Friday, 23 December 2005

KES MOHAMAD (MOORTHY) : ISLAM TERCABAR, MAHKAMAH TINGGI PERINTAH TAHAN JENAZAH DARI DIKEBUMIKAN IKUT CARA ISLAM


KUALA LUMPUR : Kebimbangan blog ini tentang kemungkinan Mahkamah Sivil lebih berkuasa dari Mahkamah Syariah akhirnya menjadi kenyataan apabila hari ini Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan perintah injunksi menahan mayat Allahyarham Muhammad a.k.a Moorthy dari di kebumikan oleh JAWI mengikut cara Islam.

Keluarga Allahyarham Mohamad alias Moorthy yang membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi Sivil semalam akhirnya berjaya menggunakan 'kekuasaan' Mahkamah Tinggi dengan mengenepikan keputusan Mahkamah Syariah semalam yang mengarahkan jenazah Mohamad di sempurnakan mengikut cara Islam oleh JAWI.

Dalam pengaduannya keluarga Mohamad mendakwa bahawa Allahyarham masih beragama Hindu dan tidak pernah mengamalkan cara hidup Islam.

Mahkamah Syariah semalam, juga mengarahkan Polis membantu pihak JAWI dalam urusan penyerahan dan penerimaan jenazah dari pihak Hospital sehingga kepada selesai pengebumian jenazah Allahyarham Mohamad yang merupakan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dengan keputusan ini jelaslah bahawa Mahkamah Syariah tidak berkuasa dan keputusannya yang dijatuhkan oleh Mahkamah ini boleh dicabar oleh Mahkamah Sivil.

Dalam hal ini, PAS telah lama mencadangkan kepada kerajaan Islam Hadhari supaya meminda perlembagaan negara kita supaya sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dalam hal yang berkaitan dengan Islam tidak boleh dicabar oleh Mahkamah Sivil. Tetapi cadangan dan gesaan ini tidak diendahkan oleh pemimpin Islam Hadhari demi untuk kepentingan politik sempit mereka iaitu untuk menjaga hubungan dengan rakan-rakan 'sekelambu' dengan mereka iaitu MIC, MCA, Gerakan dan lain-lain parti komponen BN.

Maka gelaplah masa hadapan Islam dengan meminjam kata-kata saudara Roslan SMS dalam blognya iaitu :

"Gelaplah masa depan Islam jika begini lakunya?!! Sebagai seorang warganegara Malaysia yang beragama Islam saya merasa begitu terkilan, sedih dan begitu malu sekali. Mana duduknya wibawa mahkamah syariah sekiranya bab berkenaan umat Islam sendiri tidak dapat dibela dan dipertahankannya."

"Siapakah yang menanggung dosa penagguhan urusan jenazah ini?"

Jawapannya : Siapa lagi kalau bukan pemimpin yang berkuasa sekarang yang berdegil tidak mahu meminda Perlembagaan Negara.



SYUKUR KEPADA ALLAH : MAHKAMAH ARAHKAN JENAZAH MOHAMAD (MOORTHY) DIKEBUMIKAN SECARA ISLAM


MELAKA 23 DIS : Mahkamah Tinggi Syariah semalam memerintahkan supaya jenazah Mohamad Abdullah atau M. Moorthy supaya dikebumikan secara Islam mengikut Hukum Syarak. Hakim Mahyuddin Ibrahim memerintah demikian ketika membaca keputusan mahkamah.

Beliau juga mengarahkan PDRM memberikan kerjasama sepenuhnya ketika urusan penyerahan jenazah ini kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP)dari pihak Hospital dan juga ketika pengebumian.

Isu ini menjadi hangat disebabkan pihak keluarga Allahyarham Mohamad mendakwa bahawa Mohamad masih berugama hindu dan tidak mengamalkan cara hidup Islam semasa hayatnya.

Bagaimana pihak Angkatan Tentera Malaysia mendakwa beliau telah menganut Islam dan telah keislaman beliau didaftarkan di Pejabat Agama.

Menurut peguam MAIWP, Fakhrul Azman dalam hujahnya menyatakan bahawa Moorthy telah mengucap dua kalimah syahadah mengikut hukum syarak berdasarkan keterangan masuk Agama Islam dari pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertarikh 8 Mac lalu.


HANYA NIKMAT DUNIA DAN PEMBANGUNAN YANG ADA DALAM KEPALA OTAK PEMIMPIN Umno


MELAKA 23 Dis. - Memang telah menjadi 'ajaran' Umno bahawa nikmat dunia dan pembagunan material menjadi tujuan hidup mereka tanpa memikirkan perkara lain. Samada mereka ini sakit atau sihat hanya itulah wirid mereka.

Ini jelas terbukti apabila Bekas Menteri Besar Kedah, Syed Razak Syed Zain yang meletakkan jawatan semalam memberitahu wartawan bahawa melalui Setiausaha Kerajaan Negeri bahawa, beliau telah menyelesaikan tugas-tugasnya membuat pembangunan di negeri Kedah sepanjang beliau menjawat jawatan tersebut lebih kurang 6 tahun bermula pada 1999.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Syed Unan Mashri dilaporkan berkata Syed Razak telah menyelesaikan kerja-kerja pembangunan di Kedah.

Tetapi pada hakikatnya negeri Kedah merupakan antara negeri termiskin di Malaysia, hutang negeri Kedah berjumlah RM450 juta iaitu kedua terbanyak di belakang Johor. Bagaimana pula dengan masalah, gejala sosial rakyatnya, dadah, kemiskinan, pengangguran, rasuah, diskriminasi dan bermacam-macam lagi. Adakah semua masalah itu dapat diselesaikan oleh Syed Razak.

Bagaimana pula dengan kebenaran yang diberi oleh kerajaan Syed Razak terhadap program-program maksiat seperti konsert, sure heboh dan lain-lain program seumpamanya yang menggalakan pergaulan bebas dan menjadi mukaddimah gejala maksiat. Apakah Syed Razak tidak merasa berdosa membenarkan semua itu.

Sepatutnya Syed Razak minta maaf kepada rakyat Kedah kerana gagal menangani permasalahan tersebut yang kian meruncing terutama gejala dadah, maksiat dan kemiskinan.

Sebuah akhbar pernah melaporkan bahawa beberapa penduduk di sebuah kampung berhampiran dengan kawasan perindustrian Kulim masih belum mendapat kemudahan air bersih. Ini baru satu kisah yang dibongkar oleh akhbar itu, bagaimana dengan yang lain-lain yang tidak disiarkan oleh akhbar atau media elektronik.

Pernahkah Syed Razak terfikir bagaimana menderitanya mangsa Tsunami di Kuala Muda yang ada antara mereka sehingga kini belum menerima bantuan seperti yang dijanjikan.

Jadi mengharapkan kepada pemimpin kerajaan yang masih berkuasa sekarang supaya bukan hanya mementingkan pembangunan material tetapi yang lebih penting ialah pembagunan insan dan Islam itu sendiri.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59