Friday, 16 December 2005

BANTUAN TSUNAMI TIDAK SAMPAI KEPADA MANGSA. SIAPA YANG 'SONGLAP'??


Kemana hilangnya wang bantuan Tsunami sehingga ramai mangsanya belum memperolehi bantuan yang dijanjikan. Siapakah yang sanggup 'mengsonglap' wang derma ini.

Kisah ini hampir sama dengan kisah wang PPRT untuk orang miskin yang di'sapu' oleh orang-orang tertentu.

Tau sama tau sahajalah........

Ikuti laporan Malaysiakini di bawah ............

Isu bantuan bot kepada nelayan yang menjadi mangsa tsunami di Kota Kuala Muda, Kedah masih belum selesai walaupun bencana itu sudah hampir setahun berlalu.

Beberapa orang nelayan mangsa tsunami yang sepatutnya menerima bantuan bot berkenaan dari pihak berkuasa, sehingga kini masih menunggu bot-bot yang dijanjikan itu.

Salah seorang daripada mereka, Zakaria Abidin (foto), 35, sudah mengisi pelbagai jenis borang untuk mendapatkan bot baru tetapi sehingga hari ini belum menerimanya.

Pada Mei lalu, beliau mengisi borang untuk mendapatkan pinjaman Skim Dana Nelayan Kementerian Pertanian Asas Tani bagi membeli sebuah bot baru tetapi beliau diberitahu skim itu sudah dihentikan.

?Saya tidak tahu mengapa skim ini diberhentikan sedangkan ramai lagi nelayan di Kuala Muda tidak mempunyai bot kerana musnah dalam tsunami itu,? katanya.

Beliau berkata, sebelum itu beliau sudah mengisi pelbagai borang dari jabatan dan agensi kerajaan untuk mendapatkan bantuan bagi membeli bot tetapi sehingga ini tidak mendapat jawapan.

Orang bujang

Dalam pada itu, Zakaria mendakwa pembahagian bot yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu terutama dari badan bukan kerajaan (NGO) tidak dilakukan secara telus.

?Mengapa ramai orang bujang mendapat bantuan itu? Sepatutnya yang diutamakan ialah nelayan yang sudah bekeluarga, lebih-lebih lagi yang mempunyai ramai anak.

?Ada juga golongan bukan nelayan turut mendapat bantuan bot dan ini membuktikan pembahagiannya dibuat berdasarkan pilih kasih,? katanya ketika ditemui di Kuala Muda baru-baru ini.

Bot Zakaria musnah dilanda tsunami menyebabkan beliau terpaksa menumpang bot rakan untuk terus pekerjaan menangkap ikan yang diwarisinya sejak 20 tahun lalu. Beliau mempunyai dua anak yang masih kecil.

Beliau berkata, pendapatannya kini jauh berkurangan berbanding ketika memiliki bot sendiri iaitu purata RM600 dan RM700 sebulan.

?Hari ini saya cuma mendapat RM10,? katanya lagi.

Skim dihentikan

Seperti Zakaria, seorang penduduk, Musa Salleh (foto), 62, dari Kampung Padang Salim juga belum mendapat bantuan bot walaupun membuat permohonan sebelum Skim Dana Nelayan ditutup.

Katanya, sebelum ini beliau diminta oleh pihak-pihak berkenaan supaya membuat permohonan dari skim tersebut bagi menggantikan botnya yang rosak teruk dalam bencana ombak besar itu.

Seorang lagi nelayan yang enggan namanya disiarkan berkata, masalah ini tidak selesai kerana pihak-pihak berkenaan membahagikan bantuan itu mengikut kroni masing-masing.

?Ketua persatuan membahagikan bantuan kepada anak-anak buah mereka walaupun tidak bekerja sebagai nelayan,? katanya.

Lebih pelik lagi katanaya, nelayan yang berumur 20 tahun juga mendapat bantuan sedangkan mereka yang bekeluarga dan mempunyai anak ramai, diabaikan.


DUIT BANTUAN BENCANA TSUNAMI PUN DI'SAPU' ORANG.


Kemanakah perginya duit derma tabung bantuan bencana Tsunami? Sudah ramai pihak yang tampil menceritakan bahawa mereka tidak mendapat bantuan seperti yang dijanjikan. Mengapa ini berlaku?

Kisah samalah juga dengan kes wang PPRT untuk orang miskin yang juga di'sapu' oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Siapakah orang itu, sudah pastilah mereka yang terlibat dalam memungut dan menguruskan wang tersebut iaitu ?????? sama-sama tahu lah........

Ikuti luahan mangsa Tsunami yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Nelayan mangsa tsunami masih menunggu bantuan bot

Isu bantuan bot kepada nelayan yang menjadi mangsa tsunami di Kota Kuala Muda, Kedah masih belum selesai walaupun bencana itu sudah hampir setahun berlalu.

Beberapa orang nelayan mangsa tsunami yang sepatutnya menerima bantuan bot berkenaan dari pihak berkuasa, sehingga kini masih menunggu bot-bot yang dijanjikan itu.

Salah seorang daripada mereka, Zakaria Abidin (foto), 35, sudah mengisi pelbagai jenis borang untuk mendapatkan bot baru tetapi sehingga hari ini belum menerimanya.

Pada Mei lalu, beliau mengisi borang untuk mendapatkan pinjaman Skim Dana Nelayan Kementerian Pertanian Asas Tani bagi membeli sebuah bot baru tetapi beliau diberitahu skim itu sudah dihentikan.

?Saya tidak tahu mengapa skim ini diberhentikan sedangkan ramai lagi nelayan di Kuala Muda tidak mempunyai bot kerana musnah dalam tsunami itu,? katanya.

Beliau berkata, sebelum itu beliau sudah mengisi pelbagai borang dari jabatan dan agensi kerajaan untuk mendapatkan bantuan bagi membeli bot tetapi sehingga ini tidak mendapat jawapan.

Orang bujang

Dalam pada itu, Zakaria mendakwa pembahagian bot yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu terutama dari badan bukan kerajaan (NGO) tidak dilakukan secara telus.

?Mengapa ramai orang bujang mendapat bantuan itu? Sepatutnya yang diutamakan ialah nelayan yang sudah bekeluarga, lebih-lebih lagi yang mempunyai ramai anak.

?Ada juga golongan bukan nelayan turut mendapat bantuan bot dan ini membuktikan pembahagiannya dibuat berdasarkan pilih kasih,? katanya ketika ditemui di Kuala Muda baru-baru ini.

Bot Zakaria musnah dilanda tsunami menyebabkan beliau terpaksa menumpang bot rakan untuk terus pekerjaan menangkap ikan yang diwarisinya sejak 20 tahun lalu. Beliau mempunyai dua anak yang masih kecil.

Beliau berkata, pendapatannya kini jauh berkurangan berbanding ketika memiliki bot sendiri iaitu purata RM600 dan RM700 sebulan.

?Hari ini saya cuma mendapat RM10,? katanya lagi.

Skim dihentikan

Seperti Zakaria, seorang penduduk, Musa Salleh (foto), 62, dari Kampung Padang Salim juga belum mendapat bantuan bot walaupun membuat permohonan sebelum Skim Dana Nelayan ditutup.

Katanya, sebelum ini beliau diminta oleh pihak-pihak berkenaan supaya membuat permohonan dari skim tersebut bagi menggantikan botnya yang rosak teruk dalam bencana ombak besar itu.

Seorang lagi nelayan yang enggan namanya disiarkan berkata, masalah ini tidak selesai kerana pihak-pihak berkenaan membahagikan bantuan itu mengikut kroni masing-masing.

?Ketua persatuan membahagikan bantuan kepada anak-anak buah mereka walaupun tidak bekerja sebagai nelayan,? katanya.

Lebih pelik lagi katanaya, nelayan yang berumur 20 tahun juga mendapat bantuan sedangkan mereka yang bekeluarga dan mempunyai anak ramai, diabaikan.


PANDANGAN MAHATHIR JELAS BERBEZA SEMENJAK TIDAK BERKUASA LAGI


Nampaknya pandangan dan pendapat Dr. Mahathir jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan semasa beliau berkuasa dahulu. Sebelum ini beliau melontarkan kekesalan di atas perangai Ahli Parlimen BN yang disifatkan oleh beliau sebagai 'Yes Man' atau tukang angguk terhadap apa juga tindakan pemimpin mereka.

Hari ini Dr. Mahathir sekali menyuara suatu pandangan yang 360 darjah berbeza dengan pandangan sewaktu menjadi PM dahulu. Kalau beginilah pandangan beliau semasa masih memegang tampuk pemerintahan dahulu sudah pasti media massa tidak akan dikongkong dan disekat kebebasannya.

Ikuti laporan Malaysiakini tentang pandangan beliau sekarang.

Dr M sokong media alternatif

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan sokongannya kepada media internet dan alternatif sambil menyeru pihak akhbar supaya bangkit menegakkan kebenaran.

Beliau yang sebelum ini pernah menyifatkan media internet dan alternatif sebagai pengkhianat negara menegaskan, media massa mesti bergerak secara bebas dan tidak terikat dengan mana-mana kuasa.

?Akhbar mesti memperjuangkan kebenaran. Media massa mesti menjadi rakan aktif dalam memperjuangkan kedamaian global,? ktanya ketika berucap di hadapan kira-kira 2,000 peserta Forum Keamanann Global di ibunegara.

Katanya, internet mesti digunakan sepenuhnya bagi mewujudkan media alternatif yang mampu mendedahkan penipuan dan penyelewengan. Semua maklumat ini mesti dimuat-turun dan disebarkan,? ujarnya.

Dalam ucapannya selama kira-kira sejam, Dr Mahathir berkata, gerakan pro-kedamaian perlukan kerjasama pihak akhbar untuk menerbit atau melaporkan bantahan mereka terhadap peperangan, kezaliman dan mendedahkan pemimpin dan kerajaan yang bertanggungjawab mencetuskan peperangan.

Sebelum ini, selama 22 tahun pemerintahannya, bekas Perdana Menteri itu berulang kali mengkritik aktivis media tempatan yang lantang mengecam dasar dan undang-undang media negara ini yang menyekat kebabasan akhbar.

Pada Mac 2001, beliau melabel media internet, malaysiakini sebagai pengkhianat kerana dibiayai oleh dana asing.

?Mereka ini (malaysiakini) adalah pengkhianat dan rakyat Malaysia yang cintakan negara ini tidak sepatutnya menyokong malaysiakini,? tegasnya.

Forum tiga hari di Pusat Dagangan Dunia Putra itu dianjurkan oleh Yayasan Kepimpinan Perdana. Forum itu dipengerusikan oleh Dr Mahathir dan dihadiri peserta daripada 25 negara.

Sekretariat tetap

Beliau juga mengesyorkan supaya ditubuhkan sebuah seketariat tetap yang mempunyai pekerja tetap dan sukarela untuk mempromosi keamanan sejagat.

Katanya lagi, forum keamanan seperti ini perlu disusuli dengan penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-keamanan yang baru di seluruh dunia.

Pertubuhan-pertubuhan baru ini kemudianya hendaklah menjalin hubungan dengan NGO-NGO lain yang serupa tetapi sudah lama bergerak.

Dr Mahathir juga menggesa digembeleng satu tindakan bersama di seluruh dunia untuk memperjuangkan keamanan terutamanya di negara-negara yang dilanda peperangan atau konflik.

Katanya, wanita dan kanak-kanak yang lantang menentang peperangan wajar dimobilisasi dan disatukan untuk mempromosi keamanan.

Beliau juga menyeru para saintis supaya bangkit menentang peperangan dengan tidak menjalankan penyelidikan memajukan dan mengeluarkan senjata pemusnah .

Pada masa yang sama, katanya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu ?didemokrasikan? bagi membolehkannya menjalankan peranan asalnya.

?Kuasa veto yang ada pada lima anggota tetap mesti diubahsuai supaya tiada satu negara boleh mengecewakan seluruh pertubuhan dunia itu. Akhir sekali kuasa veto itu mesti dihapuskan dan demokrasi dunia diwujudkan,? katanya.

Forum ini turut dihadiri beberapa pemimpin terkemuka seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe dan bekas Perdana Menteri Australia, Bob Hawke.


MANGSA TSUNAMI : SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA


KUALA MUDA, SG PETANI 16 DIS : Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib yang menimpa penduduk Kota Kuala Muda yang menderita akibat Tsunami kira-kira setahun lalu apabila kini rumah panjang baru yang diberikan kerajaan bergoyang apabila ditiup angin kencang. Sudahlah rumah itu tidak selesa ianya ditambah dengan keadaannya yang tidak kukuh dan tidak selamat.

Wang derma orang ramai bernilai beratus juta tidak tahu pergi ke mana sehingga mangsa Tsunami ada yang tidak terbela nasib mereka.

Semalam Malaysiakini melaporkan bahawa penduduk Kota Kuala Muda, dekat Sungai Petani, Kedah yang setahun lalu diancam tsunami kini hidup dalam kebimbangan, takut dipukul angin ribut pula.

Ikuti laporan penuh Malaysiakini di bawah ........

Mereka tidak berasa selamat walaupun mendiami rumah panjang baru yang disediakan oleh kerajaan pada awal tahun ini.

Penduduk berkenaan mendakwa rumah yang dibina untuk mereka tidak kukuh dan tidak selamat, serta bergoyang apabila dipukul angin kuat di samping atapnya bocor.
Menurut mereka, keadaan ini menyebabkan mereka sering diselubungi kebimbangan dan ketakutan terutama jika ribut berlaku pada malam hari.

Seorang penghuni, Mat Salleh Ahmad (foto) berkata, anggota keluarganya tidak dapat tidur jika hujan kerana hampir keseluruhan bahagian dalam rumahnya basah.

Katanya, keadaan ini menyebabkan pakaian dan peralatan lain termasuk buku sekolah anaknya rosak dan tidak boleh digunakan dalam tempoh beberapa hari.

?Pernah berlaku atap rumah di kawasan ini diterbangkan angin apabila ribut. Walaupun, tiada kemalangan jiwa berlaku, namun kami sekeluarga amat bimbang dengan kejadan itu,? katanya.

Rumah baru

Rumah panjang itu dibina oleh Syarikat Perumahan Negara (SPN) Berhad untuk menempatkan 220 keluarga mangsa tsunami dengan kebanyakannya golongan nelayan di kawasan Kota Kuala Muda.

Semua nelayan yang ditempatkan di rumah panjang sementara itu, akan dipindahkan ke rumah batu yang kini dalam pembinaan di kawasan berhampiran. Sehingga ini 40 daripada 120 unit telah disiap dibina oleh SPN.

Malaysiakini membuat tinjauan ke atas penempatan sementara itu hujung minggu lalu untuk melihat secara lebih dekat kehidupan mangsa tsunami ini setelah mendiami kawasan terbabit hampir setahun lalu.

SPN membenarkan mereka tinggal di rumah panjang tersebut selama dua tahun sebelum dipindahkan ke penempatan kekal tanpa dikenakan bayaran bil air dan elektrik.

Seorang lagi penduduk, Zaleha Ahmad berkata, ramai penghuni di kawasan ini merasa kurang selesa kerana keadaan dalam rumah amat panas terutama pada tengah hari.

Katanya, apabila tengah hari anak-anaknya tidak dapat belajar di dalam bilik kerana keadaannya sangat panas.

?Walaupun memasang kipas ia tidak cukup kerana bahang habanya yang masuk ke dalam rumah menyebabkan bayi sering menangis,? katanya.

Masalah kecurian

Selain itu, Zaleha juga mendakwa struktur rumah itu tidak mampu bertahan selama dua tahun seperti yang dijamin oleh pihak pemaju.

?Tidak sampai setahun, rumah ini sudah mula berbunyi di sana-sini,? katanya.

Basri Abdul Rahman (foto) pula mendakwa, tinggal di kawasan penempatan ini tidak begitu selamat kerana sering berlaku kes kecurian. Basikal anaknya dicuri beberapa bulan lalu.

Beliau berkata, kecurian itu lazimnya berlaku pada waktu malam, walaupun penduduk berada di dalam rumah.

?Basikal anak saya hilang, mungkin dicuri oleh budak-budak nakal atau penagih dadah kerana mereka juga mencuri tayar, lampu dan brek basikal,? katanya lagi.

Beliau berkata, jika diberi pilihan, keluarganya mahu mencari penempatan yang lebih selamat kerana di kawasan yang sedia ini tidak mempunyai padang permainan kanak-kanak.

Katanya, keadaan ini menyebabkan ada kanak-kanak bermain bola di laluan jalan kawasan perumahan dan ini menyebabkan bola memasuki rumah dan ini berbahaya kepada kanak-kanak.



Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59