Di petik dari Malaysiakini...
Seorang lagi bekas tokoh pendidikan negara menyarankan bahasa Mandrin diberikan penekanan di sekolah-sekolah kebangsaan, seiring dengan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata, bahasa Cina sangat penting sekarang, bukan sahaja dari sudut budaya malah ekonomi.
“Mengapa tidak mewajibkan penggunaan bahasa Cina kerana bahasa itu kini menjadi sangat penting kerana penggunaannya yang luas dan menjadi bahasa perdagangan,” katanya lagi.
Berikutan itu, beliau menyarankan Kementerian Pelajaran mengkaji untuk menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Cina bermula di sekolah-sekolah.
Beliau juga tidak bersetuju dengan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah.
Menurutnya, meluasnya bahasa Inggeris di sekolah-sekolah bukan jaminan mutu pendidikan negara meningkat.
“Banyak negara yang maju dalam pendidikan tidak menggunakan bahasa Inggeris. Perancis, Jerman dan Jepun umpamanya menggunakan bahasa ibunda dalam pendidikan awal.
“Saya tidak menentang penggunaan bahasa Inggeris tetapi adakah kita sudah bersedia? Adakah kita sudah cukup guru yang terlatih dan murid-murid pula sedia menerimanya?” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Sebelum ini pelbagai pihak termasuk pertubuhan pendidikan Cina, Dong Jong Ziong (DJZ) dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu telah menyuarakan bantahan terhadap penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah.
Menurutnya, kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran perlu tahu adakah objektif menggunakan bahasa Inggeris itu boleh dicapai atau tidak.
Profesion perguruan
Abdul Rahman juga mengulas mengenai profesion perguruan yang menurutnya sudah tidak diminati oleh generasi muda di negara ini.
“Hari ini orang takut menjadi guru kerana beban kerja, disiplin kerja yang ketat, tiada pengiktirafan dari masyarakat dan peluang kerja lain yang terbuka luas untuk orang muda.
“Jadi orang yang memilih guru bukan dari mereka yang terbaik kerana orang muda yang bijak menyertai sektor swasta yang menawarkan gaji lumayan,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan perlu berusaha untuk memberi gaji yang tinggi kepada guru, sama dengan di sektor swasta seperti yang dilakukan oleh kerajaan Singapura.
Katanya dengan cara ini mereka yang pintar akan menyertai bidang perguruan dan sekali akan meningkatkan bidang tersebut.