Saturday, 31 December 2005

SHAHRIZAT PERSOALKAN KEADILAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM


MELAKA 31 DIS : Timbalan Ketua Pergerakan Wanita Umno yang juga merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari mempersoalkan keadilan Islam dalam Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan.

Kenyataan beliau ini dibuat semasa mengeluarkan kenyataan membantah cadangan memasukkan Undang-Undang Keluarga Isla(Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 sebagai kandungan dalam kursus perkahwinan.

Beliau berkata ia kerana terdapat klausa-klausa dalam undang-undang itu yang mendiskriminasi wanita dan mesti diperhalusi serta diperbaiki terlebih dahulu.

"Maka tidak ada sebab untuk memasukkan Undang-Undang Keluarga Islam ini di dalam kursus perkahwinan buat masa ini kerana kita akan mendidik perkara yang tidak adil kepada mereka yang bakal mendirikan rumah tangga," katanya dalam satu kenyataan di petik dari laman web Malaysiakini.

Shahrizat mengulas laporan akhbar baru-baru ini yang antara lain menyebut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang memasukkan undang-undang itu sebagai kandungan dalam kursus perkahwinan bagi memberi kefahaman kepada mereka yang bakal mendirikan rumah tangga.

Menurut laporan Bernama, Shahrizat juga menggesa Jakim mengambil perhatian serius untuk memperhalusi undang-undang itu yang dicadang dilaksanakan tahun depan.

"Ia supaya maksud keadilan sebenar dalam Islam dihayati serta sistem pengendalian undang-undang ini dihormati," katanya.

Inilah supa sebenar pemimpin Umno yang sememangnya tidak memperakui bahawa Undang-undang Islam adalah yang terbaik. Malah Shahrizat sebagai Pemangku Menteri Wilayah dan juga seorang Islam mestilah patuh kepada Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) yang digubal oleh kerajaan sendiri.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59