Tuesday, 27 December 2005

PENDAFTARAN PENGUNDI SECARA 'ONLINE' DAN MELALUI SMS AKAN DIPERKENALKAN TIDAK LAMA LAGI


Dipetik dari Bernama.

JOHOR BAHARU, Dec 27 (Bernama) -- Eligible voters who have not registered with the Election Commission (EC) will be able to do so online or through the Short Messaging System (SMS) soon once amendments to existing laws are made, its chairman Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman said Tuesday.

He said the amendments would be tabled in Parliament in March and hoped that once approved it would help increase the election roll for the next general election.

"At the moment, Malaysian citizens 21 years and above can register as voters at post offices or the EC's offices. However, only 10.3 million have done so and the figure has not risen since the last general election," he told reporters after receiving the final report on studies made by Universiti Teknologi Malaysia (UTM) on voter registration patterns here Tuesday.

He said there were still about four million eligible voters who had yet to register and that the UTM study had found that the process of registering through the Internet or SMS was more viable.

All the people would have to do was to provide their identity card numbers and the EC would get all their details from the National Registration Department to complete the exercise, he said.

On proposals that all citizens be made automatic voters when they reached 21, Abdul Rashid it was not feasible as there would be complications when people changed addresses.

"The issue of phantom voters will arise as these people will then vote in the new areas they moved to," he said.

Asked if the government planned to formulate laws to make it compulsory for citizens to register as voters, he said the government was of the opinion that there was no need for such laws.

"This goes back to the concept of democracy. We did raise the issue (compulsory voter registration) but the government felt that it was the people's right whether they wanted to vote," he said.

The UTM study led by the Dean of its Human Resource Management and Development Faculty, Associate Prof Dr Durrishah Idrus found that the majority of respondents who did not register as voters did so because of the difficulty in registering, lack of registration infrastructure or because of personal reasons.


APA NAK JADI DENGAN PERSATUAN-PERSATUAN BELIA MELAYU


MELAKA 27 DIS : Selepas kemelut kepimpinan dalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berlarutan berbulan-bulan hari ini timbul pula kemelut dalam Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) kebangsaan yang ketuanya adalah Menteri Syed Hamid Albar.

Kalau dahulu kita sering mendengar berlakunya berbaling kerusi dan meja dalam mesyuarat agung MCA, MIC dan Umno (cawangan) hari ini akhbar menyiarkan perkara yang sama berlaku pada Mesyuarat Agung Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) kebangsaan di di Wisma Belia MAYC, Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku berikutan segelintir ahli MAYC Wilayah Persekutuan tidak berpuas hati dengan beberapa peraturan dan pindaan perlembagaan MAYC yang diadakan.

Inilah padahnya apabila Persatuan hendak dijadikan hak peribadi. Malah apa yang lebih teruknya ialah orang yang sudah 'tua bangka' di mana umurnya kadang-kadang dan mencecah 60 tahun tetapi masih ghairah hendak memimpin persatuan belia. Sepatutnya gerakan belia ini mestilah dipimpin oleh belia-belia yang umurnya 40 tahun ke bawah.

MAYC sebenarnya sudah sesuai lagi di pimpin oleh Syed Hamid yang sibuk dengan tugasan sebagai Menteri Luar yang sudah pasti tidak mempunyai masa untuk memimpin persatuan ini. Sudah sampai masanya beliau melepaskan jawatan ini dan diserahkan kepada orang lebih muda. Kita mahu pemimpin-pemimpin politik ini menjadikan persatuan-persatuan belia sebagai kuda tunggangan kepentingan politik peribadi masing-masing.

Begitu juga dengan GPMS yang kononnya adalah Gabungan Pelajar tetapi pemimpin-pemimpinnya terdiri dari 'mahasitua-mahasitua' yang telah lama meninggalkan status pelajar mereka. Tetapi mereka mempunyai agenda sendiri untuk menjadi persatuan belia sebagai batu loncatan untuk meningkatkan kepopularitian diri sendiri bagi memudahkan mereka menjadi pemimpin politik.

Rezal Merican sebagai contohnya merupakan Exco Pemuda Umno Malaysia yang sekarang ini dilihat sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk merebut jawatan Presiden GPMS supaya kedudukan beliau itu akan membantu beliau memanjat setakuk demi setakuk dalam kepimpinan pemuda Umno. Manakala Suhaimi Ibrahim adalah merupakan bekas wakil rakyat Umno yang sudah hilang taringnya, di mana hanya GPMS lah satu-satunya wadah yang dilihat mampu untuk membantu beliau kembali ke arena politik.


MELAKA MAJU 2010. TAPI MAJLIS BANDARAN MASIH TIDAK CEKAP DAN LEMBAP


BUKIT KATIL 27 DIS : Kerajaan pimpinan Dato' Seri Ali Rustam yang bercita-cita hendak menjadikan Melaka negeri maju pada tahun 2010 di sarankan supaya memperkemaskan jentera kerajaan tempatannya sebelum mengisytiharkan negeri ini sebuah maju.

Beberapa kelembapan dan kelemahan yang ditunjukkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan kerajaan tempatan lain jelas membuktikan bahawa status negeri maju yang dihajatkan itu masih 'jauh panggang dari api'.

Hari ini sebuah akhbar harian melaporkan bahawa Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Melaka cawangan Alor Gajah (PPPKMMAG) kecewa dengan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) kerana gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi peniaga makanan dan minuman di Pasar Menggong dekat sini.

Laporan itu menyiarkan bahawa Pengerusi PPPKMMAG, Baharudin Mohd Tahir berkata, persatuan sudah beberapa kali mengajukan masalah yang dihadapi kepada MPAG tetapi tidak mendapat tindak balas sepatutnya.

Menurut beliau, antara masalah utama yang dihadapi peniaga di situ adalah sistem saluran paip di sinki pembersihan pinggan mangkuk sering tersumbat.

Baharuddin juga berkata, selain itu atap bumbung yang bocor, kerja pembersihan lantai yang kurang sempurna, selain keadaan tandas serta surau yang kurang bersih.

Katanya, pihaknya bukan saja ada memaklumkan secara lisan malah turut menghantar surat rasmi supaya MPAG mengambil tindakan segera mengatasi semua masalah tetapi hingga hari ini tiada tindakan susulan dilakukan.

Beliau menyatakan kekesalannya kerana masalah itu menyebabkan peniaga serta pelanggan berasa tidak selesa untuk berniaga dan berkunjung ke situ.

Baharudin berkata, saluran paip sinki tersumbat menyebabkan air melimpah ke lantai gerai dan ruang pelangan menikmati makanan dan minuman, sekali gus mengundang bahaya kepada pengunjung dan peniaga. Sehinggakan semalam beliau memberitahu bahawa sudah ada beberapa pengunjung yang jatuh termasuk seorang wanita mengandung.

Baharudin berkata, kerja pembersihan lantai yang dilaksanakan kontraktor juga tidak dijalankan mengikut syarat dan jadual yang ditetapkan.

Sementara itu Bendahari DPP Negeri Melaka, Hj Salamat Aman berkata sememangnya rakyat telah sedar tentang kelembapan dan kelemahan banyak Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran di Melaka ini.

'Dalam mengutip cukai dan hutang daripada rakyat memang cepat dan pantas, tetapi dalam memberikan perkhidmatan mereka ini amat lembap dan lemah' kata Hj Salamat dengan kesal.

'Kalau beginilah prestasi Majlis-Majlis Perbandaran ini jangankan status negeri maju, status negeri sedang membangun pun Melaka tak layak' sindir Hj Salamat yang juga merupakan Ketua DPP Kawasan Bukit Katil dengan sinis.


Azmin dakwa bekas pegawai perisikan Israel berkhidmat di MAS.


Laporan dipetik dari Malaysiakini

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali hari ini mendesak pihak berkuasa supaya menyiasat tiga lagi penyelewengan yang didakwanya berlaku dalam syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), termasuk perlantikan konsultan asing yang didakwanya pernah berkhidmat dengan jabatan perisikan Israel.

Berikutan itu, beliau mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Pertahanan dan Menteri Pengangkutan untuk menjelaskan perkara tersebut.

Azmin memberi tempoh 24 jam kepada mereka untuk membuat penjelasan dan jika mereka gagal berbuat demikian, beliau akan mengambil tindakan selanjutnya.

Azmin membuat dakwaan tersebut ketika membentang kertas kerja bagi pihak Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR di Kongres Nasional parti tersebut di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mendakwa mempunyai dokumen bagi membuktikan kebenaran dakwaannya mengenai perlantikan konsultan tersebut berkhidmat di bahagian Teknologi Maklumat (IT) syarikat penerbangan negara itu.

Di samping itu, beliau mendakwa, MAS juga melantik dua lagi konsultan rakyat asing and dua lagi arkitek sedangkan IBM telah dilantik untuk mengendalikan penyumberan luar bagi pihak MAS.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Azmin berkata, berdasarkan dokumen tersebut, pada 5 September lalu, MAS juta telah melantik seorang konsultan wanita rakyat Australia, juga di bahagian IT dengan gaji konsultan RM4,400 sehari ataupun RM96,800 sebulan atau kira-kira RM1.16 juta

Penyumberan luar

Di samping itu, katanya, MAS juga melantik seorang lagi konsultan IT rakyat Singapura dengan bayaran gaji konsultan RM825,000 setahun ataupun 68,000 sebulan.

Selain itu, beliau juga mendakwa, MAS telah melantik seorang pengurus arkitek dengan gaji RM180,000 setahun dan seorang arkitek enterprise, dengan gaji RM204,000 setahun.

Pada masa yang sama, MAS juga membayar RM298,202 kepada sebuah agensi pekerjaan mencari pekerja untuk mendapatkan perkhidmat ketiga-tiga pegawai berkenaan.

Azmin juga mendakwa, MAS telah membayar RM8.730 juta bagi kos penyumberan luar (outsourcing) sejak 2004 hingga September 2005.


DPP BUKIT KATIL SERU SEMUA RAKYAT MELAKA HADIRI JAMUAN HI-TEA BERSAMA YB SALAHUDDIN


BUKIT KATIL 27 DIS : Ketua DPP Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman menyeru semua rakyat Melaka menghadiri majlis jamuan hi-tea bersama Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga Ketua DPP PAS Pusat bermula jam 5.00 petang esok 28 Disember bertempat di Perkarangan Markaz MTD Bukit Baru iaitu berhadapan Flat Sri Siantan Bukit Baru.

'Insya Allah YB Salahuddin akan menyampaikan beberapa amanat penting tentang isu Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir dan hala tuju PAS dalam menghadapi penyelewengan dan kezaliman pemerintah BN hari ini,' jelas Hj Salamat lagi.

Majlis ini yang dianjurkan secara bersama oleh MTD Bukit Baru, PAS (Penaja) Cawangan Bukit Baru Dalam dan DPP Kawasan Bukit Katil akan turut memuatkan majlis pelancaran dua buah cawangan PAS yang akan ditubuhkan tidak lama lagi iaitu Cawangan Bukit Baru Dalam dan Paya Ikan luar. Penubuhan dua buah cawangan baru ini merupakan tamparan hebat kepada KM Melaka iaitu Dato' Wira Mohd Ali Rustam kerana cawangan-cawangan ini terletak di dalam DUN beliau iaitu Bukit Baru.






ANCAMAN LEBIH BESAR MENANTI KITA DI TAHUN 2006. 169 RANGKAIAN TV UNTUK PENONTON MALAYSIA


KUALA LUMPUR 27 Dec -- Sebanyak 169 rangkaian TV akan menanti penonton Malaysia tahun hadapan. Jumlah rangkaian yang sebanyak itu sudah tentu menambahkan lagi pelbagai masalah sosial yang sekarang sudah sedia kronik.

Dua lagi stesyen TV berbayar yang baru adalah MiTV dan Fine TV yang akan memberikan siaran alternatif kepada rangkain sedia ada iaitu RTM, TV3, NTV7, CH9, 8TV dan ASTRO.

ASTRO merupakan rangkaian TV berbayar pertama di Malaysia di mana ia menawarkan 51 rangkaian untuk penonton.

MiTV, yang dipunyai oleh MiTV Corporation Sdn Bhd, menawarkan 41 rangkaian telah beroperasi sejak 5 Sept lalu akan menambahkan rangkainnya kepada sekurang-kurangnya 50 rangkaian sementara Fine-TV akan menawarkan 18 rangkaian yang akan memulakan operasinya minggu ini.

Manakalan ASTRO yang dipunyai oleh T.Ananda Krishnan pula diberitakan akan menawarkan 50 rangkain tambahan selepas pelancaran satelit Measat 3 tidak lama lagi

Apa yang membimbangkan kita ialah bagaimana rancangan-rancangan TV yang akan disiarkan oleh kesemua stesyen TV ini dapat di kawal. Sedangkan sekarang pun kebanyakan filem-filem yang ditayangkan oleh ASTRO melalui rangkaian Action Movies, Cinemax, HBO dan Box Officenya tidak memotong adengan-adengan lucah seperti bercumbu dan bercium.

'Kita bimbang stesyen-stesyen yang baru ini akan menayangkan adengan-adengan yang lebih dahsyat dari itu yang semuanya boleh ditonton di rumah-rumah yang mempunyai ASTRO dan siaran berbayar yang lain,' demikian kenyataan yang dibuat oleh Hj Salamat kepada blog ini ketika diminta mengulas laporan Bernama semalam.

'Kita menggesa kerajaan supaya bertegas dengan stesyen-stesyen TV ini supaya memotong semua adegan-adegan cumbu dan cium ini, kerana ianya jelas mempengaruhi anak-anak muda dan kanak-kanak serta kita menentang penayangan filem-filem yang menayangkan pelakon-pelakon mereka yang mendedahkan tubuh mereka' tegas Hj Salamat.

Gejala sosial dan maksiat yang kronik dewasa ini sebenarnya juga adalah hasil dari filem-filem yang separa lucah yang ditayangkan oleh stesyen-stesyen TV serta juga CD-CD lucah yang dijual secara berleluasa.


SELESAIKAN MASALAH KERJASAMA SECEPAT MUNGKIN


MELAKA 27 DIS : PAS dan DAP sudah boleh duduk semeja untuk berbincang dan mencapai kata sepakat mengenai soal yang membabitkan dakwaan penyelewengan dan ketidaktelusan dalam proses pilihanraya di negara ini. Ini terbukti tiga bulan lalu apabila delegasi dari PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah ?berkampung? selama tiga hari di Port Dickson untuk membincang dan mencari jalan bersama untuk menanganinya. Perkara tersebut didedahkan oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali yang mengetuai delegasi PKR menyertai perbincangan bersama tersebut. Delegasi DAP itu diketuai oleh Setiausaha Agungnya sendiri, Lim Guan Eng.

Begitulah kenyataan yang dibuat oleh Azmin Ali ketika menggulung perbahasan dalam Kongres Nasional PKR di Kuala Lumpur minggu lalu. Kenyataan ini di petik dari laporan sebuah akhbar harian internet.

Ini merupakan suatu langkah permulaan yang baik ke arah kerja sama yang lebih baik sebagaiman terjalin dalam Pilihanraya 1999. Apa yang mendukacitakan selepas itu DAP bertindak keluar dari BA dan langsung tidak menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan PAS. Walaupun PAS sentiasa bersikap terbuka menyokong DAP dalam pilihanraya kecil umpamanya Pilihanraya Kecil Ketari.

PAS juga sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan moral kepada DAP seperti kes Lim Guan Eng, kes pergantungan Ahli Parlimen Batu Gajah, YB Fong Po Kuan dan banyak lagi isu yang berkait dengan DAP.

Di dalam Parlimen juga Ahli Parlimen PAS sentiasa memberikan sokongan dalam apa juga perkara yang dibangkitkan oleh DAP berkaitan dengan kepentingan rakyat, penyelewengan kerajaan, perlanggaran demokrasi dan sebagainya.

PAS Kawasan Bukit Katil mencadangkan kepada pimpinan Pusat supaya berusaha untuk menjalinkan semula kerjasama dengan DAP. Usaha ini mestilah dibuat dari sekarang kerana Pilihanraya Umum semakin hampir. Sekiranya usaha-usaha ke arah kerjasama ini dibuat lebih awal sudah tentu ia mempunyai ruang yang luas dan masa panjang untuk menyelesaikan segala permasalahan yang berbangkit.

'Jangan nanti pilihanraya tinggal sebulan dua baru nak usaha jumpa DAP. Ianya sudah terlambat sebab banyak perkara perlu diselesaikan. Andaikata DAP memang tidak berminat langsung dengan kita maka kita bersedia untuk menghadapi situasi sedemikian,' kata Setiausaha Penerangan PAS Kawasan Hamzah Yusof kepada blog ini semalam.

Sebelum ini DAP turut menganggotai Barisan Alternatif (BA) bersama PAS, Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) ketika menghadapi pilihanraya umum 1999.

Bagaimanapun, DAP kemudian keluar daripada BA kerana membantah dasar Negara Islam yang yang diperjuangkan oleh PAS. Beberapa usaha selepas itu untuk membawanya kembali ke dalam BA gagal. Pimpinan DAP berkali-kali menyatakan bahawa selagi PAS tidak menggugurkan ideologi perjuagannya iaitu mendirikan negara Islam maka selagi itu DAP tidak akan bekerjasama dengan PAS.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59