SEREMBAN 24 JAN : Media semalam melaporkan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah Seremban yang bersidang semalam memutuskan mayat Nyonya Tahir diserahkan kepada keluarganya dan dikebumikan mengikut upacara Buddha setelah wanita itu disytiharkan sebagai bukan Islam ketika meninggal dunia.
Hakim Mahkamah Tinggi Syriah, Mohd Shukor Sabudin memutuskan demikian selepas mendengar permohonan ex-parte perisytiharan Islam yang dikemukakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Pengarah JHEAINS.
Beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan membicarakan kes berkaitan kepentingan orang Islam, termasuk masalah akidah yang berlaku di negara ini.
Katanya ia juga diputuskan berdasarkan kepada afidavit yang dikemukakan oleh anak bongsu Nyonya, Chiang Ah Fatt dan juga keterangannya bersama kakaknya, Chiang Kwang Ying, 43, di mahkamah hari ini.
Dalam penghakimannya, Shukor berkata selepas mendengar serta meneliti keterangan waris Nyonya dan bukti yang dikemukakan di mahkamah, mahkamah memutuskan bahawa Nyonya Tahir, bernombor kad pengenalan 180425-04-5054 @ 02033418 bukan beragama Islam semasa kematiannya.
"Mahkamah membenarkan ahli-ahli waris si mati untuk menguruskan pengebumian mayat berkenaan. Mahkamah mengarahkan Hospital Tampin menyerahkan mayat kepada ahli-ahli waris si mati," katanya.
Menurut Laporan Bernama, plaintif dalam permohonannya Jumaat lepas memohon keputusan mahkamah bagi menentukan status agama Nyonya dan permintaan keluarganya untuk mengebumikan mayat wanita itu mengikut adat Cina dan agama Buddha.
Peguam Syarie Siti Harlina Shahran mewakili plaintif iaitu anak bongsu Nyonya, Chiang Ah Fatt manakala Koo Chin Nam yang dibantu Kevin Koo S K bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Nyonya.
Selain itu, Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Malaysia Muhamad Burok, yang juga peguam syarie, bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak persatuan berkenaan.
Turut hadir pada prosiding hari Isnin ialah Pengarah JHEAINS Datuk Zaharudin Mohd Shariff, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Repah Datuk Gan Chin Yap, Adun Temiang Datuk Lee Yuen Fong, Adun Rahang Datuk Yip Chee Keong dan Adun Chuah Foo Ming Chee.
Apa yang hendak kita persoalkan di sini maka menteri-menteri bukan Islam tidak membuat kenyataan akhbar tentang kes ini. Mengapa mereka tidak mengatakan Mahkamah Syariah adil dan telus. Sedangkan dalam kes Allahyarham Moorthy mereka melemparkan pelbagai tuduhan kepada Mahkamah Syariah.
Inilah sikap double standard mereka.
MANSUHKAN ISA SEGERA !
HIMPUNAN MANSUH ISA TELAH DIADAKAN PADA 1 OGOS 2009. Himpunan MANSUH dianjurkan dengan hasrat untuk rakyat menzahirkan sikapnya secara jelas dan lantang dengan membuat tiga tuntutan: Bebaskan semua tahanan, Mansuhkan ISA, Tutup Kem Kemunting.
Petisyen Untuk Bubarkan DUN Perak
Program Turun Padang Bertemu Rakyat
Anjuran Lajnah Penerangan, Lajnah Kebajikan dan Lajnah Perpaduan Nasional
Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil
Tempat : Pasar Malam Bukit Baru
Tarikh: 16 November 2009 ( Isnin)
Masa : 6 petang
Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil
Tempat : Pasar Malam Bukit Baru
Tarikh: 16 November 2009 ( Isnin)
Masa : 6 petang
MENGAPA MENTERI BUKAN ISLAM MEMBISU TENTANG KES NYONYA TAHIR
Date: Tuesday, 24 January 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


2 comments:
Perkembangan yang berlaku padan nyonya tahir sebagai implikasi kerajaan umno yang terlalu lemah, dayus dan bertaraf munafik di dalam melaksanakan, mengurus, menpertahankan undang-undang syariah di Malaysia. Terdapat kesan yang amat menakutkan dan membimbangkan akan keselamatan, kesejahteraan masyarakat Islam di malaysia pada hari ini dan akan datang di bumi malaysia ini.
Ekoran dari keputusan dibuat ke atas nyonya Tahir ini menunkukan beliau telah "MURTAD" dan terkeluar dari Islam ekoran dari kehidupan beliau yang membudayakan kehidupan kaum cina dan budha sepanjang hidupnya. Ternyata beliau telah hidup secara MURTAD sejak awal kehidupannya dan mengistihar keluar Islam secara senyap tnpa perlu melakukan pengistiharan secara terbuka kepada pihak berwajib... Ini amat menakutka... Di bimbangi setelah peristiwa yang melukakan hati orang Islam tetapi tidak melukaan hati puak MUNAFIK akan menjadi ikutan mesyarakat dan genarasi lemah pegangan islam pada hari ini. Kedua, kelemahan kerajaan, agensi kerajaan yang berkaitan dalam menjaga hal-ehwal islam dan tidak serius menyumbangkan kearah peristiwa seumpama ini... Apa yang amat dibimbangi kisah seperti ini akan menjadi lebih luas dan bermaharajalelak di masa depan. Oleh itu kita mencadangkan agar kerajaan UMNO/BN wajib berdiri teguh... jika peristiwa 13 mei 1969 berlaku semula. Teramat banyak kesan buruk berlaku jika Agama allah disampingkan , tiada berkah dan rahmat dari Nya. tunggulah bala' yang pasti akan menimpa sesuatu umat itu.
Perkembangan yang berlaku pada nyonya tahir sebagai implikasi kerajaan umno yang terlalu lemah, dayus dan bertaraf munafik di dalam melaksanakan, mengurus, menpertahankan undang-undang syariah di Malaysia. Terdapat kesan yang amat menakutkan dan membimbangkan akan keselamatan, kesejahteraan masyarakat Islam di malaysia pada hari ini dan akan datang di bumi malaysia ini.
Ekoran dari keputusan dibuat ke atas nyonya Tahir ini menunjukkan beliau telah "MURTAD" dan terkeluar dari Islam ekoran dari kehidupan beliau yang membudayakan kehidupan kaum cina dan menganuti amalan buddha sepanjang hidupnya. Ternyata beliau telah hidup secara MURTAD sejak awal kehidupannya dan mengistihar keluar Islam secara senyap tanpa perlu melakukan pengistiharan secara terbuka kepada pihak berwajib... Ini amat menakutkan... Dibimbangi setelah peristiwa yang melukakan hati orang Islam tetapi tidak melukaan hati puak MUNAFIK akan menjadi ikutan mesyarakat dan genarasi lemah pegangan islam pada hari ini. Kedua, kelemahan kerajaan, agensi kerajaan yang berkaitan dalam menjaga hal-ehwal islam dan tidak serius menyumbangkan kearah peristiwa seumpama ini... Apa yang amat dibimbangi kisah seperti ini akan menjadi lebih luas dan bermaharajalela di masa depan. Oleh itu kita mencadangkan agar kerajaan UMNO/BN wajib berdiri teguh... jika tidak mahu peristiwa 13 mei 1969 berlaku semula. Teramat banyak kesan buruk berlaku jika Agama allah disampingkan , tiada berkah dan rahmat dari Nya. tunggulah bala' yang pasti akan menimpa sesuatu umat itu.
Post a Comment