Tuesday, 20 December 2005

BANJIR SEMAKIN BURUK


Malaysiakini melaporkan bahawa BANJIR SEMAKIN BURUK, BANDAR KANGAR 'LUMPUH'.

Ikuti laporan Malaysiakini di bawah


Bandar Kangar "lumpuh" setelah terputusnya bekalan elektrik dan air bersih akibat banjir manakala bilangan penduduk yang dipindahkan di empat negeri -- Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu -- berganda menjadi 20,695 orang semalam, berbanding 10,400 orang sehari sebelumnya.

Dua kematian dilaporkan semalam, iaitu seorang kanak-kanak enam tahun yang lemas di sebuah sungai di Tanah Merah, Kelantan, manakala seorang lagi, lelaki uzur berusia 69 tahun ditemui mati bersendirian di rumahnya di Tambun Tulang, Perlis, setelah enggan berpindah semalam.

Banjir di Kedah dan Perlis yang disifatkan sebagai yang paling buruk dan luar biasa dalam tempoh 30 tahun sehingga kini sudah memusnahkan 13,000 hektar sawah di Perlis dan 12,000 hektar di Kedah yang terletak di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).

Bernama melaporkan, turut musnah ialah 3,000 hektar sawah di luar Mada di Kedah, dan kerugian sawah di kedua-dua negeri itu dianggarkan mencecah RM39 juta.

Di Dungun, Terengganu, seorang nelayan dilaporkan hilang setelah botnya dipukul ommbak besar berhampiran muara pantai. Empat lagi rakannya berjaya diselamatkan.

Keseluruhan ibu negeri Perlis digenangi air sedalam kira-kira satu meter sejak semalam membuatkan kira-kira 20,000 penduduknya menghadapi kesukaran untuk menjalankan kehidupan harian.

Gangguan elektrik

Gangguan elektrik disebabkan kerosakan pada pencawang masuk utama di Kangar mengakibatkan bandar Kangar bergelap sepenuhnya malam tadi, dan hari ini Tenaga Nasional Berhad (TNB) hanya mampu memulihkan sebahagian kecil bekalan tersebut kerana bimbangkan keselamatan penduduk.

Bekalan air pula terjejas berikutan beberapa loji memproses dan merawat air di Sungai Batu Pahat dan Arau ditenggelami banjir.

Penduduk mula menyuarakan kebimbangan terhadap kebersihan makanan kerana tiada bekalan air yang bersih, tetapi Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim memberi jaminan bekalan air bersih akan dipulihkan selepas banjir pulih.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bergegas menaiki pesawat ke Alor Setar, Kedah sebelum menaiki helikopter melawat kawasan yang teruk dilanda banjir di negeri-negeri tersebut semalam.

Beliau turut meninjau keadaan sekitar bandar Kangar dengan menaiki sebuah trak tentera.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara berkata kerajaanakan memberi saguhati kepada penduduk yang terjejas termasuk petani yang sawah mereka musnah.

Semasa di Jitra, Najib berkata kerajaan akan menyalurkan bantuan kewangan kepada mangsa banjir di Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan untuk meringankan beban mereka setelah penilaian kerugian secara keseluruhan selesai dilakukan dalam sedikit masa lagi.

Dirikan kemah

Di Perlis, selain 4,236 orang dipindahkan ke pusat pemindahan, beberapa penduduk enggan berpindah ke pusat pemindahan sebaliknya mendirikan khemah di kawasan tinggi yang terletak tidak jauh dari kampung halaman mereka.

Bilangan penduduk yang dipindahkan di Kedah pula meningkat kepada 11,720 orang manakala di Kelantan dan Terengganu masing-masing mencatat 2,691 dan 2,048 orang.

Keadaan banjir di Kedah yang melibatkan daerah Kubang Pasu, Padang Terap dan Kota Star semakin parah dengan mangsa banjir yang dipindahkan semakin meningkat semalam berbanding hari sebelumnya.

Setakat ini, 12,077 mangsa banjir berkampung di pusat-pusat pemindahan bagi ketiga-tiga daerah terbabit.

DI Kubang Pasu, jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat walaupun hujan tidak melanda kawasan itu sejak dua hari lalu.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir daerah itu berkata, jumlah mangsa yang dipindahkan ke 31 pusat pemindahan sehingga pagi tadi ialah 8,420 orang berbanding 7,297 semalam.

Bagaimanapun, dua pusat pemindahan di daerah itu iaitu di Sekolah Menengah Hosba dan surau Kampung Bemban ditutup pagi ini selepas mangsa pulang ke rumah masing-masing berikutan air surut.

Di Padang Terap, seramai 1,694 mangsa masih ditempatkan di 18 pusat pemindahan manakala 1,130 mangsa dari lima pusat pemindahan pulang ke rumah masing-masing pagi ini.

Di Kota Star, bilangan mangsa dari 21 buah kampung yang ditempatkan di 12 pusat pemindahan ialah 1,760 orang.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir daerah itu berkata Kampung Empa dan sekitar kampung-kampung di daerah kecil Pokok Sena adalah antara kawasan yang serius dilanda banjir.

Katanya, paras air di Pantai Johor mencecah 4.36 meter, melebihi paras bahaya 3.05 meter.

Di Perlis, paras air di Kangar mulai surut dengan mencatat 0.8 meter berbanding satu meter semalam. Bagaimanapun bandar itu masih lumpuh dengan jalan masuk masih ditutup kepada kenderaan ringan.

Sementara bekalan air masih terputus sejak lima hari lalu kerana loji air ditelenggami air. Bagaimanapun bekalan elektrik mulai pulih dengan hanya kawasan Medan Raja Syed Alwi masih terputus hari ini.

Pejabat dan agensi kerajaan beroperasi seperti biasa dengan tenaga kerja yang kecil, termasuk pejabat Menteri Besar yang merupakan urusetia bencana alam negeri. Para pekerja terpaksa meredah air setinggi lutut untuk ke tempat kerja.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan banjir, di utara Perlis, keadaan banjir mulai pulih dengan pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Titi Tinggi Hilir ditutup malam tadi.

Di selatan Perlis pula, terutama di kawasan Tambun Tulang, paras air bertahan dengan kira-kira 1,000 mangsa masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan -- Sekolah Kebangsaan Tambung Tulang, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad dan Dewan Orang Ramai Kampung Surau.

Di Kelantan, keadaan banjir di Kelantan tidak banyak berubah dan lebih 2,000 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan atau menumpang di rumah saudara mara mereka.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata sebahagian besar daripada 2,879 mangsa banjir itu adalah dari beberapa buah kampung di Pasir Mas berikutan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada di atas paras bahaya.

"Keadaan di tempat lain sudah semakin baik seperti di Machang dan Jeli, kesemuanya sudah pulang ke rumah," katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya paras air Sungai Golok hanya surut sedikit berbanding malam tadi pada bacaan 10.21 meter pagi ini, masih di atas paras bahaya 9 meter, kerana hujan lebat di selatan Thailand.

Keadaan cuaca cerah sejak semalam di Kelantan menyebabkan paras air di semua sungai utama yang lain semakin surut.

Jurucakap itu juga berkata ketika ini hanya jalan alternatif dari Rantau Panjang ke Jeli di Kampung Lalang Pepuyu masih ditutup kepada semua kenderaan.

Di Terengganu pula, keadaan banjir hampir pulih sepenuhnya dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan tinggal 44 orang berbanding 333 orang lewat malam tadi.

Pegawai Turus Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu DSP Setapa Yusoff berkata pusat pemindahan yang masih beroperasi di Besut ialah di Surau Tok Bugis dan di Surau Beris Lampu manakala di Kemaman, di Sekolah Kebangsaan Ibok.

Setapa berkata, jalan utama yang masih ditutup kepada semua kenderaan ialah di Km31 dan Km33 Jalan Kuala Terengganu ke Kota Baharu di Kampung Belara yang ditenggelami air sedalam satu meter dan jalan di sempadan Setiu dan Hulu Terengganu di Kampung Tayor disebabkan tanah mendap yang berlaku pada jam 2.20 petang semalam.

Orang ramai yang ingin ke Kota Baharu, disyorkan melalui jalan pantai iaitu laluan Gong Badak-Merang-Bukit Putera-Setiu. Jalan pantai Penarik ke Permaisuri juga dibuka kepada semua kenderaan mulai pagi ini.

Setapa berkata, paras air di semua sungai utama negeri itu turun di bawah paras bahaya.

Di Perak, 404 orang mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan.

Jurucakap Bilik Gerakan Polis Negeri berkata antara kawasan yang dinaiki air ialah daerah Manjung membabitkan enam buah kampung dan sebuah kampung di daerah Perak Tengah.

Penduduk terlibat ialah di Kampung Tebuk Yan, Batu 3, Segari, Sungai Batu, Pantai Remis, Kampung Ujung Pasir, Pantai Remis, Kampung Padang Serai dan Kampung Indah sementara di Perak Tengah, Kampung Parit 6 Layang-Layang Kiri.

Air naik di kawasan kampung terbabit sedalam satu setengah meter dan dijangka air bertambah surut berikutan cuaca agak cerah pagi ini, katanya ketika dihubungi.

Kesemua kampung itu terletak berhampiran Sungai Perak dan hujan lebat sejak tiga hari lalu memburukkan keadaan.



NO CHANGED IN FLOOD-HIT KELANTAN


BERNAMA MELAPORKAN....

KOTA BAHARU, Dec 20 (Bernama) -- The situation in flood-hit Kelantan remained unchanged this morning with more than 2,000 evacuees still taking shelter in the relief centres and relatives' homes.

A Kelantan police flood operations room spokesman said the majority of the evacuees were from several villages in Pasir Mas where the Sungai Golok level in Rantau Panjang was still above the danger point.

The situation in places like Machang and Jeli was improving with all the evacuees having returned home, he told Bernama.

As at 9am, 2,879 evacuees -- 2,667 in Pasir Mas and the rest in Tanah Merah -- were still at the relief centres and relatives' homes.

The spokesman said the Sungai Golok level had dropped slightly to 10.21m but still exceeded the danger level of 9m although the levels of the other main rivers in the state were receding due to the fine weather yesterday.

He said Rantau Panjang town was only passable to heavy vehicles.

In TERENGGANU, the situation had improved vastly with only 44 of the evacuees still in the relief centres -- 28 in Besut and 16 in Kemaman -- compared with 333 last night.

Terengganu police flood operations room staff officer DSP Setapa Yusoff said the situation in Setiu district had returned to normal and the last batch of 89 evacuees was allowed to return home last night.

He said the main road from Kuala Terengganu to Kota Baharu from km31 to km33 in Kampung Belara was still under 1m of water and was closed to all traffic.

The road at the Setiu-Hulu Terengganu border was also not passable to traffic because of a cave-in yesterday.

Motorists heading for Kota Baharu were advised to take the Gong Badak-Merang-Bukit Putera-Setiu coastal road.

The coastal road from Penarik to Permaisuri was open to all traffic this morning after the waters in Kampung Nyatoh had receded, he said, adding that all the major rivers in the state were now below the danger level.

In PERLIS, the water level in Kangar had dropped to 0.8m from 1m yesterday but the town was still muddy and the road leading to it was still closed to heavy vehicles.

Water supply was still disrupted for the fifth day because the water treatment plan was under water but electricity supply had been restored except to Medan Raja Syed Alwi.

The government offices and agencies were operating with a skeleton workforce. The menteri besar's office is being used as the state disaster relief secretariat.

The workers had to wade through knee-high water to get to their workplace.

A flood operations room spokesman said the flood waters in northern Perlis were receding and the evacuation centre at the Titi Tinggi Hilir community hall was closed last night.

In southern Perlis, the flood waters had not abated, especially in Tambun Tulang, and about 1,000 flood victims were still at three evacuation centres at Sekolah Kebangsaan Tambung Tulang, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad and the Kampung Surau community hall.

In PERAK, 404 people from 84 families were still at the evacuation centres as the flood waters in their villages continued to rise.

A state police operations room spokesman said the flood waters in six villages in Manjung district -- Kampung Tebuk Yan (with 20 evacuees), Batu 3, Segari (65), Sungai Batu, Pantai Remis (15), Kampung Ujung Pasir, Pantai Remis (8), Kampung Padang Serai (189) and Kampung Indah, (14) -- were still rising.

Another affected village was Kampung Parit 6, Layang-Layang Kiri in Perak Tengah district, involving 93 evacuees.

He said the villages were under 1.5m of water but the level was expected to drop with the fine weather this morning, after three days of heavy rain.

However, in KEDAH, the number of flood victims evacuated to 31 centres in Kubang Pasu rose to 8,420 this morning from 7,297 last night despite there being no rain in the area for the past two days.

In Kubang Pasu, flood operations spokesman said two centres at Sekolah Menengah Hosba and Kampung Bemban surau were closed this morning after all the victims were allowed to return home.

Among the badly affected areas were Kampung Pulau Timbul Jeram, Kota Mengkuang and Wang Tepus which were under 2m of water.

In Padang Terap, there were still 1,694 evacuees in the relief centres after 1,130 were allowed to return home this morning.

A district flood operations spokesman said nearly 20 villages had been hit by floods over the last three days.

In Kota Star, 1,760 victims from 21 villages had been evacuated to 12 relief centres, a flood operations room spokesman there said, adding that Kampung Empa and the surrounding villages in Pokok Sena were among those that were badly hit.

He said the water level at Pantai Johor was at 4.36m, above the danger mark of 3.05m.


BANJIR SEMAKIN BURUK DI UTARA. 11, 720 ORANG DIPINDAHKAN SEMALAM


MELAKA 20 DIS : Keadaan banjir di Kedah semakin buruk di mana 11,720 orang telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir semalam. Jumlah ini bertambah dengan mendadak berbanding dengan hari sebelumnya di mana 3,000 mangsa dipindahkan di seluruh negeri ini. Ini berikutan keadaan banjir bertambah buruk di empat daerah dalam negeri ini.

Seramai 6,653 mangsa dipindahkan ke 26 pusat pemindahan di Kubang Pasu, 2,857 mangsa di 56 pusat pemindahan di Padang Terap, 1,852 mangsa di Kota Star serta 358 orang di Langkawi semalam iaitu sehingga jam 2 petang.

Di Perlis pula, sebahagian besar negeri itu ditenggelami air dengan menyaksikan lebih 4,000 mangsa sudah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Sementara itu, PAS telah menubuhkan Tabung Bantuan Mangsa Banjir bagi memberikan bantuan segera kepada mangsa banjir yang dialami oleh penduduk lima negeri utara Semenanjung sekarang.

Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dalam kenyataannya berkata, pihaknya mengalu-alukan sumbangan semua pihak untuk membantu mangsa banjir berkenaan.
Mereka yang ingin menyumbang bolehlah memasukkan terus sumbangan mereka dengan memasukkan wang terus ke akaun Maybank 564070703248 atas nama Parti Islam Semalaysia.

Bantuan itu, kata Dr Lo' Lo' akan dihantar terus kepada mangsa bangjir yang memerlukan bantuan.

Lajnah Kebajikan PAS Pusat juga mengarahkan lajnah berkenaan di peringkat negeri dan kawasan digerakkan segera bagi membantu mangsa banjir di kawasan mereka.

"Begitu juga lajnah peringkat Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulamak perlu digerakkan segera bagi menghulurkan bantuan di mana perlu," kata Dr Lo' Lo' yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Banjir melanda Kedah, Perlis, Perak, Kelantan dan Terengganu sekarang ini.

Empat dilaporkan telah meninggal dunia akibat banjir kali ini.

Kedah dan Perlis mencatatkan rekod banjir terbesar sejak beberapa tahun lalu.

Daerah yang paling teruk adalah Kubang Pasu dan Jitra.

Sementara itu, PAS di negeri-negeri menubuhkan bilik gerakan khas bagi membantu mangsa banjir.

Di Kedah, PAS Kedah bertindak menubuhkan Jawatankuasa Khas Membantu Mangsa Banjir ekoran beberapa kawasan di negeri ini.

Antara kawasan yang teruk menimpa musibah itu adalah Changloon, Jitra, Padang Terap, Bukit Pinang, Pokok Sena, Jerlun dan Anak Bukit di Kuala Kedah.

Menurut Setiausaha PAS Kedah, Aris Awang, pihaknya dengan kerjasama PAS kawasan yang terlibat telah menghantar petugas bagi memberi bantuan awal terutamanya memindahkan mangsa ke pusat penempatan banjir di beberapa buah sekolah.

Berita dipetik dari Harakahdaily


KERAJAAN ISLAM HADHARI SOKONG PROGRAM MAKSIAT, TIDAK SERIUS TANGANI MASALAH PARTI LIAR.


MELAKA 20 DIS : Kerajaan Islam Hadhari pimpinan Abdullah Badawi sebenarnya tidak serius menangani masalah budaya parti liar yang berleluasa sekarang ini. Malah kerajaan yang ada hari inilah yang sebenarnya cenderung mengadakan konsert dan program maksiat yang menjadi kegilaan muda-mudi sekarang. Dalam majlis apa sekali pun samada program rasmi atau tidak rasmi mesti diselitkan dengan nyanyian atau konsert yang menggalakkan percampuran lelaki dan wanita. Ini sudah menjadi budaya kerajaan yang ada sekarang. Tidak hairanlah kalau budaya-budaya nyanyian dan konsert ini akhirnya akan menjadi tunas dan benih bercambahnya program yang lebih liar.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab dalam kenyataannya kepada weblog ini menegaskan bahawa budaya parti liar ini membabitkan remaja Melayu yang beragama Islam sudah bertapak di negara ini sejak lima tahun lalu. Program seumpama ini akan dijalankan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini terutama ketika menyambut perayaan besar seperti tahun baru.

Di dalam parti liar ini pengunjungnya akan dihidangkan dengan minuman keras, pil ectasy, dadah dan sebagainya. Apabila mereka ini telah khayal dan mabuk maka mereka akan melakukan apa sahaja termasuk mengadakan hubungan seks secara bertukar-tukar pasangan.

Sofi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar harian Ahad lalu yang memuatkan berita bahawa satu parti liar sempena sambutan Tahun Baru 2006 yang bakal diadakan di Pantai Cenang, Langkawi, pada 31 Disember ini sempena sambutan tahun baru 2006.

Pendedahan berkenaan program parti liar ini diutarakan seorang ahli Dewan Negara, Senator Datuk Wira Syed Ali Syed Abbas Alhabshee, 14 Disember lalu.

"Saya menggesa Syed Ali supaya berjumpa dengan pimpinan tertinggi mendesak mereka supaya menghentikan segala program maksiat termasuk konsert, program pergaulan lelaki dan wanita, rancangan TV yang menjurus kepada maksiat, kerana program ini juga jelas bertentangan dengan Islam serta ianya menjadi permulaan kepada pesta liar seumpama ini," gesa Sofi yang juga Exco DPP Negeri Melaka.


LIM DAN BETTY TEWAS DALAM PEMILIHAN DAP MELAKA


MELAKA 20 DIS : Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew tewas dalam pemilihan kepimpinan DAP Melaka 18 Disember lalu. Ketewasan pasangan ini mengejut banyak pihak yang merasakan seolah-olah ada yang tidak kena dengan pemilihan tersebut.

Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok yang sekarang ini kecoh dengan isu ketuk ketampi dan berbogel menyatakan beliau sangat kecewa dengan keputusan itu. Namun beliau merasakan kekalahan itu mungkin disebabkan ahli yang mengundi beranggapan bahawa Lim tidak perlu memegang jawatan di peringkat negeri kerana ia memegang jawatan yang tinggi di peringkat Pusat.

Pemilihan itu menyaksikan bahawa, YB Goh Leong San telah dipilih menggantikan Sim Tong Him bagi jawatan Pengerusi DAP Melaka. Sim yang memegang jawatan tersebut selama 15 tahun melepaskan jawatan tersebut kepada anak didiknya yang merupakan seorang pemimpin muda DAP Melaka.

Dalam pemilihan tersebut, Lim mendapat undi paling sedikit iaitu 27 dan Betty mendapat 33 undi menduduki tempat kedua terbawah.

Sementara itu Ketua Lajnah Perpaduan Nasional DPP Negeri Melaka, Sofi Wahab mengucapkan tahniah diatas pemilihan Goh dan berharap bahawa hubungan baik PAS dan DAP Melaka dapat diteruskan dalam beberapa isu yang ditangani bersama. Beliau yang mengenali Goh sejak universiti yakin bahawa Goh mudah di ajak berbincang serta mengharapkan DAP Melaka akan sentiasa terbuka dan sedia bekerjasama dalam banyak hal.


ISRAEL TERUS MENGGANAS. Umno SANGGUP KIBAR BENDERA PENGGANAS INI


MELAKA 20 Dis. - Sahabat Umno, Israel terus mengganas di Palestin. Semalam Jet-jet pejuang telah melancarkan sekurang-kurangnya 10 serangan peluru berpandu di utara Gaza awal hari ini selepas pejuang Palestin melancarkan serangan roket dari bekas penempatan haram Yahudi di wilayah itu.

Serangan roket pejuang Palestin itu disasarkan di beberapa kawasan-kawasan sensitif yang terletak di pinggir bandar Israel.Para pegawai Palestin memberitahu, serangan peluru berpandu Israel itu disasarkan ke atas beberapa jalan raya yang menghubungkan kawasan utara Gaza dengan beberapa penempatan di pesisir pantai.

Tentera Israel pula menyatakan serangan itu bertujuan memutuskan perhubungan darat ke kawasan berhampiran pagar sempadan yang digunakan oleh para pejuang melancarkan serangan roket.

Walaupun serangan pejuang Palestin tersebut tidak mendatangkan kecelakaan, ia mengenai kawasan perindustrian berhampiran bandar Ashkelon yang menempatkan stesen janakuasa dan depot bahan bakar.

Sebuah rakaman video oleh Jihad Islam menunjukkan roket tersebut dilancarkan dari bekas penempatan Yahudi itu yang terletak berhampiran pagar sempadan.

Timbalan Menteri Pertahanan Israel, Zaev Boim berkata, tentera sepatutnya tidak semata-mata bertindak melancarkan serangan ke kawasan padang di utara Gaza.

``Mereka sudah menghampiri Ashkelon,'' kata Boim kepada Radio Israel dan menambah, serangan perlu disasarkan kepada sel pejuang Palestin membuat dan melakukan serangan roket.

Semalam dalam mesyuarat mingguan Kabinet, Menteri Pertahanan Israel, Shaul Mofaz berkata, serangan-serangan terbaru memperlihatkan Pihak Berkuasa Palestin ``tidak berdaya'' mengekang para pejuang.

Walaupun kekejaman demi kekejaman di lakukan oleh rejim Zionis ini, ianya belum cukup untuk menyedarkan Umno bahawa golongan Yahudi laknatullah ini tidak boleh dibuat kawan. Mereka sanggup meletakkan bendera pengganas ini walaupun kejahatan mereka sudah terserlah sejak dahulu lagi.

Mengapakah pemimpin-pemimpin Umno ini buta kayu dan buta hati. Allah telah menegaskan di dalam Al-Quran yang sememangnya golongan tidak boleh dipercayai dan tidak boleh dibuat kawan.

Rakyat sepatutnya sudah lama sedar akan tembelang pemimpin Umno yang sebenarnya mempunyai niat untuk menjalinkan hubungan dengan Israel sejak dari zaman pemerintahan Tun Mahathir lagi.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59