MANSUHKAN ISA SEGERA !

MANSUHKAN ISA SEGERA !
HIMPUNAN MANSUH ISA TELAH DIADAKAN PADA 1 OGOS 2009. Himpunan MANSUH dianjurkan dengan hasrat untuk rakyat menzahirkan sikapnya secara jelas dan lantang dengan membuat tiga tuntutan: Bebaskan semua tahanan, Mansuhkan ISA, Tutup Kem Kemunting.

Program Turun Padang Bertemu Rakyat

Anjuran Lajnah Penerangan, Lajnah Kebajikan dan Lajnah Perpaduan Nasional
Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil
Tempat : Pasar Malam Bukit Baru
Tarikh: 16 November 2009 ( Isnin)
Masa : 6 petang

LAJNAH PENERANGAN KAWASAN GIATKAN PROGRAM PENERANGAN FEB INI

BUKIT KATIL 30 JAN : Lajnah Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil akan meneruskan beberapa program penerangan bagi memberikan maklumat terkini kepada ahli dan juga bukan ahli PAS di Kawasan Parlimen Bukit Katil.

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Kawasan, Hamzah Yusof berkata antara program yang telah di susun adalah Taklimat Penerangan kepada kepimpinan PAS Cawangan-Cawangan, Kursus Pengendalian Majlis dan Pengucapan Awam, Program Ceramah Kelompok dan sebagainya. Selain itu Lajnah itu juga akan meneruskan program-program berkala mereka iaitu Penerbitan Bulletin Bukit Katil, Weblog Pemudabukitkatil, Ceramah Umum dan sebagainya.

Hamzah menyeru seluruh ahli PAS supaya komited menyertai program anjuran Lajnah ini demi untuk mendapatkan maklumat terkini dari sumber yang sahih.

0 comments:

 

Copyright @ 2008 Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil: LAJNAH PENERANGAN KAWASAN GIATKAN PROGRAM PENERANGAN FEB INI | Original Template: Wordpress Themes | Modified By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top