Tuesday, 28 February 2006

HAPUSKAN TITIK PERTEMBUNGAN ERATKAN KERJASAMA - PRESIDEN PAS


SRI PETALING 28 FEB : Program Sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh DPP PAS Pusat di Restoran Happiness Delight di sini malam tadi telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan masyarakat Tionghua seluruh negara.

Majlis itu telah diserikan dengan tarian naga bagi menyambut kedatangan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di perkarangan restoran tersebut. Masyarakat tionghua yang sedang makan di sekitar restoran tersebut telah bersama-sama menonton tarian tersebut.

Dalam majlis itu juga beberapa wakil dari NGO kaum Tionghua seperti Dewan Perniagaan Cina Selangor-Wilayah Persekutuan dan Save our School (SOS)telah menyampai ucapan masing-masing.

Turut hadir ialah wakil Dong Jiao Zhong, En. Hu Pang Chow, wakil-wakil Kelab Penyokong PAS Negeri Sembilan, Hj Kamal Koh, bekas pembantu khas MB Terengganu, En Ng Chai Hing dan ramai lagi.

Dalam ucapannya wakil Dewan Perniagaan Cina Selangor-Wilayah, En. Lee menyatakan bahawa golongan muda di dalam persatuannya berharap suatu hari nanti Malaysia akan memperolehi pemimpin yang sentiasa peka kepada kebajikan rakyat bukan hanya menjaga kepentingan diri sendiri.

Manakala Cik Tan yang mewakili (SOS) melahirkan rasa gembiranya di atas sokongan yang diberikan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dalam usaha mereka untuk membuka semula Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Damansara yang telah ditutup selama 6 tahun.

"Usaha Pemuda PAS baru-baru ini yang sama-sama dengan SOS menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pelajaran amat mengembirakan kami" kata beliau.

Turut berucap dalam majlis tersebut ialah En. Lee Sang ahli MPT Parti Keadilan Rakyat yang menyeru seluruh hadirin supaya sama-sama berganding bahu untuk menolak kerajaan BN yang rasuah dalam pilihanraya akan datang.

Dato' Seri Presiden PAS dalam ucapannya pula melahirkan rasa terimakasih di atas kesudian masyarakat tionghua menghadiri program tersebut. Tuan Guru menyatakan apa yang penting bagi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum sekarang ialah mencari titik persamaan ke arah kerjasama dan perpaduan yang lebih erat bukannya membesar-besarkan pertembungan sesama mereka.

Tuan Guru di akhir ucapannya juga berharap semua parti-parti politik dan NGO-NGO dapat bekerjasama untuk menumbangkan kerajaan BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Turut berucap malam tadi ialah Ketua DPP Pusat, YB Salahuddin Ayub dan Naib Ketua DPP Pusat, Mazlan Aliman.


KES GUNTING TUDUNG PELAJAR SMK TELOK SENTANG, PAHANG :BERI PELUANG KEPADA GURU-GURU BERI PENJELASAN


MELAKA 28 FEB : Kes tudung pelajar perempuan SMK Telok Sentang, Temerloh, Pahang menjadi kes yang agak hangat diperkatakan.

Malah hari ini media melaporkan bahawa Pesuruhjaya Suhakam Dr Chiam Heng Keng dalam kenyataannya kepada media menyatakan bahawa kes pengguntingan tudung tersebut telah melanggar kebebasan asas pelajar-pelajar tersebut.

Media juga baru-baru ini melaporkan bahawa kes ini telah diajukan kepada Ahli Parlimen Kuala Krau, Ismail Mohamed Said dan beliau juga telah memaklumkan kepada Menteri Pelajaran Hishamuddin Hussien.

Sehubungan dengan itu juga Sister In Islam (SIS) juga membuat kenyataan dengan mengatakan SIS kesal dengan kejadian itu dan menyatakan pendirian mereka menentang sebarang paksaan supaya memakai tudung atau tidak memakai tudung.

Kita semua memang sedia maklum bagi SIS tidak memakai tudung adalah lebih baik bagi mereka sebab mereka juga tidak memakai tudung.

Apa yang dikesalkan di sini ialah media tidak pula memberikan peluang kepada guru-guru yang terlibat ataupun Pengetua sekolah ini untuk membela diri. Sepatutnya kenyataan guru-guru dan pengetua sekolah ini diambil supaya cerita sebenar tentang kes ini dapat diketahui umum.

Gambar Ihsan Malaysiakini.


MINYAK NAIK : RAKYAT MAKIN TERBEBAN, AYUH RAKYAT MALAYSIA BANGKITLAH


KUALA LUMPUR 28 Feb. - Seperti diduga sebelum ini, Kerajaan semalam sekali lagi mengumumkan kenaikan harga runcit minyak petrol dan diesel sebanyak 30 sen seliter serta harga runcit gas petroleum cecair (LPG) sebanyak 30 sen sekilogram (kg), berkuat kuasa hari ini.

Dengan keputusan tersebut, harga runcit baru petrol premium RON97 di Semenanjung Malaysia naik kepada RM1.92 seliter, petrol RON92 RM1.88 seliter, diesel RM1.581 seliter dan LPG RM1.75 sekilogram.

Kenaikan ini cukup dirasai oleh rakyat bawahan kerana mereka terpaksa berbelanja lebih sebanyak 30 sen pada setiap liter minyak yang digunakan.

Apa yang lebih parah ialah barangan keperluan akan naik melambung selepas ini kerana kenaikan kos pengangkutan yang tinggi berikutan kenaikan harga minyak ini.

Nampaknya kerajaan pimpinan Pak Lah Al-Badawi ini langsung tidak memikirkan kesusahan rakyat di mana kerajaan ini tidak prihatin dan tidak sanggup berkorban untuk rakyat. Janji manis mereka untuk membela rakyat hanyalah janji kosong.

Segala permasalahan dengan kenaikan minyak dunia mereka bebankan kepada rakyat. Sepatutnya Malaysia sebagai negara yang mempunyai minyak akan mengaut keuntungan yang lebih dengan kenaikan harga minyak ini dan keuntungan ini sepatutnya dikongsi bersama oleh rakyat. Tetapi malangnya kerajaan mengambil kesempatan dengan kenaikan harga minyak dunia untuk menekan rakyat.

Ayuh rakyat Malaysia bangkitlah untuk menumbangkan kerajaan yang ada pada Pilihanraya Umum akan datang.

Gambar dipetik dari blog roslan sms


Monday, 27 February 2006

SELANGOR MAJU : IBU NEGERI PUN TERUK DILANDA BANJIR, KHIR TOYO MUKA TAK MALU


SHAH ALAM 27 FEB : Menonton gelagat MB Selangor dalam siaran Berita TV malam tadi yang langsung tidak menunjukkan rasa malu meyakinkan kita bahawa pemimpin Umno memang mempunyai 'muka tembok' yang tidak tahu malu.

Manakan tidak beberapa bulan lepas beliau mengisytiharkan Selangor sebagai negeri maju, tetapi sejak akhir-akhir ini PBT di bawah jajahan takluk negeri Selangor teruk 'ditelanjangi' oleh media terutama TV3. Kelemahan demi kelemahan dibongkar oleh TV3 yang jelas menunjukkan bahawa Khir Toyo memang tidak tahu memerintah.

Lebih parah dari itu Ibunegeri Selangor iaitu Shah Alam yang menjadi pusat pentadbiran negeri dilanda banjir yang memalukan sehari dua ini. Di mana kredibiliti Khir Toyo sebagai MB sebuah negeri maju yang gagal menangani masalah ini.

Tidak hairanlah bagaimana aduan demi aduan tentang kelemahan dan penyelewengan yang dibuat oleh Khir Toyo telah dibuat oleh beberapa orang pengadu seperti Lutfi Othman dan lain-lain. Tetapi semuanya tidak disiasat.

Tetapi akhirnya satu demi satu kelemahan dan penyelewengan terserlah.

Media hari ini melaporkan bahawa ribuan penduduk Shah Alam hari ini panik dan kelam kabut apabila beberapa kawasan di bandar raya terancang itu dilanda banjir yang dianggap paling buruk dalam tempoh 10 tahun.

Banjir berkenaan yang bermula kira-kira pukul 5 pagi itu menenggelamkan lebih 4,000 rumah dan menyebabkan beberapa laluan lebuh raya terpaksa ditutup untuk semua jenis kenderaan.

Seramai 1,240 penduduk dari 260 keluarga telah dipindahkan ke tempat selamat.

Kawasan yang paling teruk ialah Kampung Kebun Bunga di Batu Tiga apabila lebih 50 buah rumah di perkampungan tersebut ditenggelami air setinggi enam meter.

Selain itu, kawasan taman perumahan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) Jaya juga terjejas teruk apabila semua rumah di kawasan itu ditenggelami air setinggi kira-kira 1.6 meter.

Banjir berkenaan turut melanda kawasan Seksyen 13 Shah Alam yang menempatkan kawasan perumahan, pasar raya Giant, Makro serta menenggelami kawasan tempat letak kereta Stadium Shah Alam dan kawasan padang bola sepaknya.

Antara kawasan yang terbabit ialah Kampung Landasan di Kampung Melayu Subang dan landasan komuter Batu Tiga, Jalan Batu Tiga Lama menuju ke Glenmarie.

Beberapa laluan di lebuh raya utama juga terpaksa ditutup untuk semua kenderaan mulai pukul 6 pagi.

Laluan terbabit ialah kawasan Batu Tiga di Lebuh Raya Persekutuan, persimpangan Bukit Jelutong di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuh Raya Elite berhampiran kilang gula juga di Batu Tiga serta laluan di sekitar pasar raya Giant dan persimpangan utama TTDI Jaya.

Keadaan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk selain banyak kenderaan tersadai di bahu jalan.

Pada masa yang sama, bekalan elektrik di kawasan sekitar Bukit Jelutong dan Shah Alam turut terputus selama beberapa jam dan hanya kembali pulih secara berperingkat kira-kira pukul 3 petang.


INILAH PRODUK YANG DITINGGALKAN SHAFEI SALLEH


KUALA LUMPUR 27 FEB: Berita yang dilaporkan oleh media hari ini mengesahkan segala penafian yang dibuat oleh kerajaan bahawa masalah keruntuhan akhlaq di kalangan mahasiswa tidak meruncing.

Setiap kali pembangkang membuat tuduhan bahawa gejala maksiat di kalangan mahasiswa semakin parah, setiap kali itulah juga kerajaan menafikannya.

Tetapi hari ini media melaporkan bahawa keghairahan 77 pelajar institut pengajian tinggi awam mengadakan ‘parti liar’ ketika menyambut hari jadi seorang rakan dengan ‘goyang kepala’ dipercayai akibat mengambil minuman keras dan pil Ecstasy di sebuah apartmen bertaraf lima bintang di Jalan P Ramlee, awal pagi semalam, mengejutkan polis.

Ini yang dapat dikesan dan ditangkap. Bagaimana yang tidak berjaya di kesan dan ditangkap. Sudah tentu jumlahnya jauh lebih besar.

Inilah akibatnya apabila fokus kementerian telah tersasar jauh iaitu hanya mementingkan kemenangan 'Umno' pada setiap kali pilihanraya kampus dan memastikan pelajar tidak terpengaruh dengan Islam. Akhirnya akhlaq dan perangai mahasiswa tidak dipentingkan. Mereka diasuh dan digalakkan supaya berseronok dan membiarkan mereka tanpa haluan dan didikan.

Laporan itu juga menyebut bahawa sepasukan polis yang melakukan serbuan di apartmen tiga bilik itu mendapati kebanyakan pelajar asyik menari dengan botol minuman keras dan pil Ecstasy bertaburan di lantai dan di tandas.

Ada di antara pelajar itu cuba melarikan diri dan ada juga mencari pakaian luar yang ditanggal berikutan keadaan sesak dan panas.

Menurut sumber, mereka dikatakan membayar RM150 seorang bagi membolehkan menyertai parti yang diadakan kali keempat sejak awal tahun lalu itu.

Katanya, parti itu dipercayai dianjurkan seorang pelajar senior yang sanggup membayar RM700 semalam bagi menyewa apartmen itu semata-mata untuk mengadakan parti hari jadi itu.

“Parti yang dihadiri pelajar dari dua IPTA itu dikatakan bermula jam 12 tengah malam.

“Bagaimanapun, menjelang awal pagi, sambutan hari jadi itu menjadi semakin ‘panas’ apabila kebanyakan mereka mengambil pil ecstasy dan minuman keras jenis yang mahal sambil menari dalam keadaan sesak dengan iringan muzik ala disko,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Kamal Pasha Jamal, berkata bertindak daripada aduan orang ramai, sepasukan anggota polis dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dihantar ke tempat kejadian, jam 2 pagi.

“Selepas mengetuk pintu dan memperkenalkan diri sebagai polis, mereka hanya membuka pintu selepas 15 minit.

“Polis kemudian mendapati terdapat pelajar yang mabuk dan dalam keadaan khayal,” katanya.

Beliau berkata, banyak botol minuman keras dan pil Ecstasy ditemui di lantai dan di tandas yang dibuang mereka.

Semua 74 pelajar berusia awal 20-an itu dibawa ke IPD Dang Wangi untuk ujian air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah.

“Hasil ujian mendapati sembilan lelaki dan enam wanita positif menggunakan dadah dan ditahan untuk tindakan lanjut.

“Selebihnya dibebaskan selepas keterangan diambil selain menyemak rekod jenayah mereka,” katanya.

Beliau juga mengatakan pihak polis akan menghantar surat kepada IPTA masing-masing untuk memaklumkan kejadian berkenaan bagi tindakan susulan pihak berkaitan.

“Pihak hotel turut tidak bersetuju dengan tindakan mereka yang menganjurkan parti berkenaan kerana mengganggu orang ramai,” katanya.

Semua yang ditahan itu akan ditahan direman bagi membantu siasatan.


ISU TUDUNG ISU REMEH BAGI Umno


MELAKA 27 Feb. - Isu tudung yang melibatkan Habsah Jaafar yang dipaksa meletakkan jawatan oleh Hotel Reinassance merupakan isu remeh bagi kerajaan Islam Hadhari.

Ini terbukti apabila penjelasan pihak pengurusan hotel tersebut diterima hanya dengan satu panggilan telefon tanpa surat rasmi atau bersemuka.

Perkara ini didedahkan oleh Biro Kebajikan dan Pembelaan Masyarakat Pergerakan Pemuda UMNO yang kecewa dendan Menteri Pelancongan, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor mengendalikan isu yang melibatkan bekas Pengarah Akaun Hotel Renaissance itu.

Menurut laporan berita tersebut Kementerian Pelancongan hanya mendapatkan penjelasan daripada pihak hotel terbabit melalui telefon tanpa memanggil Habsah yang menjadi mangsa kepada masalah ini.

DPP Bukit Katil kesal dengan cara menteri berkenaan menangani isu ini dengan tidak berlaku adil dengan memanggil kedua-dua pihak bagi mendengar penjelasan mereka.

Tindakan pihak kementerian yang hanya menelefon bagi mendapatkan kesahihan dakwaan Habsah dari pihak hotel menunjukkan bahawa isu ini seolah-olah sangat kecil dan remeh bagi pemimpin Umno. Sedangkan isu adalah isu yang sangat besar melibatkan pencabulan agama Islam itu sendiri.

"Malah jika beginilah cara kerajaan menanganinya sudah pasti pada masa akan datang ramai lagi akan dinafikan hak untuk mengamalkan ajaran agama Islam yang wajib ini" demikian kenyataan Ketua DPP Kawasan Hj Salamat Aman pagi ini.

"Adakah Umno tidak merasa apa-apa atas peristiwa ini. Tetapi sebaliknya bertindak cepat dan serius kalau sesuatu isu itu melibatkan kepentingan agama lain" tambah Hj Salamat.


Fokus sepanjang minggu: Kini giliran RTM pula


Kontroversi penyiaran karikatur yang mempersendakan Nabi Muhammad dalam media negara ini menjadi tumpuan utama liputan berita sepanjang minggu ini. Ia berlarutan apabila RTM pula didakwa turut menyiarkan karikatur tersebut dalam berita Mandarin TV2 pada 3 Februari lalu.

Perkara itu didedahkan oleh akhbar NST dalam laporan pemohonan maafnya dalam edisi internetnya. Laporan pemohonan maaf dalam edisi cetaknya tidak menyentuh perkara tersebut. Malaysiakini turut melaporkan perkara tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan tiada tindakan yang akan diambil terhadap NST, maka tumpuan sekarang adalah kepada RTM dan media elektronik lain di negara ini yang mungkin turut menyiarkan karikatur tersebut.

NST telah memohon maaf di atas penyiaran kartun yang berkaitan dengan karikatur yang mempersendakan Nabi Muhammad, melalui ruangan Life & Time Isnin lalu dan menyiarkan semula lakaran itu pada hari berikutnya bersama penjelasannya di di muka dua.

Berikutan itu, NST telah menerima surat tunjuk sebab daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) supaya memberi penjelasan mengenai penyiaran kartun tersebut.

Anwar disiasat polis

Turut mendapat perhatian minggu ini ialah laporan mengenai siasatan pihak polis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang berunsur hasutan dalam ceramahnya sewaktu kempen pilihanraya kecil Pengkalan Pasir tahun lalu.

Anwar telah diarah memberi keterangan bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman tiga tahun penjara dan denda RM5,000 atau kedua-duanya.

Menurut peguam beliau, Sankara Nair, bekas Timbalan Perdana Menteri itu diarah memberi keterangan, melalui sepucuk surat bertarikh 31 Januari 2006 yang ditandatangani oleh pegawai penyiasat ASP Fazlisyam Abd Majid dari ibupejabat balai polis Pasir Mas.

Katanya, surat tersebut tidak menyatakan siapa yang membuat laporan polis terhadap Anwar yang memberi ceramah di stadium mini Pasir PAS pada 27 November 2005. Ia juga tidak menyebut bila laporan polis itu dibuat.

Menurutnya, beliau telah memaklumkan kepada pihak polis bahawa Anwar akan bekerjasama dengan pihak polis dan bersedia memberi keterangan dalam bulan Mac apabila beliau balik bercuti dari Washington.

Pengarah Urusan Harakah dipecat

Manakala pada hari Selasa (21 Februari) PAS telah mengambil tindakan memecat Pengarah Urusan Harakah, Datuk Hishammuddin Yahya dan menggantikan beliau Datuk Kamaruddin Jaffar.

Perlantikan Kamaruddin yang juga Setiausaha Agung PAS, memegang jawatan tersebut, berkuatkuasa serta-merta.

Perkara tersebut terkandung dalam memo yang diedarkan kepada semua kakitangan Harakah yang ditandatangani oleh Pengerusi Harakah, Datuk Mustapha Ali.

Malaysiakini difahamkan, tindakan tersebut diambil terhadap Hishammuddin setelah beliau dikatakan enggan melepaskan jawatan tersebut walaupun sudah berkali-kali diarahkan berbuat demikian.

Soro sedia bertemu Dr Mahathir

Malaysiakini telah menyiarkan wawancara ekslusif dengan pelabur kewangan yang tidak asing lagi, George Soros yang menyuarakan kesediaannya untuk mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menggelarnya sebagai “penyangak matawang dunia”

Mahathir telah menuduh Soros menyerang matawang di rantau ini sehingga mengakibatkan berlakukan krisis kewangan Asia pada tahun 1997.

Ketika mempertahankan dirinya, Soro berkata sebagai seorang pengurus dana, beliau bertanggungjawab untuk membuat ramalan pergerakan pasaran.

Menurutnya, pihak berkuasalah yang mengawal dasar. Dan jika mereka mempunyai dasar yang tidak betul, maka merekalah yang bertanggungjawab terhadap krisis tersebut.

Bagaimanapun, beliau menyambut baik respon yang diambil Dr Mahathir dalam menangani krisis tersebut.

Soros menempa namanya dalam dunia kewangan apabila beliau meramalkan pada tahun1992 yang Bank England tidak mampu menampung nilai antarabangsa matawang paun British. Apabila bank itu akhir membenarkan matawang itu diapung, Soros berjaya menguat keuntungan lebih satu bilion paun.

Soros bernilai AS$7.2 billion dan berada diranking 28 daripada 400 orang terkaya di Amerika dalam Senarai Forbes pada tahun 2005

Selesema burung dikesan di Malaysia

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan laporan kematian 40 ekor ayam kampung di Batu 4½, Jalan Genting-Kelang mati minggu lalu kerana selesema burung.

Berikutan itu, 10 orang penduduk di kawasan terbabit telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemerhatian dan semuanya telah diisytiharkan bebas daripada jangkitan virus avian influenza H5N1 yang menyebabkan selesema burung.

Empat kawasan yang menjadi tumpuan gerakan membasmi penyakit selesema burung ialah Kampung Pasir Wardieburn, Taman Danau Kota, Pekan Danau Kota dan Kampung Belakang JPJ.

Tindakan segera secara bersepadu telah diambil oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Kesihatan untuk mengawal penyakit tersebut daripada merebak.

Katanya tindakan sucihama ke atas semua reban ayam di kawasan kejadian juga dijalankan selain memantau kawasan terlibat dan menjalankan pemantauan terhadap penduduk di kawasan kejadian.

Tahanan Yazid Sufaat dilanjutkan

Kerajaan telah melanjutkan tempoh tahanan ISA, Yazid Sufaat, 42, yang disyaki membantu anggota al-Qaeda yang terbabit dalam rampas pesawat dalam serangan 11 September .

Menurut peguamnya, Yazid, seorang bekas pegawai tentara, didakwa membenarkan pangsapurinya digunakan anggota al-Qaeda pada awal tahun 2000, termasuk dia orang perampas kapalterbang yang merempuh Pentagon pada 11 September 2001.

Yazid, ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia pada bulan Januari 2002, dan ditahan di bawah ISA yang membenarkan tahanan tanpa perbicaraan.

Tahanan ke atas Yazid telah dilanjutkan selama dua tahun lalu mulai 31 Januari lalu.

Tempoh tahanan dua tahun ke atasnya telahpun dilanjut pada 2004. Menurut undang-undang tersebut, kerajaan boleh melanjutkan tempoah tahanan setiap tahun tanpa hadnya.

Yazid, yang merupakan lulusan bio-kimia dari universiti di Amerika Syarikat, pernah disoalsiasat oleh penyiasat kerajaan Amerika pada bulan November 2002 berhubung kaitannya dengan Zacarias Moussaoui, yang menghadapi tuduhan terbabit dalam serangan 11 September itu.

Tolak pengswastaan air

Lebih 250 wakil persatuan penduduk, persatuan agama dan pengguna, parti-parti politik, ahli akademik dan kesatuan sekerja dari seluruh negara, menolak rang undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Industri Perkhidmatan Air (WSIA).

Keputusan itu dibuat di satu majlis perbincangan yang diadakan di Kuala Lumpur. Kedua-dua rang undang-undang itu dijadual dibentangkan di sesi persidangan Parlimen Mac-April depan.

Penyelaras Gabungan Membantah Pengswastaan Air(CAWP) Charles Santiago berkata, dalam sesi sehari ini, mereka menolak pengswastaan air dalam apa bentuk sekalipun.

Suhakam: Henry bunuh diri

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang menjalankan siasatan terbuka terhadap kes kematian seorang tahanan di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, S. Hendry, 18, merumuskan kemungkinan besar lelaki itu membunuh diri.

Pesuruhjaya Suhakam, Prof Datuk Mohd Hamdan Adnan (foto) berkata, suruhanjaya itu berpuashati dengan siasatan dan maklumat sahih yang diperoleh hasil soal-siasat dan lawatan ke sel Hendry ditempatkan.

Katanya, kemungkinan punca kematian disebabkan membunuh diri adalah sahih. Menurut forensik, kekurangan udara di bahagian tekak Hendry menunjukkan dia membunuh diri sendiri.

Bagaimanapun, bapa Hendry masih tidak berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan, tetapi kata Hamdan, Suhakam akan sedaya-upaya menjelaskan kepada beliau hasil siasatan yang sahih itu.

Dipetik dari Malaysiakini


Friday, 24 February 2006

DPP BUKIT KATIL SELAR PM KERANA TIDAK AMBIL TINDAKAN KE ATAS NST


MELAKA 24 FEB : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menyelar PM kerana tidak mengambil tindakan keatas NST yang menyiarkan gambar kartun kontroversi dalam akhbar tersebut baru-baru ini.

"Tindakan PM ini jelas menunjukkan bahawa beliau tidak konsisten dalam isu penghinaan kepada Nabi. Kalau Sarawak Tribune dan Guangming Daily di ambil tindakan mengapa NST terlepas" soal Ketua DPP Kawasan Hj Salamat Aman.

"Apakah NST mempunyai kekebalan kerana 'orang kuat' Al-Badawi iaitu Kalimullah Hassan menerajui NST" soal Salamat lagi.

PM Al-Badawi hari ini berkata kerajaan tidak akan mengambil tindakan ke atas NST kerana NST telah memohon maaf.

"Aduh! senang sungguh Al-Badawi memaafkan NST, hanya dengan minta maaf dah boleh lepaskan mereka, lepas ini akan lebih banyak surat khabar yang kurang ajar lepas tu minta maaf" kata Hj Salamat dengan nada marah.

Pelbagai pihak menyifatkan tindakan Al-Badawi menggambarkan bahawa tindakan beliau ini jelas menunjukkan Al-Badawi merupakan PM yang lemah dan tidak konsisten dalam sebarang tindakan.

"Sekali nampak tegas, masa lain nampak lembik, dalam kes penghinaan kepada Nabi pun beliau tidak kisah, yang penting nak jaga kroni" sungut Moazzar Manzor seorang pekerja swasta sewaktu diminta mengulas isu ini.


Thursday, 23 February 2006

SYARIKAT JUDI DI NEGARA ISLAM HADHARI MENCATAT KEUNTUNGAN LEBIH 34 PERATUS BERBANDING TAHUN 2004


MELAKA 23 FEB : Syarikat perjudian terbesar di Malaysia iaitu Genting Berhad memperolehi keuntungan yang berlipatkaliganda untuk tahun 2005.

Media hari ini melaporkan syarikat konglimerat itu mendapatkan keuntungan bersih RM1.24 billion iaitu meningkat 34 peratus dari tahun 2004.

Kumpulan Syarikat tersebut menunjukkan prestasi pulangan tertinggi daripada perniagaan 'leisure', hospitaliti, hartanah, pembuatan, minyak dan gas.

Genting memperolehi keuntungan bersih suku keempat berakhir 31 Disember sebanyak RM346.67 juta berbanding pada masa sama tahun lalu sebanyakRM239.27 juta.

Kalau di Singapura, Syarikat paling untung ialah Syarikat Penerbangan Singapura (SIA) manakala di Thailang pula ialah Bank Pertanian Thailand, tetapi di Malaysia yang mengamalkan Islam Hadhari SYARIKAT JUDILAH YANG PALING UNTUNG.

RENUNGKANLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA.


DEMO DI HADAPAN PEJABAT NST


Semua umat Islam dijemput menyertai Demo aman diperkarangan pejabat akhbar New Straits Times (NST)akan diadakan sebaik sahaja selesai Solat Jumaat esok.Demo itu akan bermula di Masjid Abu Bakar Bangsar danberarak ke pejabat NST selepas itu secaraberamai-ramai.

Setakat ini NST belum memohon maaf kepada umat Islamkerana menyiarkan kartun yang dianggap menghina NabiMuhamad dalam akhbar itu pada 19 Februari.Pada 20 Februari lalu, NST menyiarkan di muka 19 Life& Times kartun yang bertajuk Non Sequiter yang disifatkan sebagai menyindir pihak-pihak yang membantah kartun yang menghina Nabi yang disiarkanoleh akhbar Denmark.

Setakat ini banyak pihak telah menyuarakan bantahan diatas KEBIADAPAN akhbar NST yang tidak langsung sensitif terhadap umat Islam di negara ini. Antara yang menyuarakan bantahan ialah Pemuda PAS, Pergerakan Pemuda UMNO, KIMMA, Persatuan Pengguna Islam Malaysia serta orang ramai.

Dipetik dari Blog Diary seorang mujahid


GIATKAN PROGRAM KEMASYARAKATAN DI MELAKA


Van yang digunakan oleh MTD Chini untuk urusan jenazah
BUKIT KATIL 23 FEB : Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Hamzah Yusof mencadangkan semua entiti jemaah khususnya di Melaka menggiatkan lagi program-program kemasyarakatan untuk mendekati masyarakat.

"Usaha seperti amat berkesan untuk kegiatan dakwah. Lihat sahaja contoh Hamas di Palestin yang mempunyai Hospital sendiri. Akhirnya masyarakat yakin dan memberikan kepercayaan kepada mereka" jelas Hamzah ketika dihubungi oleh blog ini pagi ini.

"Saya amat tertarik dengan usaha yang dibuat oleh Majlis Tindakan DUN (MTD) Chini di Pahang yang berjaya membeli van untuk pengurusan jenazah. Usaha sebegini amat berkesan untuk 'mencairkan' hati rakyat" tambah Hamzah lagi.

Beliau mengharapkan pimpinan PAS Kawasan-Kawasan seluruh Melaka dapat memikirkan dengan lebih serius tentang program kebajikan sebegini kerana menurut beliau di Melaka program-program kebajikan dan kemasyarakatan untuk mendekati rakyat amat kurang.

"Kita patut tabik kepada MTD Chini kerana berjaya menyediakan van jenazah untuk kegunaan penduduk setempat. Kita berharap dengan kesungguhan mereka DUN Chini yang pernah di menangi oleh BA pada Pilihanraya Umum 1999 dapat ditawan kembali" jelas Hamzah mengakhiri kenyataanya.

Sumber gambar : ron225.blogspot.com


DPP BUKIT KATIL SOKONG ABIM BANTAH IKLAN HOTLINK


BUKIT KATIL 23 FEB : DPP PAS Kawasan Bukit Katil menyokong penuh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) yang membantah penyiaran iklan Hotlink Maxis di akhbar-akhbar tempatan yang disifatkannya bertentangan dengan nilai murni masyarakat.

Ketua DPP Bukit Katil, Hj Salamat Aman dalam kenyataannya kepada blog ini di sini pagi tadi, menyatakan bahawa Syarikat-syarikat perniagaan sekarang langsung tidak memikirkan impak dan kesan iklan mereka kepada masyarakat.

"Mereka hanya mementingkan keuntungan dan pada masa yang sama mereka ini seolah-olah menjadi agen kepada pihak-pihak tertentu untuk merosakkan anak muda di negara ini dengan menampilkan iklan-iklan yang menjolok mata" tegas Salamat.

Beliau seterusnya meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)supaya bertindak menurunkan semua iklan yang disifatkan menjolok mata dan tidak sesuai dengan budaya dan agama Islam. PBT juga mestilah menolak segala permohonan untuk memasang iklan yang sedemikian.Media melaporkan bahawa Abim telah menghantar surat bantahan kepada pengurusan Maxis Communication Berhad semalam.

Dalam kenyataan kepada media Setiausaha Agung Abim, Khairul Arifin Mohd Munir berkata, iklan tersebut menggambarkan imej wanita berpakaian menjolok mata dalam situasi yang menonjolkan pergaulan bebas dan cara hidup yang mementingkan keseronokan semata-mata.

“Eksplotasi imej wanita untuk tujuan meraih keuntungan komersil itu hanya mengukuhkan tanggapan bahawa wanita adalah objek seksual.

“Menyampaikan mesej negatif dengan cara hidup mengutamakan keseronokan tanpa batas yang boleh meningkatkan pengaruh tidak sihat dalam diri dan pemikiran pembaca khususnya golongan muda,” katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada malaysiakini hari ini.

Beliau berkata, konsep iklan tersebut dan iklan yang serupa amat bertentangan dengan imej dan dasar negara yang berpaksikan Islam, nilai keagamaan dan ketimuran serta tidak sesuai dengan dasar lslam Hadhari yang didokong kerajaan.

Menurutnya, konsep iklan ini juga membayangkan ketidakpekaan pihak terbabit terhadap sensitiviti dan perasaan pembaca khususnya umat Islam serta masyarakat yang berpegang teguh kepada nilai agama dan adab ketimuran.

Khairul Arifin meminta pihak Hotlink Maxis lebih berhati-hati dalam mengeluarkan iklan dengan mengambil berat adab dan nilai-nilai murni yang perlu disemai dalam masyarakat.

Katanya, pihak syarikat juga perlu menggunakan pendekatan iklan yang memaparkan gaya hidup yang lebih bersepadu dan sihat

Bagaimanapun, pada masa sama Abim menyambut baik pengisian laman web Hotlink yang mengadakan ruangan Islamic Services.

Beliau berkata, Abim menghargai usaha-usaha yang dilakukan oleh Maxis selama ini dalam program pembangunan masyarakat.

Sumber Berita dan gambar : Malaysiakini.


KERAJAAN ISLAM HADHARI TERUS MENJADI PENGANJUR KEPADA PROGRAM BERUNSUR MAKSIAT


80 Peserta Sertai Pertandingan Karaoke Bazar Melaka Sentral

BUKIT KATIL, 23 Feb. : Kerajaan Islam Hadhari Melaka terus menjadi penganjur dan penaung kepada program berunsur maksiat. Baru-baru ini Seramai 80 peserta daripada Daerah Melaka Tengah telah menyertai Pertandingan Karaoke Bazar Melaka Sentral yang telah pun berlangsung di peringkat saringan pada 18 dan 19 Februari lalu manakala peringkat akhir akan diadakan pada 25 dan 26 Februari depan berikutan sambutan yang amat menggalakkan dari pelbagai peringkat usia.

Pengacara Majlis Pertandingan Karaoke Bazar Melaka Sentral, Azlin Md Isa berkata, setiap peserta yang berjaya ke peringkat akhir nama mereka akan disenaraikan dalam 'Carta Top Ten' bagi merebut gelaran juara, naib juara dan tempat ke tiga nanti.

Beliau berkata, setiap pertandingan mengikut kategori diadakan seawal jam 10 pagi hingga 5 petang dengan menampilkan pelbagai jenis lagu selain memperagakan pakaian yang sememangnya mengikuti kehendak penganjur.

"Kami berusaha melakukan yang terbaik untuk memastikan pertandingan seumpama ini terus dijadikan acara tahunan di sini, " katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Juri Pertandingan Karaoke Bazar Melaka Sentral, Awangku Khairil Awangku Shamsuddin berkata, secara keseluruhan pertandingan ini perlu dipertandingkan mengikut 3 kategori iaitu bawah 16 tahun, atas 16 tahun dan veteran berumur 45 tahun ke atas.

"Adalah sukar jika ia dipertandingkan semua peringkat usia dalam satu pertandingan yang sama kerana tahap vokal berbeza-beza mengikut usia misalnya di Pertandingan Karaoke Bazar Melaka Sentral 2005 di mana kita menyaksikan ke semua pemenang dimenangi oleh kanak-kanak 12 hingga 18 tahun," katanya.

Katanya, ini disebabkan vokal kanak-kanak sangat tinggi kerana suara mereka sangat bagus berbanding golongan veteran.

Program sebeginilah yang sentiasa digalakkan oleh kerajaan kerana ianya sudah pasti dapat menarik minat orang ramai serta ianya dapat melalaikan rakyat dari mengingati isu-isu yang lebih penting.

Bilakah pemimpin Umno hendak insaf dan bertaubat. Bukan sahaja mereka merosakkan anak-anak muda malah warga emas pun mereka hendak rosakkan.

Inilah Islam Hadhari Umno.


USTAZ IDRIS AHMAD BERCERAMAH DI BUKIT PULAU PADA 26 FEB


BUKIT BARU DALAM 23 FEB : Pengerusi MTD Bukit Baru, Md Dan Siron memaklumkan bahawa Timbalan Ketua DPP Pusat, Ustaz Hj Idris Ahmad akan menyampaikan ceramah umum di Markaz PAS Bukit Pulau di sini pada 26 Feb ini.

Majlis ceramah tersebut akan bermula pada jam 9.15 malam. Sebelum itu Ustaz Idris akan menyampaikan kuliah bulanan beliau di Markaz PAS Kandang.

Md Dan menyeru seluruh lapisan masyarakat di kawasan Bukit Baru khasnya supaya hadir ke program ceramah tersebut.


98 DALAM TAHANAN AMERIKA MENINGGAL DUNIA


LONDON 23 FEB : Seramai 98 tahanan Iraq dan Afghanistan terbunuh ketika berada dalam tahanan tentera Amerika Syarikat sejak Ogos 2002, kata pertubuhan hak asasi Human Rights First, semalam.

Daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 34 disyaki atau disahkan kes bunuh diri secara sengaja atau disebabkan kecuaian, kata sekumpulan peguam Amerika kepada program ‘Newsnight’ televisyen Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Selain itu, mereka juga menunjukkan dokumen menekankan punca 11 lagi kematian meragukan selain lapan hingga 12 lagi tahanan diseksa hingga mati.

Malangnya, dakwaan ke atas pihak bertanggungjawab jarang sekali diambil dan hukuman pula terlalu ringan, kata laporan itu. Laporan itu disiarkan seminggu selepas gambar baru deraan Abu Ghraib disiarkan.

Ia juga mendakwa, seorang tahanan dipaksa terjun dari sebuah jambatan ke Sungai Tigris manakala seorang lagi dipaksa masuk ke dalam beg tidur dan mati kerana sesak nafas.

Pertubuhan Amnesty International UK menuntut siasatan dilakukan ke atas kematian tahanan terbabit.

Jurucakapnya berkata: “Kami mahu Amerika dan sekutunya membenarkan siasatan bebas sepenuhnya dilakukan terhadap kematian itu selain insiden meningkat seksaan dan layanan buruk lain.”

Dipetik dari Berita Harian


Umno MACHANG CARI PUBLISITI MURAH


MACHANG 23 Feb. - Utusan Malaysia hari ini menyiarkan bahawa hampir 100 orang menghadiri perhimpunan aman di tapak surau pasar di sini semalam bagi membantah tindakan majlis daerah merobohkan surau tersebut baru-baru ini.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Machang dan Majlis Belia Daerah (MBD) Machang diadakan selama hampir sejam.

Ianya turut dihadiri oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah, Dr. Mohd Asri Mejah dan Setiausaha Pemuda Umno Bahagian, Salmize Mat Yusof.

Mohd Asri ketika ditemui berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan meroboh surau yang digunakan bukan sahaja oleh peniaga-peniaga di pasar malah orang ramai sejak ia dibina sekitar tahun 1980-an.

Katanya, surau itu bukan sahaja tempat masyarakat Islam menunaikan solat tetapi juga boleh melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan.

``Kami rasa terpanggil untuk menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan ini dan difahamkan di tapak ini akan dibina dengan rumah kedai,'' katanya.

Beliau berharap pihak majlis daerah dapat membina semula surau di situ dalam pakej pembinaan rumah kedai demi kemudahan masyarakat setempat.

Umno Machang nampaknya cuba mencari publisiti murah dengan mengadakan perhimpunan ini. Ini adalah kerana sebelum surau ini dirobohkan surau sementara telah dibina untuk memberi kemudahan kepada orang ramai untuk bersolat. Malah surau baru akan dibina bagi menggantikan surau lama ini.

ADUN Kemuning, Hj Zakarian Yaacob berkata, perkara ini sepatutnya tidak berbangkit kerana kita telah membuat persediaan awal membuat surau sementara manakala surau baru sudah pasti dibina dimana ianya akan terletak dibahagian atas rumah kedai tersebut.

Nampaknya Umno Machang tiada isu yang hendak dibangkitkan terpaksa mencari publisiti murah ini. Isu perobohan surau ini sepatutnya tidak berbangkit kerana surau sementara telah dibina dan surau baru sudah pasti dibina. Ianya berlainan sekali dengan tindakan kerajaan Selangor yang menutup dan meroboh surau di Selangor di mana ianya tidak diganti dengan surau baru malah surau sementara pun tidak dibina.

Malah kes yang lebih besar di mana kerajaan Terengganu meroboh rumah rakyat yang tidak berdosa di Rancangan Tanah Berkelompok di sana. Mengapa Umno tidak membantah pula.

Mengenai kehadiran orang ramai yang membantah perobohan surau itu semalam, Utusan Meloya melaporkan ianya adalah hampir 100 orang tetapi Harakahdaily mengatakan bahawa hanya 40 orang yang hadir. Mana satu betul, tetapi biasanya Utusan Meloya akan kira sekali dengan bayang-bayang sebab itu jumlah dua kali ganda.


Wednesday, 22 February 2006

TARIK BALIK PERMIT NST YANG BIADAP


BUKIT KATIL 22 FEB : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menggesa kerajaan menarik balik permit akhbar New Straits Times yang bertindak biadap menyiarkan gambar kartun menghina Rasulullah S.A.W.

"Kita tidak mahu kerajaan sekadar menyesali perbuatan NST tersebut tetapi yang lebih penting permitnya mesti ditarik balik" tegas Setiausaha DPP Kawasan Khairuldin Ismail yang mengulas kenyataan Menteri Penerangan yang kesal dengan NST yang disiarkan oleh media hari ini.

"Akhbar ini sangat biadap kerana berani menyiarkan kartun tersebut walaupun umat Islam seluruh dunia bangkit membuat bantahan kepada akhbar Denmark sebelum ini" tegas Khairuldin lagi.

Beliau seterusnya tidak berpuashati dengan tindakan keatas akhbar Guang Ming, digantung selama dua minggu kerana menerbitkan gambar orang membaca surat khabar yang menunjukkan karikatur itu.

"Sepatutnya permit akhbar itu dibatalkan seperti juga tindakan yang diambil kepada Sarawak Tribune" tegas Khairuldin.

Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin dalam kenyataan medianya hari ini menyifatkan akhbar New Straits Times melakukan satu provokasi apabila menyiarkan sekali lagi hari ini kartun yang dianggap sebagai mempersenda Nabi Muhammad s.a.w.

Sambil menyifatkan tindakan NST itu "tidak bijak" beliau berkata kabinet dalam mesyuaratnya hari ini telah membuat keputusan mengenai perkara itu dan ia akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri sekembalinya malam ini daripada lawatan ke Australia.

Kartun yang pertama kali disiarkan oleh akhbar itu Isnin lepas tidak mengandungi lukisan Rasullullah tetapi memaparkan seorang pelukis duduk bersebelahan satu papan notis bertulis "Caricatures of Muhammad While You Wait". Beberapa badan bukan kerajaan dan PAS telah membuat laporan polis mengenai kartun itu.

Zainuddin berkata anggota kabinet termasuk yang bukan beragama Islam menyatakan kesal terhadap tindakan akhbar itu.

"Ini merupakan satu tindakan tidak sensitif terhadap agama Islam yang melarang sama sekali sebarang perkataan, ucapan, tindakan, kelakuan dan seumpamanya termasuk menerusi lukisan yang mempunyai unsur menghina dan mempersenda-sendakan seseorang, apatah lagi persendaan itu dimaksudkan kepada Nabi Muhammad SAW," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat kabinet pertamanya setelah dilantik Menteri Penerangan dalam rombakan kabinet 14 Februari lepas.

Zainudiin berkata beliau berasa sedih kerana NST sebagai akhbar terkemuka di negara ini sepatutnya lebih bertanggungjawab dan tidak menimbulkan provokasi yang tidak diperlukan itu yang ternyata tidak sensitif terhadap perasaan umat islam.

Malah, katanya, tindakan itu juga bertentangan dengan arahan Perdana Menteri yang telah beberapa kali menasihati pihak media supaya berhati-hati menangani isu itu serta melarang sebarang penyiaran sama tulisan, gambar atau kartun yang menghina Rasullullah s.a.w.

Sebelum ini kerajaan menggantung akhbar berbahasa Inggeris, Sarawak Tribune, kerana menyiarkan semula karikatur Nabi Muhammad s.a.w yang pertama kali disiarkan oleh sebuah akhbar Denmark sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia. Akhbar berbahasa Cina, Guang Ming, digantung selama dua minggu kerana menerbitkan gambar orang membaca surat khabar yang menunjukkan karikatur itu.

Zainuddin berkata kartun terbitan NST itu mungkin tidak menyiarkan secara langsung karikatur mengenai Nabi Muhammad s.a.w tetapi mesej yang disampaikan ternyata mampu menyinggung perasaan umat Islam di negara ini serta menimbulkan perasaan rasa kurang senang di kalangan masyarakat bukan Islam.

Katanya beliau menerima banyak panggilan dan SMS daripada orang ramai yang marah dan tersinggung dengan perbuatan akhbar itu.

"Kita merasakan tindakan NST juga mencabar Perdana Menteri kerana Pak Lah telah mengeluarkan arahan supaya tidak menyiarkan perkara-perkara yang sensitif seperti ini. Tindakan ini sudah tentu mencabar Perdana Menteri apatah ianya jelas menghina Nabi" jelas Khairuldin lagi.


Pemuda PAS tolak penjelasan NST, tuntut permohonan maaf terbuka


KUALA LUMPUR, 22 Feb - Pemuda PAS menolak penjelasan akhbar New Straits Times hari ini dengan menyifatkannya sebagai satu yang tidak meyakinkan.

Sehubungan itu, Ketuanya, Salahudin Ayub menuntut supaya Pengarang akhbar berkenaan memohon maaf secara terbuka kepada umat di negara ini atas penyiaran kartun yang tidak bertanggungjawab itu.

Satu surat menuntut perkara berkenaan telah ditunjukkan oleh Salahudin kepada media dalam sidang akhbarnya hari ini.

"Jika tidak ada permohonan maaf terbuka, kami akan berdemo di depan pejabat NST Jumaat ini," kata Salahudin.

Semalam akhbar NST menyiarkan kartun yang disifatkan sebagai menyindir usaha membela penghinaan terhadap Nabi dan bagi Pemuda PAS kartun itu menghina Nabi.

Beberapa pertubuhan termasuk Pemuda PAS membuat laporan polis mengenainya.

Laporan polis

ABR melaporkan, Salahudin menyifatkan akhbar New Straits Times (NST) mengancam keselamatan negara dan berniat jahat apabila menyiarkan kartun berkaitan karikatur kontroversial mengenai Nabi Muhammad s.aw.

"Perbuatan menyiarkan kartun itu juga boleh mengancam keselamatan negara kerana ia berunsur hasutan dan akan memecah belahkan perpaduan di negara ini," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi.

Akhbar itu menyiarkan kartun yang dilukis Willie Miller di muka surat lapan dalam ruangan "coffee break". Kartun itu menggambarkan seorang pelukis karikatur sedang duduk menunggu pelanggan sambil melukis sesuatu di atas kertas.

Salahuddin mengganggap kartun yang disiarkan oleh akhbar berkenaan sengaja mempersendakan isu yang dianggap sensitif dan merupakan satu penghinaan terhadap masyarakat Islam seluruh dunia.

Dipetik dari Harakahdaily


DPP BUKIT KATIL GESA KERAJAAN TARIK BALIK LESEN HOTEL HALANG PEKERJA PAKAI TUDUNG


BUKIT KATIL, 22 Feb : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menggesa kerajaan menarik balik lesen perniagaan sebuah Hotel lima bintang yang beroperasi di Kuala Lumpur yang dilaporkan menghalang pekerjanya memakai tudung.

"Sikap kurang ajar pihak pengurusan Hotel hendaklah ditangani segera supaya sikap seperti tidak menular kepada organisasi lain. Kes ini jelas menunjukkan Hotel tersebut membelakangkan Hak Asasi Manusia yang sepatutnya diberi kebebasan untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing" kata Hj Salamat Ketua DPP Kawasan Bukit Katil petang ini.

"Lebih malang lagi pihak pengurusan ini juga berani melakukan perkara ini di Malaysia seolah-olah mereka cuba mencabar umat Islam Malaysia" tegas Hj Salamat lagi.

Haji Salamat membuat kenyataan tersebut ketika mengulas laporan Bernama hari ini yang melaporkan bahawa Pengarah Akaun hotel tersebut, Habsah Jaafar telah memilih untuk meletakkan jawatan pada 17 Feb kerana beliau lebih rela berbuat daripada datang kerja dengan tidak memakai tudung.

Dalam laporan itu Habsah memberitahu bahawa majikannya memberikannya pilihan samada meletakkan jawatan atau terus bekerja dengan tidak memakai tudung.

Habsah, 46, berkata beliau telah diberikan pilihan tersebut pada 9 Feb lalu setelah beliau kembali bertugas selepas pulang dari mengerjakan haji bulan lalu.

Beliau juga turut menghadapi masalah untuk mendapatkan cuti bagi mengerjakan haji yang dipohonnya tahun lepas.

"Pada mulanya, saya menemui pihak pengurusan untuk meminta pelepasan bagi mengerjakan haji tetapi tidak diberi pelepasan cuti. Selepas itu saya memohon cuti tanp gaji. Cuti saya hanya diluluskan lima hari sebelum saya berlepas ke Mekah" kata beliau.

"Sebagai seorang Islam yang berkerakyatan Malaysia, saya bersedih dan kecewa dengan pendekatan yang dibuat oleh sebuah hotel antarabangsa yang beroperasi di Malaysia" katanya lagi.


PAS WANTS SAR FUND, SOS WANTS SCHOOL BACK


On the occasion of International Mother Language Day today, a citizen group and a political party representing different ethnic groups sent two separate memorandum to the Education Ministry, demanding educational rights for their communities.

PAS Youth, in its memo, has urged the government to revive the yearly financial grant for people's religious schools or Sekolah Agama Rakyat (SAR) while the Save Our School committee of Kampung Damansara Baru (SOS Damansara) repeated its request to the ministry to re-open their school which has been closed for nearly five years.

On the annual grant to SAR, PAS Youth stated that political retaliation has been responsible for disrupting and destroying the religious education of Malaysians.

The financial grant to SAR was terminated in 2001 after the government felt that the subjects taught in the schools were not in accordance with government's objectives. Last year, the grant was revived on condition that the schools must register with the Education Ministry and endorsed the Akujanji (pledge of loyalty).

The PAS memorandum also requested the ministry to reveal the report on SAR conducted by the Murad Committee under the instruction of the Malay Rulers Council.

Education Minister Hishammuddin Hussein did not meet the PAS delegation which was led by its deputy chief Idris Ahmad (right) and vice-chief Mazlan Aliman.

According to the minister’s private secretary, Amiruddin Mohd Ariff, who received the memorandum in the lobby of the Education Ministry in Putrajaya, Hishammuddin was in the midst of a meeting.

Section 17 school

Idris also voiced PAS Youth's support to SOS Damansara, saying that mother tongue education is a democratic right of all citizens.

SOS Damansara chairperson Yong Yoke Sung, in handing over the memorandum to Amiruddin, expressed his dissatisfaction over the closure of SRJK (C) Damansara.

"Why can't the government open another Chinese school to fulfil the needs of residents in Petaling Jaya section 17?"

"The school building is still in good condition and it won't cost the government a cent to re-open it," he told reporters.

The school was relocated by the ministry in 2001, much to the chagrin of parents and educationists.

Refusing to move their children, the disgruntled parents and supporters formed the committee. Since then, classes have been conducted in air-conditioned containers placed in a neighbouring temple.

The makeshift school now has of 52 students, 10 teachers and one headmaster.

Language switch

PAS Youth also urged the government to reverse the policy of teaching Science and Mathematics in English which was implemented in all primary schools in 2003.

They claimed that the policy had jeopardised the status of Bahasa Melayu as the national language.


Other issues raised in the memorandum include safety and social ills among students, hiking of education cost, unbalanced development between urban and suburban schools, and the malfunction of schools as a tool in fostering national integrity.

The memorandum also touches on the examination-oriented education system, downgrade in standard of public examinations, corruption in the building of school infrastructures, and political intervention in the promotion of education officers.

Dipetik dari Malaysiakini


MODAL INSAN PAK LAH HANYA OMONGAN KOSONG


Dalam ucapannya ketika merasmikan program pendidikan GPMS di Ayer Keroh baru-baru ini, PM Dato' Seri Abdullah Ahmad Al-Badawi telah menekankan penggunaan ‘Modal Insan’ yang dijangka mampu melahirkan pelajar-pelajar berkualiti dan menepati keperluan negara di masa hadapan.

Melalui pembangunan modal insan itu, Al-Badawi menyatakan bahawa ianya pasti dapat melahirkan warga negara yang benar-benar mempunyai daya saing dan daya tahan yang tinggi dalam menghadapi cabaran global dan modenisasi serta teknologi terkini di masa akan datang.

Tetapi sedarkah Al-Badawi selagi negara kita tidak mengubah sistem pendidikan dan undang-undang negara yang diamalkan sekarang maka selama itulah hasrat murni Al-Badawi ini sukar untuk dicapai. Sistem pendidikan dan undang-undang yang diterimapakai di negara kita ini adalah celupan sistem barat yang jauh menyimpang dari Islam yang dijamin berjaya oleh Allah dan Rasul.

Ini ditambah lagi dengan dengan polisi kerajaan Al-Badawi yang tidak berusaha mencegah segala kemungkaran yang ada malah lebih teruk lagi mereka menggalakkan pula program-program maksiat dianjurkan di dalam negara kita.

Mana mungkin kita dapat melahirkan insan yang mempunyai ketahanan diri yang tinggi kalau ianya tidak diasuh dengan pendidikan agama yang seimbang dengan akademik. Ini ditambah pula dengan ujudnya program-program maksiat yang dianjurkan disekeliling mereka setiap masa seperti konsert, sure heboh, Akademi Fantasia dan lain-lain program yang melalaikan.

Pada masa yang sama tempat-tempat maksiat seperti dangdut, kelab malam, pub, rumah urut, pusat spa, karaoke dan sebagainya tumbuh bagai cendawan lepas hujan tanpa diambil tindakan pembasmian oleh kerajaan Al-Badawi.

Malah usaha-usaha pihak tertentu untuk menguatkuasakan undang-undang pencegahan maksiat dihina dan dilarang oleh pimpinan kerajaan Al-Badawi dan agensi-agensi di bawah kerajaan Al-Badawi.

Kita takut akhirnya Modal Insan suatu ungkapan yang diasaskan oleh Al-Badawi selain dari Islam Hadhari serta Gemilang, Cemerlang,Terbilang akan hanya menjadi omongan kosong yang akhirnya ditertawakan orang. Akhirnya umat Islamlah yang rugi dan lebih parah lagi pegangan agama di kalangan umat Islam kian longgar.

Lihat sahaja bilangan penagih dadah, gejala buang anak, jenayah, zina, khalwat, murtad, black metal, lepak dan lain-lain yang semakin meningkat. Apakah Al-Badawi tidak sedar bahawa inilah sebenarnya kegagalan dasar dan sistem yang diamalkan oleh kerajaan Umno/BN yang diwarisi oleh beliau sekarang.


SIDANG MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT HARI INI JAM 11.00 PAGI BERKAITAN ISU PENGHINAAN TERHADAP NABI MUHAMMAD SAW DALAM AKHBAR NEW STRAITS TIMES


Kartun yang disiarkan oleh NST Isnin lalu.










Adalah dimaklumkan bahawa YB. Salahuddin Bin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Pusat akan membuat sidang media berkaitan isu di atas seperti berikut :-

Tarikh : 22 Februari 2006 / bersamaan 23 Muharram 1427 (RABU)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat,
Markaz Tarbiyah PAS Pusat,
Taman Melewar,
Gombak.

Semua wartawan dijemput hadir untuk membuat liputan.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD SABKI YUSOF
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Pusat


MEDIA MALAYSIA BUKAN SAHAJA MEMBOSANKAN MALAH PENABUR FITNAH DAN PENIPU


AYER MOLEK, MELAKA 22 FEB : Setiusaha Lajnah Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Hamzah Yusof cukup bersetuju dengan pandangan Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Abdul Samad Ismail yang menyifatkan media Malaysia pada masa ini sebagai "membosankan" kerana tidak menyiarkan apa yang hendak diketahui oleh rakyat.

Abdul Samad dilaporkan berkata demikian kepada pemberita ketika dikunjungi oleh Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin pagi ini. Abdul Samad, 84,sekarang ini sedang mengidap sakit tua dan berkerusi roda.

Selain dari itu Hamzah juga menegaskan media arus perdana di negara ini samada media cetak dan elektronik bukan sahaja membosankan malah lebih teruk dari itu iaitu ianya juga bertindak sebagai penabur fitnah dan penipu.

"Banyak berita yang disiarkan mengenai pembangkang adalah berunsur fitnah dan penipu" kata Hamzah ketika ditemui di sini malam tadi.

"Lihat sahaja peranan mereka menfitnah Tengku Razaleigh dengan menyiarkan gambar beliau memakai tengkolok menjelang pilihanraya 1999, kerja mereka tidak lain selain dari fitnah. Begitu juga setiap kali mereka melaporkan perhimpunan atau demonstrasi yang dijalankan oleh PAS sudah tentu mereka melaporkan orang yang hadir kurang dari bilangan sebenarnya" tambah Hamzah yang juga merupakan setiausaha kerja PAS Kawasan Bukit Katil.

"Media-media ini langsung tidak beretika dan tidak bertanggungjawab dalam melaporkan sesuatu berita. Mereka ini menjadi 'barua' kepada pemerintah dengan tidak menghiraukan halal atau haram. Mereka hendaklah sedar bahawa selagi fitnah mereka itu terlekat di kepala otak pembaca maka selagi itulah mereka menanggung dosa fitnah mereka" tegas Hamzah lagi.

Semetara itu Abdul Samad, yang menjadi wartawan sejak 1940, juga berkata media Malaysia menjadi semakin membosankan kerana tidak menyiarkan berita yang ingin diketahui umum dan tidak memberi tumpuan kepada perkara yang sepatutnya seperti isu-isu untuk membangunkan negara.

Menurut laporan Bernama, mengenai kebebasan akhbar, Abdul Samad berkata kebebasan secara mutlak tidak pernah wujud di negara ini.

"Tetapi adakalanya, orang menjadi takut dengan bayang-bayang sendiri. Media hari ini mengamalkan penapisan sendiri yang keterlaluan.

"Bagi saya, semasa menjadi wartawan, saya 'bantai saja'. Apa saja yang saya boleh terbitkan, saya siarkan tetapi pada masa itu, saya rapat dengan ramai orang atasan. Jadi mereka tutup sebelah mata apabila saya siarkan berita kritikal," katanya.

Abdul Samad, yang dilahirkan di Singapura pada 18 April 1924, juga menghasilkan beberapa buku dan novel termasuk satu berjudul "Journalism and Politics."

Gambar dipetik dari Malaysiakini.


LIGA ARAB TIDAK SEPAKAT BANTU PALESTIN


ALGIERS 22 Feb. - Liga Arab dilaporkan gagal mencapai persetujuan mengenai soal bantuan untuk Palestin ketika ia mula diperintah oleh kumpulan Hamas, di tengah-tengah pertikaian mengenai komitmen daripada negara anggota pertubuhan itu.

Hanya tiga negara dalam Liga Arab menyumbang bantuan kepada Palestin, kata para pegawai Algeria selepas mesyuarat di sini yang berakhir lewat malam tadi.

Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa dan Menteri Negara Algeria, Abdelaziz Belkhadem merayu pada mesyuarat itu kepada semua negara anggota untuk menghulurkan dana.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu, mereka tidak menyatakan negara yang enggan menyumbang atau memberi butiran mengenai pertikaian yang timbul semasa mesyuarat.

Keputusan mesyuarat ini sungguh menghairankan kita kerana mereka ini bukan sahaja seagama malah sebangsa pula. Keputusan ini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh keputusan Amerika dan Kesatuan Eropah yang mengancam untuk menghentikan batuan kepada Palestin. Sebahagian besar negara-negara Arab adalah sekutu dab 'barua' Amerika sebab itulah apa sahaja kemahuan Amerika akan dituruti oleh mereka.

Jika keputusan ini adalah muktamad maka ianya merupakan satu lagi episod malang bagi dunia Islam.


Sepatutnya sebagai negara umat Islam malah sebangsa pula, umat Arab mesti membantu Palestin walau dengan apacara sekalipun. Namun keputusan ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa umat Arab sekarang ini ibarat kerbau yang yang dicucuk hidung mudah untuk ditarik ke hulu atau ke hilir oleh Amerika.

Penyumbang terbesar kepada Palestin iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah telah mengancam untuk memotong bantuan langsung kepada Pihak Berkuasa Palestin sekiranya Hamas mengambil alih kerajaan.

Pemotongan itu boleh menimbulkan masalah politik yang serius kepada rakyat Palestin, kata Amr.

Bagi mendesak lebih banyak sumbangan daripada negara-negara Arab, beliau berkata, sumbangan itu ditujukan kepada rakyat Palestin dan bukan kepada Hamas.

Adalah tidak jelas sama ada negara-negara Arab boleh mengisi kekosongan bantuan asing yang menjadi penyumbang terbesar dalam bajet tahunan Palestin bernilai AS$1.9 bilion (RM6.99 bilion).

Keputusan akhir mengenai bantuan untuk Palestin dijangka dicapai pada sidang kemuncak bulan depan di ibu negara Sudan, Khartoum.

Di Washington, bekas Presiden AS, Jimmy Carter semalam berkata, tindakan menghentikan bantuan antarabangsa untuk masyarakat Palestin boleh mendatangkan kesan negatif yang akan hanya menguntungkan kumpulan militan Hamas.

Beliau berkata, AS sepatutnya menghulurkan bantuannya melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

``Tindakan itu akan memberi gambaran kepada masyarakat Palestin seolah-olah hanya Hamas sahaja yang menjadi rakan mereka,'' kata Carter kepada CNN.

Di saat Amerika melaung-laungkan bahawa mereka adalah pejuang dan pengamal demokrasi terulung di dunia di saat itulah juga mereka memusuhi demokrasi kerana tidak mengiktiraf kemenangan Hamas di Palestin. Apakah mereka lebih suka Hamas kembali berjuang dengan cara lama mereka iaitu mengangkat senjata?


Tuesday, 21 February 2006

3 MAC DIISYTIHAR SEBAGAI HARI PROTES


KUALA LUMPUR 21 FEB - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa mengumumkan bahawa 3 Mac merupakan 2006 sebagai hari protes antarabangsa terhadap kartun yang menghina Rasulullah yang disiarkan oleh sebuah akhbar Jerman dan diikuti oleh media lain.

Us Nasarudin menyatakan bahawa PAS bersama-sama dengan gerakan Islam seluruh dunia akan mengadakan perhimpunan yang akan akan dilancar di seluruh negara sebaik sahaja selesai solat Jumaat pada hari tersebut.

Kenyataan beliau ini dipetik dari Harakahdaily hari ini. Ustaz Nasarudin memberitahu bahawa beliau telah dihubungi oleh Qadhi Hussein, Amir Jamiat Islami Pakistan bagi memaklumkan perkara itu dimana cadangan ini telah dibuat oleh Jamiat Islami dan ianya di sokong oleh PAS.

"PAS akan bersama dengan umat Islam seluruh dunia akan menjadikan hari tersebut sebagai hari protes dan perhimpunan ," katanya.

Sehubungan itu, PAS akan mengeluarkan arahan bertulis kepada Perhubungan PAS negeri-negeri untuk menganjurkan perhimpunan tersebut.

Perhimpunan itu, kata Nasharudin, hendaklah dibuat di sebuah masjid sahaja untuk setiap negeri bagi memastikan keberkesanannya.

Semua ahli, penyokong dan orang ramai yang prihatin dengan penghinaan terhadap Rasulullah ini dijemput hadir beramai-ramai, katanya lagi.

"Kempen memboikot barangan keluaran negara yang terbabit dengan penyiaran kartun itu akan dilancarkan pada hari itu juga," katanya.

Sumber Harakahdaily.


TAHNIAH KEPADA DATO' KAMARUDDIN ATAS PERLANTIKAN BELIAU SEBAGAI PENGARAH URUSAN HARAKAH YANG BARU



KUALA LUMPUR, 21 Feb - DPP Kawasan Bukit Katil mengucapkan tahniah kepada Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar di atas perlantikan beliau sebagai Pengarah Urusan Harakah yang baru bagi menggantikan Dato' Hishamudin Yahaya.

Menurut memo yang ditandatangani oleh Pengerusi Harakah, Dato' Mustafa Ali, yang diedarkan kepada semua kakitangan Harakah dan anak-anak syarikatnya hari ini, perlantikan itu berkuatkuasa serta merta (hari ini 21 Februari).

Perlantikan itu, kata Mustafa dalam memonya, adalah keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang telah bersidang pada hari ini (21 Februari 2006).

DPP Kawasan mengharapkan Harakah akan lebih maju dan berdaya saing pada masa akan datang demi untuk memberikan maklumat dan berita alternatif kepada rakyat Malaysia.

"Sesungguhnya perlantikan Dato' Kamaruddin ini amat dialu-alukan oleh DPP Kawasan" demikian kenyataan ringkas yang dibuat oleh Ketua DPP Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman di sini petang tadi.


DPP BUKIT KATIL ANJURKAN KEM REMAJA CEMERLANG MAC INI


BUKIT KATIL 21 FEB : DPP Kawasan Bukit Katil akan menganjurkan program Kem Remaja Cemerlang (KRC) pada 11 hingga 13 Mac 2006 di Madrasah Ar-Rahmah, Solok Gaung.

Menurut Setiausaha Porgram KRC, Ghazali Othman kem ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kecemerlangan akademik, mewujudkan sifat positif dan motivasi tinggi, pendedahan terhadap pengurusan masa dan meningkatkan silaturrahim di kalangan pelajar.

Semua pelajar-pelajar yang berumur antara 14 hingga 18 tahun lelaki dan perempuan adalah layak untuk menyertai program ini. Para moderator dan fasililator adalah terdiri dari mereka yang berpengalaman luas dalam pendidikan dan pengajaran. Mereka terdiri dari pakar-pakar motivasi yang berkelulusan Master dan Ijazah.

Sehubungan dengan itu Ghazali menyeru seluruh ahli-ahli PAS dalam Kawasan Bukit Katil agar menghantar anak-anak mereka ke program ini. Di samping itu beliau juga mengharapkan agar mereka juga mempelawa anak-anak kawan-kawan mereka yang bukan ahli PAS supaya turut serta dalam program ini.

Yuran program dikenakan dengan kadar RM20.00 sahaja.

Bagi peserta yang mempunyai kesulitan untuk datang ke program ini pihak penganjur menyediakan pengangkutan untuk para peserta.

Segala maklumat lanjut boleh diperolehi melalui talian 019-4167737 atau 019-3978488 atau email : mstcmal@miosh.net


OIC TIDAK PERLU TIMBANG-TIMBANG LAGI. SEGERAKAN BANTUAN KEPADA PALESTIN


BUKIT KATIL 21 FEB : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menggesa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) supaya membantu rakyat Palestin dengan memberikan bantuan kewangan kepada kerajaan baru Palestin yang diketuai oleh Hamas.

"Tidak perlu timbang-timbang lagi mereka mesti dibantu segera. Sudah jelas sekarang kerajaan dan rakyat Palestin sedang ditekan oleh Amerika dan Israel kerana kemenangan Hamas" tegas Ketua DPP Kawasan Hj Salamat Aman.

"Ini bukan masanya untuk timbang-timbang lagi lagi. Ini bukan dacing Barisan Nasional, ini adalah untuk menentukan nasib rakyat Palestin" kata Hj Salamat dengan nada sinis.

Media hari ini melaporkan bahwa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sedang menimbang untuk memberikan bantuan kewangan kepada Palestin yang menghadapi kemungkinan dikenakan sekatan wang ekoran kemenangan Hamas dalam pilihan raya parlimen negara itu baru-baru ini.

"Saya sudahpun bercakap dengan beberapa pemimpin mengenainya. Kita mahu membantu rakyat Palestin," kata Perdana Menteri dalam satu temu bual dengan Associated Press (AP) di Putrajaya.

Abdullah, yang juga Pengerusi OIC, menyeru mereka yang telah membantu rakyat Palestin sebelum ini supaya terus berbuat demikian walaupun terdapat perubahan kepimpinan di negara itu.

Kabinet Israel dilaporkan menghentikan pembayaran US$50 juta sebulan kepada Pihak Berkuasa Palestin yang merupakan wang daripada cukai yang dikutip bagi pihak Palestin.

Menurut laporan Bernama, Amerika Syarikat juga telah meminta supaya wang berjumlah US$50 juta bagi tujuan pembinaan projek infrastruktur di Gaza dikembalikan kerana ia tidak mahu wang itu digunakan oleh sebuah kerajaan yang diterajui oleh Hamas.

Mengenai Hamas yang kini menjadi parti menguasai parlimen Palestin , Abdullah berkata rakyat Palestin mempunyai alasan mereka sendiri untuk memilih sebuah kerajaan yang diterajui Hamas.

Perdana Menteri berkata beliau berpendapat Hamas akan menjadi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan tidak ingin melihat rakyat Palestin terus hidup dengan diancam keganasan.

Beliau berkata Hamas telah banyak menjalankan kerja kebajikan dan ini diiktiraf oleh rakyat Palestin.

Ketika ditanya sama ada beliau akan cuba memujuk Hamas supaya saling hidup dalam keadaan aman dengan Israel, Abdullah berkata : "Saya telah menulis kepada mereka dan meminta mereka mengambil peluang daripada keadaan sekarang dan berusaha ke arah proses kedamaian."

Perdana Menteri berkata beliau yakin Hamas akan melihat kebaikan daripada saranan yang ditujukan kepada mereka.

Abdullah berkata rakyat Palestin mahukan keamanan kerana mereka telah lama menderita.

"Berilah peluang kepada mereka untuk hidup dalam keadaan aman, dan apabila mereka aman, mereka akan tahu bagaimana untuk hidup dengan aman dengan pihak lain juga,"
katanya.

Gambar kecil ialah salah seorang pemimpin Hamas.


KEMENTERIAN KESIHATAN MESTI BERSEDIA DARI SEKARANG


BUKIT KATIL 21 FEB : Berita bahawa sebanyak 40 ekor ayam kampung di Batu 4½, Jalan Genting-Kelang mati minggu lalu kerana virus avian influenza tidak boleh dipandang enteng oleh pihak yang berwajib. Ianya mestilah dikaji dan disiasat dengan teliti supaya langkah-langkah pencegahan (preventive action) yang berkesan dapat di ambil.

"Jangan nanti dah ramai yang mati baru nak bertindak" tegas Setiausaha DPP PAS Kawasan Bukit Katil, Khairuddin Ismail ketika diminta mengulas laporan media hari ini.

"Kenyataan akhbar yang dibuat oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas, Tani Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkannya yang mengatakan bahawa ianya sebagai kes terpencil mestilah dibuat dengan penuh tanggungjawab supaya tidak ada orang yang memandang ringan akan hal ini" tambah Khairuddin lagi.

"Kita tidak mahu agensi-agensi kerajaan yang terbabit berpeluk tubuh menanti perkembangan seterusnya tanpa apa-apa tindakan segera di ambil" kata Khairul yang juga merupakan AJK PAS Kawasan Bukit Katil.

Media melaporkan bahawa Muhyiddin juga berkata ujian makmal yang dijalankan oleh Makmal Veterinar Petaling Jaya dan Institut Penyelidikan Haiwan, Ipoh mengesahkan bahawa kematian ayam kampung tersebut disebabkan virus avian influenza H5N1.

Muhyiddin, yang ketika ini dalam lawatan ke Dubai untuk mengetuai misi pelaburan dalam pertanian dan asas tani, berkata kesemua 110 ekor ayam kampung yang terdapat di kawasan tersebut iaitu di empat kawasan penempatan Kampung Pasir Wardieburn, Taman Danau Kota, Pekan Danau Kota dan Kampung Belakang JPJ telah dimusnahkan.

Kenyataan itu sebagai respons kepada laporan online Singapore Straits Times bahawa republik berkenaan menggantung serta-merta pengimportan ayam itik dan telur dari Selangor selepas virus selesema burung H5N1 ditemui pada ayam dalam sebuah kampung di negeri berkenaan.


AKIBAT MAJORITI TINGGAL SATU ADUN PAS KELANTAN KENA 'BERKORBAN'


Oleh kerana PAS hanya tinggal satu kerusi majoriti di DUN Kelantan maka Kerajaan PAS Kelantan mesti memastikan kesemua ADUNnya hadir pada setiap sessi perbahasan terutama jika sekiranya terdapat pembentangan rang undang-undang pada sesuatu persidangan.

Semalam PAS mengeluarkan arahan ke atas semua 21 ahli dewan undangan negeri (Adun) supaya berkampung di kediaman rasmi MB di JKR 10 menjelang persidangan dewan undangan negeri (DUN) Kelantan hari ini.

Persidangan DUN selama dua hari itu adalah yang pertama sejak pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir pada 6 Disember lalu.

PAS kini hanya mempunyai majoriti satu kerusi sahaja selepas tewas dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir 6 Disember lalu. PAS mempunyai 23 kerusi dan Umno 21 kerusi.

Ahli Exco kerajaan negeri, YB Hj Takiyuddin Hassan memberitahu media bahawa arahan itu dikeluarkan bagi memastikan semua Adun PAS menghadiri sidang dua kali ini.

Kali terakhir PAS berbuat demikian ialah pada malam pengiraan undi pilihanraya umum 2004 di mana pada ketika itu PAS dan Barisan Nasional (BN) masing-masing memenangi 20 dari 45 kerusi yang dipertandingkan.

Takiyuddin berkata, kehadiran penuh wakil rakyat PAS amat penting bagi memastikan dua daripada empat rang undang-undang penting yang dibentang esok diluluskan.

Rang undang-undang berkenaan ialah rang undang-undang pembangunan bandar baru dan rang undang-undang ladang rakyat. PAS menjangkakan anggota pembangkang (BN) akan menentang cadangan meluluskan rang undang-undang tersebut.

Takiyuddin berkata, semua Adun PAS diarahkan duduk bersama untuk menghadiri mesyuarat sebelum persidangan yang lazimnya diadakan sebelum persidangan sebenarnya bermula.

Mesyuarat sebelum persidangan itu akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Ahmad Yaacob.

Kita yakin semua YB PAS akan tetap istiqamah dalam perjuangan dan tidak akan terpedaya dengan hasutan dan tipu daya Umno yang sentiasa menanti peluang untuk 'membeli' ADUN-ADUN PAS agar hasrat mereka untuk merampas Kelantan tercapai walaupun dengan cara kotor dan tidak demokratik.

Cubaan untuk membeli ADUN-ADUN PAS ini bukanlah perkara baru malah beberapa orang ADUN PAS pernah membuat pendedahan bahawa mereka telah dihubungi oleh 'broker-broker' Umno beberapa kali. Ianya berlaku sebelum Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir lagi.


DR MAHATHIR KECEWA TIADA PERUBAHAN DALAM DASAR AP


PULAU PINANG 21 FEB : Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa kerana tiada sebarang perubahan dibuat dalam dasar pemberian Permit Import (AP) kenderaan walaupun beliau telah mendedahkan beberapa penyalahgunaan mengenainya.

"Saya kecewa, itulah yang boleh dikatakanpun, apa lagi nak kata sebab dasar masih macam tu juga," katanya selepas menyampaikan syarahan umum bertajuk "Membangun Negara" anjuran Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang semalam.

Dr Mahathir, yang juga Penasihat Proton berkata, beliau difahamkan setakat ini masih terdapat "dua orang" yang memegang AP dengan jumlah yang banyak dan mana-mana pihak yang mahu mengimport kenderaan, terpaksa merujuk kepada "dua orang" itu kerana mereka telah mempunyai perjanjian sebagai pembekal kereta import.

"Kenapa hampir 80 peratus AP masih diberi kepada orang yang sama, orang yang kita dah tegur itu, sedangkan telah berlaku penipuan mengenai AP apabila harga kenderaan yang dibawa masuk itu telah direndahkan bagi tujuan pengurangan cukai," katanya.

Menurut laporan Bernama, Dr Mahathir berkata jika dasar pemberian AP seumpama itu diteruskan, Proton akan kehilangan agihan pasaran dan mungkin cuma menguasai antara 10 peratus dan 20 peratus di negara sendiri.

Isu AP mencetuskan kontroversi tahun lepas selepas sesetengah pihak mempertikaikan kaedah pelaksanaan pemberiannya.

Mengenai pengurusan Proton yang baru, Dr Mahathir berkata sebenarnya pengurusan syarikat pengeluar kereta nasional itu tidak pernah meminta nasihat daripada beliau walaupun beliau dilantik sebagai penasihat.

Beliau juga kesal dengan tindakan Proton menamatkan kontrak bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff sedangkan Proton mencapai kejayaan yang baik semasa di bawah pengurusan Tengku Mahaleel.

"Saya cuma dimaklumkan sahaja selepas mereka membuat keputusan termasuklah keputusan menjual saham pengeluar motosikal MV Agusta dan menamatkan kontrak Tengku Mahaleel," katanya.

Ditanya kenapa pengurusan Proton tidak meminta nasihat beliau sebelum membuat sebarang keputusan, Dr Mahathir berkata: "Saya pun pelik. Sebagai penasihat, saya yang dinasihat, dan mungkin mereka beranggapan untuk memaklumkan kepada saya mengenai sesuatu keputusan itu adalah dimaksudkan meminta nasihat."

Kepada soalan kenapa beliau masih memegang jawatan sebagai penasihat jika beliau tidak diminta memberi sebarang nasihat, Dr Mahathir berkata: "Saya ini mudah...orang lantik kita terimalah."

Dipetik dari Malaysiakini


Monday, 20 February 2006

SYED RAZAK : SAYA SUDAH PENCEN. BILA NAK KOSONGKAN KERUSI DUN KUBANG ROTAN?


Ahad lalu wartawan dan jurugambar berpeluang melangkah masuk ke dalam rumah bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Syed Razak Syed Zain di Alor Star.

Entah kenapa kebelakangan ini beliau terus menyepikan diri dari wartawan dan jurugambar sejak melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah.

Ada berbagai andaian timbul termasuk yang mengatakan beliau 'merajuk' setelah meletakkan jawatan sebagai MB Kedah. Ini berlainan betul dengan stailnya sebelum ini yang dikenali amat mesra dengan media.

Kali terakhir baru-baru ini ketika wartawan sebuah akhbar tempatan menghubunginya beliau berkata``Saya sudah pencen, tidak perlu ganggu saya lagi.'' Itu pun kebetulan mereka menyertai kunjungan Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin ke rumahnya.

Namun begitu kalau betul kata Syed Razak yang beliau sudah pencen mengapa beliau masih mahu menjadi ADUN Kubang Rotan. Silalah letak jawatan dan berikan mandat kepada rakyat untuk memilih wakil rakyat baru.

Kalau pencen, biarlah pencen betul-betul.


KERAJAAN LEBIH SUKA RAKYAT DIBUAI KESERONOKAN TIDAK KIRA MASA
















Lihatlah bagaimana lelaki dan wanita bercampur dan tiada langsung unsur-unsur pendidikan yang diperolehi oleh penonton. Apa yang malang kanak-kanak kecil juga turut di bawa bersama oleh ibubapa mereka.



SHAH ALAM 20 FEB: Sudah banyak bala Allah yang turun samada di dalam atau luar negara. Namun ianya tidak sedikitpun menginsafkan kerajaan, pemimpin kerajaan dan rakyat Malaysia.

Kita masih ingat bagaimana Allah meruntuhkan Highland Tower, Allah menurunkan banjir lumpur di Kuala Dipang, Allah meruntuhkan tebing ke Genting Highland dan paling akhir bala besar Allah dengan menghantar Tsunami membunuh berpuluh-puluh manusia di Malaysia.

Malah bala yang Allah turunkan di luar negara lebih dahsyat di mana sehari dua ini banjir lumpur di Filipina meragut ribuan manusia. Malah Tsunami yang melanda Aceh mengorbankan ratusan ribu manusia dan meranapkan kampung dan bandar.

Tetapi ujian dan amaran Allah itu sedikit pun tidak diendahkan oleh kerajaan Islam Hadhari, Imam Al-Badawi apabila mereka membiarkan malah menaja program-program maksiat dan melalaikan. Program seperi Sure Heboh yang diharamkan oleh Mufti terus mendapat sokongan dan dokongan mereka. Akademi Fantasia musim baru bakal menjelang. Anugerah Juara Lagu yang melalaikan menerima sokongan padu kerajaan Al-Badawi.

Selepas ini Anugerah Bintang Popular Berita Hairan pula menyusul. Semalam diberitakan bahwa lebih 5,000 peminat membanjiri ruang legar Plaza Alam Sentral di sini, petang semalam, bagi memeriahkan siri promosi jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2005 keempat yang mencatat sejarah sebagai acara terbesar apabila disertai 20 finalis pelbagai kategori.

Bermula jam 4 petang, acara yang dikendalikan pasangan pengacara, Azwan Ali (finalis Pengacara Lelaki Popular) dan Sheila Rusly (Artis Komedi Wanita Popular) berlangsung hampir tiga jam dan berakhir pada jam 7 malam. Tidakkah ianya melalaikan di mana ia bermula sebelum waktu Asar dan tamat sehingga akhir waktu asar. Sudah pasti ramai yang tidak bersolat.

Lapan artis mengadakan persembahan iaitu Raihan yang bertanding bagi kategori Artis Nasyid Popular, Sharifah Zarina (Artis Baru Wanita Popular), Bob dan Shazzy (Artis Baru Lelaki Popular).

Turut membuat persembahan, Farah yang bertanding dalam dua kategori Artis Baru Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular, Dayang Nurfaizah (Penyanyi Wanita Popular), Jinbara (Artis Berkumpulan/Duo Popular) dan Zahid (Artis Baru Lelaki Popular/Penyanyi Lelaki Popular).

Semua mereka menyampaikan dua lagu dipetik daripada album masing-masing.

Turut menyerikan siri promosi jelajah terakhir berkenaan ialah Rosyam Nor (Pelakon Filem Lelaki Popular), Eja (Pelakon Drama Wanita Popular), Norlia Ghani (Artis Komedi Wanita Popular) dan Sharifah Amani (Artis Baru Wanita Popular/Pelakon Filem Wanita Popular).

Tidak ketinggalan finalis Artis Baru Lelaki Popular, Que Haidar, Adibah Noor (Artis Komedi Wanita Popular), Khairil, Adi Fashla (Penyampai Radio Lelaki Popular) dan Julia (Penyampai Radio Wanita Popular).

Selain persembahan artis, peminat bertuah yang membeli barangan cenderahati ABPBH 2005 juga dibawa peluang bersiar-siar mengelilingi bandar raya itu menaiki kereta yang ditaja Naza Kia Sdn Bhd.

Turut hadir pada siri promosi itu Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd yang juga Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Hishamuddin Aun.

Sebelum itu, pada sebelah tengah hari sebahagian daripada finalis menjayakan sesi beramah mesra bersama peminat serta mengedarkan tiket ke malam kemuncak ABPBH 2005 di Kios New Straits Times Press (NSTP), Lot 10 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

ABPBH 2005 ke-19 dianjurkan Berita Harian dengan kerjasama Persatuan Akademi Muzik Malaysia (Akademi), akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dan stesen radio Era dari Arena Of Stars, Genting Highlands pada 26 Februari ini.

Siri promosi jelajah ABPBH 2005 sebelum ini diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru (28 Januari), disusuli Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang (5 Februari) dan Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu (11 Februari).

Tidakkah program seperti ini akan menggalakkan percampuran lelaki perempuan, melalaikan waktu sembahyang, menjadi pemangkin kepada pergaulan bebas, tidak mempunyai unsur kebaikan dan mendidik muda-mudi dan sebagainya.

Tidakkah Al-Badawi berasa bertanggungjawab dengan perkara ini ATAU mungkin Islam Hadhari sememangnya menggalakkan perkara ini.

Tetapi yang jelasnya program ini tidak menggugatkan kuasa Islam Hadhari kerana rakyat yang dibuai keseronokan dan budaya hedonisme tidak kisah apa yang berlaku disekeliling, yang penting hiburan. Rasuah, penyelewengan, gejala sosial, dadah, hutang negara meningkat, kronisme, nepotisme dan sebagainya tidak penting.

INI YANG SEBENARNYA DISUKAI OLEH PEMIMPIN ISLAM HADHARI. JADI MEREKA BEBAS HENDAK LAKUKAN APA SAHAJA.


DOLLAH LEMAH : GAGAL AMBIL TINDAKAN KEATAS KELEMAHAN DAN KECUAIAN MENTERI DAN PEGAWAI YANG MENYEBABKAN KERAJAAN RUGI BERBILION RINGGIT


KUCHING 20 FEB: Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau dikenali juga sebagai Al-Badawi menyatakan kekesalan kerana banyak projek pembangunan kerajaan rosak dan tidak dapat digunakan dengan sempurnakerana kelemahan penyelenggaraan atau 'preventive maintenance'.

Al-Badawi juga berkata, banyak bangunan sama ada menggunakan peruntukan kerajaan negeri atau Persekutuan, tidak diselenggara dengan baik dan terpaksa dibaik pulih sehingga menyebabkan pembaziran.

Katanya, masalah itu berlaku akibat kelemahan kerajaan, swasta dan rakyat yang tidak dapat mengesan kerosakan sejak awal kerana tiada pendedahan dan pendidikan mengenai kaedah pengesanan kerosakan serta pengurusan penyelenggaraan.

Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) menyediakan garis panduan bagi mengesan kerosakan, sekali gus memudahkan kerja membaiki dan penyelenggaraan dilaksanakan segera.

Berikut adalah keluhan yang disuarakan oleh Al-Badawi dengan nada kesal :-

1. "Kerajaan kerugian berbilion-bilion ringgit bagi membiayai kos membaikpulih kemudahan yang rosak ini. Ia disebabkan kita lewat membaiki kerosakan pada peringkat awal"

2. “Kerajaan keluarkan banyak perbelanjaan untuk bina bangunan, tetapi apa yang saya lihat di merata-rata tempat, bila bangunan siap, penjagaannya tidak begitu rapi dan kadang-kadang langsung terbiar.

3. "Ini menyebabkan kerosakan berlaku cepat. Kadang-kadang ada yang runtuh dan terpaksa dibina semula. Ini memerlukan banyak peruntukan dan merugikan wang kerajaan serta rakyat,".

Nampaknya Al-Badawi sedar akan kelemahan dan kecuaian Kementerian, Agensi-agensi kerajaan, badan swasta dan lain-lain badan yang terbabit, tetapi mengapa beliau gagal mengambil tindakan yang sewajarnya.

Lihatlah betapa girangnya Samy Vellu 'bertempik' ke sana kemari kerana beliau tahu bagaimana teruknya prestasi beliau, dia tetap dikekalkan oleh Al-Badawi.

Sehubungan dengan ini, Bendahari DPP Negeri Melaka Hj Salamat Aman menggesa Al-Badawi supaya melahirkan kekesalan dalam bentuk tindakan. Antara tindakan yang boleh diambil ialah memecat atau merehatkan menteri atau pegawai yang terbukti lemah dan cuai.

"Tetapi apa yang malangnya Al-Badawi gagal mengambil tindakan kepada orang yang terbabit tetapi hanya sekadar melahirkan kekesalan. Kalau inilah cara kepimpinannya kita khuatir lebih banyak wang negara dan rakyat akan dibazirkan" tegas Hj Salamat lagi.


SYABAS SHAHIDAN: ANDA MEMANG SEORANG MB YANG DINAMIK


Keperihatinan Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim tentang permasalahan orang lelaki patut mendapat pujian kita semua.

MB ini bukan sahaja 'peka' kepada masalah rakyat malah perangai kucing pun beliau amati dengan teliti.

Mungkin di Perlis semua permasalahan rakyat telah dapat diselesaikan oleh beliau, sebab itu beliau lebih sibuk memikirkan hal tenaga batin. Mungkin juga MB negeri Perlis ini ingin melihat rakyatnya lebih galak dan ghairah. Tetapi beliau kena ingat kalau mereka lebih galak dan ghairah kita takut nanti lain ceritanya pula. Mungkin ramai yang menyeberang ke negara sebelah untuk mencari calon isteri muda. Apatah lagi negeri Perlis undang-undang poligaminya longgar sedikit.

Lihat sahaja kata-kata beliau yang dilaporkan oleh media di bawah ini, kata beliau "Penyelidikan awal menunjukkan setiap kali kucing menghidu atau memakan pokok ini, keghairahannya memuncak. Kami mahu menyelidik nilai perubatan pokok tersebut dengan tujuan untuk memperkenalkannya,".

Oleh itu katanya penyelidikan sedang dilakukan di Perlis terhadap sejenis pokok herba yang membuat kucing menjadi ghairah selepas menghidu atau memakannya, untuk memberi lebih “oomph” kepada orang lelaki.

Para penyelidik kini sedang mengkaji sama ada pokok Kucing Galak selamat untuk dimakan. Pokok tersebut, yang tumbuh bebas, mungkin menjadi satu alternatif kepada Tongkat Ali dan ginseng.

Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim berkata, penyelidikan itu sedang dijalankan di pusat bio-teknologi mini di Sungai Batu Pahat dekat Kangar yang mendapat geran RM2 juta dari kerajaan pusat.

Shahidan berkata, penyelidikan awal menunjukkan herbal tersebut sesuai untuk mengubat mereka yang menghadap masalah mati pucuk atau kurang daya seks.

Oleh itu, beliau berharap pokok tersebut boleh menjadi alternatif yang lebih baik untuk tujuan tersebut.

“Pada ini, pokok itu masih diuji ke atas kucing. Kami perlu melihat reaksinya kepada manusia,” katanya, sambil menambah penyelidik dari Universiti Sains Malaysia akan turut membantu.


HARAP PDRM LEBIH RASIONAL DAN ADIL


MELAKA 20 FEB : Pengumuman oleh Ketua Polis Negara bahawa Pasukan Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan kira-kira 80 peratus syor dalam Laporan Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM di sambut baik oleh pelbagai pihak.

Ketua DPP Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman dalam kenyataannya pagi ini mengharapkan Polis lebih rasional dan adil terutama kepada Parti Pembangkang.

"Kita tidak mahu ada lagi laporan yang menyatakan program pasti dihalang dan diberhentikan oleh polis, walaupun ianya dijalankan mengikut undang-undang" kata Hj Salamat.

"Sebelum kerap kali polis mengambil tindakan yang tidak rasional seperti mengadakan sekatan jalan raya, cuba mempengaruhi orang ramai supaya tidak datang ke program kita, mengugut penganjur dan sebagainya" tegas Hj Salamat yang juga merupakan Bendahari DPP Negeri.

Dalam laporan baru-baru ini KPN, Tan Sri Mohd Bakri Omar berkata syor dalam laporan Suruhanjaya itu banyak berkisar kepada pada isu hak asasi manusia.

"Laporan setebal 634 muka surat itu mengandungi sebanyak 125 syor kepada kerajaan untuk meningkatkan keupayaan serta menambahbaik perkhidmatan PDRM," katanya ketika merasmikan perayaan jubli perak Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam dekat Bahau.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai; Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Khalid Abu Bakar; dan Komandan Pulapol Air Hitam Supt Che Yussof Che Ngah.

Menurut laporan Bernama, Mohd Bakri berkata, arahan dalam laporan itu banyak menyentuh isu yang berkaitan dengan hak asasi individu yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menggesa semua peringkat pegawai dan anggota memastikan arahan dan ketetapan yang telah dibuat itu, dilaksanakan sepenuhnya.

"Sekiranya kita gagal atau tidak melaksanakan ketetapan ini, kita seolah-olah tidak menghormati bukan sahaja suruhanjaya yang ditubuhkan kerajaan, malah tidak menghormati keputusan kerajaan yang menerima laporan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Mohd Bakri berkata pengukuhan "sikap, kemahiran dan pengetahuan" dalam modul latihan asas melalui pembinaan sahsiah diri, pemantapan ilmu pengetahuan dan pemantapan fizikal dalam bidang kepolisan merupakan tunjang ke arah kejayaan PDRM masa kini dan masa depan.

Katanya, kerjaya kepolisan adalah satu pekerjaan yang amat murni selagi ianya tidak dicemari oleh sikap tamak, hasad dengki dan malas.

Megenai penubuhan Pulapol Air Hitam yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Pulapah, beliau berkata pada peringkat awal ia beroperasi dalam keadaan serba kekurangan, namun ini tidak melunturkan semangat 30 orang pegawai dan staf yang telah menjadi "poineer" dalam menerokai dan mengubahsuai tempat ini, sehingga berjaya menerima kemasukan 433 orang pelatih pertama untuk Siri 1/1981.

Katanya, sejak 25 tahun penubuhannya Pulapol Air Hitam telah melahirkan seramai 23,672 orang anggota PDR


Sunday, 19 February 2006

ULAMA PAKISTAN TAWAR JUTAAN RINGGIT KEPADA PEMBUNUH KARTUNIS HINA NABI


PESHAWAR 19 FEB: Seorang ulama Pakistan mengikut jejak Ayatollah Khomeinei yang pernah menawarkan ganjaran wang kepada sesiapa yang berjaya membunuh Salman Rushdie suatu ketika dahulu. Kali ini Ulama Pakistan , Imam sebuah masjid di Peshawar, Mohammed Yousaf Qureshi mengumumkan ganjaran RM 3.77 juta kepada sesiapa yang berjaya membunuh kartunis berkenaan.

Kelmarin, Qureshi berkata, masjid dan sekolah agama miliknya akan memberikan RM 94,250 dan sebuah kereta manakala sebuah persatuan pemilik kedai emas menawarkan RM 3.77 juta untuk mereka yang membunuh kartunis menghina Nabi itu.

Qureshi tidak menamakan kartunis itu dan kelihatan tidak menyedari wujud 12 orang yang melukis karikatur berkenaan.

Kita sedang menanti pengumuman dari Al-Badawi, Ulama Besar Islam Hadhari yang mungkin akan mengumumkan ganjaran kepada sesiapa yang berjaya menggagalkan cubaan membunuh pelukis kartun tersebut. Kita tidak hairan kalau Al-Badawi membuat tawaran tersebut, kerana beliau memang bersahabat baik dengan barat.


ISMAIL PERDANA MENTERI PALESTIN YANG BARU



PEMIMPIN Hamas, Ismail Haniyeh (tiga dari kiri) yang dinamakan sebagai Perdana Menteri Palestin bersama anggota Dewan Perundangan negara itu pada sesi pembukaan rasmi Parlimen di Ramallah, Tebing Barat, semalam.

RAMALLAH 19 Feb. - Hamas mengambil alih peranan sebagai parti dominan di Parlimen Palestin hari ini dengan menamakan Ismail Haniyeh sebagai Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin.

Bagaimanapun jurucakap Israel mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya menganggap kerajaan baru Palestin sebagai `musuh'.

Parlimen baru yang mengangkat sumpah hari ini juga membuka laluan kepada Hamas membentuk sebuah kerajaan tatkala kuasa-kuasa besar dunia meminta agar pergerakan Islam ini diboikot disebabkan pendiriannya terhadap Israel.

``Hamas telah membuat keputusan bahawa Ismail Haniyeh akan menjadi Perdana Menteri kerajaan baru,'' kata Aziz Dweik, seorang pemimpin Hamas dan Speaker Parlimen yang baru.

Sesi pembukaan rasmi disiarkan menerusi sidang video ke Bandar Gaza ekoran larangan perjalanan dikenakan oleh Israel.

Bagaimanapun kemenangan besar Hamas dalam pilihan raya telah mencetuskan pertembungan dengan kepimpinan Presiden Mahmoud Abbas berhubung dasar damai dengan Israel.

Tel Aviv pula mengenakan sekatan perjalanan yang lebih ketat sehingga menyebabkan 74 delegasi Hamas dari Gaza tidak dapat menyertai sidang pertama dan majlis angkat sumpah hari ini.

Mahmoud ketika merasmikan sesi Parlimen hari ini menggesa supaya konflik Israel-Palestin ditangani menerusi penyelesaian perundangan.

Beliau juga membidas langkah-langkah unilateral yang diambil oleh Israel.

``Presiden Palestin dan kerajaan kekal komited dengan usaha perundingan sebagai opsyen strategik yang realistik,'' kata beliau.

Tambah beliau, tiada penyelesaian ketenteraan dalam menangani konflik ini.

``Wujudkan keamanan hari ini dan bukannya esok, jadi kita boleh hidup sebagai negara jiran,'' kata beliau lagi.

Beliau sekali lagi menggesa Israel dan mas-yarakat antarabangsa supaya jangan menghukum rakyat Palestin yang memilih Hamas.

Bagaimanapun gesaan Mahmoud supaya kerajaan berkomited dalam proses keamanan di Asia Barat ditolak oleh Hamas.

``Hamas menolak perundingan-perundingan dengan Israel dalam suasana semasa ketika pendudukan dan tekanan Yahudi berterusan,'' kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri.

``Kami menekankan semula komitmen untuk tentangan bersenjata demi hak semula jadi penduduk kami,'' katanya.

Sementara itu pemimpin politik Hamas, Khaled Mashaal yang sedang dalam lawatan ke Turki berkata, dunia mempunyai imej yang salah terhadap pergerakan itu dan meminta supaya dihentikan terus memandang perwakilan Palestin yang dipilih daripada mata Israel.

Dipetik dari Utusan Malaysia


Saturday, 18 February 2006

MEMORANDUM PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA


Dipetik dari Blog Us Nasaruddin

MELAKA 18 FEB : Dewan Pemuda PAS Pusat telah berjaya menyerahkan memo tentang Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kepada Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye semalam. Memo tersebut telah diserahkan oleh Naib Ketua DPP Pusat, Mazlan Aliman di pejabat Pengerusi PLKN tersebut pada jam 9.45 pagi.

Turut serta bersama Mazlan adalah AJK DPP Pusat yang juga Ketua DPP Pahang, Us Nasaruddin Tantawi.

Berikut adalah kandungan memo tersebut.

PENDAHULUAN

Pembinaan sebuah negara tidak sekadar menekankan kepada faktor pembangunan infrastruktur yang maju dan canggih. Perhatian juga seharusnya perlu diberikan kepada faktor pembangunan insan. Malah dalam banyak hal pembangunan insan ini merupakan faktor terpenting yang perlu didahulukan dan memerlukan perhatian dan tindakan yang amat cermat di dalam programnya. Kesilapan di dalam program pembinaan insan memungkinkan natijah yang amat buruk kepada masa depan negara. Berdasarkan kepada prinsip inilah program-program pembinaan insan tidak diatur rancangkan mengikut kaedah trial and error . Pembinaan insan diasaskan kepada perancangan yang berstruktur, terbina susun atur programnya dan mempunyai visi serta misi yang jelas. Di dalam konteks negara ini, proses ini sewajarnya terserlah di dalam Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ), sebuah projek mega yang digagaskan bagi melahirkan insan-insan terbilang yang akan memenuhi matlamat aspirasi negara. Bertitik tolak daripada inilah Dewan Pemuda PAS Pusat ( DPPP ) begitu serius dalam menilai dan memantau perkembangan perlaksanaan PLKN. Perhatian serius ini sejajar dengan pendirian DPPP yang melihat program pembinaan insan sebagai agenda terpenting dalam konteks pembinaan negara.

PERSOALAN-PERSOALAN

Kini setelah hampir 2 tahun PLKN dilaksanakan timbul persoalan yang wajar difikir dan direnungi oleh semua pihak, persolan tersebut ialah adakah PLKN berjaya menepati kehendak visi, misi, objektif dan matlamatnya. Sememangnya tidak dapat dinafikan penilaian dalam tempoh yang sesingkat ini perlaksanaannya adalah satu tindakan yang tidak adil, tetapi kejayaannya PLKN boleh diukur dengan menilai perkembangan semasa melalui semakan semula terhadap setiap aspek dan perkara yang terlibat. Semakan semula ini mampu menentukan samada PLKN berada pada landasan visi, misi, objektif dan matlamat yang telah digariskan. Keboleh upayaan PLKN untuk berjaya juga boleh dinilai ukur melalui penelitian terhadap kemampuan dan keupayaan modul latihannya dalam menangi begitu banyak permasalahan yang dihadapi remaja pada masa kini dan akan datang. Modul latihan PLKN perlu dibangunkan secara futuristik dengan mengambil kira faktor-faktor semasa dan akan datang bagi memastikan ianya anjal atau fleksibel dalam kesannya.

Perkara inilah yang perlu dirungkai satu persatu bagi menjawab keraguan ramai pihak terutamanya ibu bapa terhadap PLKN samada program ini adalah jawaban sebenar kepada semua permasalahan yang dibangkitkan bagi mewajarkan kewujudannya.

Untuk itu DPPP mengajak semua pihak terlibat untuk melihat aspek-aspek penting yang menjadi faktor pengukur kejayaan PLKN setakat ini. Dibawah ini adalah antaranya yang digariskan DPPP untuk perhatian dan tindakan.

1. KEBERKESANAN MODUL LATIHAN PLKN.

Kemampuan modul latihan PLKN jelas boleh dipertikaikan. Sebagai sebuah program pembinaan insan yang berstatus khidmat negara adalah sesuatu yang amat mengecewakan modul yang dijalankan tidak menepati standard statusnya. Modul latihan PLKN dilihat sama saja tarafnya seperti program motivasi biasa. Perlaksanaan latihan yang menggunakan pendekatan ala-ala Biro Tata Negara ( BTN ) jelas boleh dipertikai keberkesanannya. Ini kerana perlaksanaannya banyak bergantung kepada kemampuan dan kefahaman jurulatih ataupun fasilitator untuk membentuk dinamika peserta. Kaedah ini akan mendedahkan kepada penyelewengan dan penyalahgunaan yang ketara. Peserta dibentuk bukan berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang digariskan tetapi bergantung kepada kefahaman jurulatih terhadap latihan yang disediakan. Dengan latar belakang yang pelbagai input yang disampaikan oleh jurulatih pastinya dipengaruhi. Lebih menyedihkan hasil dari pengakuan beberapa individu yang terlibat jelas dilihat bahawa pemilihan jurulatih juga tidak melalui saringan dan pemilihan yang ketat. Pemilihan secara kolektif ini dilihat berpunca daripada kegagalan pengurusan PLKN untuk menyediakan jurulatih yang secukupnya. Bukanlah sesuatu yang pelik jika didedahkan pemilihan jurulatih ini juga banyak dipengaruhi oleh faktor politik. Pendedahan ini seakan membuktikan telahan umum bahawa PLKN ini diwujudkan bagi dijadikan sebagai program indoktrinisasi politik pihak pemerintah yang dikuasai UMNO / BN. Malah bukti jelasnya dapat dilihat bagaimana pelatih-pelatih PLKN ini dieksploitasi dalam program-program UMNO / BN. Dengan latar yang sebegini adakah PLKN masih lagi dilihat berupaya untuk menepati visi, misi, objektif dan matlamatnya. Inilah persoalannya ?

2. PENGABAIAN ASPEK AGAMA DI DALAM MODUL LATIHAN.

Kekecewaan umum yang paling ketara terhadap modul latihan PLKN ialah tiadanya penekanan dalam aspek pengamalan hidup beragama terutamanya bagi pelatih-pelatih yang beragama Islam. Kes-kes yang dirujuk tentang pergaulan bebas para peserta, aktiviti maksiat dan sebagainya adalah natijah yang tidak dapat dinafikan oleh pihak pengurusan PLKN. Malah kejadian rogol yang berlaku di dalam sebuah kem, peristiwa menonton cerita lucah di sebuah kem yang lain serta beberapa aduan tentang gangguan seksual terhadap pelatih wanita adalah bukti jelas betapa longgarnya aspek agama dalam PLKN. DPPP mempersoalkan, bagaimana mungkin sebuah program beragenda nasional yang mempunyai gagasan besar mampu mencapai visi, misi, objektif dan matlamatnya seandainya aspek agama diabaikan, malah lebih daripada itu DPPP menegaskan perlaksanaan sebarang bentuk program pembinaan insan dinegara ini yang mengabaikan aspek agama adalah suatu pengkhianatan terhadap prinsip Rukun Negara. Soalnya dengan fakta yang sebegini adakah PLKN masih lagi boleh dikatakan sebagai program latihan yang mampu melahirkan jiwa-jiwa patriot yang bersedia untuk mengorbankan jiwa dan raganya untuk kepentingan agama, bangsa dan negara, sedangkan prinsip asas pembinaan negara yang telah digariskan di dalam Rukun Negara jelas diabaikan?

3. PENGABAIAN DAN KEGAGALAN KAWALAN DISIPLIN

DPPP juga menyarankan akan penyemakan semula terhadap keberkesanan modul latihan PLKN dilakukan bagi menilai kemampuannya untuk membentuk disiplin para pelatih. Laporan pergaduhan bersifat perkauman dan pertelingkahan antara pelatih dan jurulatih sehingga mencetuskan satu demonstrasi adalah sesuatu yang amat memalukan bagi sebuah program yang hala tujunya bagi melahirkan insan yang terbina kualiti sahsiahnya. Perlanggaran hak dan asasi manusia yang menjadi punca kepada tragedi ini perlu di atasi bagi memastikan program yang menelan jutaan ringgit duit rakyat ini tidak dicatatkan sebagai “Sebuah Lagi Projek Gajah Putih Kerajaan”.

4. PENGABAIAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR & LOGISTIK.

Bukanlah sesuatu yang menjadi rahsia terhadap isu kekurangan kemudahan infrastruktur di kem latihan PLKN. Spesifikasi yang ditetapkan bagi sesebuah kem untuk layak di iktiraf sebagai kem latihan PLKN sering kali diabaikan prosedurnya. DPPP melihat perkara ini sebagai sesuatu yang amat menyedihkan. Pengabaian aspek keselamatan dan keselesaan peserta sering kali mengundang peristiwa yang tidak diingini. DPPP melihat penggabaian ini berlaku berpunca daripada sikap sesetengah pihak yang melihat PLKN sebagai sebuah komoditi yang perlu diraih keuntungan daripadanya segenap sudut. Peruntukan kerajaan yang mencecah RM 500 billion dilihat sebagai peluang bagi golongan kapitalis untuk mengaut keuntungan. Malah DPPP amat yakin dari rentetan peristiwa yang berlaku seperti pembantalan hak beberapa buah kem dan juga penyelewengan tender makanan pasti wujud persekongkolan antara pihak-pihak yang berkepentingan dengan mereka yang terlibat. Jelasnya ini adalah bukti betapa sebuah lagi projek agenda nasional yang menelan jutaan wang rakyat menjadi mangsa terhadap kerakusan sesetengah pihak.

5. KEKURANGAN JURULATIH BERKELAYAKAN

Sesuatu yang amat membimbangkan DPPP ialah hal yang berkaitan dengan kemampuan pengurusan PLKN untuk memenuhi kuota jurulatih bertauliah dan layak yang secukupnya. DPPP juga membangkitkan tentang proses pentauliahan jurulatih yang dilakukan oleh pengurusan PLKN. Kebimbangan ini berasaskan kepada pendedahan-pendedahan yang telah berlaku dimana terdapatnya beberapa kes kekurangan jurulatih dan ketidakmampuan jurulatih untuk mengawal situasi perjalanan program. DPPP melihat kejadian pergaduhan dan perlanggaran disiplin secara ketara adalah kesan daripada kegagalan fungsi jurulatih dalam mengendalikan latihan. Begitu juga bagi kes-kes jenayah yang berlaku sepanjang program seperti kejadian rogol dan pencabulan yang juga boleh dimenifestasikan sebagai kegagalan pengurusan PLKN untuk melakukan saringan yang berkualiti. Kejadian-kejadian ini sedikit sebanyak menggugat krdibaliti PLKN itu sendiri. Kebimbangan ibu bapa juga meningkat seiring dengan apa yang berlaku. Kemampuan dan keupayaan pengurusan PLKN bagi memastikan keselamatan pelatih terjamin kini dipersoalkan. Berikutan itu suatu tindakan perlu diambil bagi memastikan jurulatih yang dipilih benar-benar berkelayakan. Jurulatih juga perlu melalui satu program latihan berterusan dan pemilihannya hendaklah menitik beratkan kepada hal-hal yang berkaitan keperibadian, akhlak dan sahsiah diri jurulatih disamping hal-hal lain yang berkaitan.

6. PENGLIBATAN PELATIH WANITA DALAM PLKN

Kegagalan menyediakan jurulatih wanita bertauliah mencukupi, amalan modul latihan yang bercampur gaul antara lelaki dan wanita dan melibatkan hubungan fizikal antara jurulatih lelaki dan pelatih wanita adalah antara beberapa kelemahan yang membuktikan bahawa kebimbangan ramai pihak terhadap penglibatan wanita dalam PLKN berasaskan. Lebih teruk lagi kesan kelemahan yang ada menyebabkan berlakunya beberapa kejadian yang amat memalukan. Insiden seorang jurulatih disyaki merogol seorang peserta di Kem Merang, Setiu, Terengganu, aduan beberapa kes pencabulan seksual dan kejadian tangkapan khalwat adalah natijah yang cukup menggambarkan betapa penglibatan wanita dalam PLKN perlu dinilai semula. Malah secara tegasnya DPPP berpendirian dan mendesak kepada pengurusan PLKN untuk tidak melibatkan sama sekali wanita dalam PLKN sehingga perkara-perkara dibawah dipenuhi.

a. Menyediakan secukupnya jurulatih-jurulatih bertauliah wanita.
b. Melakukan pengasingan secara total antara pelatih lelaki dan wanita begitu juga penglibatan jurulatih pengasingan perlu dilakukan terutama dalam latihan-latihan berbentuk fizikal. Pengecualian hanya dibolehkan dalam aktiviti yang tidak memerlukan hubungan fizikal pelatih dan jurulatih. Pengasingan ini boleh dilakukan dengan mengkhaskan satu-satu sessi panggilan PLKN khusus untuk wanita sahaja.
c. Tidak mewajibkan penyertaan wanita dalam PLKN. Penyertaan wanita hanya bersifat sukarela ( Itupun selepas semua kemudahan untuik wanita tersedia )

7. KESIMPULAN

Secara kolektifnya DPPP menyimpulkan kekurangan dan kelemahan PLKN ini berpunca daripada perkara dibawah :
a. Kelemahan pengurusan yang ketara. Kelemahan ini timbul berikutan perancangan PLKN itu sendiri yang tidak dilakukan secara terperinci. Sewajarnya bagi program berskala besar begini satu perancangan tersusun perlu diaturkan bagi memastikan semua aspek termasuk latihan, keselamatan, logistik, kemudahan infrastruktur, guna tenaga dan sebagainya perlu di perhalusi dan dinilai sebaiknya. Kegopohan kerajaan melaksanakan PLKN tanpa mengambil kira pandangan ramai pihak akhirnya mantijahkan sesuatu yang amat memalukan.
b. Kecelaruan visi perlaksanaan PLKN. Kecelaruan ini dilihat berpunca daripada sikap kerajaan yang tidak telus dalam perancangannya. Kewujudan PLKN dilihat lebih kepada sebagai sebuah program indoktrinisasi berbanding sebagai satu program pembinaan insan. Garisan visi yang telah ditetapkan bagi melahirkan genarasi berwajah Malaysia yang trampil kualiti sahsiahnya, yang terbentuk kesepaduannya hanyalah topeng bagi agenda yang tersembunyi. Kesannya PLKN menjadi program yang caca marba dalam pengurusannya.
c. Pengendalian PLKN yang dilihat lebih sebagai satu komoditi yang menguntungkan juga mendedahkan kepada berbagai bentuk penyelewengan dan penyalahgunaan. Pengagihan tender yang tidak telus jelas memberi kesan secara langsung kepada PLKN. Pentauliahan kem yang jelas berbau politik juga akhirnya mengundang kesulitan. Jelasnya perlaksanaan PLKN yang melibatkan peruntukan RM 500 billion setahun dijadikan sebagai lubuk pengagihan kontrak dan kewangan.

8. KESIMPULAN & PENEGASAN

Dengan pelbagai kekurangan yang timbul DPPP menegaskan bahawa satu semakan semula bagi menilai setiap sudut dan aspek PLKN perlu dilakukan. Kegagalan yang terpamer ketika ini perlu diakui oleh oleh kerajaan dengan telus. Pengemaskinian PLKN juga perlu dilakukan secara telus dan melibatkan semua pihak baik parti politik, NGO dan indvidu-individu yang berkelayakan. Proses ini bagi memastikan PLKN tidak akan menjadi satu sesalan dimasa hadapan. Malah lebih kritikal lagi DPPP berpendirian bahawa kerajaan perlu tampil dengan berani untuk mengakui kepincangan PLKN dan mengambil tindakan memberhentikannya serta merta. Bagi meneruskan agenda pembinaan generasi Malaysia yang berkualiti adalah lebih wajar fokus, perihatian dan sumber kewangan ditumpukan kepada program pemerkasaan sistem pendidikan negara yang dilihat begitu celaru.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59