik sungguh sehingga sekarang MAS tidak mengakui bahawa antara sebab mereka mengalami kerugian adalah kerana kos operasi yang tinggi akibat dari pembaziran, kelemahan pentadbiran, penyelewengan dan sebagainya.

Mereka masih mahu menipu rakyat dengan menyalahkan kenaikan harga minyak dan ketiadaan penumpang. Bukankah syarikat lain seperti Singapore Airlines (SIA) tidak menghadapi kenaikan harga minyak. Kita juga sedar bahawa jumlah penumpang terutamanya lalun domestik tidaklah kurang sebagaimana dakwaan MAS. Contohnya penerbangan ke Kota Bharu sering penuh dan tidak mencukupi.

Rakyat mendesak kerajaan supaya telus dalam hal ini. Menteri dan peneraju MAS terdahulu mesti bertanggungjawab dan di heret ke muka pengadilan.


ISLAM HADHARI SESAT DAN MENYESATKAN


(Gambar Hiasan)


Sekarang ini, sebelum berita perdana RTM jam 8 malam, disiarkan 'nasyid' Islam Hadhari. Saya baru menontonnya malam tadi sebab memang sudah lama tidak menonton berita RTM ini.

Memanglah sudah diketahui bahawa Islam Hadhari ini sesat dan menyesatkan. Manakan tidak judi, arak, pergaulan bebas, konsert, salam bukan muhrim dan banyak lagi semuanya dihalalkan oleh Islam Hadhari sebab itu lesen diberi dan program maksiat seperti diatas dibenarkan.

Malam tadi bila menonton 'nasyid' Islam Hadhari itu, rasa nak tergelak ada, nak marah ada dan rasa hairan pun ada. Manakan tidak, lagu yang dinyanyikan menggunakan Islam tapi penyanyinya tidak bertudung(rambut merah hijau semua ada), bercampur lelaki perempuan, senikatanya pula tidak ubah seperti lagu patriotik lain.

Pak Cik-pak cik dan mak cik-mak cik di kampung harap dapat berfikir dengan waras dan harapnya mereka sedar bahawa Islam Hadhari ini memang SESAT dan MENYESATKAN. Jangan termakan dengan kata-kata manis Imam Besar Islam Hadhari, As-Syeikh Al Badawi.


Tuesday, 28 March 2006

Persekitaran rangsang Melayu untuk berseronok


Persekitaran yang ada sekarang penuh dengan rangsangan untuk berseronok dan apabila diadakan pesta dan keraian, hampir 98 peratus yang datang adalahorang Melayu.

Begitulah pandangan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia, Datuk Omar Mohd Hashim. Anak-anak muda Melayu juga katanya terdedah kepada banyak perkara termasuk pengaruh media dan internet.

"Saya tak akan menyalahkan budak-budak ini. Mereka bagaikan kain putih, yang boleh dicorakkan bermacam-macam. Kalau ibu bapa tak mencorakkan mereka, orang lain akan mencorakkan dan inilah yang terjadi sekarang," tegasnya.

Beliau menegaskan demikian dalam satu tinjau pendapat Bernama mengenai anak Muda Melayu sekarang. Bernama bertanya apa kenanya dengan anak muda Melayu sekarang – tidak cukup masalah penagihan najis dadah, berkhalwat, dihebohkan pula dengan muzik Black Metal, homoseksual dan baru-baru ini parti liar.

Bernama juga bertanya mengapa semua ini berlaku – adakah kerana kudang penddidikan agama, kurang penjagaan ibubapa atau pengaruh media dan internet yang berleluasa>

Sehubungan itu, Omar berkata, apa yang berlaku sekarang adalah kesan kepada kemajuan yang dinikmati orang Melayu.

“"Orang Melayu sebelum ini tinggal di kampung dan ramai yang mula berhijrah ke bandar sekitar tahun 70-an. Mereka mengalami kejutan budaya dan kemakmuran hidup kemudiannya membawa bersama pelbagai masalah sosial bukan sahaja untuk ibu bapa tetapi juga anak-anak," katanya.

Mahu ke mana?

Menurut Omar lagi, anak-anak muda Melayu perlu tahu siapa diri mereka, dari mana mereka datang dan ke mana mereka mahu pergi.

Mereka juga, kata beliau perlu persekitaran yang boleh memberi rangsangan untuk membesar sebagai manusia yang mempunyai watak yang kukuh dan hebat.

Manakala Presiden Angkatan Belia Malaysia (Abim), Yusry Mohamad, pula berkata, generasi muda Melayu hidup dalam keadaan yang lebih mencabar, dalam dunia yang serba terbuka berbanding sebelumnya.

"Ledakan informasi, terdedah kepada budaya dan idea yang melemahkan jati diri yang diperolehi daripada internet, media cetak, televisyen.Semuanya ini menghasilkan satu pertembungan nilai dan meletakkan anak muda Melayu dalam keadaan hidup yang cukup mencabar," katanya.

Masyarakat, kata Yusry tidak sepatutnya cepat menghukum sebaliknya cuba meletakkan diri mereka ke dalam situasi yang melanda anak muda Melayu.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan usaha yang bersepadu perlu dibuat untuk menyedarkan anak muda Melayu ini.

‘Satu perlumbaan’

"Kita kena tutup juga pintu-pintu yang boleh membawa mereka kepada pengaruh negatif. Kalau banyak pintu-pintu begini, berapa ramai yang boleh tahan," tanya beliau.

Anak-anak muda Melayu juga, katanya perlu tahu hidup mereka ini adalah satu perlumbaan.

"Mereka perlu sedar perlumbaan ini sebenarnya sudah bermula dan meskipun usia masih muda, mereka perlu menyiapkan diri untuk bersaing, beringat dan berwaspada. Bukan relaks sahaja,” katanya..

Beliau juga menekankan bahawa kekuatan orang Melayu terletak pada agamanya (Islam) dan kemelayuannya.

"Majoriti anak muda Melayu yang dicabut dari akar Islam dan nilai-nilai Melayu akan kehilangan punca dan tidak tahu batas dan menjadi ekstrem," tambahnya.

Menurut beliau, anak-anak muda Melayu menjadi begitu kerana tidak biasa dengan hidup dan bergaul bebas berbanding anak-anak muda di Barat.

"Anak muda Melayu ini seperti orang celik yang tiba-tiba menjadi buta, hilang agama, hilang budaya. Contoh muzik Black Metal, jika pelajaran tak tinggi, dia mungkin ambil muzik itu dan menjadikannya sebagai satu eskapisme. Kita sebenarnya tak memerlukan muzik itu, kita kena pandai memilih," jelas beliau.

Kegagalan ibubapa

Pakar motivasi, Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah pula berkata anak-anak muda yang tidak kuat asas agamanya mudah dipengaruhi unsur-unsur yang tidak sihat.

"Asas agama tak ada, itu sebabnya yang bukan-bukan berlaku. Bila saya beri kaunseling, saya akan katakan balik kepada perkara asas. Ertinya cari ilmu tentang agama selain ilmu dunia, amalkan dan kita akan selamat dunia dan akhirat,"jelasnya.

Menurut Dr Fadzilah pula, ibu bapa bertanggungjawab sepenuhnya ke atas anak-anak mereka dan apabila ibu bapa gagal menjadi pengaruh pertama kepada anak-anak, peranan pihak-pihak lain akan menjadi penting.

"Ikut kajian saya, ibu bapa mempunyai 80 peratus pengaruh ke atas anak-anaknya jadi jika ibu bapa gagal, kawan-kawan, persekitaran, televisyen, radio dan wayang gambar jadi penting.

"Memang tak ada ibu bapa sengaja nak menggagalkan anak-anak. Ibu bapa selalu berkata kami sudah membuat yang terbaik tetapi bagi kebanyakan ibu bapa, yang terbaik itu bukan pun baik sangat," kata beliau.

Sistem keluarga

Omar pula berkata, keluarga merupakan antara faktor yang mempengaruhi pembentukan sahsiah
manusia dan bagi masyarakat Melayu, proses urbanisasi telah menghakis sistem keluarga.

Kedua ibu bapa juga terpaksa bekerja kerana kos hidup yang tinggi dan anak-anak terpaksa ditinggalkan bersendirian atau bersama pengasuh.

"Ibu juga bekerja atas pelbagai sebab, antaranya pembebasan wanita menerusi pendidikan. Mereka tak mahu lagi duduk di rumah. Hidup di bandar juga memerlukan kedua ibu bapa bekerja, seorang tak cukup.

"Semuanya ini menyumbang kepada perpecahan dalam sistem keluarga. Anak-anak semakin terabai dan ada yang dibesarkan pengasuh. Tak ada langsung pengaruh ibu bapa. Bapa balik lambat. Yang akan membentuk perwatakan mereka ialah pengasuh, bukan ibu bapa," kata Omar.

Kerajaan, katanya perlu memainkan peranan besar bagaimana hendak memperbaiki kehidupan orang Melayu menerusi memperkasakan semula sistem keluarganya.

Kata beliau, semuanya perlu bermula dari rumah dan dalam hal ini, jelasnya, ibu perlu memainkan peranan utama.

"Kita perlu program yang menekankan pendidikan untuk pelajar perempuan bukan sahaja untuk menjadi jurutera atau peguam tetapi program latihan mempersiapkan dirinya untuk menjadi isteri dan ibu," katanya.

Akademi Fantasia

Dr Fadzilah dan Omar sependapat bahawa anak muda Melayu tidak mempunyai agenda besar dan matlamat hidup.

"Orang jadi hebat bila ada agenda besar, agenda besar ini yang menguasai hidup kita. Lepas 13 Mei, orang Melayu memang bersatu, lepas tu dah lupa. Jadi bila agenda besar tak ada, Akademi Fantasia jadi agenda," kata Dr Fadzilah.

Beliau juga mengulas mengapa anak-anak muda Melayu lebih gemar kepada hiburan.

"Anak-anak kita lebih cenderung kepada hiburan kerana itu yang didedahkan kepada mereka. Mereka tengok artis hidup glamor, mewah. Tengok majalah yang ada, semuanya media hiburan. Inilah yang membentuk agenda orang Melayu. Siapa yang di muka depan, selebriti, penyanyi. Jadi salah siapa? Inilah guru-guru tidak rasmi mereka

"Orang muda kalau baca suratkhabar, masa bila? baca apa? ruangan hiburan, rancangan televisyen. Budak-budak Melayu tingkatan empat dan lima, suratkhabar tak baca, tak minat baca berita. Kalau anak-anak suka baca suratkhabar, baca berita, insya-Allah hidup dia akan lebih seimbang, jadi bila anak-anak sukakan muzik, jangan salahkan sesiapa," kata Dr Fadzilah.

Beliau turut mendedahkan berdasarkan tinjauan yang dibuatnya, hampir 80 peratus anak-anak Melayu di tingkatan empat dan lima belum ada matlamat hidup yang jelas.

Sumber : Malaysiakini


ULANGTAHUN PERTAMA BLOG PEMUDA BUKIT KATIL


HARI INI 28 MAC GENAP SUDAH SETAHUN BLOG INI BEROPERASI. POSTED PERTAMA TELAH SAYA BUAT PADA 28 MAC 2005. DIAM TAK DIAM DAN DALAM SEDAR TIDAK SEDAR RUPANYA BLOG INI SUDAHPUN BERUMUR SETAHUN.

SAYA SANGAT MENGHARGAI SOKONGAN DAN GALAKAN YANG DIBERIKAN OLEH SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI. SEGALA PENDAPAT, NASIHAT, KRITIKAN DAN SUMBANGAN ANDA AMAT SAYA HARGAI. SEMUANYA SAYA ANGGAP POSITIF.

KEPADA LAMAN-LAMAN WEB DAN BLOG-BLOG LAIN SAYA MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KERANA SELALU 'MENCURI' BERITA, ARTIKEL DAN GAMBAR-GAMBAR YANG DISIARKAN OLEH PIHAK TUAN.

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA TRANUNGKITE, KAWJASINDAILY, BULETINONLINE DAN LAIN-LAIN YANG SUDI MEMBUAT PAUTAN/LINK KEPADA BLOG INI. SEGALA KERJASAMA KALIAN SEMUA INSYA ALLAH AKAN DIBERIKAN GANJARAN OLEH ALLAH.

MAAF DIPINTA ATAS APA JUGA KESALAHAN DAN KEKASARAN SELAMA SETAHUN LALU. INSYA ALLAH SAYA AKAN CUBA ISTIQAMAH UNTUK MEN'UPDATE'KAN BLOG INI SETIAP HARI.

BLOG MASTER PEMUDABUKITKATIL

mstcmal@miosh.net


SUHAKAM TIDAK BERKUASA UNTUK TEGAKKAN HAK ASASI MANUSIA


MELAKA 28 MAC : Penubuhan Suhakam tidak memberikan kesan yang besar kepada kedaulatan hak asasi manusia di Malaysia. Ini jelas dapat dilihat di mana pencabulan hak asasi manusia berlaku setiap hari di negara kita. Lebih malang lagi pencabulan ini dilakukan oleh pihak berkuasa sendiri. Sebagai contoh penahanan 'pesalah' yang tidak dibuktikan di bawah akta zalim ISA, penyalahgunaan kuasa polis menahan rakyat dalam sebarang demonstrasi dan sebagainya.

Penubuhan Suhakam hanyalah untuk mengabui mata masyarakat antarabangsa kononnya Malaysia serius untuk menangani masalah hak asasi manusia. Ianya tidak lebih dari projek gajah putih kerajaan. Jika kerajaan benar-benar ikhlas sudah tentu segala laporan dan cadangan Suhakam sebelu ini di ambil perhatian serius oleh kerajaan.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata
kerajaan tidak pernah bercadang untuk memberi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kuasa untuk mendakwa.

“Saya rasa anda bermimpi, kami tidak pernah merancang memberi Suhakam "taring". Ia tidak diberikan kuasa mendakwa kerana kerja pendakwaan boleh dilakukan oleh pelbagai agensi penguatkuasa lain."

“Oleh itu tidak pernah timbul soal memberi kuasa kepada Suhakam," tegas Nazri.

Beliau memberi jawapan itu di Parlimen bagi menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang bertanya bila kerajaan mahu memberi kuasa kepada Suhakam yang selama ini dianggap sebagai "harimau tidak bertaring".

Jawapan Nazri ini jelas menunjukkan kerajaan tidak serius dalam hal-hal mengenai hak asasi manusia.

Teresa berkata, Suhakam tidak berupaya melakukan apa-apa selain daripada menerima aduan. Contohnya dalam protes membantah kenaikan harga minyak semalam di mana polis bertindak kasar dan mencabul hak berhimpun.

Nazri menegaskan, perhimpunan yang diadakan itu adalah salah kerana permit polis diperlukan untuk menganjurkan sebarang protes.

Menjawap satu soalan lain dari Ketua DPP Pusat Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Nazri berkata, laporan tahunan Suhakam tidak perlu dibahaskan di Dewan Rakyat kerana ia boleh dibincangkan di forum lain


MACAM-MACAM ADA. AWASI ANAK GADIS ANDA


MELAKA 28 MAC: Sejenis dadah didakwa boleh menghairahkan wanita dikesan dijual dipasaran gelap di bandar ini sejak beberapa bulan lalu digunakan untuk tujuan `menjerat’ gadis supaya dapat mengadakan hubungan seks secara sukarela.

Dadah yang dijual dalam bentuk serbuk atau cecair itu dicampurkan dalam minuman mengikut dos tertentu sebelum diminum mangsanya.

Mangsa dikatakan akan berasa terangsang dan ghairah beberapa minit selepas meminum campuran dadah dikenali sebagai `fly’ atau `blue’ itu.

Dadah itu dikatakan dijual pihak tertentu dan sering digunakan pihak tidak bertanggungjawab membawa gadis ke pusat hiburan.

Menurut sumber, kesan dadah berkenaan boleh menyebabkan mangsa yang ghairah boleh menanggalkan pakaiannya.

Beliau mendakwa perkara ini dilihat berlaku di pusat hiburan pernah dikunjunginya baru-baru ini.

“Mangsa yang terminum dadah ini, hanya perlu disentuh di bahagian badannya dan mereka akan terus terangsang.

“Mereka juga mampu melakukan hubungan seks dengan sesiapa sahaja selepas dipelawa,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Sumber berkenaan turut memberitahu, dadah berkenaan dijual pada harga RM10 hingga RM50 dalam botol kecil.

Menurutnya, ia biasanya digunakan oleh lelaki yang ingin memerangkap gadis yang sukar dipujuk untuk melakukan hubungan seks denganya.

“Ada juga pihak yang sengaja mencampurkannya dalam minuman rakan-rakannya di pusat hiburan bagi tujuan mendatangkan kegembiraan,” katanya.

Sementara itu, seorang doktor perubatan, Dr Musa Jantan, berkata memang terdapat dadah yang boleh disalahgunakan untuk mendatangkan kesan ghairah terhadap wanita.

Katanya, antaranya dadah perangsang (stimulant) dalam kumpulan `cantamine’ `metamphetamine’.

“Dadah ini biasanya digunakan untuk tujuan membius haiwan serta kanak-kanak ketika melakukan pembedahan.

“Kesan apabila dadah ini disalahgunakan akan mendatangkan kesan halusinasi, gembira serta jantung berdegup pantas,” katanya.

Sumber : Metro


Monday, 27 March 2006

KERAJAAN ISLAM HADHARI ANGKUH


MELAKA 27 MAC : Kerajaan tidak akan mengkaji semula harga minyak walaupun ratusan lagi demonstrasi diadakan di seluruh negara, begitulah kenyataan yang dibuat oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz hari ini.

Kenyataan jelas menunjukkan bahawa kerajaan Islam Hadhari yang memerintah adalah angkuh dan tidak langsung menghiraukan bantahan rakyat.

Bercakap dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, Nazri juga memberi amaran pihak berkuasa tidak akan bertolak ansur lagi dengan demonstrasi jalanan selepas ini.

"Kami tidak peduli apa orang akan kata selepas ini, kami perlu menguatkuasakan undang-undang. Lebih baik tidak mempunyai undang-undang kalau tidak mahu menggunakannya," tegas beliau.

Dari kenyataan di atas nampak jelas bahawa kerajaan ini sedang mabuk kuasa sehingga sanggup menangkap rakyat tanpa sebab munasabah. Mereka lupa bahawa mereka adalah dilantik oleh rakyat melalui proses pilihanraya.

Nazri mengulas tindakan polis menyuraikan protes membantah kenaikan harga minyak di luar menara kembar Petronas semalam di mana 22 orang telah ditahan polis.

Protes tersebut diketua oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). Pagi tadi sekali lagi kongres tersebut mengetuai kira-kira 500 penunjuk perasaan berarak dari bangunan Parlimen ke ibupejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dim Jalan Raja Laut di ibunegara.

Sebelum ini parti pembangkang dan badan-badan bukan kerajaan (NOG) merancang mengadakan protes di seluruh negara pada setiap hujung minggu hingga kerajaan menurunkan semula harga bahan api itu.

“Walaupun kamu berdemonstrasi 100 kali, kerajaan tetap tidak akan menurunkan harga bahan petroleum itu. Kamu boleh berdemonstrasi selama manapun, kerajan tidak akan mengubah keputusan yang telah dibuat," kata Nazri.

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil menyeru seluruh rakyat supaya bangkit mengadakan bantahan disetiap kawasan dan kampung demi untuk menekan kerajaan supaya menurunkan kembali harga minyak.

'Kita yakin dengan kuasa rakyat, andai kata kerajaan berdegil juga, Insya Allah kita akan ajar mereka dalam pilihanraya umum nanti' tegas Setiausaha DPP Kawasan Bukit Katil Khairuldin Ismail ketika diminta mengulas kenyataan angkuh Nazri Aziz.


Memo bantah kenaikan harga minyak gagal dihantar kepada PM


KUALA LUMPUR 27 MAC : Kerajaan didesak jangan mengorbankan kepentingan rakyat bagi mengimbangi defisit belanjawan dengan cara mengurangkan subsidi harga minyak.

Dalam memorandam membantah kenaikan harga minyak yang hendak dihantar kepada pucuk pimpinan negara hari, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC dan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menegaskan, walau dalam keadaan apa sekalipun, langkah mengimbangi defisit belanjawan mesti mendahulukan kepentingan golongan pekerja, bukannya kehendak atau pandangan sekumpulan pengurus dana

Memorandam itu menyatakan, sepatutnya kerajaan mengatasi masalah asas yang menjejaskan ekonomi seperti pembaziran dalam sektor awam, rasuah dan upah rendah.

" Malah kerajaan harus meningkatkan kadar cukai bagi golongan terkaya di Malaysia dengan memperkenalkan cukai progresid dan menaikkan cukai pendapatan persendirian bagi mewrewka yang memperolehi pendapatan meleibihi RM500,000 setahun," tegas memorandam itu lagi.

Memorandam bantahan itu diedarkan kepada media massa di perhimpunan membantah kenaikan harga minyak di bangunan Parlimen pagi tadi.

Kira-kira 500 penunjuk perasan berkumpul di luar kawasan Parlimen sejak pukul 9 pagi lagi untuk menghantar memorandam berkenaan dengan diketuai oleh MTUC.

Selain itu memorandam trsebut juga meminta kerajaan menyediakan akan Peteronas untuk penelitian awam. Kerajaan diminta mendedahkan ke mana dan bagaimana dana minyak negara dilabur dan diagihkan.

" Keuntungan Petronas harus digunakan untuk menguarangkan beban golongan pekerja" kata memorandam itu.

Kerajaan juga disaran menggubalk undang-undang penyelarasan kos kehidupan dan memperkenalkan segera elaun kos kehidupan (COLA) sebanyak RM150 kepada semua pekerja bagi mengurangkan beban inflasi yang ditanggung oleh golongan pekerja.

Memorandam itu bagaimanapun gagal disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dan Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang kerana polis tidak membenarkan para penunjuk perasaan memasuki kawasan Parlimen.

Hanya dua orang wakil dibenarkan menghantar memorandam berkenaan.


Kumpulan penunjuk perasaan menolak keputusan polis itu kerana mereka mahu 10 orang wakil dibenarkan menghantar memorandam tersebut. Selapas rundingan dengan pihak polis, lima wakil dibenarkan masuk dengan syarat para penunjuk perasaan lain bersurai.

Mereka bagaimanapun menolak tawaran polis itu dan membuat keputusan berarak ke ibupejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Jalan Raja laut, di ibu negara.

Mereka berarak ke Suhakam dengan membawa poster dan melaung-laungkan slogan anti kenaikan harga petrol. Kesasakan jalanraya berlaku setiap kali kumpulan itu menyebrangi jalan menuju ke Jalan Raja Laut.

Ketibaan kumpulan penunjuk perasaan di pejabat Suhakam pada pukul 10.40 pagi telah disambut oleh satu unit Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan dua trak meriam air.

Beberapa orang wakil penunjuk perasaan dengan diketuai oleh Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamad dibenarkan ke pajabat Suhakam untuk menghantar memorandam. Pesuruhjaya Suhakam, Siva Subramaniam menerima memorandam tersebut.


Sumber : Malaysiakini


Fuel price hike: 500 march through the city


KUALA LUMPUR 27 MAC : Traffic in certain parts of the city were brought to a halt when more than 500 people marched from the Parliament building to the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) office in protest of the recent hike in fuel prices.

The protest was led by the umbrella body of workers' unions, the Malaysian Trade Union Congress (MTUC).

At about 9am, the protestors gathered at the Parliament building to submit memorandums to Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, his deputy Najib Abdul Razak, Minister in the Prime Minister’s Department Mohd Nazri Abdul Aziz and Opposition Leader Lim Kit Siang.

However, the police only permitted two representatives to enter and this was rejected by the protestors, who wanted a delegation of 10 to submit the memorandums on the price hike.

After negotiations, the police agreed to a five-member delegation on the grounds that the rest disperse.

The protestors turned down the proposal and decided to march to the Suhakam office instead.

Standoff in Suhakam

They brandished placards and shouted slogans as they made their way through the city streets, bringing vehicles to a standstill each time they crossed a street.

The protestors reached the Suhakam office located along Jalan Raja Laut at about 10.40am and were met by Federal Reserve Unit (FRU) personnel and two water canon trucks.

The entrance to the building had been cordoned-off by the police.

Yesterday, in scenes reminiscent of the reformasi demonstrations a few years ago, police fired water cannon at another MTUC-led protest at the Petronas Twin Towers and 22 were arrested.

Sumber : Malaysiakini


ISLAM HADHARI MAKIN SESAT : TUDUNG TIDAK WAJIB


Hari ini ummat Islam sekali lagi dikelirukan oleh pandangan Pendiri Mazhab Islam Hadhari , Abdullah Ahmad Badawi dan juga dilihat sebagai kenyataan yang menghina Islam dan syariatnya apabila beliau menegaskan pemakaian tudung pada hari hari biasa dalam kehidupan seharian bagi wanita muslimah bukanlah wajib .


Merujuk kenyataan atau berita Mingguan Malaysia di muka surat 2 segmen Dalam Negeri di bawah tajuk : Jangan Berbalah Isu Tudung . Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan :


Ini peraturan yang dibuat polis , untuk pakaian hari - hari , pemakaian tudung hanya pilihan bukan wajib , kecuali untuk pembarisan rasmi , kena ikut peraturan .


Demikian kenyataan Abdullah Ahmad badawi sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke 199 .


Ini adalah kenyataan yang jelas menunjukkan sikap angkuh manusia yang durhaka kepada Allah swt. Apakah Abdullah tidak menyedari bahawa hukum memakai tudung atau menutup aurat adalah hukum dan peraturan yang dibuat oleh Allah swt. ( bukan peraturan polis )


Peraturan ini boleh dirujuk Kepada peraturan Ilahi dalam Surah An Nuur ayat 31 yang bermaksud :

Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.


Malang bagi seorang pemimpin ummat Islam sebegini yang dilihat sangat boros membuat kenyataan tanpa memperduli dengan siapa ia kontra .


Apakah Abdullah juga penganut Faham Islam Liberal atau lebih rapat , terpengaruh dengan faham Sister's in Islam dimana anaknya adalah antara penganut faham tersebut.


Soalnya kenapa ulama' - ulama' kerajaan membiarkan ucapan biadab ini diucap sewenang - wenangnya oleh pemimpin - pemimpin mereka.


Dulu Dr. Mahathir sering dilihat membuat kenyataan menghina Islam dan Syariat , kini Abdullah walaupun membawa imej anak seorang ulama' turut membawa manhaj atau mazhab yang sama .


Kecenderungan dan fenomena pemimpin negara yang sering mengeluarkan kenyataan keliru dan menghina Islam tidak boleh dibiarkan, justeru mereka akan merosakkan kefahaman masyarakat awam yang beragama Islam khasnya dan membentuk salah tanggap terhadap Islam oleh orang bukan Islam amnya.


JAKIM , IKIM dan juga Majlis Mufti Negara sewajarnya peka perkara ini . Tidak mungkin usaha untuk menyerap kesedaran dan kefahaman Islam kepada masyarakat mencapai kejayaan , seandainya pemimpin mereka dibiarkan secara percuma mengeluarkan kenyataan penuh keliru dan menghina Syariat Islam itu sendiri .


Hayatilah Firman Allah swt. dari Surah Al Baqarah ayat 138 yang bermaksud :


(Katakanlah Wahai orang-orang Yang beriman: "Ugama Islam, Yang Kami telah sebati dengannya ialah): Ciptaan Allah Yang mencorakkan seluruh kehidupan Kami Dengan corak Islam); dan siapakah Yang lebih baik ciptaannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah Kami beribadat".


Saudara sekelian , ini adalah contoh mudah , bagaimana Mazhab Islam Hadhari menyeleweng dari Manhaj Ilahi

Sumber : Blog Us Nasruddin


JURULATIH BOLASEPAK PERANCIS PELUK ISLAM


Rabat : Jurulatih bola sepak terkenal Perancis , Philippe Troussier dan isterinya Dominique kini menjadi penganut Islam selepas memeluk agama suci itu di Maghribi yang menjadi tempat tinggal pasangan itu , kata sumber yang rapat dengan kedua – duanya .

Troussier bukan lagi Philippe kerana kini dikenali sebagai Omar dan isterinya pula menggunakan nama Amina untuk menggantikan Dominique , Lapor akhbar L’Opinion .

Troussier 51 , ialah bekas jurulatih pasukan kebangsaan Maghribi dan kelab ternama Perancis Marseille. Dia juga pernah menyumbang bakti di Afrika Selatan , Nigeria , Ivory Coast , Burkina Faso , Qatar dan Jepun yang berjaya memasukki Pusingan kedua pada kejohanan Piala Dunia 2002 .

Saya mengucapkan syabas dan tahniah , ahlan wa sahlan and welcome buat Omar dan Amina yang telah menemui kebenaran , semoga hidayah ini berkekalan buat kita semua .

Sumber : Blog Ustaz Nasruddin


TAHNIAH PDRM SAMBUTAN HARI POLIS DIRAYAKAN DENGAN PENANGKAPAN RAKYAT


Gambar Dr. Hatta dan dua anaknya yang dibebaskan oleh Polis selepas 5 jam di tahan.















MELAKA 27 MAC : Dewan Pemuda PAS Kawasan mengucapkan tahniah kepada PDRM sempenan sambutan Hari Polis ke 199. Ucapan ini lebih 'bermakna' kerana ianya disambut dengan penangkapan 25 orang rakyat Malaysia yang menyertai demo bantahan kenaikan harga minyak semalam.

Inilah agaknya saranan dan cadangan Suruhanjaya Penambahbaikan Polis yang digunapakai oleh PDRM.

Tindakan ini amat bertepatan dengan slogan PDRM iaitu 'Mesra, Cepat dan Betul'. Mereka amat 'mesra' dengan rakyat yang berdemo, Cepat menangkap pendemo dan sentiasa betul dalam semua tindakan.

Sekurang-kurangnya 25 orang ditahan semalam di kawasan Menara Berkembar Petronas kerana enggan bersurai ketika menyertai perhimpunan membantah kenaikan harga minyak.

Seramai kira-kira 1,500 orang menyertai bantahan tersebut yang diketuai Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan beberapa parti politik.

Antara yang ditahan ialah Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Dr Hatta Ramli dan dua orang anak perempuannya – Atiqah, 17 tahun, dan Amirah, 6 tahun serta AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi.

Ketika demonstrasi itu bermula jam 10.10 pagi tadi, pihak polis memberi amaran bahawa ia perhimpunan haram yang diadakan tanpa permit dan mereka diberi tempoh 10 minit untuk bersurai.

Perhimpunan itu diteruskan dan Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud serta Setiausaha Agungnya, G Rajasekaran, berucap mengecam kenaikan harga minyak dan barangan keperluan lain. Ini diikuti ucapan oleh beberapa pemimpin parti pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS.

Bagaimanapun apabila tempoh 10 minit itu hampir tamat, Timbalan Ketua Polis Dang Wangi, Mohd Rodzi Ismail mengarahkan kira-kira 50 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 100 lagi anggota polis bersedia sedia untuk meleraikan perhimpunan tersebut.

Anggota polis pencegah rusuhan yang lengkap bersenjatakan belantan dan perisai, bersedia sedia bersama trak meriam air, sembilan ekor kuda dan dua ekor anjing polis.

Berikutan itu, mereka yang menyertai perhimpunan tersebut mula beredar dari kawasan KLCC tempat terletaknya Menara Berkembar Petronas.

Pemimpin PAS digari

Mereka berarak di sepanjang Jalan Sultan Ismail sambil membawa sepanduk serta melaungkan bantahan kenaikan harga minyak serta slogan reformasi. Apabila tiba di Jalan P Ramlee yang terletak 50 meter dari situ, mereka mula berpusing balik menuju ke KLCC.

Serentak dengan itu, pasukan polis terus bergegas ke pintu masuk KLCC untuk menyekat kira-kira 100 orang daripada memasuki kompleks membeli-belah di situ, menyebabkan berlakunya pergelutan antara mereka dengan pihak polis.

Berikutan itu, kira-kira 14 orang ditahan dan dibawa menaiki trak polis yang terletak dekat situ. Manakala yang lainnya masih berbaris di Jalan Ampang.

Kira-kira jam 12.30 tengahari, Dr Hatta dan dua anak perempuannya yang menyertai demonstrasi dekat Ampang Park, kira-kira 50 meter dari KLCC, ditahan polis.

Hatta digari ketika dibawa menaiki trak polis di KLCC. Turut ditahan bersama Dr Hatta adalah Ketua Muslimat PAS, Athirah Al-Jundi.

Kesemua mereka yang ditahan itu dibawa ke balai polis dan sehingga ini, masih ditahan.


Friday, 24 March 2006

Khazanah yakin TNB diberi kenaikan tarif


KUALA LUMPUR 24 Mac - Belum 'kering' airmata rakyat menangisi kenaikan harga barang dan minyak, kemungkinan besar rakyat akan menangis lagi. Kali ini kerana kenaikan tarif elektrik. Dengan berikutan dari kenyataan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) yang begitu yakin kerajaan akan menimbang semula permohonan Tenaga Nasional Bhd. (TNB) untuk menaikkan tarif elektrik.

Kalau benar perkara ini terjadi maka episod malang rakyat di bawah pemerintahan AL-Badawi akan berterusan dan tidak akan berakhir nampaknya.


Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Azman Mokhtar berkata semalam, keyakinan itu berdasarkan kejayaan TNB meningkatkan kecekapan sehingga berjaya meraih keuntungan hampir RM1 bilion sejak kerajaan mula memperkenalkan pelaksanaan tranformasi syarikat milik kerajaan (GLC) pada 22 bulan lalu.

``Sebenarnya isu ini di luar bidang kuasa Khazanah tetapi saya yakin dengan prestasi yang ditunjukkan kerajaan akan menilai semula permohonan syarikat itu,'' katanya kepada para pelabur pada majlis Invest Malaysia 2006 di sini hari ini.

Sebelum ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Che Khalib Mohamed Noh dilaporkan berkata, syarikat itu telah memohon kepada kerajaan untuk menaikkan kadar tarif elektrik sebanyak 10 peratus tahun ini.

Meskipun meraih keuntungan, kenaikan itu perlu kerana TNB berdepan dengan tekanan kenaikan kos operasi akibat peningkatan harga bahan api dunia dan bebanan hutang melebihi RM30 bilion dalam menyediakan perkhidmatannya kepada rakyat Malaysia.

Kerajaan, bagaimanapun telah menolak permohonan itu dan sedang menimbang satu formula jangka panjang bagi mengelak kenaikan kadar tarif elektrik pada masa depan.

Sebelum itu, Azman dalam ucapannya meminta kerajaan memastikan supaya kesinambungan laluan Malaysian Airline System Bhd. (MAS) tidak terjejas dengan keputusan kerajaan memberi laluan domestik utama kepada AirAsia Bhd. (AirAsia).

``Kami bukannya meminta MAS diberi `makan bersuap', sebaliknya syarikat penerbangan kebangsaan itu perlu diberi peluang untuk memberikan khidmat di sebanyak mungkin laluan yang berdaya saing dan kesinambungan penerbangannya untuk laluan lain dijamin tidak terjejas.

``Jika tidak MAS dan negara mungkin rugi kerana kehilangan pilihan dan kesimbungan dalam laluan berkenaan,'' kata beliau.

Azman berkata, Proton Holdings Bhd. (Proton) juga tidak menolak bahawa syarikat kereta nasional itu perlu mewujudkan perkongsian strategik dengan beberapa pembuat kereta lain.

Namun, katanya, Proton perlu mengambil langkah bijak membuat pilihan untuk memastikan ia dapat mengekalkan kebebasannya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Khazanah kini sedang meninjau beberapa peluang pelaburan di China dan Indonesia.

``Di China, kami masih mengenal pasti sektor pelaburan yang bakal dibuat sementara di Indonesia Khazanah berminat untuk melabur dalam sektor infrastruktur.

Sebelum ini, katanya, Khazanah pernah membuat pelaburan dalam sektor telekomunikasi dan perbankan di Indonesia.


SAMY : "SAYA ADA KICIWA ITU POLITIK WANG SUDAH MARI DALAM MIC"


MELAKA 24 Mac - Seperti juga Umno, gejala politik juga turut menjadi tradisi yang tidak boleh diubati lagi di dalam parti komponen BN yang lain.

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu semalam mendedahkan gejala politik wang di kalangan anggota MIC semakin serius pada pemilihan parti kali ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Tambahnya, beliau akan menggunakan kuasanya sebagai Presiden untuk membuang mana-mana ahli parti yang terlibat dengan politik wang pada pemilihan kali ini.

``Kita buang dulu ahli yang terlibat selepas itu baru siasat. MIC bukan parti kaya, ia adalah parti miskin.

``Saya beri amaran bahawa politik wang tidak boleh sekali-kali menguasai MIC pada bila-bila masa,'' katanya.

Sepatutnya Samy tidak perlu risau kerana dalam BN politik wang atau rasuah politik di'halal'kan oleh Pengerusi mereka iaitu Al-Badawi sebab itu tiada tindakan undang-undang di ambil kerana pesalahnya seperti Isa Samad, Amid Nordin,Zaid Ibrahim dan lain-lain lagi. Mereka hanya dikenakan tindakan oleh Umno sahaja.

Malah dalam setiap kali pilihanraya umum atau pilihanraya kecil politik wang atau rasuah politik ini sering menjadi senjata ampuh BN untuk memancing undi. Jadi tidak hairanlah kalau ianya digunakan di dalam kempen-kempen pemilihan parti.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC di ibu pejabat parti di sini hari ini.

Samy Vellu berkata, sehingga kini sebanyak 76 bahagian sudah selesai menjalankan mesyuarat pemilihan manakala esok sebanyak 33 bahagian melibatkan Selangor dan Kedah akan menjalankan mesyuarat masing-masing.


DERIH JUSOH SYOK SENDIRI


MELAKA 24 Mac - Menteri Besar Terengganu, Derih Jusoh dilaporkan syok sendiri dengan memuji pembangunan negeri yang ditadbirnya sekarang.

``Orang Terengganu kini berbangga mengaku mereka berasal dari negeri ini kerana banyak perubahan yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dua tahun lalu,'' demikian kenyataan Derih Jusoh yang disifatkan angkat bakul sendiri.

Menurut beliau lagi, keadaan itu jauh berbeza semasa negeri ini di bawah pemerintahan Pas sehingga menyebabkan ada yang `malu' mengatakan mereka rakyat negeri ini.

Berbanding Pas, kata beliau, kerajaan BN telah berjaya membawa pembangunan mental dan fizikal kepada rakyat dan negeri ini sejak memenangi pilihan raya umum pada 2004.

Jelasnya, ini termasuklah pembinaan pelbagai projek seperti Lebuhraya Pantai Timur (LPT), pembesaran lapangan terbang dan pembinaan Universiti Darul Iman Malaysia (UDIM).

Derih Jusoh lupa bahawa orang Terengganu juga ber'bangga' kerana sekarang mereka kena membayar cukai pintu, maksiat semakin meningkat, kerajaan mereka bertindak zalim merobohkan rumah rakyat dan masjid serta bermacam-macam lagi.

Derih dilaporkan berkata demikian ketika ditanya mengenai perubahan paling ketara di negeri ini selepas genap dua tahun pemerintahan kerajaan BN di negeri ini, semalam.

Menurutnya, rakyat Terengganu juga gembira dengan suasana dan kualiti hidup mereka pada masa ini yang lebih baik berbanding sebelum ini.

``Kita membawa banyak pembangunan ekonomi dan mewujudkan budaya mesra dan kehidupan lebih selesa,'' ujarnya.

Tetapi Derih lupa bahawa masih ramai anak-anak muda yang tidak mempunyai pekerjaan.

Idris memberitahu, walaupun banyak pembangunan fizikal telah dijalankan sejak dua tahun, beliau menganggapnya hanya melepasi separuh daripada apa yang dirancang dan diinginkan kerajaan negeri.

``Selepas dua tahun kita telah laksana lebih daripada 50 peratus apa yang dijanjikan dan dalam masa dua atau tiga tahun akan datang banyak lagi akan dikecapi rakyat,'' ujarnya.

Kita pun belum nampak apa sebenarnya pembangunan yang dikatakan 50 peratus itu. Universiti belum siap, Lebuhraya belum siap dan semuanya itu pula adalah projek kerajaan pusat bukan projek kerajaan Derih Jusoh.

Selain itu dikalangan orang Umno sendiri ramai yang tidak puashati kerana sindrom 'Besutmari' tetapi mereka hanya mendiamkan diri menunggu masa untuk bertindak ataupun mungkin akan mengambil sikap 'silent protes' suatu masa nanti.

Rakyat sebenarnya sudah cerdik dengan helah dan tipu muslihat Derih Jusoh. Silap-silap lepas pilihanraya umum Derih Jusoh boleh bungkus.

Terdahulu sebelum majlis itu, Idris bersama kira-kira 300 orang kakitangan kerajaan negeri termasuk wakil rakyat dan ketua jabatan, menghadiri solat hajat dan tahlil meraikan ulang tahun kedua kemenangan BN di Wisma Darul Iman.


Thursday, 23 March 2006

7,000 PEKERJA MAS MUNGKIN HILANG PEKERJAAN


Empat Kesatuan Sekerja Penerbangan Malaysia (MAS) bimbang 7,000 kakitangan syarikat penerbangan kebangsaan itu akan hilang pekerjaan jika kerajaan menyerahkan laluan domestik tertentu kepada AirAsia.

Berikutan itu, mereka meminta kerajaan supaya menarik balik keputusan menyerahkan laluan domestik tertentu kepada AirAsia.

Empat kesatuan berkenaan adalah Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (Maseu), Persatuan Kakitangan Eksekutif Sistem Penerbangan Malaysia (Mesa), Kesatuan Sekerja Penerbangan Sarawak (AWUS) dan Kesatuan Sekerja Pengangkutan Penerbangan Sabah (ATWUS).

Kesatuan itu berkata, mereka telah diberitahu secara lisan oleh pihak pengurusan MAS minggu lalu bahawa sekiranya rancangan itu dilaksanakan sepenuhnya, 7,000 kakitangan akan diberhentikan.

"Kita tidak mahu kerajaan bagi laluan kepada AirAsia. Apa akan berlaku kepada kakitangan MAS," kata Presiden Maseu Alias Aziz kepada pemberita di pejabat kesatuan itu di Subang Jaya semalam.

Adakan bantahan

Beliau berkata, kesemua kesatuan sekerja itu bercadang mengadakan beberapa tindakan bagi mendesak kerajaan menarik balik pelan itu.

Menurut laporan Bernama, Alias berkata, tindakan tersebut termasuklah berpiket, memakai pelekat bantahan serta menghadap raja-raja bagi mendapatkan sokongan.

"Kita dah hantar memorandum kepada Perdana Menteri menyatakan kekesalan kita," kata Alias.

Setiausaha Agung Maseu, Ab Malek Ariff pula mendakwa kakitangan MAS sekarang gelisah dan tidak bersemangat melakukan tugas kerana bimbang mengenai masa depan mereka.

Kerajaan telah membuat keputusan baru-baru ini supaya MAS mengendalikan laluan utama domestik dan menyerahkan laluan dalam negeri yang lain kepada AirAsia.

Langkah itu adalah antara beberapa tindakan untuk membantu MAS mengurangkan kerugiannya.

SUMBER : MALAYSIAKINI


Wednesday, 22 March 2006

PENCEMARAN NAJIS BABI : JPS MELAKA TERPAKSA TANGGUNG KOS MEMBERSIHKAN AIR SUNGAI


MELAKA 22 MAC : Oleh kerana terlampau berlembut dengan penternak babi, Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) Melaka telah membelanjakan lebih RM300,000 untuk membersihkan air Sungai Tuang yang menjadi tempat buangan kumbahan dari pusat ternakan babi di Kampung Paya Mengkuang.

Ketua Unit Sungai JPS Melaka, Nora Ibrahim berkata, pihaknya telah membeli alat penapisan dari Jepun bernilai RM300,000 untuk menyuling air yang keruh supaya menjadi jernih dan tidak berbau najis babi.

Bagaimanapun, katanya usaha JPS tidak berjaya kerana pengusaha ladang ternakan babi terus membuang najis dan air kumbahan ke dalam Sungai Tuang.

“Projek perintis yang dibuat pada 2003 itu telah dihentikan beberapa bulan lalu kerana JPS tidak mampu menanggung kos yang besar,” katanya.

“Mengikut perancangan asalnya, kos membiayai projek ini sepatutnya dibiayai oleh pemilik ladang babi terbabit tetapi mereka enggan dan ini menyebabkan kami (JPS) terpaksa menghentikannya,” katanya.

Nora berkata, ini menyebabkan air Sungai Tuang kembali ke tahap asal iaitu keruh dan berbau najis babi dan tidak selamat diminum

Katanya, pihak JPS juga telah melakukan usaha mengorek untuk membuang bahan buangan yang dihasilkan dari pusat ternakan babi Paya Mengkuang tetapi ia tidak boleh menghilangkan bau.

Kolam kubahan

“Kami juga pernah mencadangkan supaya pemilik ladang babi merawat kolam kumbahan untuk membersihkan air buangan tetapi mereka tidak mahu,”ujarnya.

Nora berkata, JPS tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan denda kepada penternak babi yang membuang kumbahan ke dalam sungai kerana soal penguatkuasaan itu di bawah bidangkuasa pihak berkuasa kerajaan tempatan.

Sementara itu, Perbadanan Air Melaka (PAM) tidak menerima laporan mengenai pencemaran air di kawasan Pekan Kuala Sungai Baru, Melaka yang disebabkan oleh pusat ternakan babi di Kampung Paya Mengkuang.

Jurucakapnya, berkata sumber air untuk penduduk daerah Alor Gajah termasuk Kuala Sungai Baru dan Pekan Linggi diambil dari Empangan Durian Tunggal dan Gadek yang disalurkan dari Sungai Tampin.

“PAM tidak mengambil bekalan air dari Sungai Tuang yang dikatakan penduduk dicemari najis babi dari Paya Mengkuang itu.

“Ini bermakna air yang dibekalkan kepada penduduk Alor Gajah dijamin selamat dari pencemaran najis babi,” katanya.

Sumber : Malaysiakini


ALI PARLIMEN ISLAM HADHARI YANG BENGONG


MELAKA 22 MAC : Akibat ajaran Islam Hadhari yang tidak mengajar pengikutnya halal dan haram maka mereka semakin sesat dan tidak boleh memikirkan yang mana baik dan yang mana buruk.

Malah dalam konteks aurat yang sudah jelas hukumnya tidak diendahkan oleh Islam Hadhari termasuklah Imam Besar Islam Hadhari As-Sheikh Al-Badawi. Lihat sahaja orang yang terdekat dengan beliau pun tidak menutup aurat.Begitu juga dengan pemimpin tertinggi Wanita Umno sampai sekarang pun masih bangga menggayakan pelbagai fesyen rambut dan juga menayangkan leher dan dadanya yang bidang.

Hari ini di Parlimen seorang pengikut Islam Hadhari bernama Wan Adnan Wan Mamat yang mewakili kawasan Indera Mahkota, Pahang mendedahkan betapa terpesong Islam Hadhari dalam bab aurat.

Wan Adnan memberitahu Dewan Rakyat bahawa anaknya yang menuntut di Sekolah Kebangsaan Methodist di Kuantan, telah menjadi mangsa diskriminasi kerana enggan memakai tudung.

Beliau mendakwa bahawa guru-guru anaknya menukarkan kelas anaknya kerana memakai tudung, bukan atas dasar akademik.

Inilah bengongnya penganut ajaran Islam Hadhari, kalau benar begitu sepatutnya beliau berterima kasih kerana guru itu mengajar anaknya supaya taat kepada hukum Allah, setelah Wan Adnan sendiri gagal mendidik anaknya.

Dakwaan beliau yang anaknya ditukarkan kelas sebab memakai tudung perlu dibuktikan dahulu. Jangan membuat tuduhan membuta tuli.

Mungkin juga anak beliau yang mendakwa demikian untuk mengelakkan diri dari dimarahinya akibat diturunkan kelas.

Samalah juga dengan kes tudung pelajar Sekolah Menengah Telok Sentang di Temerloh dahulu. Cerita sebenarnya berbeza dengan yang dimuatkan dalam akhbar.

Ketika menjawab soalan Wan Adnan, Timbalan Menteri Pelajaran, Noh Omar berkata, pihak sekolah tidak boleh memaksa mana-mana pelajarnya memakai tudung.

"Tudung bukan merupakan uniform yang wajib. Kita galakkan pelajar Islam memakai tudung tetapi tidak ada sesiapa boleh paksa pelajar pakai tudung," katanya.

Sepatutnya perkara ini tidak dipersoalkan lagi kalau betul Islam Hadhari itu bertepatan dengan Islam sebenar. Sudah menjadi kewajipan pihak kerajaan yang sepatutnya mewajibkan pelajar perempuan Islam memakai tudung kerana ianya adalah suruhan Allah.

Tetapi oleh kerana Islam Hadhari itu sudah jauh terpesong dari ajaran Islam maka pelajar yang memakai tudung atau memakai serban pula yang dipandang serong sepertimana kes 3 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Serting Tengah yang dibuang sekolah.


DAHULU PAKAR EKONOMI SEKARANG PAKAR YANG BEROTAK UDANG


BUKIT KATIL 22 MAC : Menteri Pengajian Tinggi, Mustapha Mohamad atau lebih dikenali dengan Stopa Mamat sudah tidak cerdik dan bijak lagi sejak memegang jawatan barunya ini. Otak beliau lebih kurang sama sahaja dengan Menteri Pengajian Tinggi sebelum ini, Piee Salleh.

Semalam Stopa mempunyai satu kenyataan yang boleh disifatkan sebagai ketinggalan zaman apabila menggesa mahasiswa universiti supaya menumpukan perhatian kepada pengajian dan tidak mengambil tahu hal-hal sekeliling.

Badan hak asasi manusia, Suaram hari ini mengecam Menteri Pengajian Tinggi itu yang kerana mengesa pelajar supaya menumpukan kepada pengajian mereka dan lupakan yang lain-lainnya. Suaram menyifatkan kenyataan menteri baru itu menunjukkkan beliau sudah jauh “ketinggalan zaman”.

“Kenyataan tersebut menunjukkan beliau tiada bezanya dengan menteri sebelumnya yang tidak faham langsung mengenai hak asasi manusia,” kata Penyelaras Suaram Chang Lih Kang dalam satu kenyataan.

Semalam, Mustapa berkata, para pelajar tidak sepatutnya menjejaskan masa depan mereka dengan menyertai demonstrasi jalanan.

Beliau dilaporkan berkata: “Kita mahu pelajar kita menumpukan kepada pengajian mereka. Jika mereka melanggar undang-undang mereka akan dikenakan tindakan. Anda sedang belajar, jadi jangan babitkan diri dalam demonstrasi.”.

Mustapa berkata demikian ketika diminta mengulas kes 17 pelajar Universiti Malaya (UM) yang menghadapi tindakan disiplin kerana menyertai perhimpunan di depan bangunan Parlimen kerana membantah penyelewengan yang didakwa mereka berlaku dalam pilihanraya kampus yang lalu.

Mustapa juga mendedahkan yang kes terhadap 17 pelajar terbabit telah digugurkan Isnin lalu.

Berhenti ambil tindakan

Sementara itu, Chang berkata, melarang pelajar daripada membabitkan diri dalam demonstrasi bukan sahaja bercanggah dengan perlembagaan, tetapi juga melanggar Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.

Di samping itu, tambahnya, kenyataan menteri berkenaan juga bertentangan dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk melihat pelajar membentuk perwatakan yang baik seiiring dengan kecemerlangan akademik.

Oleh itu, Chang berkata Mustapa mesti memohon maaf kerana kenyataannya ‘yang ketinggalan zaman itu” serta mengarahkan semua universiti menghentikan tindakan terhadap para pelajarnya.

Kira-kira 20 pelajar sedang menghadapi tindakan disiplin oleh pihak universiti masing-masing kerana membantah dan memulaukan pilihanraya kampus yang lalu, yang didakwa mereka dicemari penyelewengan.

Berikutan pemulauan tersebut, maka buat pertamakalinya, kumpulan ‘pro-establishment’ berjaya menyapu bersih kerusi yang dipertanding di semua 17 universiti awam.

Mengulas lanjut mengenainya, Chang berkata, langkah mengambil tindakan terhadap mereka yang mendedahkan perbuatan penyelewangan adalah tidak wajar samasekali dan boleh dianggap sebagai perbuatan membuli.

“Mereka tidak melakukan sebarang kesalahan, tetapi hanya mendedah kebenaran. Jika tiada apa yang hendak disembunyikan oleh pihak berkuasa universiti, maka mereka patut menghentikan segera sesi siasatan dan sebaliknya siasat dakwaan penyelewangan itu,” katanya.
.
Chang juga mengulangi desakan Suaram supaya dimansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang “mengongkong hak para pelajar”

Kalau begini otak yang ada pada Stopa maka sudah jelas otak beliau kini lebih kurang sama dengan otak udang.


KERAJAAN ISLAM HADHARI MELAKA LEBIH SAYANGKAN BABI DARI ORANG MELAYU


MELAKA 22 MAC : Kerajaan Islam Hadhari negeri Melaka sekali lagi meminggirkan kepentingan dan kedaulatan orang melayu di Melaka apabila lebih mengutamakan babi dan penternaknya dari orang melayu.
Sebelum ini pelbagai kepentingan orang melayu dinodai oleh kerajaan Ali Rustam (lebih dikenali sebagai Ali Ketam). Antaranya merobohkan gerai Mara di tengah-tengah Bandaraya Melaka, memindahkan pelabuhan nelayan dan lain-lain.

Kali ini penduduk melayu sekitar Kuala Sungai Baru, Melaka yang kini menghadapi pencemaran najis babi mungkin terpaksa “lari” ke tempat yang lebih selesa jika kerajaan tidak menutup perusahaan ternakan babi di kawasan itu.

Antara kampung yang paling terjejas akibat bau dan air sungai yang tercemar ialah Kampung Teluk Gong, Kampung Paya Mengkuang dan Kampung Baru.

Ketua Kampung Teluk Gong, Zainal Yusop berkata, satu kawasan yang telah diratakan untuk dijadikan tapak profek perumahan, telah menjadi tempat babi berkubang kerana kampung ini terletak berhampiran kawasan ternakan babi di Paya Mengkuang.

“Walaupun kawasan ternakan babi Kampung Paya Mengkuang berpagar tetapi kadangkala babi didapati menyusup keluar dan berkeliaran di kawasan kampung ini.

“Penduduk kerap terserempak dengan babi yang merayau dalam kampung dan ini membimbangkan penduduk kerana mengancam keselamatan kanak-kanak dan orang tua,” katanya.

Kampung Teluk Gong mempunyai kira-kira 1,500 penduduk dan keseluruhannya orang Melayu yang melakukan pelbagai jenis pekerjaan termasuk menjadi nelayan.

‘Berpindah jalan terakhir’

Katanya, penduduk telah mengadakan perbincangan sesama mereka untuk mencari jalan mengatasi masalah babi yang kerap merayau di dalam kampung.

“Bagaimanapun, penduduk menyatakan berpindah merupakan jalan terakhir kerana mereka sudah mempunyai rumah di kampung itu,” katanya lagi.

Menurutnya, Kampung Teluk Gong paling tercemar kerana air buangan dari ladang ternakan babi di Paya Mengkuang mengalir melalui sebatang sungai yang terletak di kampung itu.

Katanya, keadaan menjadi lebih teruk apabila hujan lebat kerana air sungai menjadi hitam serta tidak boleh digunakan untuk minuman atau mandi-manda.

Ketua Kampung Baru di Kuala Sungai Baru, Jali Durum pula berkata, sebahagian penduduk kampung yang berjumlah kira-kira 1,000 orang mahu berpindah tetapi tidak ada tempat yang sesuai.

Jelas sekali bahawa Kerajaan Islam Hadhari tunduk kepada kemahuan penternak babi ini apbila menarik balik keputusan untuk menutup kawasan penternakan babi di situ. Sebelum itu kerajaan Melaka telah mengarahkan semua kandang babi ini ditutup atau dipindahkan ke tempat lain. Tetapi akhirnya mereka terpaksa tunduk kepada penternak babi ini dan sanggup membiarkan orang melayu di kawasan itu 'terkorban'.

Inilah sikap sebenar pemimpin Islam Hadhari yang ada pada hari ini. Mereka lebih rela membiarkan kepentingan dan kedaulatan orang melayu dinodai demi kerana takut kepada golongan kafir yang mereka jadikan sebagai anak emas mereka.

Orang melayu sepatutnya sedar akan hal ini dan mesti bersedia 'mengajar' pemimpin Islam Hadhari ini dalam pilihanraya akan datang.


AL-BADAWI SILAP PERCATURAN LANTIK EFFENDY NORWAWI. DPP BUKIT KATIL DESAK EFFENDY LETAK JAWATAN


BUKIT KATIL 22 MAC : Kelemahan dan kebangangan Perdana Menteri Islam Hadhari Abdullah Ahmad Badawi sekali lagi terbukti dan terserlah apabila Menteri 'recycle' yang beliau lantik Datuk Effendi Norwawi mungkin akan dibicarakan atas dakwaan menghina mahkamah kerana didakwa gagal mematuhi perjanjian penyelesaian perceraian mereka.

Mahkamah Tinggi Syariah akan memutuskan pada 26 April ini permohonan bekas isteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk mendapatkan kebenaran menfailkan permohonan
Hakim Mohamad Shakir Abdul Hamid menetapkan tarikh tersebut selepas menasihatkan peguam syarie Mohd Rafie Mohd Shafie yang bekas isteri Effendi – Farida Effendi – supaya menfailkan dokumen tambahan berkaitan permohonannya tersebut.

Katanya, pihak mahkamah akan meneliti permohonan dan jika berpuashati, akan mengeluarkan notis mengarahkan Effendi supaya hadir di mahkamah.

Mahkamah juga dimaklumkan bahawa Effendi telah mendapatkan perkhidmatan peguam syarie Mohamad Burok untuk mewakilinya dalam kes tersebut.

Jika mahkamah mendapatinya bersalah, Effendi boleh dikenakan hukuman penjara kerana menghina mahkamah.

Farida, 55, yang nama sebenarnya Zariah Hashim, kelihatan tenang ketika duduk di sebelah peguamnya sepanjang prosiding tersebut.

Penyelesaian perceraian

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Mohd Rafie berkata pelanggannya terpaksa mengambil tindakan tersebut kerana Effendi gagal mematuhi perjanjian penyelesaian perceraian mereka yang bertarikh 28 Januari 2005.

Katanya, Effendi gagal mematuhi sebahagian besar syarat perjanjian penyelesaian tersebut.

“Kami mahu beliau memberi penjelasan mengapa beliau tidak mematuhinya dan jika penjelasannya itu tidak memuaskan, kami mahu beliau dipenjara,” katanya.

Menurutnya, perjanjian tersebut merupakan sebahagian daripada perintah mahkamah bertarikh 21 Jun 2005 yang bukan sahaja membenarkan Effendi melafazkan talak atas persetujuan bersama, tetapi juga terikat dengan perjanjian penyelesaian perceraian tersebut.

Ditanya mengenai jumlah nilai harta yang terbabit dalam perjanjian tersebut, Mohd Rafie enggan mendedahkan tetapi membayangkan ianya membabitkan berjuta-juta ringgit.

Dalam permohonan itu – malaysiakini memperolehi salinannya – Effendi didakwa dengan sengaja tidak mematuhi syarat-syarat dalam perintah mahkamah itu.

Permohonan tersebut menyenaraikan 20 harta termasuk rumah mereka di Kuching, Sarawak, rumah di London dan 100 peratus saham Encorp Utility di mana Effendi didakwa gagal memindahkannya kepada nama Faridah.

RM200,000 sebulan

Farida memohon gantirugi RM200,000 sebulan mulai November lalu sehingga saham Encorp Utility dipindahkan sepenuhnya kepada beliau.

Dalam afidavitnya, Farida berkata, kegagalan Effendi memindahkan saham tersebut kepada namanya, telah mengakibatkan beliau kerugian RM200,000 sebulan.

Faridah mendakwa, beliau tidak mempunyai pilihan kecuali mengambil tindakan tersebut kerana beliau telah dimaklumkan mengenai dakwaan adanya usaha pihak-pihak tertentu supaya saham tersebut tidak dipindah kepada namanya.

“Sudah 14 bulan sejak perjanjian penyelesaian perceraian itu ditandatangani dan lapan bulan sejak mahkamah membenarkan perceraian tersebut,” katanya.

Beliau mendakwa Effendi tidak mengambil usaha bersungguh-sungguh untuk mematuhi syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian tersebut.

Pasangan tersebut berumahtangga selama 33 tahun dan mempunyai anak orang anak – Elfida, Elyna dan Ezra.

Effendi, yang dilantik semula menganggotai kabinet dalam rombakan baru-baru ini, kini mendirikan rumahtangga dengan pelakon popular Tiara Jacqueline

Dakwaan pemerhati politik bahawa Al-Badawi telah membuat kesilapan besar apabila melantik beberapa orang menteri 'recycle' akhirnya terbukti apabila Effendy sendiri memalukan Al-Badawi dengan kes ini. Bagaimana seorang menteri yang berwibawa menurut Al-Badawi, gagal menyelesaikan permasalahan rumah tangganya. Tidakkah ini menjejaskan integriti dan kreadibilitinya sebagai seorang pemimpin negara.

Desak Letak Jawatan

Sementara itu Ketua DPP Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman mendesak Dato' Effendy Norwawi supaya meletakkan jawatan kerana menurutnya Effendy tidak sesuai dan tidak layak untuk menjadi menteri.

"Kreadibiliti dan imejnya sudah tercalar, kalau di barat sudah tentu menteri seumpama ini akan letak jawatan atau dipecat" kata Hj Salamat dengan serius.

"Masalah rumah tangga pun tak dapat diselesaikan, macamana nak tadbir negara" jelas Hj Salamat lagi.

"Dari dulu lagi kita sudah kata, Al-Badawi silap pilih orang, dia tak mahu dengar, sekarang siapa yang malu" tambah Hj Salamat.


KERAJAAN BAZIRKAN DUIT RAKYAT GUNA PAKAR LUAR NEGERI.


MELAKA 22 MAC : Semalam Perdana Menteri memberitahu media bahawa kerajaan telah melantik satu pasukan pakar daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat, untuk mengkaji dan menggubal strategi bagi memperkukuhkan kecekapan dan keupayaan kakitangan kerajaan.

Katanya, kajian itu termasuk menyediakan kursus-kursus berkaitan bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dan mengurangkan karenah birokrasi.

Menurut Abdullah, pasukan itu juga akan membantu penjawat kerajaan di peringkat daerah mengemaskini kerja mereka serta mengurangkan masalah kerja tertunggak yang boleh menjejaskan mutu perkhidmatan awam.

Apa yang kita musykilkan mengapa kerajaan sanggup membelanjakan wang yang besar dengan mengambil pakar luar negeri bagi menyelesaikan masalah dalaman kita. Tidakkah ianya membazir kerana 'charge' yang dikenakan sudah tentu jauh lebih tinggi dari pakar-pakar dalam negeri yang sedia ada. Setiap hari Al-Badawi menggesa rakyat berjimat cermat dan mengubah gaya hidup tetapi pada masa yang sama juga kerajaanlah yang membazirkan wang rakyat.

Kedua, kita juga kecewa dengan sikap kerajaan yang masih tidak mengiktirafkan tenaga-tenaga pakar dalam negeri seperti pensyarah-pensyarah universiti tempatan yang ramai dan berkebolehan. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan memperkecil dan memperlekehkan kemampuan mereka sedangkan pada masa yang sama pemimpin negara melaung-laungkan bahawa tenaga pakar dalam negeri adalah setanding dengan pakar luar negeri.

Agaknya inilah sikap pemimpin Islam Hadhari yang sentiasa bercakap tak serupa bikin.


Menjawab soalan Hashim Jahaya (BN-Kuala Kedah) di Dewan Rakyat hari ini, Abdullah berkata kerajaan juga sedang berusaha meningkatkan kualiti dan kecekapan penjawat awam melalui penguasaan bidang teknologi atau teknikal.

Di samping itu, Bernama melaporkan, Institut Integriti Malaysia juga memainkan peranan mengadakan kursus-kursus bagi melahirkan kakitangan awam yang berwibawa.

Bagaimanpun, usaha itu mengambil masa disebabkan masalah-masalah yang ada pada hari ini, misalnya hal-hal berkaitan birokrasi.

"Tetapi usaha diteruskan. Tidak ada sikap berlenggah-lenggah atau menganggap perkara ini tidak penting," katanya.

Sebab projek gagal

Menjawab soalan asal Hashim, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa semua projek di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) yang gagal disiapkan akan dibawa ke Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Beliau berkata projek-projek yang belum siap itu akan menjadi perkara yang mesti dilaksanakan dalam RMK-9.

"Memang ada projek-projek yang dirancang dalam RMK-8 yang belum dapat dilaksanakan berikutan pelbagai masalah tetapi ia akan dibawa ke RMK-9 dan kita bukan hendak biarkan ia terbengkalai," katanya.

Abdullah berkata antara faktor yang menyebabkan projek-projek berkenaan gagal disiapkan termasuk isu tanah dan halangan daripada rakyat.

"Sekarang tanah pun kalau dibangkang oleh rakyat, maka tidak jalanlah projek berkenaan dan akan tertangguh juga. Sementara menunggu penyelesaian daripada mahkamah kadang-kadang kalau mahkamah itu memberi keputusan yang lain pula kita kena usahakan cari tanah yang lain," katanya.

Abdullah berkata pelaksanaan projek-projek pembangunan di negara ini adalah secara berterusan dan tidak dihentikan sekalipun telah melampaui jangka masa sebenar pelaksanaannya.

Beliau berkata kerajaan sentiasa memantau projek-projek pembangunan yang dilaksanakan termasuk jumlah projek yang gagal disiapkan bagi memudahkan kerajaan menentukan peruntukan tambahan yang diperlukan bagi meneruskan projek-projek yang belum selesai itu selain peruntukan untuk memulakan projek dalam RMK-9.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59