MELAKA 19 DIS : Amerika Syarikat sekali lagi cuba menunjukkan bahawa mereka berkuasa dalam mecorakkan sesebuah negara apabila cuba mencampuri urusan dalaman Pilihanraya Paslestine.
Media hari ini melaporkan bahawa Pegawai Palestin menegaskan bahawa Hamas akan bertanding dalam pilihan raya Parlimen bulan depan walaupun Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) menggesa agar penyertaan pergerakan pejuang Palestin itu diharamkan.
``Pilihan raya Parlimen akan diadakan mengikut jadual.
``Hak demokratik untuk menyertai pilihan raya termaktub dalam undang-undang. Kami tidak boleh mengetepikan mana-mana pihak,'' kata jurucakap Pihak Berkuasa Palestin (PA), Nabil Abu Rdainah semalam.
Sekali lagi dunia dapat melihat betapa kurang ajarnya Amerika seolah berkuasa mencampuri urusan dalaman negara lain.
Setelah Amerika melihat bahawa HAMAS mendapat keputusan amat memberansangkan dalam Pilihanraya Tempatan Nablus baru-baru ini, Amerika dengan secepat kilat cuba menghalang kemaraan HAMAS dengan menggesa penyertaannya di halang.
Hamas yang bakal bertanding buat julung-julung kali dalam pilihan raya Parlimen dijangka memenangi banyak kerusi dalam pengundian 25 Januari ini.
Pergerakan itu semakin popular di kalangan rakyat Palestin kerana imej bebas rasuahnya selain rangkaian kebajikannya yang luas di Tebing Barat dan Genting Gaza.
Keadaan itu membimbangkan Amerika dan Israel dan memberi amaran bahawa jika Hamas mendominasi politik Palestin, segala harapan untuk memulihkan rundingan damai akan berkecai kerana pergerakan itu bertekad untuk menghancurkan Israel.
Inilah rupa sebenar Amerika yang cuba menjadi Polis dunia. Mereka sebenarnya amat takut dengan Islam apabila dilihat sahaja Islam diterima oleh rakyat sesebuah negara Amerika mula campur tangan menghalang kemenangan Islam.
Dewan Perwakilan AS dalam resolusinya yang diluluskan hampir sebulat suara menyatakan pertubuhan pengganas seperti Hamas tidak boleh dibenarkan menyertai pilihan raya Palestin sehinggalah pertubuhan sedemikian mengiktiraf hak Israel untuk wujud sebagai sebuah negara Yahudi.
Sambil mengalu-alukan resolusi itu, Israel mendakwa telah mengenakan tekanan ke atas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk menggugurkan penyertaan Hamas. Bagaimanapun Hamas menyatakan resolusi itu merupakan campur tangan dalam hal ehwal Palestin.
``Pilihan raya itu merupakan urusan dalaman Palestin selain menjadi kewajipan rakyat Palestin. Baik Amerika mahupun pihak lain tidak berhak untuk campur tangan dalam proses demokrasi ini,'' kata pemimpin kanan Hamas, Saeed Seyam.
Kenyataan Amerika yang cuba menghalang HAMAS menyertai Pilihanraya ini seolah-olah Amerika menyukai HAMAS bergerak secara haram dan tidak menyokong demokrasi.
Kita bimbang Amerika akan mengambil langkah yang lebih drastik iaitu cuba menghalang pilihanraya ini dengan kekerasan. Berbagai kaedah yang boleh mereka ambil umpamanya mencipta kekacauan dalaman dan juga mempengaruhi pihak berkuasa Palestine membatalkan pilihanraya ini.
Amerika yang terkenal dengan pelbagai rencana jahat dalam konflik dunia mungkin akan menggunakan taktik yang sama bagi menghalang kemaraan HAMAS yang semakin diterima rakyat Palestine.