BUKIT KATIL 17 DIS : Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman kesal dengan Melaka Water City Resort Bukit Katil kerana melewat-lewat pembayaran gaji pekerja serta tidak membuat caruman untuk pekerjanya.
Hj Salamat berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang menyiarkan berita bahawa kira-kira 30 pekerja MWCR tidak dibayar gaji serta caruman KWSP juga tidak dibuat oleh majikan mereka.
"Bagaimana mereka hendak menyara kehidupan seharian mereka jika gaji pun lambat atau tidak dibayar langsung, nak beli susu anak pun tidak ada duit" jelas Hj Salamat yang juga merupakan Bendahari DPP Negeri Melaka.
Akhbar itu dalam ruangan berita setempatnya melaporkan bahawa seramai 30 kakitangan Melaka Water City Resort (MWCR) di Bukit Katil dekat sini kecewa kerana majikan mereka gagal membayar gaji seperti dijadualkan sejak Oktober lalu.
Selain itu, mereka turut mendakwa majikan tidak mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) walaupun dalam penyata gaji menunjukkan potongan dilakukan.
Mereka mendakwa walaupun gaji dibayar tetapi ia terlewat setiap bulan dan sekali gus menjejaskan pendapatan mereka.
Pegawai Pemasaran MWCR, Azizul Hilmi Daud, berkata beliau yang mewakili sebahagian kakitangan di resort berkenaan kecewa dengan sikap sambil lewa pihak pengurusan.
Seorang lagi pekerja, Norbaiyah Abdullah, 35, berkata beliau terasa seolah-olah dianiaya apabila gaji yang diterimanya lambat dan pihak majikan dikesan tidak mencarum gajinya dalam KWSP.
Sementara itu, Pengurus Kanan (Pembangunan Perniagaan) MWCR, Nattrah Mohd Karim, berkata pihaknya berjanji menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekerja terbabit selewat-lewatnya Isnin ini.
Beliau turut kesal terhadap tindak tanduk pekerja yang bertindak mengikut emosi tanpa memikirkan kesan terhadap syarikat berkenaan yang kini giat melakukan promosi.
Mengenai dakwaan pekerja terhadap caruman KWSP, beliau berkata perkara itu akan dirujuk dengan pihak pengurusan dan diharap pekerja memberi sedikit masa kepada pihak pengurusan untuk menyelesaikannya.