Friday, 29 December 2006

Mangsa banjir di Johor meningkat semula


Beberapa kawasan di Johor dinaiki air ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu, menyebabkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri itu, kini bertambah kepada kira-kira 6,000 lagi kepada 61,352 orang pagi ini.

Mereka terdiri daripada 28,325 di 76 pusat pemindahan Batu Pahat (bertambah 616) dan 22,456 lagi di Muar (meningkat 5,079 orang) ekoran keadaan air yang masih tidak berubah di Bukit Kepong, Panchor, Lenga dan Kundang Ulu.

Beberapa jalan iaitu Jalan Muar-Parit Sulong, Jalan Bukit Pasir-Pagoh, Jalan Muar-Segamat, Jalan Bukit Serampang-Kandong dan Jalan Pagoh-Panchor kini ditenggelami air antara 0.5 dan satu meter.

Manakala 1,757 mangsa lagi masih berada di 222 pusat pemindahan di Segamat, Kluang (3,707), Kota Tinggi (2,439), Johor Baharu (1,920) dan Mersing (748), demikian menurut laporan Bernama.

Katanya, korban banjir di negeri ini masih kekal 11 orang dan usaha mencari seorang kanak-kanak perempuan Pavila Kamala Nathan, 5, masih dijalankan.

Pahang semakin pulih

Dia hilang selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki bersama keluarganya dihanyutkan arus deras di Kampung Haji Kamisan, Yong Peng, dua hari lalu.

Di Pahang, keadaan banjir semakin pulih dan hanya 195 daripada 37 keluarga, kesemuanya di daerah Rompin, masih berada di tiga pusat pemindahan.

Jurucakap bilik gerakan banjir IPK Pahang berkata mangsa banjir yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Mekang telah dibenarkan pulang semalam.

Di Melaka, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,381 orang sehingga jam 8 pagi ini berbanding 1,493 malam tadi.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata tujuh pusat penempatan banjir di daerah Jasin, menempatkan sebanyak 341 keluarga.


Thursday, 28 December 2006

UNIT AMAL MELAKA BANTU MANGSA BANJIR


Unit Amal sekali membuktikan bahawa mereka sedia berkhidmat bagi membantu mangsa-mangsa bencana alam seperti banjir, Tsunami dan sebagainya.

Di Melaka, pasukan unit amal ini telah menyediakan perkhidmatan membantu mangsa banjir membasuh rumah dan peralatan mereka yang kotor akibat banjir.

Seorang suri rumah, Mahani Osman,36 dari Taman Angkasa Nuri, Batu Berendam mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kesudian pasukan unit amal ini yang sudi membasuh rumah beliau.

'Mereka telah bekerja dengan gigih dan membasuh rumah kakak dalam masa yang singkat sahaja' ujar beliau.

Sementara itu Pengurus PASTI Taman Merdeka, Hj Saleh Osman juga melahirkan kegembiraan beliau diatas pertolongan Unit Amal yang membasug PASTI Taman Merdeka.

Banjir yang bermula pada Rabu minggu lalu telah melanda Kawasan Taman Merdeka, Taman Merdeka Jaya, Taman Thamby Chik Karim dan Taman Angkasa Nuri selama 4 hari sehingga hari Sabtu. Hampir kesemua penduduk di Kawasan tersebut mengalami kerugian besar akibat rosaknya barangan elektrik, perabot, kenderaan,pakaian dan barangan lain.


UNIT AMAL MELAKA BANTU MANGSA BANJIR


Unit Amal sekali membuktikan bahawa mereka sedia berkhidmat bagi membantu mangsa-mangsa bencana alam seperti banjir, Tsunami dan sebagainya.

Di Melaka, pasukan unit amal ini telah menyediakan perkhidmatan membantu mangsa banjir membasuh rumah dan peralatan mereka yang kotor akibat banjir.

Seorang suri rumah, Mahani Osman,36 dari Taman Angkasa Nuri, Batu Berendam mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kesudian pasukan unit amal ini yang sudi membasuh rumah beliau.

'Mereka telah bekerja dengan gigih dan membasuh rumah kakak dalam masa yang singkat sahaja' ujar beliau.

Sementara itu Pengurus PASTI Taman Merdeka, Hj Saleh Osman juga melahirkan kegembiraan beliau diatas pertolongan Unit Amal yang membasug PASTI Taman Merdeka.

Banjir yang bermula pada Rabu minggu lalu telah melanda Kawasan Taman Merdeka, Taman Merdeka Jaya, Taman Thamby Chik Karim dan Taman Angkasa Nuri selama 4 hari sehingga hari Sabtu. Hampir kesemua penduduk di Kawasan tersebut mengalami kerugian besar akibat rosaknya barangan elektrik, perabot, kenderaan,pakaian dan barangan lain.


PILIHANRAYA KECIL DI DUN BATU TALAM, RAUB.


KUALA LUMPUR 29 Dis. – Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Pahang yang kini kosong berikutan wakil rakyatnya, Datuk Tengku Paris Tengku Razlan, 66, meninggal dunia hari ini akan diadakan dalam masa 60 hari selepas dimaklumkan mengenai kematiannya.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, suruhanjaya masih belum dimaklumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang berkenaan kematian wakil rakyat kawasan itu.

‘‘Apabila sudah dimaklumkan, SPR akan membuat persiapan yang sepatutnya dalam tempoh 60 hari selepas dimaklumkan mengenai kekosongan itu secara rasmi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Sunday, 24 December 2006

TAHNIAH PEMUDA BUKIT KATIL


Tahniah Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil kerana berjaya menghantar peserta seramai 36 peserta ke Perhimpunan 15,000 Pemuda PAS Pusat di Kota Bharu 23 dan 24 Disember ini. Komitmen yang ditunjukkan oleh para pemuda ini Insya Allah merupakan isyarat awal bahawa PAS akan kembali mencabar dalam Pilihanraya akan datang.

Syabas DPP Kawasan Bukit Katil


BANJIR MERUPAKAN BALA ALLAH


Banjir yang melanda negara kita sekarang merupakan bala dan peringatan dari Allah. Dari itu marilah kita semua insaf dengan kekuasaan Allah dan kembali kepada Hukum dan cara hidup Islam.


Thursday, 21 December 2006

PEMUDA MELAKA LANCAR TABUNG MANGSA BANJIR DAN HULURKAN BANTUAN



MELAKA, 21 Dis - Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menyeru seluruh ahli dan penyokong PAS serta orang ramai agar membantu mangsa banjir di Negeri Melaka dengan menyumbangkan derma kepada TABUNG MANGSA BANJIR PEMUDA MELAKA bagi meringankan beban mereka.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka Yuhaizad Abdullah dalam kenyataannya pagi ini berkata derma tersebut boleh dimasukkan ke dalam akaun Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka melalui akaun Bank Islam bernombor 04015-01-0039089.

Menurut Yuhizad setakat ini kira-kira 8,000 mangsa banjir telah dipindah di 46 pusat pemindahan banjir di Melaka sehingga petang tadi. Ini merupakan banjir terbesar di negeri ini sejak 15 tahun lalu.

Sementara pimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir di Kawasan Alor Gajah, Jasin dan Bukit Katil.

Timbalan Ketua Pemuda Negeri, Asharaf Mukhlis dan AJK Pemuda Negeri, Kadir Dewan bersama dengan pimpinan DPP Kawasan telah turun padang membantu penduduk disekitar Durian Tunggal yang ditimpa banjir bermula dua hari lepas. Pelbagai bentuk bantuan telah dihulurkan bagi meringankan beban mereka.

Semalam, Ketua DPP Pusat, YB Salahuddin bersama-sama pimpinan Pemuda Negeri bersama-sama melawat dan menyampai sedikit bantuan kepada mangsa banjir di Kawasan Alor Gajah dan Jasin.

Petang tadi Setiausaha Perhubungan PAS Melaka, Adly Zahari, Naib Ketua DPP Negeri, Harun Mohamed dan Ketua Penerangan DPP Negeri bersama-sama YDP PAS Kawasan Jasin Mejar (B) Jasme Tompang menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sg Rambai, SK Batu Gajah dan SMK Sg Rambai. Kedatangan mereka telah disambut dengan gembira oleh semua mangsa banjir.


Tuesday, 19 December 2006

JOHOR BAH, RIBUAN DAH DIPINDAHKAN


JOHOR BARU 19 DIS : Ujian Allah datang lagi. Kali ini berupa air bah pula. Setelah hujan lebat dari pagi semalam sehingga pagi ini menyebabkan beberapa kawasan di seluruh Johor ditenggelami air dan lebih 2,000 orang dipindahkan.

Penduduk Kampung Laut, Skudai bersesak di pusat perpindahan banjir di bangunan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Johor berkata penduduk yanag terlibat adalah dari Batu Pahat, Pontian, Johor Baru dan Kota Tinggi yang sudah diarah berpindah secara berperingkat-peringkat sejak tengah malam tadi.

Di Batu Pahat lima keluarga yang tinggal di Kampung Parit Haji Kamisan, Yong Peng, dipindahkan ke balai raya Kampung Parit Haji Kamisan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng manakala di Parit Raja, empat keluarga dari Kampung Parit Daun, dipindahkan ke Kompleks Penghulu Mukim 8.

Turut dipindahkan ialah tiga keluarga dari Kampung Parit Jambul ke dewan Sekolah Kebangsaan Pintas Puding dan 19 keluarga dari Kampung Seri Paya ke balai raya Kampung Seri Paya.

Di kawasan Pekan Nenas, Pontian, 20 keluarga dari Kampung Paya Embun diarah berpindah ke kawasan selamat manakala tujuh keluarga lagi dari Kampung Melayu Raya diarah berpindah ke Dewan Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Raya.

Di daerah Kota Tinggi pula sembilan keluarga dari Kampung Sungai Berangan dan 11 keluarga dari Kampung Paya Sungai Redan dipindah ke balai raya kampung berkenaan manakala di Kluang, banjir turut melanda Kampung Bentong Dalam, Kampung Melayu dan Yap Tau Sah.


Mangsa bah Kampung Laut mengharung kepayahan ke pusat perpindahan di bangunan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah semalam. (foto Oriental Daily)

Jurucakap Bilik Gerakan Pejabat Daerah Johor Baru berkata beberapa pusat pemindahan banjir dibuka sejak awal pagi bagi menempatkan 22 mangsa dari Kampung Melayu Sengkang, Kulai, dan 722 mangsa dari Kampung Laut Batu 10, Skudai.

Turut terlibat ialah Lorong Arif Taman Tun Aminah (170 orang), Kampung Sungai Besui, Sedenak (113), Kampung Maju Jaya (243), Kampung Oren, Tiram (200), Kampung Mohd Amin (102), Kampung Kangkar Tebrau (150), Kampung Pasir Tebrau (200).

Kampung ialah Kampung Paya Kenangan Tebrau (150), Kampung Plentong Baru (200), Kampung Sentosa/Sentosa Barat (100), Kampung Rinting Masai (200), Batu 10 Sungai Tiram (30).

Di Kampung Paya Nam Heng, Tiram, 11 keluarga terlibat dan di Kampung Mados 19, sebanyak 14 keluarga diarah berpindah.

Jurucakap itu berkata hujan yang lebat turut mengakibatkan Jalan Kolam Air di Bandar Raya Johor Baru ditutup kerana dikhuatiri berlaku tanah runtuh.

Tinjauan Bernama pada 10.30 pagi tadi mendapati anggota Jabatan Pertahanan Awam sudah dikerahkan ke kawasan tersebut.

Laluan dari Skudai menuju ke pusat bandar serta jalan-jalan utama di pusat bandar juga mengalami kesesakan teruk.

Adalah dijangkakan negeri-negeri lain turut sama akan menghadapi ujian ini kerana hujan tidak berhenti-henti di hampir kesemua negeri di Semenanjung.

Kita mendoakan Allah S.W.T tidak menguji kita dengan ujian yang tidak mampu kita tanggung.

Dipetik dari Bernama dan The Star.


JOM BANTAH KENAIKAN TOL 7 JANUARI DEPAN


KUALA LUMPUR 19 DIS : Cengkaman dan penindasan oleh kerajaan dan pihak swasta keatas rakyat mesti di ajar. Rakyat tidak boleh berdiam diri dengan hanya tunduk dan patuh membuta tuli tanpa sebarang tindakan di ambil. Begitu reaksi Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Kawasan, Hamzah Yusof ketikan diminta mengulas perkembangan terbaru tentang demonstrasi bantahan kenaikan harga tol bulan depan.

"Rakyat jangan leka dan lalai dengan gula-gula kerajaan yang saban hari menyatakan mahu membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama menekan rakyat, tol naik, minyak naik, keselamatan semakin longgar dan sebagainya" jelas Hamzah dengan bersungguh-sungguh.

"Sudah sampai masanya rakyat keluar beramai-ramai membantah sebarang tindakan kerajaan yang jelas menekan rakyat yang sudah sedia terbeban" tambah Hamzah lagi.

Sementara itu malam tadi, beberapa pihak telah mengadakan perbincangan untuk mengadakan bantahan besar-besaran terhadap kenaikan harga tol yang diumumkan oleh Samy Vellu baru-baru ini.

Adalah dijangkakan beribu-ribu pengguna jalanraya dijangka menyertai demonstrasi anti-kenaikan tol pada 7 Januari depan di plaza tol Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) bandar Sunway, Selangor.

Bantahan besar-besaran itu akan disertai oleh ahli-ahli parti pembangkang, kesatuan sekerja dan badan bukan kerajaan (NGO) serta orang ramai.

Pengerusi jawatankuasa bantahan kenaikan tol, Syed Shahir Syed Mohamad berkata, sebelum mengadakan demonstrasi tersebut, pada 27 Disember ini, pihaknya akan menyerahkan memorandum bantahan ke pejabat Perdana Menteri.

Jawatankuasa berkenaan membuat keputusan itu dalama satu mesyuarat di ibunegara malam tadi. Turut menyertai jawatankuasa itu ialah Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, Bendahari PAS, Hatta Ramli dan Ahli Parlimen DAP kawasan Seputeh, Teresa Kok.

Bercakap kepada media selepas mesyuarat tersebut, Syed Shahir berkata, antara lain memorandum tersebut katanya, mendesak kerajaan mendedahkan butiran perjanjian tol dengan konsesi kepada umum supaya rakyat mengetahui keadaan sebenar projek pembinaan tol di negara ini.

Beliau yang juga Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia ( MTUC) juga berkata, kesatuan itu menghantar ramai ahlinya ke program tersebut.

Pemuda PAS pula dijangka menghantar antara 5, 000 dan 10,000 ahlinya untuk menyertai bantahan kenaikan tol itu.

Beban pengguna

Menurut ketuanya, Salahuddin Ayub, Pemuda PAS sangat prihatin dengan kenaikan tol yang membebankan pengguna jalan raya terutama yang berpendapatan rendah.

“Mereka baru menanggung beban akibat kenaikan harga minyak dan kini tidak sampai setahun terpaksa membayar tol yang lebih mahal,” katanya.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kenaikan tol yang berterusan sebenarnya tidak perlu kerana pemegang konsesi lebuh raya telah mendapat keuntungan besar kerana pertambahan kenderaan setiap tahun.


“Nampaknya kenaikan tol sudah menjadi satu trend yang tidak dapat dielak di negara ini,” katanya lagi.

Katanya, orang sudah bosan dengan alasan pihak berkuasa setiap kali mahu menaikkan kadar tol .

Sementara itu Ahad lalu, dalam satu majlis di Petaling Jaya, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan kadar tol berlaku kerana ada unsur-unsur rasuah dalam perjanjian di antara konsesi dengan kerajaan.

Katanya, proses penjanjian tol yang dibuat oleh tiga pihak iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya dan konsesi lebuh raya boleh dipersoalkan.

Menurutnya, semasa beliau menjadi Menteri Kewangan, konsesi datang melobi untuk menaikkan kadar tol beliau tetap menolak kerana ia amat membebankan pengguna jalan raya.


TAKZIAH BUAT HJ MOHD DIAH


PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Hj Mohd Diah Abdul, AJK PAS Kawasan Bukit Katil atas kembalinya ke Rahmatullah anakanda perempuan beliau, Allahyarhamah Zahirah Binti Hj Mohd Diah minggu lalu.

PAS Kawasan melalui Setiausahanya Hj Yassim Musa mendoakan roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah dan seluruh keluarganya sabar menghadapi ujian Allah ini.

Dewan Pemuda PAS Kawasan juga merakamkan ucapan yang sama kepada Hj Mohd Diah, Jalaluddin Mohd Diah, Dahlan Mohd Diah dan Us Mohd Zaki Mohd Diah di atas pemergiannya anak dan kakak mereka.


NEGARA ISLAM HADHARI JADI 'SYURGA' PELAKU MAKSIAT


KUALA LUMPUR 19 DIS : Membaca laporan sebuah akhbar hari ini kita berasa seolah-olah negara Islam Hadhari ini menjadi syurga bagi pelaku-pelaku maksiat. Kes zina dan khalwayt bukannya semakin berkurangan malah berlaku berlipat kaliganda. Semua ini adalah akibat dasar Islam Hadhari yang memperkecil-kecil kerja-kerja amal makhruf nahi mungkar. Malah pemimpin-pemimpin Islam Hadhari lebih suka menjalankan amal maksiat nahi makhrur. Sebab-sebab itulah konsert-konsert digalakkan, hiburan di TV 24 jam, muda-mudi bergaul bebas dibiarkan dan bermacam-macam tindakan mereka.

Media melaporkan bahawa sejak awal tahun ini, kira-kira 30 orang kenamaan (VIP), termasuk beberapa wanita yang menjadikan kondominium mewah di ibu kota sebagai tempat menyimpan gundik dan teman lelaki, diberkas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana berkhalwat.

Difahamkan, gundik dan teman lelaki VIP terbabit menjadi pelampias nafsu mereka terutama pada hujung minggu.

Mereka disembunyikan di kediaman mewah berkenaan bagi mengelak dikesan isteri masing-masing.

Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohamad Zain Dolah, berkata VIP wanita terbabit dicekup ketika berdua-duaan bersama ‘gundik lelaki’ mereka.

“Golongan VIP lelaki dan wanita mengumpan ‘gundik’ mereka dengan menabur pelbagai janji manis selain kemewahan, termasuk kereta dan wang saku bulanan.

“Kebanyakan wanita dan lelaki simpanan terbabit bekerja di pejabat dengan jawatan biasa tapi mempunyai wajah cantik dan tampan, sekali gus memudahkan VIP terbabit menggunakan ‘ayat power’ untuk menjerat mereka,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Menurutnya, sejak Januari lalu hingga bulan ini, pihaknya melakukan 400 tangkapan khalwat kebanyakannya membabitkan remaja.

Golongan remaja lebih gemar menjadikan taman rekreasi dan hotel murah sekitar ibu kota sebagai pangkalan untuk bermanja dengan pasangan masing-masing.

Ada yang ditahan di kawasan terbabit memberikan alasan mahu merehatkan fikiran sambil mengenali lebih dekat hati budi pasangan.

“Bagaimanapun, semua alasan itu tidak masuk akal kerana mereka tiada sebarang hubungan mahram selain dikesan sering ke lokasi sama,” katanya.

Menurut Mohamad Zain, jumlah tangkapan itu mungkin lebih rendah berbanding pasangan yang dapat melepaskan diri atau tidak dapat dikesan ketika operasi pencegahan dijalankan Jawi.

Katanya, terdapat pasangan yang pernah ditahan tetapi tidak serik mengulangi kegiatan sama.

“Ketika ditahan, sesetengah mereka dalam keadaan memalukan selain berlagak seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Ada pasangan yang mendakwa mereka tidak salah selagi tidak melakukan ‘sesuatu’ bersama pasangan sedangkan sudah nyata mereka berkhalwat,” katanya.

Sehubungan itu, Mohamad Zain menggesa remaja tidak terbawa-bawa dengan emosi atau naluri melampau sehingga mendorong melakukan perbuatan terkutuk.

Beliau turut meminta ibu bapa mengambil berat anak masing-masing, khasnya gadis kerana dibimbangi terpengaruh dengan janji manis individu yang hanya ingin mengambil kesempatan.

“Walaupun sedang hangat bercinta, remaja diminta menjauhkan diri daripada perkara berunsur maksiat kerana lebih banyak merosakkan diri masing-masing.

“Jawi akan mengadakan operasi mencegah maksiat dari semasa ke semasa dan sesiapa saja akan ditahan tidak kira VIP atau orang biasa,” katanya.


KEGAGALAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM HADHARI TERUS TERBUKTI


Satu demi satu kejadian jenayah dan perkara buruk yang dilakukan oleh remaja hari ini jelas membuktikan bahawa sistem pendidikan Islam Hadhari gagal mendidik dan membentuk remaja yang berakhlaq dan berpekerti mulia.

Jenayah seperti bunuh, rogol, samun, curi, peras ugut dan sebagainya menjadi hiasan dada-dada akhbar setiap hari.

Semalam kes keganasan remaja berlaku dimana 40 remaja bertindak liar merosakkan tujuh kenderaan milik penduduk sebuah taman perumahan di Lorong PJS 2C/11N, Kampung Medan.

Jurucakap polis memberitahu, dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 malam itu, sekumpulan remaja yang menaiki motosikal tersebut pada mulanya membuat bising di kawasan perumahan berkenaan sebelum merosakkan kenderaan yang diletakkan penduduk di tepi jalan.

‘‘Daripada keterangan yang kita terima, remaja-remaja tersebut bersenjatakan parang, tukul besi, besi, kayu, pasu dan batu.

‘‘Mereka bertindak memecahkan cermin dan mencalarkan tujuh kereta milik penduduk di situ,’’ katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Antara kereta yang dirosakkan dalam kejadian itu ialah Proton Waja, Proton Wira, Proton Iswara, Perodua Kelisa dan Nissan Sentra.

Menurutnya, kekecohan tersebut dikatakan berlaku ekoran rasa tidak puas hati suspek terhadap beberapa orang remaja di taman perumahan tersebut.

‘‘Sebelum kejadian dipercayai berlaku sedikit perselisihan faham di antara dua remaja di taman berkenaan dengan beberapa orang daripada suspek yang terlibat.

‘‘Ekoran perselisihan faham itu, suspek tersebut memanggil beberapa lagi rakannya sehingga berlaku kekecohan di situ,’’ ujarnya.

Tambahnya, buat masa ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut.

Sementara itu, seorang penduduk, Asmara Murni Hussin, 50, memberitahu, dia dan ahli keluarganya berada di rumah ketika kejadian berlaku.

‘‘Kami dengar bunyi bising macam orang bergaduh.

‘‘Bila jenguk keluar nampak budak-budak naik motor siap dengan parang,’’ katanya.


Kelantan nafi benarkan disko, kelab malam


KOTA BARU 18 DIS: Kerajaan negeri Kelantan tidak pernah bercadang untuk membenarkan pusat hiburan seperti disko atau kelab malam beroperasi di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan YB Hj Takiyuddin Hassan berkata pusat hiburan seperti itu tidak mungkin akan bertapak di Kelantan walaupun untuk tujuan menarik pelancong ke negeri ini selagi PAS memerintah Kelantan.

"Jika ada laporan media yang menyebut Kelantan akan benarkan disko dan kelab malam, itu tidak benar. Saya sendiri terkejut bila ada orang tanya saya betul ke Kelantan nak benarkan disko dan kelab malam. Tidak benar tu...," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Baharu Bandar Raya Islam (MPKBBRI) di sini, hari ini.

Majlis perbandaran itu kini diterajui Shafie Ismail, bekas Timbalan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Kelantan. Shafie menggantikan Abd Aziz Abd Rahman yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

Takiyuddin berkata kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan kenyataan akan membenarkan operasi pusat hiburan di negeri ini sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris beberapa hari lepas.

"Laporan itu lari dari konteks sebenar. Apa yang saya katakan, kalau ada tari menari dalam satu majlis, umpamanya, yang hanya melibatkan lelaki sahaja atau wanita sahaja, pada saya, itu tidak menjadi masalah.

"Begitu juga kalau suami isteri nak menari dalam satu majlis, tetapi dengan ada batas-batas tertentu, pada pandangan peribadi saya, itu juga tidak ada masalah," katanya.
Katanya kerajaan negeri mengamalkan prinsip keterbukaan, namun tetap tegas jika ia melibatkan dasar kerajaan.

"Kita sentiasa terbuka, contohnya dalam hal persembahan kebudayaan seperti Makyong. Kerajaan negeri tidak benarkan kerana mantera yang dibaca itu mempunyai unsur-unsur khurafat.

"Tetapi jika ada pihak, penggiat seni atau sesiapa sahaja yang boleh tunjukkan bahawa bacaan itu tidak membawa apa-apa unsur sedemikian, mereka boleh datang jumpa kita, kita akan sokong dan benarkan persembahan kebudayaan yang tidak bertentangan dengan Islam," tambahnya.


Monday, 18 December 2006

DOLLAH ZIN : TAK PERLU GARIS PANDUAN AURAT


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dollah Zin berkata bahawa garis panduan mengenai aurat tidak perlu dilakukan. Beliau berkata demikian sewaktu perbahasan Dewan Negara dimana seorang senator menyarankan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengadakan garis panduan berkenaan aurat wanita.

"Soal aurat cukup jelas dan tidak perlukan garis panduan. Saya rasa semua orang tahu aurat lelaki, aurat wanita sebab banyak dalam kitab-kitab," kata Dollah.

Memang kita TIDAK HAIRAN dengan jawapan Dollah kerana kalau diadakan garis panduan nanti sudah tentu ramai menteri-menteri, isteri-isteri dan anak-anak menteri tidak akan menurutinya kerana mereka lebih selesa mendedahkan aurat walaupun hukum aurat sudah jelas dan terang. Hatta orang yang rapat dengan pemimpin nombor satu dan nombor dua pun gagal menurutinya nanti.


Pampasan lebih tinggi dari kos bina lebuhraya


DAP mengecam tindakan kerajaan menghalang pihak media menyiarkan reaksi negatif terhadap kenaikan 20 hingga 30 peratus kadar tol dan menyifatkannya sebagai satu penyalahgunaan kuasa untuk menyekat suara rakyat Malaysia serta satu ancaman serius terhadap kebebasan dan demokrasi di Malaysia.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, tindakan itu telah menambah kemarahan rakyat berhubung kenaikan kadar tol yang dilihat sebagai ‘rompakan lebuhraya di siang hari yang menjual’ hak pengguna dan rakyat biasa, kepada syarikat besar, terutama apabila kos pembinaanya sebanyak RM4,125 juta, tidak menjustifikasikan kadar tol baru itu.

Katanya, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dibina dengan kos RM1.42 bilion untuk tempoh konsesi 1996 hingga 2030 dan kadar tolnya dinaikkan dari RM1 kepada RM1.60 – naik 60 peratus.

Lebuhraya Kesas pula dibina dengan kos RM 1.3 billion untuk tempoh konsesi 1993-2024 dan kadar tolnya dinaikkan dari RM1.50 kepada RM2.20 – naik 46.7 peratus.

Lebuhraya Cheras-Kajang dibina dengan kos RM336 juta, untuk tempoh konsesi 1995-2024 dan kadar tolnya dinaikkan 30 sen – antara 42.9 hingga 50 peratus.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak-Gombak dibina dengan kos RM568 juta untuk tempoh konsesi 1994-2032 dan kadar tolnya dinaikkan antara 20 hingga 25 peratus.

Manakala Lebuhraya Koridor Guthrie dibina dengan kos RM501 juta dan kadar tolnya naik dari RM1 kepada RM1.40 – meningkat 40 peratus.

‘Langkah pencegahan’

Lim berkata, tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Kerja Raya telah mengambil “langkah pencegahan” dengan mengarahkan semua media rasmi tidak menyiarkan reaksi negatif rakyat terhadap kenaikan tol tersebut.

“Apakah Datuk Seri Najib berbuat demikian kerana mahu mengelak daripada perlu memberi penjelasan mengapa pampasan yang dibayar berjumlah RM4,864 juta, sedangkan kos membina lima lebuhraya tersebut hanya RM4,125 juta,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Lim berkata, Samy mendedahkan bahawa kerajaan menanggung kos sebanyak RM2,589 juta untuk membayar pampasan bagi mengelak kadar tol naik melebihi 20 hingga peratus mulai 1 Januari lalu.

Katanya, Samy Velu juga berkata, kerajaan telahpun membayar pampasan sejumlah RM2,275 juta kepada syarikat konsesi lima lebuhraya itu, tidak termasuk Lebuhraya Koridor Guthrie yang merupakan lebuhraya baru, di mana RM1,197 juta untuk Kuala Lumpur-Karak Highway, RM 479.7 juta (Lebuhraya Damansaray-Puchong), RM 371.8 juta (Lebuhraya Kesas), dan RM226 juta (Lebuhraya Cheras-Kajang).

Oleh itu, tegas Lim, adalah lebih menguntung jika kerajaan membeli lima lebuhraya itu dengan membayar kos pembinaannya sebanyak RM4,125 juta dan jumlah itu kurang RM739 juta daripada jumlah pampasan RM4,864 juta yang perlu dibayar menjelang semakan semula kadar tol antara 2010 dan 2012.

Langkah tersebut, tambah Lim, bukan sahaja dapat menyelamatkan berbilion ringgit wang kerajaan daripada membayar pampasan, tetapi juga dapat mengelak syarikat konsesi mengalami kerugian manakala pengguna pula tidak dibebankan dengan kenaikan kadar tol yang tidak munasabah.

Apa yang jelas, kata Lim, jika kerajaan berbuat demikian, syarikat-syarikat konsesi tidak dapat mengaut keuntungan yang besar.

Untung besar

“Sebelum konsesi bagi lima lebuhraya itu tamat antara 2024 hingga 2035, kerajaan telahpun membayar pampasan sebanyak RM4,864 juta – iaitu RM738 juta lebih tinggi daripada kos pembinaannya sebanyak RM4,125 juta.

“Jumlah RM738 juta itu merupakan keuntungan yang diperolehi oleh lima syarikat konsesi, tanpa mengambil kira sebarang pertambahan kutipan daripada para pengguna. Jumlah pampasan sebanyak RM4,864 juta ini akan terus meningkat, begitu juga dengan keuntungan syarikat konsesi apabila kadar tol disemak seterusnya mulai 2010,” tambah Lim.

Tetapi malangnya, kata beliau, daripada membeli lima lebuhraya tersebut demi kebaikan pengguna dan kepentingan negara, pihak kerajaan mengenakan sekatan media untuk untuk menyekat sebarang perbincangan mengenainya dan membendung hak demokrasi untuk bersuara.

Tindakan seumpama itu, tambah Lim, hanya menjejaskan kemajuan dan kedudukan Malaysia dalam ranking kebebasan akhbar di peringkat antarabangsa sebelum ini.

“Malaysia naik 21 anak tangga – daripada kedudukan 113 pada 2005 kepada 92 tahun ini dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia Wartawan Tanpa Sempadan (RSF), yang lebih baik daripada negara-negara lain di rantau ini seperti Singapura, Thailand dan Indonesia,” tambahnya.

Apa yang berlaku itu, katanya, menekankan tentang pentingnya memansuhkan undang-undang yang menyekat kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara seperti Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA), Akta Hasutan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA) serta menyekat pelanggaran hak asasi manusia, dengan akta baru, Akta Kebebasan Mendapatkan Maklumat (FIA).

Sehubungan itu, Lim menegaskan, DAP menjangka kedudukan Malaysia dalam indeks RSF itu akan merosot semula tahun depan, sepertimana ranking Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency Antarabangsa, yang jatuh tujuh anak tangga – dari kedudukan 37 ketika Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri, kepada kedudukan 47 tahun ini.

“Jelas sekali, Malaysia tidak layak menduduk tempat 92 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia apabila tidak ada kebebasan untuk menyiarkan kesulitan kewangan rakyat Malaysia akibat kenaikan kadar tol, harga minyak dan kos sara hidup.

“Kebebasan akhbar di Malaysia adalah satu ilusi kerana tidak ada kebebasan kecuali kebebasan untuk menindas, menekan dan menyekat untuk menyiarkan kebenaran,” kata Lim.

Dari Malaysiakini


PENDUDUK PROTES KENAIKAN HARGA TOL


CHERAS 18 DIS : Kira-kira 800 penduduk mengadakan protes semalam bagi membantah kenaikan kadar tol berkuatkuasa 1 Januari ini.

Penduduk dari Mahkota di Cheras menuntut supaya dibuang tembok konkrit yang menghalang mereka memasuki Lebuhraya Cheras-Kajang tanpa membayar tol.

Bantahan selama sejam itu bermula jam 10 pagi dengan para penduduk membawa pelekat dan kain rentang, yang antara lain, menuntut Menteri Kerja Raya, Datuk S Samy Vellu meletak jawatan.

Mereka juga melaungkan slogan menuntut dibuang tembok konkrit tersebut dan kadar tol dikurangkan. Kira-kira 20 anggota polis pencegah rusuhan berada di situ, tetapi tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Protes tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak Buka Jalan Pintas Bandar Mahkota (BMC-OARAC).

Turut hadir ialah beberapa pemimpin DAP, termasuk Ahli Parlimen Dr Tan Seng Giaw, Fong Kui Lun, Tan Kok Wai dan Teresa Kok.

Ketika dihubungi hari ini, Ketua Penerangan DAP Selangor, Ronnie Liu berkata, satu lagi protes akan diadakan pada 31 Disember ini berhampiran plaza tol Grand Saga di lebuhraya Cheras.

“Protes tersebut akan disertai parti-parti pembangkang dan penduduk,” tambahnya.

Mesyuarat tertutup

Minggu lalu, Samy mengumumkan kenaikan kadar tol antara 20 hingga 60 peratus bagi lima lebuhraya di Lembah Kelang.

Lebuhraya tersebut ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya KL-Karak Highway dan Lebuhraya Koridor Guthrie.

Beliau juga berkata, semakan semula kadar tol bagi lapan lagi lebuhraya akan dibuat pada 2008.

Ia membabitkan Lebuhraya Utara Selatan (Plus), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Pintasan Selat Klang Utara Baru (Shahpadu), Lebuhraya Butterworth-Kulim, Laluan Kedua Malaysia-Singapura dan Jambatan Pulau Pinang.

Dalam satu lagi perkembangan, parti-parti pembangkang dan persatuan pengguna akan mengadakan mesyuarat tertutup di Kuala Lumpur malam ini untuk membincangkan langkah mengadakan bantahan berikutnya.

Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan badan-badan pengguna yang lain, akan mengadakan perbincangan tersebut di Dewan Perhimpunan Cina Selangor.

“Ianya bukan dialog awam. Kami akan membincang apa yang parti boleh buat bersama pertubuhan tempatan bagi menyatakan bahawa kenaikan kadar tolitu adalah tidak adil,” kata Ketua Penerangan PKR, Tian Chua.

Dari Malaysiakini


Friday, 15 December 2006

HARAP PAK LAH NAFIKAN FITNAH INI?














SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA SAYA MENGHARAPKAN PAK LAH MENAFIKAN BAHAWA GAMBAR YANG DISEBARKAN SECARA MELUAS MELALUI EMAIL ADALAH BUKAN GAMBAR ASLI. INI KERANA IANYA JELAS MENJATUHKAN MARUAH DAN KREDIBILITI IMAM AL HADHARI INI JIKA IANYA BENAR. MUNGKIN IANYA SUPERIMPOSE?....SILA NAFIKAN WAHAI IMAM AL HADHARI. BERSIHKAN NAMA KAMU SEBAGAI PERDANA MENTERI YANG MEMPUNYAI IMEJ BERSIH 'KUNUNNYA'.


DIHANTAR MELALUI EMAIL OLEH : SI CILOK


AGENSI KERAJAAN KHIR TOYO BERTAMBAH BIADAP


KUALA LUMPUR, 15 Dis - Kebiadapan anak didik Khir Toyo makin bertambah apabila satu demi satu surau-surau di sekitar Selangor akan diranapkan oleh penguasa pihak berkuasa tempatan, dan selepas Surau Arrahmaniah, Kampung Berembang dirobohkan pihak berkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Surau Ehsaniah, Kampung Dato' Harun, Kampung Pandan Dalam bakal menerima nasib yang sama.

Harakahdaily melaporkan bahawa semalam, tanpa sebarang notis dan perbincangan, kira-kira jam 9.30 pagi MPAJ bertindak untuk merobohkan surau tersebut.

Sewaktu kerja-kerja mengosongkan surau dilakukan, berlaku sedikit kekecohon antara penduduk yang membantah perobohan tersebut.Tingkap surau dicabut dan peralatan surau seperti permaidani, sejadah dan al- Quran juga dipunggah keluar.

Malahan meter eletrik dan air juga ditutup.Namun setelah MPAJ menyelongkar dan mengosongkan 'isi' surau tersebut, kerja-kerja tersebut dihentikan.

Menurut saksi dan juga imam, Abdul Aziz Mat Tani sewaktu bantahan dibuat, MPAJ menghentikan kerja-kerja pengosongan surau dan menyatakan Yang Dipertua MPAJ, Mohamad Yaakub akan ke tempat tersebut.

Dalam masa yang sama, Harakahdaily difahamkan, Menteri Besar Selangor hanya memberi tempoh penangguhan seketika sehingga Hari Raya Aidiladha sahaja, namun nasib surau itu akan terancam selepas perayaan tamat, kata sumber.

Nampaknya puak-puak yang mabuk kuasa ini terus melakukan kekejaman terhadap rakyat malah mereka semakin berani merobohkan rumah Allah tanpa rasa takut dan segan. Apakah mereka menyangka bahawa kuasa mereka dapat mengatasi kuasa Allah. Kita mengharapkan semua umat Islam berdoa supaya golongan zalim dan bongkak ini di'ajar' oleh Allah.


TANHIAH PENGUNDI BN, TAKZIAH PENGUNDI PEMBANGKANG


KUALA LUMPUR 15 Dis. – Tahniah diucapkan kepada pengundi-pengundi BN kerana kerajaan yang anda pilih terus memberikan 'hadiah' berharga kepada kamu semua. Semalam kerajaan yang amat kamu sayangi mengumumkan bahawa berkuat kuasa 1 Januari ini, kadar tol di lima lebuh raya di sekitar Lembah Klang akan dinaikkan antara 20 peratus hingga 60 peratus atau 30 sen hingga RM1.

Lebuh raya berkenaan ialah Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Shah Alam, Lebuh Raya Cheras-Kajang, Lebuh Raya KL-Karak dan Lebuh Raya Koridor Guthrie.

Manakala takziah pula diucapkan kepada pengundi pembangkang kerana walaupun anda tidak redha dengan pemberian 'hadiah' ini anda terpaksa juga menerimanya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, kenaikan kadar tol itu telah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu.

Katanya, kenaikan itu perlu kerana ia telah termaktub dalam perjanjian konsesi masing-masing.

Inilah alasan yang sentiasa diberikan oleh kerajaan. Rakyat ditekan syarikat swasta dibela.


Wednesday, 13 December 2006

LCCT HURU-HARA, MEMALUKAN


SEPANG 13 DIS : Keadaan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) hari ini huru-hara apabila 28 penerbangan dikatakan terpaksa ditunda.

Penundaan itu menyebabkan penumpang ke beberapa destinasi mengalami kelewatan penerbangan antara satu hingga lima jam.

Keadaan ini cukup memalukan negara kita yang kononnya mempunyai sistem lapangan terbang yang canggih dan terbaik.

Penumpang keletihan, menunggu berjam-jam, dalam keadaan bersesak-sesak. (foto The Star oleh Rohaizat Md Darus)

Satu penerbangan ke Langkawi pula dibatalkan.

Orang ramai kelihatan duduk bersila di lantai dan duduk di atas troli sementara menunggu penerbangan masing-masing.

Antara penerbangan ke destinasi luar negara yang terlibat termasuk penerbangan ke Solo, Surabaya, Denpasar dan Jakarta (di Indonesia), ke Siem Reap (Kemboja), Phuket dan Bangkok (Thailand) dan penerbangan ke Bandar Sri Begawan (Brunei).

Penerbangan ke destinasi dalam negeri seperti Kota Baru, Labuan, Kuching, Kota Kinabalu, Labuan, Bintulu, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu dan Pulau Pinang turut terjejas.

Tambah memburukkan lagi keadaan, papan notis elektronik tidak berfungsi menyebabkan orang ramai semakin bingung.


Papan notis bertulisan tangan menggantikan papan elektronik jadual penerbangan yang tidak berfungsi. (foto The Star)

Sementara itu, di kaunter AirAsia, tidak jawapan memuaskan diberikan mengenai sebab masa penerbangan-penerbangan itu terpaksa diubah.

Seorang penumpang dari Brunei, Pengiran Mat Salleh berkata penerbangannya dari Kota Baru ke LCCT tertangguh selama dua jam.

"Di terminal ini pula, kami diberitahu bahawa penerbangan kami ke Bandar Sri Begawan juga telah ditunda selama tiga jam," katanya sambil duduk bersila di lantai terminal bersama anaknya yang berumur lima tahun.


Mana-mana pun jadi, asalkan hilang penat! (foto The Star oleh Sam Tham)

Seorang lagi penumpang yang hanya dikenali sebagai Yee berkata, beliau tidak tahan lagi dengan kelewatan penerbangan AirAsia yang kerap dialaminya.

"Ini adalah kali ketiga kami mengalami kelewatan seperti ini. Kali ini penerbangan kami ke Miri yang sepatutnya berlepas pada 4.20 petang ditunda ke 7.40 petang.

"Kami duduk di atas troli berjam-jam lamanya kerana tidak ada tempat duduk," katanya, yang sepatunya terbang ke Miri bersama isteri dan anak lelakinya yang berumur lapan tahun.

Don Farrel yang kerap mengembara berkata beliau membayar RM220 bagi tiket untuk ke Langkawi kerana mahukan penerbangan pada 11 pagi, namum ia telah ditunda ke 3.45 petang.

"AirAsia sepatutnya menyediakan kupon makanan kepada penumpang yang terpaksa menunggu berjam-jam," katanya.

Lewat petang semalam, AirAsia memohon maaf kepada semua penumpangnya berikutan masalah itu.

Syarikat itu mengakui terdapat penangguhan penerbangan sejak dua hari lepas dikatakan berpunca daripada kerosakan teknikal pada tiga pesawatnya jenis Boeing.

"Langkah segera diambil untuk memeriksa secara terperinci dan membaikinya.

"Kerana keselamatan menjadi keutamaan kami, pesawat-pesawat itu diperiksa dua kali sebelum dibenarkan membawa penumpang. Maka, terdapat kelewatan dalam tempoh sehari dua ini," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Syarikat itu menambah, buat masa ini ia menerima "terlalu ramai" penumpang sehingga mencapai purata lebih 90% penuh bagi setiap pesawat.

"Segala usaha sedang diambil bagi memastikan penumpang kami boleh berlepas dengan penerbangan berikutnya ke destinasi masing-masing.

"Untuk mengurangkan kelambatan, penumpang-penumpang seboleh-bolehnya diberikan tempat pada hari yang sama. Kakitangan teknikal dan operasi kami sedang bertungkus-lumus untuk berbuat demikian dan mengurangkan kelewatan," kata kenyataan itu sambil menambah Disember adalah bulan paling sibuk bagi syarikat penerbangan itu.


KEMENTERIAN LEMAH DAN UNIVERSITI LALAI - IJAZAH TIDAK LAKU


PUTRAJAYA 13 DIS : Kementerian Pengajian Tinggi mengakui kelalaian pengurusan universiti mungkin menjadi punca beberapa ijazah sarjana muda profesional tidak diiktiraf kerajaan walaupun pelajar sudah tamat pengajian.

Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed, berkata universiti yang menawarkan program diploma atau ijazah sarjana muda yang baru mesti memohon pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setahun sebelum pelajar tamat pengajian.

"Universiti juga perlu memohon akreditasi daripada badan profesional berkaitan bagi program profesional seperti kejuruteraan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Hari Kualiti dan Integriti kementerian di sini semalam.

Mustapa berkata demikian ketika diminta mengulas rungutan yang disiarkan dalam ruangan Surat dan e-mel Berita Harian Khamis lalu berhubung beberapa program kejuruteraan di kolej universiti awam tidak diiktiraf JPA.

Penulis mendakwa antara kolej universiti awam terbabit ialah Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (Kuktem), Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem) serta Kolej Universiti Kejuruteraan Utara (Kukum) yang masih belum diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Lembaga Jurutera Malaysia (Bem).

Mustapha juga kena sedar bahawa, kelemahan kementerian yang diterajuinya juga adalah penyebab kenapa ijazah tersebut tidak laku. Sepatutnya kementerian memantau semua universiti dan mengarahkan tindakan diambil segera untuk memastikan semua ijazah yang ditawarkan oleh IPTA khususnya Kolej Universiti diiktiraf oleh JPA. Amat malang sekali apabila ijazah IPTA pun tidak diiktiraf.

Mustapha jangan hanya sibuk berpolitik sehingga mengabaikan tugas dan tanggungjawabnya.


HARAPAN SEORANG HAMBA RAKYAT


Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih kepada Al-Sultan Perlis, Bekas Agong dah Selamat Datang kepada Al-Sultan Mizan selaku Agong Baru mulai hari ini. Semoga Al-Sultan Mizan dapat melakukan sesuatu dalam tahap hampir tiada ada apa-apa kuasa Agong. Hanya simbol dan daulat .. nampak gayanya ..

Tidak pulak kita mahu Simbol dan Daulat itu kemudian harinya tinggal persis tokong-tokong, berhala-berhala bak seperti zaman Abu Lahab ...

Dan kita rakyat marhaen, tentulah berasa amat BERTUAH jika sekiranya Al-Sultan Mizan dengan langkah PERTAMA sebagai Agong BARU menitahkan agar ISTANA BARU DI JALAN DUTA di TELITI SEMULA. Perbelanjaannya AMAT BANYAK. Alasan Istana Negara sekarang adalah sebuah rumah, sudah lama .. di situlah tempat bersemayam, di situlah tempat bertemu pemimpin negara asing, di situlah Bali Rong Seri, di situlah tempat Jamuan .. tentulah tidak dapat diterima dek akal rakyat marhaen ...

Rumah Putih @ White House pun dibini sejak zaman George Washington lagi ... sedari tahun 18xx (aku pun dah lupa - baru minggu lepas Discovery menayangkan sejarah White House). Kecik sahaja ruang rumahnya, hinggakan Bill Clinton pun terpaksa menyorok pembantunya di bawah meja untuk melunaskan hajat yang tidak ditunaikan oleh Hilary Clinton ...

Maka, alasan-alasan yang diberikan sudah pasti banyak, tetapi Al-Sultan Mizan seharusnya meneliti keperluan. Namun, abaikan saja doa patik yang hina ini, jika tuanku tidak mahu...

Hanya patik yang hina ini mampu berdoa .. agar PEMIMPIN-PEMIMPIN PATIK tidak kira PEMIMPIN EKSEKUTIF mahupun SIMBOL; menjadi PEMIMPIN yang KAYA dengan sifat-sifat KEBAIKAN dan MISKIN dengan HARTA BENDA ... seperti BAGINDA RASULULLAH, SAIDINA ABU BAKAR, SAIDINA UMAQ, SAIDINA UTHMAN, SAIDINA ALI dan UMAQ IBNU AZIZ ...

Jangalah jadi pemimpin yang hanya pandai BERUCAP MELALUI TEKS, JAGA KEBAJIKAN RAKYAT, TAHU KESUSAHAN RAKYAT tetapi menghabiskan banyak duit kepada SET KAYU GOLF, KERETA MINI yang hanya di selimut, KERETA BUATAN TANGAN ROC ROYS (baca dengan ejaan yg betul); apatahlagi membela ikan KOI beribu-ribu laban ....entahkan duit makanan ikan, duit api pam kolam pun rakyat marhaen yang bayar kan ....

Semoga Allah sampaikan Doa Patek yang Hina ini ke dalam Benak Kalbu Hati Tuanku Sultan Mizan ...

Oleh Matnoq di hantar melalui email


Tuesday, 12 December 2006

PAK LAH HANYA LAYAK PIMPIN 'KITCHEN CABINET' - SALAHUDDIN


AYER MOLEK 12 DIS : Ketua Dewan Pemuda PAS, YB Salahuddin Ayob menyatakan bahawa Pak Lah hanya layak memimpin 'Kitchen Cabinet' kerana lemah dalam serba serbi.

"Pak Lah lemah tenaga zahir dan batin, apa juga keputusan kena rujuk Khairy,Kamaruddin dan Nori" kata Salahuddin ketika menyampaikan ceramah di rumah Sdr Dahlan Mohd Diah di Kampung Solok Gaung di sini malam tadi.

Oleh kerana kelemahan inilah akhirnya orang melayu terus ketinggalan dari segi ekonomi, pendidikan dan agama.

"Ekuiti 30 % orang melayu tidak akan tercapai disebabkan tindakan Umno yang hanya membahagikan projek di kalangan mereka sahaja. Bahkan projek itu pula dijual dengan harga yang murah kepada tauke-tauke Cina" tambah Salahuddin.

Salahuddin memberi contoh bagaimana AP(Approved Permit) yang diberikan kepada kroni-kroni Rafidah Aziz yang dijual kepada Tauke-tauke Cina dengan harga murah. Orang-orang yang dapat AP ini akhirnya kaya dengan sekelip mata sehingga ada yang dapat duit 'terpijak' bernilai jutaan ringgit. Apa yang malang orang-orang yang dapat AP ini ada yang langsung tidak berniaga kereta tetapi mendapat AP kerana mereka adalah kroni Rafidah.

Begitu juga dalam kes makmal komputer sekolah yang kebanyakan bermasalah ini. Ianya jelas projek Pemuda Umno, sehingga ada yang langsung tiada kepakaran dalam industri pembinaan pun memperolehi projek pembinaan ini.

"Setelah mendapat projek mereka ini jual pula kepada tauke Cina" kata Salahuddin.

"Macamana Melayu nak capai 30 % ekuiti kalau semua projek dijual kepada Cina" soal Salahuddin.

Salahuddin juga melahirkan kekesalan diatas kegagalan Pak Lah menangani gejala rasuah yang semakin parah sekarang.

"Semasa mula mengambilalih tampuk pemerintahan Pak Lah berkata Tell Me the Truth, tetapi sudah berapa laporan BPR di buat terhadap Rafidah, Khir Toyo dan Samy Vellu satu pun tidak disiasat walaupun kertas pertuduhan telah siap" kata Salahuddin.

"Selepas rombakan kabinet dibuat Rafidah dan Samy tetap dilantik menganggotai kabinet Pak Lah" tambah Salahuddin lagi.

"Siapa yang mainkan siapa, Rafidah mainkan Pak Lah atau Pak Lah mainkan Rafidah, Samy Vellu takut pada Pak Lah atau Pak Lah takut pada Samy vellu, Khir Toyo tipu Pak Lah atau Pak Lah Tipu Khir Toyo" tegas Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Turut sama berceramah bersama Salahuddin ialah Pemangku Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.


Monday, 11 December 2006

ALI RUSTAM KELUAR HOSPITAL


Setelah sembilan hari berehat di Hospital Pakar Putra (HSP) kerana kepenatan, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam petang semalam dibenarkan keluar dari hospital berkenaan.

Utusan Malaysia difahamkan Mohd. Ali mendaftar keluar dari HSP pada pukul 3.30 petang dan pulang ke rumah ditemani isterinya, Datin Asmah Abdul Rahman.

Jurucakap HSP ketika dihubungi di sini hari ini berkata, Mohd. Ali sepatutnya keluar dari hospital berkenaan hari ini, tetapi Ketua Menteri Melaka meminta keluar dari hospital berkenaan semalam untuk berehat di rumah.

Setiausaha politik kepada Mohd. Ali, Datuk Md. Sirat Abu ketika dihubungi berkata, Naib Presiden UMNO itu dijangka bertugas semula lusa.


Respon terhadap MPKB Denda Pekerja Wanita Berpakaian Seksi


Langkah MPKB untuk mendenda pekerja wanita yang berpakaian seksi telah
mendapat respon dari beberapa pihak. Berdasarkan laporan akhbar harian
pada 7 Disember 06, saya tertarik dengan 2 pendapat, pertamanya pendapat
yang menyokong langkah tersebut, yang disiarkan dalam NST, pendapat
tersebut datangnya dari seorang bukan Islam, berbangsa India dari Pulau
Pinang. Satu pendapat lagi, menentang perlaksanaan denda tersebut, yang
disiarkan dalam Utusan Malaysia, ianya dikemukakan oleh seorang ahli
Parlimen wanita, beragama Islam yang menganggotai satu Jawatankuasa
Parlimen berkenaan Kesamaan Gender.

Saya percaya seluruh rakyat Malaysia yang waras pemikirannya tentu
melihat senario ini dengan seribu persoalan, mungkin ada yang bertanya
mengapa orang bukan Islam nampak kebaikan peraturan tersebut, sedangkan
si Muslim sendiri tidak menyedari atau sengaja melupakan kebaikan
peraturan tersebut yang sememangnya berasaskan kepada kehendak agamanya
sendiri.

Ahli Parlimen wanita tersebut menentang perlaksanaan peraturan MPKB
dengan alasan pihak berkuasa tempatan tidak wajar mencampuri atau
menentukan fesyen pakaian individu dan tindakan tersebut mengganggu hak
asasi kaum wanita.

Pandangan positif warga Bukan Islam, yang menyokong peraturan tersebut
pula menyatakan, masyarakat harus melihat peraturan tersebut dengan hati
yang positif dan terbuka dan jangan berfikiran sempit. Beliau menyarakan
agar MPKB diberikan ruang untuk melaksanakan apa-apa peraturan yang
bersesuaian dengan persekitaran mereka. Malah beliau menyatakan soal
penetapan etika pakaian adalah perkara biasa dan bukannya sesuatu yang
ganjil atau pelik. Penetapan etika pakaian pekerja wanita menurutnya
dapat menghalang wanita daripada menyalahgunakan kecantikan atau
keseksian mereka untuk menarik pelanggan.Malah beliau juga menyarankan
pihak kerajaan mengusahakan kod etika pakaian bersopan di tempat awam
yang menurutnya sekarang ini tercemar dengan bermacam-macam fesyen yang
menjolok mata.

Dua pandangan di atas sedikit sebanyak menarik perhatian kita kepada dua
isu utama. Pertamanya, Kerajaan Kelantan atau pihak berkuasa tempatannya
perlu meneruskan usaha untuk melengkapkan perlaksanaan peraturan dan
Undang-undang yang bertepatan Islam, usaha ini pastinya akan mendapat
pertolongan Allah dan sambutan positif masyarakat.Keduanya, Pihak
Pemerintah BN dan UMNO sebenarnya tidak akan memartabatkan Islam, jauh
sekali untuk melaksanakan peraturan Islam, walaupun mereka mengetahui
akan kebenaran Islam, kerana perjuangan mereka adalah perjuangan untuk
kepentingan peribadi, material dan kepuasan nafsu semata.

Abd Rashid bin Abdul Halim (019-2392021)
Exco Dewan Pemuda PAS Melaka
509 Jalan Merak 1, Taman Merak, Durian Tunggal, Melaka
730103026065


Friday, 8 December 2006

KES RAYAPPAN : BUKTI KELEMAHAN MAJLIS AGAMA



Kes pemandu van, A. Rayappan yang menjadi rebutan MAIS dan keluarga si mati kerana masing-masing mahu mengebumikan si mati dengan cara Islam dan Kristian membuktikan kelemahan sistem pentadbiran agama di negara kita.

Jika benar Rayappan sudah murtad dari Islam, sepatutnya ianya sudah diketahui lebih awal dan si mati patut di hukum (itupun jika ada undang-undang murtad). Masalahnya sekarang kes seperti ini akan hanya diketahui setelah seseorang itu mati. Mengapa Majlis Agama tidak bertindak ketika mereka masih hidup kerana ia lebih membahayakan, di mana dalam Islam si Murtad mesti dihukum bunuh setelah diminta bertaubat.

Pihak berkuasa mesti sensitif dan bertindak secepat mungkin jika mengetahui adanya kes-kes murtad. Jangan hanya menunggu laporan atau permohonan untuk seseorang untuk murtad.

Kes-kes seperti ini jelas menunjukkan bahawa isu murtad yang didakwa oleh sesetengah pihak berlaku dengan berleluasa ada kebenarannya. Pihak Kerajaan Islam Hadhari dan berkuasa agama mesti menyiasat perkara ini.


Thursday, 7 December 2006

RELEASE TENSION : SIMBOL AIRPORT KELANTAN




TUAN-TUAN FAHAM KE ISTILAH PADA SIGNBOARD TU? KALAU TAK FAHAM SILA RUJUK PADA BAHASA INGGERIS TU.


HOBI BARU MAJLIS TEMPATAN ROBOH RUMAH RAKYAT DAN SURAU






Nampaknya sejak akhir-akhir ini terutama selepas pemerintahan Islam Hadhari ini, Majlis-majlis tempatan mempunyai hobi baru iaitu merobohkan rumah rakyat tanpa belas kasihan. Baru minggu lepas rumah rakyat dan surau di Kampung Berembang, Ampang Jaya dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Dua hari lepas pula Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah bertindak merobohkan baki rumah di Kampung Chubadak, Sentul yang terletak dipinggir pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Dalam kejadian itu pihak polis menahan dua penduduk wanita ketika mereka cuba menghalang jentolak, tetapi mereka dibebaskan kemudiannya.

Seorang penduduk memberitahu bahawa mereka tidak membantah pembangunan dijalankan.

“Kami sedia berpindah. Tuntutan kami tidak banyak. Apa yang kami minta adalah rumah alternatif yang elok dan selesa didiami,” katanya.

Rumah-rumah di Kampung Chubadak dirobohkan untuk melaksanakan projek pembinaan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang

RAKYAT HENDAKLAH SEDAR DAN INSAF DENGAN TINDAKAN KERAJAAN PIMPINAN IMAM AL BADAWI WAL HADHARI INI. PILIHANRAYA AKAN DATANG JANGAN SOKONG MEREKA LAGI.


LOGIK AKAL MENGATASI HUKUM AGAMA


KUALA LUMPUR 7 Dis. – Jawatankuasa Caucus Parlimen Kesamaan Gender menganggap langkah Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) mengenakan denda kepada wanita yang dianggap berpakaian menjolok mata sebagai mengganggu hak asasi kaum wanita.

Pengerusinya, Dr. Rozaidah Talib berkata, pakaian merupakan hak individu dan pihak berkuasa tempatan tidak berhak mencampuri atau menentukan fesyen pakaian individu.

‘‘Banyak lagi benda lain tentang wanita yang boleh mereka bantu tetapi sekarang bukan mereka membantu malah menyusahkan lagi wanita.

‘‘Tafsiran pakaian menjolok mata adalah berbeza bagi setiap orang jadi bagaimana MPKB hendak menentukan wanita mana yang berpakaian seksi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

ITULAH PANDANGAN SEORANG YANG BERNAMA DAN MENDAKWA BERAGAMA ISLAM TETAPI LANGSUNG TIDAK MENGAMBIL KIRA HUKUM AGAMA DALAM MENGELUARKAN PANDANGAN DAN PENDAPAT. ALASAN YANG SERING DIBERIKAN IALAH MENGHORMATI HAK ASASI MANUSIA. INILAH ALASAN YANG SERINGKALI DIBERIKAN OLEH KUMPULAN-KUMPULAN YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM LIBERAL DAN AGAMA SEMUANYA SAMA SEPERTI IFC, SISTERS IN ISLAM DAN SEBAGAINYA.

AMAT MALANG SEKALI APABILA ORANG MENGAKU ISLAM TETAPI PANDANGAN DAN IKTIKAD MEREKA TERHADAP ISU SEPERTI SAMA SEPERTI ORANG BUKAN ISLAM.


Tambahnya, langkah MPKB itu juga seperti mahu meletak semua kesalahan salah laku termasuk sekiranya berlakunya kes rogol, berpunca daripada wanita.

Akhbar tempatan semalam melaporkan Majlis Perbandaran Kota Bharu tidak akan bertolak ansur lagi dengan para pekerja restoran dan pasar raya yang berpakaian menjolok mata dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM500.

Menurut Rozaidah, MPKB mempunyai hak bagi menguatkuasakan undang-undang kecil itu tetapi mereka perlu mengambil kira hak individu.

‘‘Kenapa perlu menguatkuasakan undang-undang yang menimbulkan konflik. Mereka ada kuasa, lebih baik buat yang berfaedah kepada semua rakyat Kelantan,” katanya.


Celup jari pengundi dakwat khas : SPR beri alasan dangkal


PUTRAJAYA 7 Dis. – Alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)bahawa banyak kesulitan timbul jika menggunakan kaedah mencelup jari pengundi ke dalam dakwat khas setelah mereka selesai mengundi seperti yang dicadangkan oleh parti pembangkang, adalah dangkal dan tidak masuk akal.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, selain merupakan kaedah yang ketinggalan zaman, peraturan itu juga memerlukan pindaan kepada Akta Pilihan Raya 1958 atau Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Beliau berkata, SPR telah mengenal pasti beberapa kaedah yang lebih berkesan untuk mengelakkan penipuan semasa pilihan raya tanpa melibatkan pindaan akta-akta berkenaan yang mengambil masa yang terlalu lama.

‘‘SPR sedang mengkaji beberapa cadangan berkaitan pilihan raya sama ada daripada kerajaan mahupun parti pembangkang, termasuk cadangan Pas yang mahu kaedah mencelup jari pengundi ke dalam dakwat khas bagi pengundi yang telah selesai mengundi.

‘‘Tapi dalam kes cadangan Pas mengenai peraturan mencelup jari pengundi dalam dakwat khas itu, saya tidak begitu senang kerana ia melibatkan pindaan dalam akta-akta pilihan raya di Parlimen,” katanya.

Abdul Rashid berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya Indonesia (KPU), Prof. Dr. Ramlan Surbakti dan sembilan anggota rombongannya di sini hari ini.

Pada 7 September lalu, Pas telah meminta SPR menimbangkan cadangan supaya menggunakan kaedah mencelup jari menggunakan dakwat khas ke atas pengundi yang telah selesai mengundi.

Parti pembangkang itu berpendapat kaedah itu yang digunakan secara meluas di beberapa negara termasuk India, Pakistan, Mesir dan Yemen sangat berkesan untuk mengelakkan penipuan kerana dakwat berkenaan hanya akan hilang selepas tempoh tertentu.

Malah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, kaedah mencelup jari ke dalam dakwat khas berkenaan juga mendapat sokongan daripada parti pembangkang lain termasuk DAP dan Keadilan.

Dalam pada itu, Abdul Rashid berkata, SPR mampu melaksanakan semula pilihan raya kerajaan tempatan berdasarkan Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960 sekiranya diarahkan oleh kerajaan untuk berbuat demikian.

‘‘Kalau kerajaan mengkehendaki SPR melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan bagi memperluaskan demokrasi di negara ini, SPR mempunyai keupayaan dan kepakaran. Kita boleh buat tanpa ada masalah kerana kita mempunyai banyak pengalaman.

Jelas sekali bahawa SPR tidak bersedia untuk meminda Undang-undang Pilihanraya bagi meyakinkan semua orang bahawa Pilihanraya Malaysia adalah telus dan bersih. Kaedah mencelup jari walaupun telah lama digunakan tetapi ianya jelas berjaya membendung penipuan di mana ia berupaya mengenalpasti pengundi yang cuba mengundi dua kali.


Wednesday, 6 December 2006

HAKIKAT SEBENAR YANG MELANDA JABATAN KERAJAAN


SHAH ALAM 6 NOV : Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang kesal kerana ada ketua jabatan dan agensi yang memperlekehkan perlanggaran peraturan dan prosedur pengurusan kewangan kerajaan tetapi diberi anugerah dan terus menikmati kenaikan pangkat.

Beliau berkata kerajaan menanggung kerugian dan perlu berbelanja lebih kerana sikap ketua yang memperlekehkan peraturan itu.

Katanya sikap ketua yang sedemikian akan menyebabkan anak buah menganggap peraturan dan prosedur tidak penting untuk diikuti dan memberi kesan terhadap rekod perakaunan dan kewangan yang kelam-kabut, berlaku penyelewangan dan salah guna kuasa, pemborosan dan pembaziran dan mungkin juga rasuah.

"Dalam hal ini kita akan merasa sedih kalau mereka yang sepatutnya bertanggungjawab diberi penghormatan dari segi anugerah khidmat cemerlang, naik pangkat, diberi medal dan bintang kebesaran," katanya ketika berucap pada Hari Audit SeMalaysia di sini semalam.

Ambrin berkata sebarang kelemahan dan kesilapan yang dikenal pasti dalam pengurusan kewangan atau pengurusan projek, perlu segera diperbetulkan.

Beliau berkata pengurusan kewangan "handson" amat penting, bukan untuk diagihkan sahaja kerana sebagai pegawai pengawal, ketua jabatan dan agensi perlu jangan hilang kawalan.

Sekali sekala, katanya, ketua jabatan dan agensi perlu menyemak sendiri buku vot, daftar aset dan bil yang belum dibayar.

"Kalau sekadar mengambil laporan-laporan bertulis anak buah, belumlah cukup. Tidak cukup, ketua-ketua jabatan dan agensi perlu tahu apakah isu-isu yang dibangkitkan oleh audit luar ataupun dalam.

"Mereka mesti pastikan tindakan pembetulan diambil segera," katanya.

Ambrin berkata semua projek pembangunan perlu dipantau secara berkualiti agar tidak menimbulkan kemarahan rakyat serta menjejaskan kewibawaan kerajaan.

Katanya pemantauan tapak yang berterusan terhadap kerja kontraktor perlu dibuat secara berterusan bagi mengelak projek terbengkalai.

Projek pembangunan perlu siap megikut jadual tanpa kompromi tentang kualiti dan kenaikan kos, katanya.

Katanya kontraktor yang tidak mampu membuat kerja perlu ditamatkan dan dicari penganti dengan segera.

Turut penting ialah memastikan sesuatu program atau projek itu dapat dimanfaatkan oleh kumpulan sasaran serta tidak berlaku ketirisan, katanya.

Hakikat di atas juga berlaku di dalam kepimpinan kerajaan serta parti pemerintah. Sesiapa yang kuat bodek, kaki ampu dan 'yes man' sudah pasti akan naik pangkat, dapat projek dan naik cepat dalam parti atau kerajaan. Akhirnya negara akan dipimpin oleh orang yang tidak cerdik tetapi oleh kerana kuat ampu dan bodek mereka dapat kedudukan yang tinggi

Dari The Star


MB SELANGOR YANG BINGUNG


BUKIT KATIL 6 DIS : Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo semalam melahirkan rasa sangsinya terhadap keberkesanan ISO kerana mendapati prosedur penetapan piawaian itu kadang-kadang menyebabkan keadaan lebih rumit dan melambatkan kerja.

Beliau berkata kebanyakan piawaian ISO berasal dari Amerika Syarikat, yang dianggapnya "sebuah negara yang juga tidak sempurna".

"Polisi ini kadang-kadang membuat keadaan lebih rumit. Kita selalu nasihatkan pegawai kita supaya bertindak menggunakan pengurusan secara budi bicara. Jangan ikut sangat ISO," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Audit Semalaysia 2006 di sini hari ini.

Mohamad Khir berkata pengurusan projek di Selangor, yang ditegur oleh Ketua Audit Negara, boleh diselesaikan sekiranya ketua jabatan dan agensi mengamalkan pengurusan berdasarkan budi bicara tanpa terlalu terikat dengan prosedur ISO.

Itulah kata-kata seorang yang bingung dan tidak memahami apa itu Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2000 yang menjadi sistem yang diikuti dan diakui mampu mempertingkatkan sistem pentadbiran sesebuah organisasi. Ianya diperakui di seluruh dunia dan 'standard' di 'enforce'kan oleh International Organisation of Standadization.

Sebenar Khir Toyo tak faham tentang bagaimana Sistem ISO ini diimplementasikan. Jika sekiranya sesuatu prosedur itu tidak sesuai dan perlu diubah untuk melicinkan sesuatu kerja maka prosedur itu boleh diubahsuai untuk penambahbaikan (continual improvement) yang sememangnya menjadi 'goal dan objective' bagi sistem ISO 9001 version 2000 ini.

Jika sekiranya terdapat rungutan dan kritikan dari pelanggan (customer complaint)kepada sesuatu Jabatan, maka jabatan tersebut mesti memperbetulkan dan menambahbaikan operasinya hatta kadang-kadang terpaksa mengubah prosedur mana yang patut. Inilah ISO 9001:2000 sebenarnya. Ianya tidak rigid dan membebankan jika pengurusan atasan dan 'Management Representative'(MR) untuk sistem ISO 9001:2000 faham akan sistem dan perjalanan ISO 9001:2000. Masalahnya pihak Pengurusan atasan Jabatan dan Menteri Besar sendiri bingung dan faham ISO.

LAIN KALI KALAU TAK FAHAM JANGAN BERCAKAP MEMBUTA-TULI. Sebab ia akan membuka pekung di dada sendiri. KONON NAK JADI NEGERI MAJU TAPI TIDAK MAHU MENERIMAPAKAI STANDARD ANTARABANGSA PULAK.

NOTA : Management Representative (MR) ialah seorang yang dilantik oleh Pihak Pengurusan Atasan untuk mengawalselia seluruh Sistem ISO 9001:2000. Kalau di dalam Industri biasa Pengurus Kualiti akan menjadi MR.


Monday, 4 December 2006

KETUA MENTERI AIR PANCUT DAN TRAFFIC LIGHT


BUKIT KATIL 4 Nov : Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam atau lebih mesra di panggil Ali Ketam mendapat nama jolokan baru. Nama jolokan baru beliau ialah Ketua Menteri Air Pancut dan Traffic Light. Nama baru ini diberikan oleh Ketua DPP Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek ketika menyampaikan ceramah di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil Jumaat lalu.

'Sejak menjadi Ketua Menteri Melaka ini, hampir setiap projek yang dijalankan mesti ada Air Pancut dan Traffic Light' sindir Us Kamaruddin.

'Sebab itulah hutang negeri Melaka kepada Kerajaan Pusat meningkat 114 % dari tahun 1999 hingga sekarang. Ini tak lain tak bukan sebab banyak sangat air pancut yang dia buat' tambah Us. Kamaruddin lagi.

Hutang kerajaan Negeri Melaka adalah antara yang tertinggi di kalangan negeri-negeri di mana ianya berjumlah lebih RM1 biilion. Berbanding dengan hutan kerajaan negeri Kelantan yang semakin kecil jumlahnya.

Difahamkan antara projek air pancut yang menelan kos yang besar dibuat oleh kerajaan Negeri Melaka antaranya ialah di hadapan Kompleks Pejabat Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan air terjun Bukit Sebukor.


TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA SIASAT PEMBUNUHAN ALTANTUYA


BUKIT KATIL 4 NOV : Naib Presiden PAS, Hj Mohd Sabu menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes pembunuhan model sambilan berbangsa Mongolia, Altantuya Shariibu.

Beliau berkata, kes ini dikhuatiri akan disenyapkan begitu sahaja kerana ianya melibatkan orang atasan dan banyak perkara pelik yang berlaku berkaitan dengannya.

'Bagaimana bom yang boleh meruntuhkan bangunan 10 tingkat digunakan untuk meletupkan mangsa. Sudah tentu seseorang yang berpangkat besar sahaja yang boleh mengeluarkan bom tersebut' soal Mohd Sabu.

'Ianya juga melibatkan seorang yang sangat rapat dengan Timbalan Perdana Menteri dan juga ianya dikatakan melibatkan pengawal Timbalan Perdana Menteri' tambah Mohd Sabu.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil, Jumaat lalu.

'Kita khuatir kes ini akan jadi seperti kes pembunuhan Mustakizah yang berlaku 14 tahun lalu, dimana sampai sekarang ianya tidak selesai, ketika saya menjadi Ahli Parlimen dulu, saya telah membuat soalan kepada kementerian yang berkenaan, malangnya jawapannya ialah masih dalam siasatan, sampai sekarang masih dalam siasatan' jelas Mohd Sabu lagi.

Dalam ucapannya juga beliau menegaskan bahawa, Insya Allah tidak lama lagi, Allah akan memakbulkan doa umay Islam, dimana mereka boleh bersembahyang di Masjidil Aqsa dengan amana. Ini kerana pejuang Islam di Palestin dan Lubnan akan mengalahkan Yahudi yang sekarang ini dilihat semakin lemah untuk berdepan dengan Hezbollah.

Beliau juga mengingatkan bahawa kekuatan dan kemuliaan umat Islam adalah kerana mereka mengambil Islam sebagai panduan dan pedoman hidup. Sebab itulah kata beliau, Umat Arab sekarang ini lemah dan penakut kerana mereka meninggalkan Islam. Ini berbeza dengan Hezbollah dan Hamas yang berjuang menentang Yahudi dengan kekuatan Islam. Akhirnya Insya Allah akan membantu kumpulan Islam ini menghapuskan Yahudi Laknatullah.

Selain Mohd Sabu, turut sama berceramah dalam program tersebut ialah Ustaz Kamaruddin Sidek, Ketua DPP Negeri Melaka dan Hj Mohd Yassin Abdul Ghani, Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka yang juga YDP PAS Kawasan Bukit Katil.


Friday, 1 December 2006

PAK LAH BANGUNLAH DARI MIMPI


Sesetengah orang berpendapat bahawa Abdullah tidak pandai bercakap, selalu mengantuk. Adakah anda dapati dia tidak cukup bertenaga sebagaimana anda?

Tempoh tumpuannya sangat pendek dan ramai yang memberitahu saya bahawa dia selalu tertidur ketika kes dibentangkan kepadanya. Dia hanya membiarkan apa penasihatnya cakap.


Itulah sedutan wawancara Thomas Fuller, wakil International Herald Tribune dengan Mahathir di pejabatnya, di Tingkat 86, Menara Petronas, KLCC yang kami petik dari Harakahdaily.

Dakwaan Mahathir seolah-olah mengiyakan bahawa sebenarnya Imam Al Badawi Wal Hadhari ini sebenarnya sedang tidur dan bermimpi sebab itulah banyak peristiwa yang berlaku dalam sekarang ini beliau buat tak kisah sahaja. (AIMAN TAK KISAH).

Surau dirobohkan, rumah rakyat diranapkan, gejala murtad berleluasa, penganggur semakin ramai, orang yang didakwa membunuh boleh dijamin, projek-projek RMK9 diagihkan kepada kroni (orang Umno sahaja), rasuah semakin parah dan banyak lagi semuanya tidak dihiraukan oleh beliau.

RAKYAT MALAYSIA SEPATUTNYA MENGKAJI SEMUAL SOKONGAN KEPADA IMAM AL BADAWI WAL HADHARI DAN PARTINYA INI. PILIHANRAYA AKAN DATANG INI BELIAU DAN KUNCU-KUNCUNYA MESTI DITOLAK DAN DITUMBANGKAN.


Umno JADIKAN PERUNTUKAN RMK9 MACAM HARTA MAK BAPAK MEREKA


Untuk kesekian kalinya Umno menjadikan harta dan projek kerajaan seumpama harta mak bapak mereka apabila sekali mengagihkan peruntukan RMK9 di kalangan kontraktor yang menjadi ahli dan penyokong Umno.

Media melaporkan Umno bahagian akan menyediakan senarai kontraktor kelas F yang layak mendapatkan projek kecil di bawah peruntukan RM600 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

Nampaknya kerajaan Islam Hadhari tidak tahu membezakan mana satu harta Umno dan mana satu harta dan wang rakyat. Pemimpin dan ahli Umno sepatutnya malu dan meminta maaf kepada rakyat dalam hal ini.

Diberitakan bahawa peruntukan tersebut akan diagihkan kepada 191 kawasan Parlimen di Semenanjung dan Sabah dan masing-masing akan memprolehi RM3 juta untuk melaksanakan projek kecil, seperti membaiki parit, mengecat bangunan, menurap jalan dan sebagainya yang bernilai antara RM20,000 hingga RM200,000.

Beberapa pemimpin Umno bahagian yang dihubungi malaysiakini semalam berkata senarai tersebut kemudiannya akan dikemukakan kepada pejabat daerah di kawasan masing-masing.

“Bagaimanapun pemilihan kontraktor akan dibuat oleh pejabat daerah,” kata Ketua Umno bahagian Sungai Siput, Ahmad Fakeh Adam.

Manakala Ketua Umno bahagian Batu Pahat, Senator Dr Puad Zakarshi pula berkata, pemilihan kontraktor bagi projek-projek yang tersenarai di daerah Batu Pahat akan dibuat secara undi.

“Ketua empat bahagian Umno di daerah Batu Pahat telah mencapai kata sepakat bahawa pemilihan kontraktor bagi semua projek yang ada di daerah ini dibuat secara undian. Kita berpendapat ini lebih adil dan berkesan bagi mengelak sebarang pilih kasih.

“Saya beri jaminan, kira-kira 60 kontraktor kelas F di bahagian saya akan mendapat projek,” katanya ketika dihubungi.

Rungutan tiada projek

Katanya, ketua bahagian Umno Batu Pahat, Parit Sulung, Air Itam dan Sri Gading akan hanya bertanggungjawab menyenaraikan senarai kontraktor kepada pejabat daerah, manakala pemilihan seterusnya akan dikendalikan oleh pejabat berkenaan.

Beliau juga berkata, tujuan kerajaan menyalurkan dana RM600 juta ini adalah untuk menjana ekonomi kerana sebelum ini terdapat banyak rugutan tidak ada projek untuk para kontraktor berkenaan.

Ketua Umno bahagian Labis, Sulaiman Taha pula berkata, projek- projek berkenaan adalah untuk orang Umno sahaja.

“Oleh itu, Umno Labis akan memastikan hanya `kontraktor Umno’ sahaja mendapat projek-projek berkenaan.

Ketua Umno bahagian Kubang Kerian, Datuk Dr Nik Mohd Zain Nik Omar juga memberitahu bahawa pemilihan kontraktor untuk projek tersebut akan ditentukan oleh Umno bahagian.

Katanya, kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) akan disokong oleh Umno bahagian untuk mendapatkan projek tersebut.

“Saya berharap semua 200 kontraktor Kelas F di Kubang Kerian akan mendapat manfaat daripada peruntukan RM3 juta itu,” katanya.

Tunggu garispanduan

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Pendang, Rozai Shafian pula berkata, di Kedah pemilihan kontraktor kelas F diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Katanya, selepas pemilihan kontraktor dibuat, agensi kerajaan yang terbabit dengan projek di kawasan berkenaan akan melantik kontraktor-kontraktor tersebut berdasarkan senarai yang diperolehi dari pejabat Menteri Besar.

Bagaimanapun, Rozai menolak dakwaan projek tersebut merupakan projek pilihanraya sebaliknya ia adalah untuk semua rakyat.

Manakala ketua Umno bahagian di Selangor mendakwa mereka belum mendapat garispanduan tentang perlaksanaan projek tersebut.

Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Umar Amzah berkata, setakat ini beliau difahamkan pejabat daerah menjadi agensi pelaksana utama di samping beberapa agensi kerajaan lain termasuk Jabatan Kerja Raya.

“Bukan Umno yang menentukan siapa yang dapat projek, bidangkuasa kami hanya menyenaraikan kontraktor yang layak tetapi kuasa pemutus di tangan pejabat daerah,” katanya.

MALANG SUNGGUH KITA SEMUA BERKETUAKAN 'PENYANGAK' DAN 'PEROMPAK' YANG TIDAK TAHU MANA HARTA MAK BAPAK MEREKA DAN HARTA RAKYAT. KAMI SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA TIDAK AKAN REDHA WANG KAMI DIBERIKAN KEPADA ORANG YANG TIDAK SEPATUTNYA MENERIMA.


KERAJAAN ISLAM HADHARI BERANI ROBOHKAN 'RUMAH ALLAH'


Nampaknya kerajaan Islam Hadhari semakin berani dan mabuk kuasa. Setelah mereka merobohkan 'Rumah Allah' di Kampung Bujal, Terengganu, semalam mereka sekali lagi menunjukkan kuasa apabila merobohkan sebuah surau di Kampung Berembang, Ampang Jaya.

Media semalam melaporkan bahawa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merobohkan surau di Kampung Berembang di Ampang – satu-satunya bangunan yang masih tinggal selepas rumah penduduk setinggan di kampung itu diroboh minggu lalu.

Kini jelaslah bahawa kerajaan Islam Hadhari dan agensinya tidak mengira siapa atau jenis bangunan yang hendak dirobohkan, yang penting bagi mereka ialah menunjukkan mereka berkuasa. Sikap toleransi, belas kasihan, perikemanusiaan dan bertolak ansur sudah tidak ada dalam benak dan kepala otak mereka.

Dalam kejadian semalam, penduduk bersama-sama ahli beberapa badan bukan kerajaan dan parti politik, terbabit dalam pergelutan dengan pegawai penguatkuasa MPAJ, yang dibantu oleh pihak polis serta anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU dalam usaha mereka untuk mempertahankan surau tersebut.

Minggu lalu, MPAJ merobohkan kesemua 50 rumah di situ, dan hanya meninggalkan bangunan surau tersebut – itupun selepas bantahan penduduk dan ahli-ahli Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit).

Ekoran itu, penduduk terbabit membina khemah sementara di situ dalam usaha mereka untuk menyelamatkan surau tersebut.

Pagi semalam, MPAJ, dengan menggunakan jentolak, datang untuk menyelesaikan tugas membersihkan kawasan tersebut, dan sekali lagi berdepan dengan tentangan para penduduk.

Kira-kira 60 penduduk dan aktivis hadir untuk menghalang kerja-kerja tersebut dengan meletakkan kenderaan mereka di sekeliling surau itu supaya tidak dapat dihampiri jentolak.

Usaha Setiausaha Agung penaja Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan untuk berunding dengan pihak MPAJ, gagal dan berlaku bergelutan apabila kakitangan majlis itu mula menumbangkan pokok di luar surau tersebut.

Tetapi keadaan menjadi tidak terkawal apabila pasukan penguatkuasa MPAJ mula memotong pagar surau itu pada jam 11 pagi.

‘Zon perang’

Para penduduk yang cuba menghalang tindakan meroboh surau itu telah ditolak oleh pegawai penguatkuasa MPAJ yang berjumlah lebih 100 orang.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila anggota polis dan FRU turut masuk campur dan bertindak memukul penduduk serta penyokong mereka yang berhimpun di situ.

Wanita dan kanak-kanak yang berkumpul di dalam surau itu juga tidak terkecuali.

Seorang saksi berkata, pegawai penguatkuasa bertindak agresif terhadap wanita dan kanak-kanak. Seorang wanita yang merantai dirinya dengan rantai besi ke bangunan surau tersebut, juga dikeluarkan secara paksa.

Selepas kejadian tersebut, 11 penduduk dan aktivis ditahan dan dibawa ke balai polis daerah Ampang.

Apabila keadaan kembali tenang, Kampung Berembang kelihatan seperti ‘zon perang’ dengan penduduk “bergelimpangan”, antaranya menangis kesakitan, manakala sebahagian lagi pengsan dan cedera dipukul polis.

Pada jam 1 tengahari, MPAJ seleasai merobohkan bangunan surau tersebut.

Sementara itu Gabungan Kemajuan Wanita (WDC) mengecam Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kerana menggunakan kekerasan ketika merobohkan sebuah surau tersebut.

"Cara yang digunakan oleh pegawai MPAJ – seperti membaling kerusi dan memindah penduduk secara kekerasan – tidak boleh diterima,” kata Pengarah Eksekutif WDC, Maria Chin Abdullah.

“[Ia] satu pelanggaran hak asasi manusia,” tambahnya dalam satu kenyataan.

“Amat malang sekali MPAJ menggunakan cara yang tidak demokratik untuk menguatkuasakan kuasa mereka,” kata Maria.

Beliau juga berkata, majlis tersebut boleh menunggu sehingga mahkamah mendengar permohonan penduduk terbabit untuk menghalang tindakan memindahkan mereka dari situ. Kes tersebut dijadual didengar April depan.

“Ia hanya lima bulan sahaja lagi. Tindakan MPAJ itu jelas memperlihatkan sikap tidak menghormati proses perundangan,” katanya.

Khemah sementara

Dalam kejadian itu, 11 orang – sembilan orang aktivis dan dua orang penduduk – ditahan kerana didakwa menghalang kerja meroboh surau tersebut.

Mereka dibawa ke balai polis Ulu Kelang Taman Keramat dan Ampang Jaya.

Sebuah lagi badan hak asasi manusia, Suaram berkata, kesebelas orang mereka harus dibebaskan segera dan menyifatkan tangkapan mereka itu sebagai tidak perlu.

“Memandangkan kes mahkamah masih belum selesai, MPAJ dan pihak polis tidak patut mengambil sikap memihak kerana tugas mereka bukannya berkhidmat kepada pemaju dalam merobohkan sesebuah rumah,” kata Suaram dalam satu kenyataan.

Sementara itu, kumpulan sokongan akar umbi, Jerit, pula berkata penduduk terbabit akan terus tinggal di situ.

“Walaupun tempat tinggal sementara mereka telah dirobohkan hari ini, tetapi mereka akan mendirikan yang lain dan kekal tinggal di situ,” kata E Parames ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, MPAJ sedang membina parit di tiga jalan masuk ke kampung tersebut bagi menghalang penduduk memasuki kawasan tersebut.

"Bagaimanapun, saya tidak rasa ianya akan memberi sebarang kesan kepada penduduk yang sudah pun berada di dalam kawasan tersebut,” katanya.

Disunting dari Malaysiakini


Thursday, 30 November 2006

CERAMAH MAT SABU MALAM ESOK


SELURUH PENDUDUK NEGERI MELAKA DIPELAWA HADIR UNTUK MENDENGAR CERAMAH NAIB PRESIDEN PAS, HJ MOHD SABU MALAM ESOK, 9.00 MALAM 1 DISEMBER BERTEMPAT DI PEJABAT PAS KAWASAN BUKIT KATIL. KG BUKIT KATIL. CERAMAH PASTI MENARIK DENGAN ISU-ISU SEMASA TEMPATAN, NASIONAL DAN ANTARABANGSA. ISU SEPERTI PEMBUNUHAN ALTANTUYA, ISU MURTAD, KEZALIMAN UMNO MEROBOHKAN RUMAH RAKYAT DAN SEBAGAINYA PASTI DIKUPAS DENGAN MENARIK OLEH HJ MOHD SABU.

KETUA PEMUDA PAS NEGERI, USTAZ KAMARUDDIN SEDIK DAN TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI MELAKA, HJ MOHD YASSIN ABDUL GHANI TURUT SAMA BERCERAMAH BERSAMA HJ MOHD SABU.


SATU LAGI EPISOD KEKEJAMAN KERAJAAN ISLAM HADHARI AKAN BERLAKU HARI INI?


Adalah dijangka bahawa kerajaan Islam Hadhari akan terus menunjukkan kekuasaan mereka hari ini apabila diberitakan bahawa surau Kampung Berembang, Jalan Ampang akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), pagi ini (Khamis, 30 November).

Sesungguhnya kerajaan pimpinan Khir Toyo memang suka merobohkan surau dan rumah rakyat tanpa belas kasihan. Jelas bahawa mereka ini mabuk kuasa dan langsung tidak menghiraukan rayuan dari rakyat yang dianiaya. Apakah mereka tidak takut dengan doa orang yang kena zalim?

Harakahdaily melaporkan bahawa Setiausaha Jawatankuasa Rayuan dan Penyelesaian kampung itu, Alizan berkata, pihak MPAJ, FRU, polis dan SB dipercayai akan memasuki kampung mereka hari ini, untuk meneruskan niat mereka merobohkan satu-satunya bangunan yang masih terdapat di kampung berkenaan.

Surau Kampung Berembang, Ampang, akan dirobohkan oleh MPAJ pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.Sebelum ini, hasrat MPAJ merobohkan surau itu tertangguh, apabila penduduk kampung bersama aktivis masyarakat berhimpun untuk mempertahankan surau berkenaan.

Pada kejadian 20 November lalu, kesemua 60 buah rumah di kampung berkenaan dirobohkan secara kejam oleh MPAJ, sambil dikawal rapi oleh FRU, polis dan Rela.

Malah, pada hari tersebut, 23 orang, termasuk beberapa penduduk dan aktivis ditahan polis kerana 'bertelagah' dengan pihak berkuasa.

Dimanakah anak-anak ini hendak berteduh dari hujan dan panas jika sekiranya surau ini dirobohkan...?Dalam kejadian itu juga, seorang penduduk, Norhasliana Osman, 22, ditempatkan di High Dependancy Unit (HDU), Hospital Gleneagles Intan, akibat dibelasah FRU.

Rentetan peristiwa tersebut, pada 21 Nov lalu, beberapa wakil penduduk dan para aktivis mengunjungi Suhakam, di mana Pesuruhjaya Suhakam, Dato' Siva Subramaniam sendiri mengadakan sidang media berhubung kes berkenaan.

Beliau turut mengakui tindakan MPAJ mengasari penduduk itu sebagai penyalahgunaan kuasa serta menegaskan pihaknya akan segera bertemu dengan Menteri Besar Selangor (MB), Dato' Seri Mohd Khir Toyo, bagi membincangkan perkara ini dengan lebih serius.

Semalam, para penduduk disertai para aktivis, wakil parti pembangkang, berhimpun di hadapan bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK), di Shah Alam, bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo.


Wednesday, 29 November 2006

LAGI BUKTI 'MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI'


Keyakinan dan dakwaan pemimpin Islam Hadhari bahawa Ekonomi Malaysia semakin baik sekali disangkal berdasarkan pandangan beberapa pakar ekonomi tempatan dan luar negara. Nampaknya pemimpin-pemimpin kerajaan Islam Hadhari ini tak habis-habis angkat bakul sendiri.

Dalam laman Malaysia-Today disiarkan pandangan seorang pakar ekonomi, Chua Hak Bin dari Citigroup Global Markets di Singapura.

Malaysia pada satu ketika dikenali sebagai harimau Asia dari segi ekonominya telah tergelincir dan lemas, membuatkan para ahli ekonomi dan perniagaan dalam kebimbangan.

Chua berkata bahawa pasaran saham Malaysia lemah dan keyakinan perniagaan mencatat tahap terendah. Apa yang lebih membimbangkan, pelaburan langsung asing (FDI) menjunam dan negara tradisi yang dikatakan lembap seperti Indonesia sudah melepasi Malaysia dalam pertarungan sengit untuk modal global, menurut survey yang baru dilakukan oleh Bangsa-bangsa Bersatu. Malaysia sedang menghadapi risiko dipinggirkan.

”Sehingga ia tangani banyak isu secara terus, jika tidak ekonomi Malaysia mungkin tergelincir ke dalam pertumbuhan yang berkualiti rendah,” beritahu pakar ekonomi kanan Sanjay Mathur dari UBS Investment Research, yang menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang pada kira-kira 5.5 peratus tahun ini.

Terdapat petanda bahawa kerajaan Malaysia sedang cuba mendapatkan semula keyakinan pelabur-pelabur.

Kerajaan Perdana Menteri Abdullah Badawi telah meliberalisasikan peraturan-peraturan berkaitan penggabungan bank-bank dan kerajaan telah memberitahu bahwa ia mengalu-alukan rakan kongsi asing untuk pengeluar kereta nasionalnya Proton.

”Perkara tersebut merupakan suara-suara yang ingin didengar. Tetapi pelabur-pelabur mahu lihat tindakan yang sebenar,” beritahu Mathur.

Jadi, apakah yang menyebabkan ekonomi Malaysia menghadapi permasalahan yang ada?

Secara ringkasnya, pakar ekonomi berpendapat bahawa keengganan Malaysia meliberalisasikan ekonominya bagi saingan yang lebih besar dan penyertaan asing, telah menjejaskan kedudukan Malaysia di kalangan pelabur-pelabur antarabangsa.

Di dalam negara, pelaburan domestik telah kering disebabkan dasar ekonomi berdasarkan kaum yang mengutamakan orang Melayu daripada bukan Melayu.

Hanya sedekad lepas, Malaysia dianggap sebagai ancaman ekonomi yang serius kepada Singapura kerana ia mengejar cita-cita untuk menjadi hab serantau bagi kewangan, teknologi maklumat dan pengangkutan.

Dalam pertengahan 1990-an, negara Malaysia menduduki tangga keenam dalam dunia sebagai tarikan kepada pelaburan asing, sementara nilai gabungan saham yang disenaraikan dalam pasaran bursa hanya di belakang Jepun dan Hong Kong di Asia.

Tetapi kedudukan yang tinggi itu telah mengalami kemerosotan yang teruk.

Hari ini, kedudukan Malaysia sebagai destinasi bagi modal asing telah merosot ke tangga ke-62, itu menurut survey yang dilakukan oleh Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan.

Malaysia, pada suatu masa dulu telah bersaing dengan Singapura untuk pelaburan asing, kini ia disaingi oleh negara-negara lembap yang tradisi seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Kepentingan pasaran modalnya juga sudah menjunam. Nilai perdagangan pasaran saham Singapura adalah tiga kali ganda lebih besar daripada saham yang disearaikan pada bursa saham Malaysia.

”Ia bukan kerana Malaysia berundur ke belakang, tetapi ia tidak maju ke hadapan cukup pantas,” kata Chua daripada Citigroup.

Dari perspektif antarabangsa, pakar ekonomi berkata imej Malaysia masih tercemar oleh tindakan kontroversi mengenakan kawalan modal ke atas ekonomi pada September 1998 bagi melindungi ekonomi daripada spekulator matawang.

Sementara banyak daripada langkah sekatan ekonomi tersebut telah dihentikan pada April tahun lalu – yang termasuk menamatkan penetapan ringgit Malaysia pada dolar Amerika – pakar ekonomi mengatakan Malaysia patut mengangkat sekatan ke atas perdagangan matawang dalam pasaran antarabangsa.

Lebih penting, Malaysia perlu mencipta semula model ekonominya. Bagi tiga dekad yang lalu, mercu tanda ‘blueprint’ ekonomi negara telah menjadi dasar pembikinan sosial bertujuan mempromosikan kepentingan orang Melayu, iaitu kaum yang mendominasi politik Malaysia.

Dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB), pelan tersebut telah bermula pada awal 1970-an yang bertujuan meningkatkan pemilikan ekonomi orang Melayu ke 30 peratus dari bawah 20 peratus pada masa kini.

Tetapi DEB telah melahirkan ketidakcekapan dalam ekonomi dan menurunkan pelaburan dari dalam dan luar negara, menurut pakar ekonomi dan ahli perniagaan.

Lebih buruk lagi, dasar tersebut telah berubah menjadi alat berbahaya menggalakkan politik naungan. DEB mengenakan had ke atas pemilikan asing dalam perniagaan dan menetapkan orang Melayu diberikan saham dalam syarikat-syarikat baru dan yang sedia ada.

Disunting dari Malaysia-Today.


RAHMAN BAKAR TAKUT BAYANG-BAYANG SENDIR


Nampaknya Abdul Rahman Bakar, Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Marang semakin takut dengan bayang-bayang sendiri apabila mendakwa semakin ramai pengundi hantu didaftarkan di Parlimen Marang. Menurutnya ini semua adalah kerja jahat PAS sedangkan hakikatnya Umno lah 'juara' pengundi hantu.

Rahman Bakar sebenarnya semakin cuak akan kehilangan jawatan Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri kerana sokongan rakyat Terengganu kepada PAS semakin hari semakin bertambah.

Dalam kenyataannya beliau kepada media semalam beliau menyatakan bahawa Umno bahagian Marang telah membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai kewujudan 'pengundi hantu' dalam salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh PAS di daerah itu.

Laporan tersebut dibuat oleh ahli Parlimen Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar di pejabat SPR Terengganu di Kuala Terengganu pada 6 November lalu.

“Aduan rasmi itu dibuat setelah kami menjumpai 541 ‘pengundi hantu’ didaftarkan di kawasan DUN Rhu Rendang,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen semalam.

Rhu Rendang merupakan satu daripada empat kerusi DUN dalam parlimen Marang. Ketika ini kawasan tersebut diwakili oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pada hujung September lalu, Abdul Rahman yuang juga Ketua Umno bahagian Marang mendedahkan terdapat 310 ‘pengundi hantu’ didaftar di kawasan tersebut.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia turut mendakwa para ‘pengundi hantu’ itu didaftarkan oleh PAS.

Bagaimanapun hari ini menurut Abdul Rahman jumlah ‘pengundi hantu’ itu telah bertambah kepada 541 orang dan beliau menuduh PAS mendaftar lebih ramai orang luar di kawasan tersebut.

Abdul Rahman berkata, ‘pengundu hantu’ ini tidak menetap di Marang, tidak berkerja di kawasan itu dan tidak berkahwin dengan orang tempatan.

Beliau turut menunjukkan kepada para wartawan senarai yang didakwanya ‘pengundi hantu’ yang menurutnya menetap di Petaling Jaya, Klang, Shah Alam atau Perak.

“Umno bahagian Marang telah memantau senarai daftar pengundi di kawasan ini sejak Jun lalu,” katanya.

Abdul Rahman mendakwa, ‘taktik kotor’ dengan mengimport pengundi luar ini telah diamalkan oleh Abdul Hadi sejak beliau memenangi kerusi tersebut pada 1986.

Katanya, perkara ini telah dibawa ke mesyuarat badan perhubungan Umno negeri dan Majlis Tertinggi Umno.

Beliau yang menyesali gejala ‘pengundi hantu’ ini turut menggesa SPR bertindak segera.


HARI RAYA ISLAM TIDAK BOLEH DIRAYAKAN BERSAMA PERAYAAN AGAMA LAIN - MUFTI PERLIS


Mufti baru Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam kenyataannya kepada Malaysiakini menegaskan bahawa perayaan-perayaan Islam tidak boleh dianjurkan bersama dengan perayaan agama lain kerana perayaan Islam perlu dirayakan mengikut ajaran dan nilai Islam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kontroversi keputusan mesyuarat mufti-mufti pada awal tahun ini yang memutuskan majlis “kongsi raya” atau “Deeparaya” adalah haram di sisi Islam.

Isu tersebut hangat menjelang hari raya Aidil Fitri yang lalu apabila ketua unit Syriah Takaful Malaysia mengedarkan kenyataan kepada kakitangan syarikat itu yang antara lain menyeru jangan mengucapkan “Selamat Deeepavali...” kepada pelanggan beragama Hindu kerana dibimbangi akan merosakkan akidah.

“Perayaan agama kita terikat dengan akidah. Sebagai contoh hari raya Aidil fitri, Tuhan mahu kita merayakan kejayaan berpuasa dan memuji-mujiNya serta membesar-besarkanNya kerana telah memberi kekutaan dnan rezeki kepada kita,”jelas Dr Asri yang merupakan Mufti termuda di negara ini.

Beliau bagaimanapun sependapat dengan Mufti Qatar, Yusuf Al-Qaradhawi yang tidak melarang umat Islam mengucap “ Selamat....” kepada penganut agama lain pada hari perayaan masing-masing.


PAS BANTAH PAMERAN HANTU


PULAU PINANG 29 NOV : Saranan pimpinan PAS Kawasan Bukit Katil agar pameran hantu dihentikan serta merta kerana ianya tidak mendatangkan manfaat malah mengajak rakyat mempercayai perkara tahyul dan khurafat mendapat reaksi yang sama dari pemimpin PAS pusat.

Dalam laporan The Star semalam Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahid Yusof Rawa membantah penganjuran Pameran Mistik dan Hantu yang dijadualkan berlangsung sepanjang Pesta Pulau Pinang Disember ini kerana ia bercirikan kepercayaan tahyul serta khurafat yang akan membawa nilai negatif kepada masyarakat semua kaum di negara ini.

Dalam kenyataannya di sini ini semalam Us Mujahid turut menggesa penganjur supaya membatalkan pameran itu untuk memastikan nilai-nilai progresif dalam masyarakat tidak terganggu.

"PAS memang menentang sebarang usaha yang menyibukkan masyarakat dengan sesuatu yang tidak berpijak di bumi nyata dan bercirikan kepercayaan tahayul dan khurafat.

"Ia amat bertentangan dengan nilai-nilai murni dan juga boleh menghalang masyarakat kita untuk maju ke hadapan," katanya.

Beliau berkata selain bertentangan dengan ajaran Islam, pameran itu akan mengundang keraguan dan kesahihan orang ramai terhadap perkara "ghaib" yang dipamerkan.

"Pameran itu hanya bertujuan komersial bagi mengeksploitasikan perasaan 'ingin tahu' masyarakat di mana pihak penganjur tidak mengambil kira nilai etika dan moral yang merosakkan masyarakat semata-mata kerana ingin mengaut untung," katanya.

Beliau berkata PAS menggesa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), penganjur Pesta Pulau Pinang, Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan tokoh-tokoh masyarakat serta agama supaya mengambil kira pandangan itu.

Disunting dari The Star


MUAK DENGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN IMAM AL HADHARI


BUKIT KATIL 29 Nov. – Rakyat berasa muak dan mual dengan janji Imam Al Hadhari untuk membenteras rasuah kerana hakikat sebenarnya tidak begitu. Kalau betul apa yang dihajatkan beliau untuk menghapuskan rasuah mengapa indeks rasuah negara merudum sejak beliau memimpin negara ini.

Semalam sekali lagi Imam Al Hadhari bercakap soal membenteras rasuah. Kononnya beliau mahu Badan Pencegah Rasuah (BPR) bertindak segera menyiasat aduan rasuah dan menghadapkan mereka yang didakwa melakukan jenayah itu ke mahkamah tanpa mengira mereka ‘orang besar’ atau ‘orang kecil’.

Menurut Imam itu lagi, BPR perlu menjalankan siasatan sendiri tanpa menunggu laporan polis jika mereka yakin maklumat yang diterima berhubung sesuatu kes rasuah benar-benar berasas.

Beliau menegaskan, BPR kini mempunyai anggota penguat kuasa tambahan yang ramai dan dengan kekuatan itu mereka sudah boleh bertindak segera menyiasat mana-mana kes rasuah tanpa perlu lagi menunggu laporan polis.

Imam Al Hadhari itu juga turut menggesa BPR mendakwa pesalah rasuah ke mahkamah dengan segera jika penyiasatan mereka membuktikan individu tertentu terlibat dalam aktiviti rasuah.

Tetapi sehingga kini laporan rasuah terhadap Rafidah Aziz, Khir Toyo dan ramai lagi pemimpin Islam Hadhari yang telah dibuat 'berkurun' lamanya masih tidak disiasat. Sesetengahnya telah dilaporkan semenjak Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi.


Tuesday, 28 November 2006

PAS KAWASAN SOKONG LAPORAN POLIS DAP


BUKIT KATIL 28 NOV : "Umno seolah-olah mentadbir negara ini macam mak bapak dia punya " itulah reaksi spontan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Bakrin Sidek ketika diminta mengulas laporan Polis yang dibuat oleh DAP hari ini yang mempersoalkan siapakah yang akan mendapat faedah dari peruntukan tambahan sebanyak RM600 juta untuk projek-projek luar bandar di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Laporan tersebut telah dibuat oleh Ahli jawatankuasa pusat parti itu, Ronnie Liu semalam.

Dalam laporan itu Ronnie bertanya, adakan bahagian-bahagian Umno di seluruh negara akan mendapat bajet berkenaan untuk disalurkan kepada para pemimpin di akar umbi?

Hj Bakrin juga menjelaskan bahawa perangai pemimpin Umno yang memfaraidkan duit rakyat seperti duit mereka sendiri memang telah lama diketahui.

"Bayangkan sahaja cara mereka 'claim' bila mereka melawat luar negeri, macam-macam mereka 'claim' kadang-kadang tak masuk akal" tambah Hj Bakrin lagi.

Pada penutup perhimpunan agung Umno baru-baru ini Presiden parti itu merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan kerajaan akan menambah RM600 juta lagi peruntukan bagi pembangunan luar bandar. Sebelum ini di dalam RMK9, sebanyak RM1.5 billion telah diperuntukkan oleh kerajaan.

Sebaik sahaja selepas pengumuman Abdullah itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin pula memberitahu para wartawan, semua 198 kawasan Parlimen akan mendapat RM3 juta dari RM600 juta yang diperuntukkan itu.

Menurutnya, dana tambahan itu akan dgunakan untuk membantu kontraktor kelas-F dan akan disalurkan dalam tempoh enam bulan.

Bagaimanapun menurut Liu, sepucuk surat yang ditandatangani oleh Timbalan Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed pada 13 November lalu membawa cerita lain pula.

Dalam mengarahkan pengarah Jabatan Kerjaraya mempercepatkan pelaksanaan projek-projek berkenaan, kandungan surat itu menyatakan dana itu hanya untuk projek-projek kecil di Semenanjung dan Sabah.

Liu berkata, mungkin Sarawak tidak termasuk dalam pembahagain peruntukan itu kerana Umno tiada di negeri itu.

“Terdapat 191 bahagaian Umno di Semenanjung dan Sabah. Jika setiap bahagian diberikan projek bernilai RM3 juta, jumlah keseluruhannya ialah RM573 juta,” katanya lagi.

Menurut beliau, majoriti ketua bahagian Umno secara automatik akan layak menekmati faedah ini kerana sebahagian besar mereka mempunyai lesen kelas-F yang membolehkan mereka mendapat kontrak-kontrak kecil seperti membaiki jalan, mengecat bangunan kerajaan dan membaiki longkang.

Kontrak-kontrak kecil ini bernilai tidak lebih RM200,000 setiap satu dan dikhaskan untuk bumiputera.

Liu berkata, kemungkinan besar tambahan dana ini adalah keputusan parti, bukannya kata sepakat di peringkat kabinet.

Surat yang ditandatangan oleh Mohd Zin itu dihantar salinannya kepada Perdana Menteri, Menteri Kerjaraya dan Menteri Kewangan Kedua. Bagaimanapun tiada salinan untuk Menteri Pembangunann Wilayah dan Luar bandar Datuk Abdul Aziz Shamsudin walaupun peruntukan itu adalah untuk pembangunan luar bandar.

Liu mendakwa, dana tambahan ini tidak diluluskan oleh Parliamen atau kabinet, sebagaimana rancangan RMK9.

“Penggunaan wang rakyat telah dibuat secara tidak mengikut undang-undang," katanya sambil mendakwa dana berkenaan sebenarnya digunkan untuk disalurkan kepada para pemimpin Umno di bahagian bagi memastikan mereka menyokong pucuk pimpinan.

Liu membuat laporan polis hari ini dengan menyertakan salinan surat Mohd Zin sebagai buktinya. Satu salinan surat tersebut juga diberi kepada malaysiakini.

Disunting dari Malaysiakini


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59