Wednesday, 21 December 2005

PAS KAWASAN DESAK PERTAHANKAN KEISLAMAN M.MOORTHY



BUKIT KATIL 21 DIS : PAS Kawasan Bukit Katil mendesak pihak berkuasa di dalam negara supaya bertegas dengan isu besar berkaitan dengan kekecohan samada bekas pendaki Gunung Everest M.Moorthy(Gambar) yang meninggal dunia pagi semalam adalah seorang Islam atau Hindu.

Sudah isu-isu sebegini yang jelas menjatuhkan maruah Islam apabila kes-kes berkaitan kepetingan Islam akhirnya di menangi oleh pihak lain apabila ianya di bicarakan di Mahkamah Sivil seperti kes Hartini Kamaruddin dan sebagainya.

Sudah sampai masanya pihak kerajaan menggubal undang-undang yang jelas dan berkesan demi untuk mengekalkan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Pihak bukan Islam sepatutnya sentiasa menghormati apa juga undang-undang yang termaktub yang berkaitan dengan Islam.

'Kami mendesak supaya jika sekiranya terdapat bukti yang sah dan jelas bahawa Mohamad Abdullah (Nama Islam Moorthy) adalah seorang Islam maka pihak JAKIM dan JAWI mesti memastikan yang jenazah Mohamad di kebumikan menurut Islam' jelas Hamzah Yusof Setiausaha Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil ketika ditemui di Pejabat PAS Kawasan petang tadi.

Berita kematian pendaki Gunung Everest, Koperal M. Moorthy, 36, semalam, telah menimbulkan kekecohan apabila mayatnya menjadi rebutan antara keluarga dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Ini kerana, Jawi mendakwa Moorthy telah memeluk agama Islam sejak 8 Mac lalu. Pada masa sama, keluarganya tetap mengatakan Moorthy masih beragama asal iaitu Hindu.

Moorthy meninggal dunia akibat penyakit cervical sick selepas terjatuh ketika latihan somersault di Kem Sungai Udang, Melaka pada 14 Ogos 1998.

Laporan media hari ini menyebut bahawa keluarga Mohamad telah membuat tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Mahkamah di jangka akan mengumumkan keputusannya besok.

Sementara itu JAWI telah juga memfailkan kes ini di Mahkamah Syariah.

Andaikata kes ini dimenangi oleh keluarga Allahyarham Mohamad maka ini merupakan satu lagi tragedi malang bagi kedaulatan Islam apabila Mahkamah Sivil dilihat lebih berkuasa menjatuhkan hukuman dalam hal-hal berkaitan dengan agama.

Peguam bagi pihak keluarga Allahyarham Mohamad, Sivanesan, dalam kenyataan kepada TV3 yang disiarkan dalam Buletin Utama malam ini menegaskan bahawa pihak keluarga si mati tidak percaya yang Allahyarham Mohamad adalah seorang Islam kerana sepanjang pengetahuan merela si mati tidak mengamalkan ajaran Islam semasa beliau hidup.

Dalam hal berkaitan, PAS Kawasan Bukit Katil juga amat kesal dengan sensitiviti pemimpin negara kita dan juga umat Islam negara ini yang di lihat langsung tidak sensitif dengan isu ini. Tiada langsung kenyataan-kenyataan yang di buat oleh pemimpin-pemimpin Umno dalam menangani isu ini. Umat Islam juga berdiam diri tidak sensitif walaupun isu ini sebenarnya isu besar yang mesti ditangani oleh umat Islam keseluruhannya.

Kes ini sekali lagi menjadi kes yang akan menentukan apakah undang-undang yang di pakai di negara ini benar-benar menjaga kepentingan Islam.


GAMBAR-GAMBAR SEKITAR KAWASAN YANG DI LANDA BANJIR DI UTARA DAN TIMUR SEMENANJUNG




Gambar dipetik dari BERNAMA


HARGA AYAM NAIK HARI INI. RAKYAT MAKIN TERHIMPIT


MELAKA 21 DIS : Tahun 2005 merupakan tahun yang 'gelap' bagi rakyat Malaysia apabila harga barangan melambung dengan mendadak berikutan kenaikan harga minyak beberapa kali tahun ini.

Semalam sekali lagi rakyat dihidangkan dengan berita yang menjadi 'halwa' telinga apabila pihak berkenaan mengumumkan bahawa harga ayam naik bermula hari ini, Rabu.

Harga runcit ayam siang jenis super tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal naik kepada RM6.45 sekilo mulai hari ini, berikutan kenaikan harga ayam hidup di ladang sebanyak 20 sen sekilo mulai esok.

Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa harga ayam hidup di ladang naik kepada RM3.80 sekilo berbanding RM3.60 sebelum ini.

Menurutnya, kenaikan itu berasaskan permintaan dan bekalan semasa.

Menurut Bernama, berikutan kenaikan harga ayam hidup di ladang, harga ayam hidup pemborong juga naik kepada RM4.30 sekilo, manakala harga pemborong ayam siang naik kepada RM5.15 sekilo.

Harga runcit ayam hidup pula ialah RM4.80 sekilo, dan harga runcit ayam siang standard berserta kaki, kepala, hati dan hempedal ialah RM5.75 sekilo.

Nampaknya satu demi satu harga barangan keperluan naik. Pengumuman kerajaan bahawa pihak berkuasa akan memantau kenaikan harga supaya pihak peniaga tidak menaikkan harga barangan yang keterlaluan adalah semata-mata hendak menyedapkan telinga. Mana mungkin kerajaan dapat memantau semua premis perniagaan seluruh negara yang jumlahnya mungkin mencecah ratusan ribu.

"Kalau nak bercakap tu biarlah berlapik dan berpijak di bumi nyata" sindir Hj Yassim Musa, 56, seorang pengguna yang berasal dari Paya Dalam, Melaka ketika diminta mengulas laporan media berkenaan isu ini.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59