Thursday, 22 December 2005

APA YANG NOH GADUT BUAT RAMAI ORANG ASLI JOHOR ANUT KRISTIAN


Bukit Katil 22 Dis : Ketua DPP Kawasan Bukit Katil mempersoalkan apa tindakan yang diambil oleh Noh Gadut terhadap gejala kritianisasi terhadap orang asli di negeri Johor.

?Bilangan orang asli yang menganut Kristian di Johor adalah ramai sebab itu mereka boleh dirikan gereja di kampong mereka? kata Hj Salamat ketika di minta mengulas laporan sebuah akhbar internet hari ini.

Ahkbar itu melaporkan bahawa sebuah gereja kepunyaan orang asli kristian telah dirobohkan oleh pihak berkuasa di Kuala Masai, Johor Khamis lalu.

?Apa yang Noh Gadut buat, apakah sekadar ?menggendutkan? perutnya sahaja di pejabat, orang asli nak masuk kristian ke, hindu ke dia buat tak kisah? soal Hj Salamat yang juga merupakan Bendahari DPP Negeri Melaka.

?Tak kan Noh Gadut tidak sedar, atau mungkin dia sibuk mengenalpasti pegawai-pegawai agama di Johor yang cenderung sokong PAS, sebab itu tak ada masa nak ambil tahu pasal orang asli ini? sindir Hj Salamat dengan sinis.

Baru-baru ini Harakahdaily melaporkan bahawa Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman mencabar Noh supaya meletakkan jawatan dan menyertai Umno kerana beliau mendakwa bahawa Noh sekarang ini sibuk mencari nama-nama pegawai agama yang dikatakan menyokong PAS dan pembangkang.

Haji Salamat juga menggesa semua Jabatan Agama Negeri di seluruh negara supaya memperhebatkan gerakan dakwah kepada orang asli kerana difahamkan sekarang ini bilangan orang asli yang memeluk kristian semakin ramai terutama di Pahang dan Perak.

Ini berlaku kerana tiadanya usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan oleh Jabatan Agama dalam hal ini. Manakala mubaligh-mubaligh kristian pula bekerja siang malam mendakwah mereka sehingga mereka sanggup tinggal di perkampungan orang asli. Orang asli ini juga kadang-kadang disogokkan dengan wang ringgit dan barangan keperluan harian supaya mereka menganut kristian.

?Kadang-kadang orang asli yang sudah menganut Islam pun tidak mengamalkan cara hidup Islam kerana tiada orang mengajar mereka? jelas Hj Salamat.

?Kalau macam ini serahkan sahaja tugas mendakwah orang asli ini kepada PAS dengan dana sekali, Insya Allah PAS dapat menjalankan tugas ini dengan berkesan? tambah Hj Salamat.

?Umno sebenarnya tidak kisah pasal agama ini, apa yang penting orang asli mesti pangkah BN masa pilihanraya itu sahaja yang Umno pentingkan? kata Hj Salamat lagi.



'HI-TEA DAN CERAMAH YB SALAHUDDIN DI KAWASAN BUKIT KATIL


BUKIT KATIL 22 DIS : Ketua DPP Pusat, YB Salahuddin Ayub akan memenuhi dua program anjuran MTD Bukit Baru dan dan DPP Kawasan dalam bulan Disember dan Januari ini.

Program pertama ialah pada 28 Disember ini iaitu Program 'Hi-Tea' bertempat di Markaz MTD Bukit Baru, Pekan Bukit Baru berhadapan Flat Sri Siantan bermula 28 Disember ini bermula pada jam 5.00 petang.

Program kedua ialah ceramah umum pada 24 Januari bermula jam 9.00 malam di DUN Ayer Molek. Tempat dan lokasinya akan ditentukan kemudian.


ALI RUSTAM TUNJUK SAMSENG


BUKIT BARU 22 DIS : Ketua Menteri Melaka di laporkan memberikan kata dua kepada Ketua Umno Cawangan Bukit Baru Dalam supaya merobohkan Markaz Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Baru dan Pejabat PAS Cawangan Bukit Baru dalam masa 3 bulan atau beliau sendiri akan melakukannya jika cawangan gagal berbuat demikian.

Menurut Timbalan YDP Kawasan Bukit Katil, Hj Bakrin Sidek perkara ini telah didedahkan kepadanya oleh Pengerusi MTD Bukit Baru, Md Dan Siron baru -baru ini.

"Ali Rustam atau 'Ali Ketam' sebenarnya berasa tercabar dengan keujudan markas ini kerana ianya terletak di dalam DUN yang diwakilinya sendiri", jelas Hj Bakrin yang bertanding menentang Ali dalam Pilihanraya Umum lalu.

"Oleh kerana itulah beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan yang biadap dan samseng seperti itu" jelas Hj Bakrin yang mempersoalkan mengapa kenyataan seperti boleh keluar dari seorang Naib Presiden Umno.

"Kalau macam inilah perangai Ali Rustam jangan haraplah beliau akan dipilih oleh Najib untuk menjadi calon Timbalan Perdana Menteri kelak", tegas Hj Bakrin lagi.

Markas MTD Bukit Baru yang terletak betul-betul di tengah Pekan Bukit Baru berhadapan dengan Flat Sri Siantan dilihat sebagai mencabar kewibawaan Ali Rustam, lebih-lebih lagi ianya berada di lokasi yang sangat strategik.

Keujudan Markas ini sebenarnya adalah atas daya usaha yang tidak mengenal penat dan lelah oleh Ketua PAS Cawangan Bukit Baru, Us Ibrahim. Ianya di sewa dari seorang penyewa yang bukan di kalangan ahli PAS. Setakat ini pihak MTD dan Cawangan telah menjalankan bebeberapa pengubahsuaian untuk menceriakan bangunan tersebut. Ianya adalah hasil dari derma dan infak orang ramai.

Bangunan ini telah dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang beberapa bulan lalu.


KERAJAAN TERUS GAGAL TANGANI MASALAH DADAH


MELAKA 22 DIS : Laporan akhbar hari ini jelas membuktikan bahawa kerajaan Islam Hadhari gagal menyelesaikan isu dadah yang telah berlarutan puluhan tahun.

Sebagai contohnya akhbar itu melaporkan bahawa bilangan penagih di Pahang bertambah lima orang setiap hari dan dianggarkan, bagi seorang penagih yang dikesan di negeri ini, empat penagih lain masih bebas.

Menurut Buletin Dadah Pahang, sejumlah 1,356 penagih dikesan di negeri ini sepanjang tempoh Januari hingga September lalu, iaitu peningkatan 12.54 peratus berbanding 1,085 bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Buletin itu turut melaporkan 165 penagih dikesan setiap bulan di negeri ini.

Kaum Melayu masih mencatat bilangan penagih tertinggi iaitu 93.12 peratus dan 99.36 peratus daripada penagih di negeri ini adalah lelaki manakala 83.52 peratus berusia antara 20 hingga 39 tahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob yang memetik laporan itu berkata, di sebalik tindakan kerajaan mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara, najis itu terus menjadi pilihan utama golongan remaja di negeri ini.

Menurutnya, berdasarkan bilangan dan profil penagih dadah di negeri ini, status penagihan boleh disifatkan membimbangkan.

Sehingga hari ini masih belum ujud langkah-langkah berkesan yang diambil oleh kerajaan Islam Hadhari dalam menangani masalah ini. Kaedah yang diajar oleh Allah iaitu mengambil Islam sebagai jalan penyelesaian semua masalah masih tidak diyakini oleh 'penganut' Islam Hadhari ini. Sebaliknya mereka lebih yakin kepada kaedah barat yang ternyata gagal. Antara langkah yang tidak masuk akal yang akan diambil oleh kerajaan ialah membekal jarum suntikan kepada penagih dan lain-lain yang jelas telah gagal menangani isu ini dibarat.

PAS telah berkali-kali menggesa kerajaan supaya mengambil Islam sebagai teras kepada pencegahan penularan gejala dadah. Kaedah yang diajar oleh Islam juga semestinyadigunakan untuk pemulihan penagih dadah ini.


SYED RAZAK DIJANGKA LETAK JAWATAN


MELAKA 22 DIS : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain, yang bercuti panjang selepas diserang penyakit paresis pada 8 April lalu, dijangka meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah sehari dua lagi selepas sekian lama jawatan itu dipangku oleh Datuk Mahadzir Khalid.

Sebuah akhbar melaporkan hari ini bahawa Syed Razak yang baru pulang daripada bercuti empat minggu di Australia, Isnin lalu, dijangka menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Sejak diserang paresis, Syed Razak, 61, terpaksa mengambil cuti panjang untuk mendapat rawatan termasuk daripada beberapa pakar di Jerman, Singapura dan dalam negara.

Perdana Menteri, pada 9 Julai lalu, membenarkan Syed Razak bercuti panjang dan mengecualikannya, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah daripada menghadiri Perhimpunan Agung Umno pada 19 hingga 23 Julai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pedu, Datuk Mahdzir Khalid yang juga Exco Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Pembangunan Koperasi dilantik memangku jawatan menteri besar untuk tempoh tiga bulan dari 17 Julai hingga 16 Oktober.

Ia kemudian dilanjutkan sehingga 15 Januari depan berikutan keadaan kesihatan Syed Razak yang belum pulih sepenuhnya.

Spekulasi peletakan jawatan Syed Razak mula muncul selepas beliau diserang penyakit itu. Bagaimanapun, beliau menafikannya selepas pulang daripada mendapatkan rawatan di luar negara dan menjelaskan sedia untuk kembali menjalankan tugasnya.

Pada 14 Mei, beliau yang memulakan tugasnya selepas bercuti rehat sejak 28 April, mempengerusikan tiga mesyuarat di Wisma Darulaman, Alor Star iaitu Mesyuarat Pembangunan Negeri, Mesyuarat Tindakan Negeri dan Mesyuarat Exco.

Ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat itu, Syed Razak berkata, beliau sihat dan sedia untuk menjalankan tugas.

Bagaimanapun, spekulasi mengenai peletakan jawatan itu kembali timbul berikutan pertemuan Mahdzir dengan Abdullah yang berlangsung di pejabat Perdana Menteri, petang Isnin lalu.

Sumber-sumber bagaimanapun menjelaskan pertemuan itu lebih berkisar kepada keadaan banjir di Kedah, selain memohon peruntukan untuk negeri itu menganjurkan Sukan Malaysia (Sukma) tahun depan.

Syed Razak mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada 11 Disember 1999 menggantikan Tan Sri Sanusi Junid.


MENGIMBAU KEMBALI SETAHUN KEJADIAN RIBUT TSUNAMI


PULAU PINANG 22 Dis. - Pejam celik pejam celik dan dalam sedar tidak sedar Tsunami telah berlaku hampir setahun lalui. 26 Disember ini makan genaplah setahun kejadian itu berlaku.

Detik-detik menjelang 26 Disember ini bagaikan satu `penyeksaan' kepada mangsa-mangsa Tsunami. Ada yang kehilangan anak, keluarga dan harta benda.

Kejadian Tsunami tersebut sedikit sebanyak menyedarkan kita bahawa Allah berkuasa untuk memusnahkan makhluknya dalam sekelip mata.

Namun dilihat dari tingkahlaku pemimpin dan rakyat Malaysia selepas beberapa bulan Tsunami menggambarkann kepada kita bahawa mereka ini masih tidak sedar dan insaf lagi. Pelbagai program maksiat terus ditaja oleh kerajaan atau ianya tidak dihalang malah digalakkan oleh kerajaan. Teguran dan fatwa Majlis Mufti atau nasihat Mufti yang menyatakan beberapa program yang dijalakan kerajaan atau agensi kerajaan adalah haram tidak diendahkan.

Program sambutan tahun baru dan perayaan tertentu masih menjuruskan kepada maksiat dan hedonisme. Bila lagi mereka ini hendak insaf kita pun tidak mengetahui isi perut mereka.

Pemimpin Kerajan masih belum berubah menggunakan sepenuhnya kuasa mereka menekan dan menzalimi rakyat dengan pencabulan hukum agama dan pencabulan demokrasi. Pembangkang dan penyokongnya ditekan seolah-olah mereka ini rakyat kelas kedua yang hina.

Megimbau kembali kenangan Tsunami ini sudah tentu amat menyedihkan. Detik-detik kejadian tersebut masih segar dalam ingatan pemandu bas kilang, Zulkifli Mohd. Noor, 42, selepas kehilangan lima anaknya dalam sekelip mata ketika berkelah di Pantai Pasir Panjang, Pulau Betong, Balik Pulau dekat sini, hampir setahun lalu.

Walaupun mereka sekeluarga pasrah dengan amukan ombak besar yang menggulung pantai, hari-hari mendatang dihitung dengan penuh debaran - kalau-kalau peristiwa hitam tsunami menjengah kembali.

Jika pepatah menyatakan `Masa merubah segalanya' atau `Alah bisa tegal biasa', ia tidak berlaku kepada keluarga ini kerana ternyata mereka masih ditimpa trauma berpanjangan kerana kehilangan insan tercinta dalam senafas sahaja.

Menurut Zulkifli, semakin lama tragedi malang itu ditelan waktu, semakin sukar untuk melenyapkannya dari kotak fikiran - seolah-olah baru semalam ia berlaku.

Ekoran kejadian itu, mereka seperti `merajuk' dengan desiran ombak sehingga tidak mahu lagi ke pantai.

``Sejak kejadian itu, kami sekeluarga tidak pernah menjengah ke pantai apatah lagi untuk berkelah.

``Bukan kami memusuhi pantai tetapi masih terbayang-bayang bagaimana kelima-lima mereka hilang dibawa arus deras,'' ujarnya ketika dihubungi sebuah akhbar harian di rumahnya di Pondok Upeh, Balik Pulau.

Pada 26 Disember lalu, Zulkifli dan isterinya, Jamilah Majid, 39, tidak sempat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan lima daripada tujuh anak mereka setelah dihanyutkan ombak besar sewaktu berkelah di pantai itu.

Mangsa-mangsa ialah Siti Nurain, 16, Mohd. Shukri, 12, Siti Nur Shuhada, 10, Siti Nur Atikah, 9 dan Siti Suraya, 5, manakala anak yang terselamat ialah Siti Fairuz, 7, dan Siti Zulaikha, setahun sembilan bulan.

Zulkifli menyatakan, kejadian tersebut banyak mengganggu kehidupan sehariannya kerana empat bulan selepas itu dia masih tidak mampu meneruskan tugas sebagai pemandu bas kilang.

Dia menjelaskan, tugas berkenaan memerlukannya menyeberangi laut setiap hari melalui Jambatan Pulau Pinang ketika ber�ulang-alik dari Seberang Perai ke bahagian pulau -satu `bebanan' yang amat berat untuk dipikul.

Menurutnya hingga kini, bukan dia sahaja merasa berdebar-debar setiap kali menyeberangi jambatan, malah perasaan itu turut dikongsi oleh isterinya.

``Jika dulu, isteri saya berani memandu kereta bersama anak-anak untuk pulang ke kampung di Batu Kurau, Perak tetapi kini dia tidak sanggup lagi berbuat demikian,'' ujarnya.

Zulkifli turut menyatakan, isterinya masih lagi kesedihan dan kerap takut ketika hari hujan dan keadaan gelap.

Ketika ditanya bagaimana mereka sekeluarga melawan perasaan rindu terhadap ahli keluarga yang telah pergi, bapa tujuh orang anak itu menyatakan, hanya pakaian dan kelengkapan sekolah peninggalan mereka menjadi penawar duka.

Katanya, dia tidak sampai hati untuk memberikan barang-barang peninggalan mereka kepada saudara-mara atau jiran kerana hanya itu sahaja `harta' paling berharga untuk direnung-renung ketika kesedihan.

``Memang ramai suruh saya sedekahkan barang kepunyaan anak-anak dengan alasan buat apa lagi dikenang-kenang tapi saya tidak sampai hati kerana jika diberi, tiada apa lagi yang tinggal untuk kami.

``Lantas saya membeli sebuah almari dan menyimpan semuanya di situ,'' ujarnya dengan nada pilu.

Bagaimanapun, di sebalik semua ketetapan Allah s.w.t. ke atas mereka, Zulkifli bersyukur kerana mereka sekeluarga masih mampu meneruskan kehidupan walaupun kesedihan hadir tanpa diundang.

Apa yang pasti keluarga malang ini cukup sabar dan tabah menghadapi dugaan Ilahi - berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada semua mangsa Tsunami dan memberikan kekuatan kepada keluarga mereka untuk menempuh hari-hari mendatang.


PAK LAH GESA PERKASAKAN RAKYAT KELANTAN. BAGAIMANA DENGAN MELAYU PULAU PINANG YANG KIAN TERHIMPIT


MELAKA 22 DIS : Laporan media hari ini menyebut bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu keunikan rakyat Kelantan diperkasakan bagi membolehkan kejayaan yang lebih besar dicapai.

Beliau berkata negeri Kelantan mempunyai usahawan yang ramai dan telah berjaya.

Pak Lah yang juga 'ulama besar' Islam Hadhari berkata, kini bagaimana kita hendak memperkasakan mereka. Kita mahu usahawan-usahawan kecil Kelantan misalnya dapat menambah nilai perniagaan mereka, katanya ketika berucap pada Persatuan Anak-anak Kelantan Darul Naim Malaysia di sini malam ini.

Sementara itu, Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Hj Salamat Aman berkata Pak Lah sepatutnya lebih menumpukan usaha untuk 'menyelamatkan' umat melayu yang kian terhimpit di negeri beliau, Pulau Pinang. Tanah-tanah orang melayu semakin berkurangan, orang melayu yang tinggal di 'gigi' laut pun dihalau keluar atas dasar pembangunan yang sedikit pun tidak menguntungkan orang melayu.

"Apa yang Pak Lah sibuk-sibuk dengan Kelantan. Di Kelantan MBnya orang melayu, peratus orang melayu masih melebihi 90 %, tanah melayu masih luas, di Pulau Pinang apa dah jadi", soal Hj Salamat yang juga merupakan Ketua DPP Kawasan Bukit Katil.

"Orang melayu sekarang ini ramai yang berhijrah ke Kedah, kerana tidak sanggup tidak kos hidup yang tinggi di Pulau Pinang. Yang tinggal di Pulau Pinang hanyalah Mamak-mamak nasi kandar dan pelajar-pelajar USM, yang lain dah lari kat Kulim, Bandar Baru, Mahang dan Sg. Petani" sindir Hj Salamat.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59