Thursday, 15 December 2005

Umno BIADAP KIBARKAN BENDERA NEGARA BEDEBAH ISRAEL DI PWTC




TANPA MENGHIRAUKAN SENSITIVITI UMAT ISLAM, Umno DENGAN MEGAH MENGIBARKAN BENDERA NEGARA BEDEBAH ISRAEL DI ATAS 'MARKAS SUCI' MEREKA PWTC. AGAKNYA MEMANG Umno DAN ISRAEL INI BERKAWAN BAIK SEBAB Umno SANGGUP KIBARKAN BENDERA ISRAEL. BUKAN MEREKA TIDAK TAHU BETAPA KEJAMNYA ISRAEL MEMBUNUH UMAT ISLAM DI PALESTINE TANPA BELAS KASIHAN. UMAT ISLAM DI PALESTIN IBARATKAN BINATANG DI BUNUH DAN DIZALIMI SABAN HARI TANPA PERI KEMANUSIAAN

RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA UMAT ISLAM MARILAH KITA AJAR Umno YANG BIADAP INI PADA PILIHANRAYA UMUM 2007/2008 NANTI.

Gambar ihsan dari Harakahdaily


MACAM-MACAM CERITA. IBU SETUJU, BAPA PULA TAK MAHU KAHWINKAN ANAK,


PASIR MAS 15 DIS : Setelah lebih sebulan Pasir Mas menjadi fokus media massa berikutan Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir, hari ini Pasir Mas sekali lagi 'menyaji' berita yang turut menarik perhatian ramai iaitu berkenaan keengganan seorang ayah mewalikan pernikahan anaknya sehingga kes tersebut terpaksa dirujuk kepada Mahkamah Rendah Syariah jajahan tersebut.

Ceritanya adalah seperti yang disiarkan oleh 'Berita Hairan' di bawah :


Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam membenarkan permohonan bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk dinikahkan dengan teman lelakinya menggunakan wali hakim, selepas perkahwinan itu dihalang bapa gadis itu.

Hakim Syarie, Mohd Hazid Daud, membuat keputusan itu selepas mendapati plaintif, Nurul Fadila Othman, 20, (gambar) mempunyai asas kukuh untuk menggunakan wali hakim.

Katanya, mahkamah membenarkan permohonan itu kerana plaintif berjaya mengemukakan dokumen penting yang disyaratkan bapanya selaku defendan, seperti status pekerjaan bakal suaminya.

Selain itu, mahkamah berpuas hati kerana plaintif mengemukakan bukti slip gaji yang turut disahkan majikan serta pengesahan calon suaminya itu mempunyai pekerjaan.

Mahkamah juga, katanya, mendapati calon suami Nurul Fadila adalah golongan berpendapatan sederhana serta ahli keluarganya tergolong keluarga yang sederhana.

?Defendan perlu menerima hakikat, plaintif sebelum ini pernah berbincang menggunakan budi bicara dengan ibunya, malah sebagai seorang anak dara, beliau mempunyai sifat malu serta sopan santun dan wajar berbuat demikian,? katanya.

Nurul Fadila dan teman lelakinya, lulusan bidang teknologi maklumat (IT) berusia 27 tahun, membuat tuntutan di mahkamah berikutan keengganan bapanya menjadi wali.

Mohd Hazid menasihatkan Othman menerima hakikat bahawa beliau tidak sepatutnya menghalang niat anaknya kerana dikhuatiri berlaku mudarat lebih besar.

Mohd Hazid berkata, surat keterangan yang dikemukakan defendan mengenai latar belakang calon suami anaknya itu, yang didakwa sebagai penagih dadah, tidak berasas.

Hakim berkata, kedua-dua pihak mempunyai tempoh 14 hari mengemukakan rayuan.

Othman berkata, beliau akan mengemukakan notis rayuan dan bertekad menghalang perkahwinan anaknya.

Nurul Fadila pula berkata, beliau akan melangsungkan perkahwinan dalam tempoh terdekat dan akan mencari seseorang yang layak menjadi walinya.

Ibunya, Rosnani Che Hassan, 51, serta seorang ibu saudara yang sentiasa menemaninya setiap kali prosiding itu, turut berpuas hati dengan keputusan mahkamah.


PAK LAH SEPATUTNYA MALU KEPADA PRESIDEN IRAN MAHMOUD AHMADINEJAD


Pemimpin Islam Hadhari negara kita, Abdullah Badawi yang juga merupakan Pengerusi OIC sepatutnya malu kepada Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad yang lantang dan berani mengkritik Eropah dan Amerika dalam isu kekejaman Israel dan juga isu nuklear Iran.

Manakala Pak Lah dilihat langsung tidak mempunyai keberanian untuk membela umat Islam yang dizalimi diseluruh dunia walaupun beliau memegang jawatan penting dalam Pertubuhan Islam Sedunia, OIC.

Bahkan Abdullah Badawi gagal menggunakan kesempatan yang sepatutnya di ambil dalam Sidang Kemuncak ASEAN untuk membincangkan isu keganasan Kerajaan Thailand di selatan negara itu di mana 100 umat Islam yang tidak berdosa di bunuh di Takbai pada bulan Ramadhan tahun lalu.

Kalau beginilah sifat seorang pemimpin OIC maka sudah pastilah nasib umat Islam tidak akan dibela walaupun kezaliman demi kezaliman dilakukan ke atas mereka umpamanya di Palestin, Filipina, Selatan Thai, Chehnya, Iraq, Afghanistan dan sebagainya.

Pak Lah sepatutnya sudah lama meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi OIC dan serahkan sahaja jawatan itu kepada orang seperti Ahmadinejad kerana gagal membela kedaulatan umat Islam.

Syabas diucapkan kepada Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad yang berani berkata benar dalam isu-isu sensitif seperti isu program nuklear Iran serta isu negara haram Israel.

Beliau merupakan negarawan Islam yang berani walaupun baru memerintah Iran beberapa bulan. Jika kita bandingkan dengan pemimpin Islam lain rasanya keberanian beliau ini bagaikan langit dengan bumi. Apatah lagi kalau kita hendak bandingkan beliau dengan Pak Lah yang pengecut dan penakut.

Hari ini media melaporkan bahawa Ahmadinejad sekali lagi mencabar negara Eropah dengan mendakwa bahawa peristiwa Holocaust adalah satu mitos yang diwujudkan Eropah sebagai alasan mendirikan negara Yahudi di tengah-tengah dunia Islam.

?Hari ini, mereka dapat mewujudkan satu mitos atas nama Holocaust yang dianggap terlalu suci daripada Tuhan, agama dan nabi,? katanya ketika berucap kepada ribuan penonton di Zahedan, di tenggara Iran, semalam.

Pengaruh Yahudi begitu kukuh hinggakan masyarakat Barat berasakan mereka amat bersalah dan memikul dosa yang terlalu besar berikutan peristiwa Holocaust yang mengorbankan lebih enam juta orang Yahudi dalam kejadian lebih setengah abad lalu.

Ahmadinejad turut menuduh Eropah yang melakukan jenayah terhadap Yahudi.

?Berikutan itu, mereka dan Amerika Syarikat atau Kanada yang seharusnya memberikan sebahagian tanah mereka kepada Yahudi untuk mewujudkan sebuah negara.?

Oktober lalu, Ahmadinejad mencetuskan kecaman antarabangsa apabila secara terbuka menggesa Israel ?dilenyapkan dari peta? dan mengecam negara Islam yang mengiktiraf negara Yahudi itu.

Minggu lalu, beliau turut mencadangkan Israel dipindahkan ke benua Eropah.

?Jika anda (Eropah) melakukan jenayah sebegini besar, kenapa pula anda pada masa sama menekan Palestin untuk menanggung segalanya?

?Oleh itu, beginilah cadangan kami. Berikan saja sebahagian tanah anda di Eropah, AS, Kanada atau pun Alaska kepada Israel untuk mewujudkan negara mereka di situ,? katanya.

Ahmadinejad turut menuduh Barat sudah sekian lama mengancam kehidupan warga Muslim dengan menceroboh, menjajah dan merampas harta benda mereka.

?Jika keganasan sebahagian peradaban anda, menjadikan orang tidak berdosa sengsara, menyekat hak kebebasan bersuara dan menyebabkan majoriti mereka miskin, inilah jawapan kami. Kami bencikan peradaban anda yang sedemikian,? katanya.

Pendirian tegas Ahmadinejad ternyata bertentangan dengan bekas presiden sebelum ini, Mohammad Khatami yang disifatkan ahli politik sederhana dan menggesa lebih banyak dialog diadakan supaya lebih memahami Amerika Syarikat.

Umat Islam seluruh dunia sepatutnya berbesar hati mempunyai seorang pemimpin negara yang berani dan tegas seperti Ahmadinejad walaupun beliau sedar yang Iran terpaksa berhadapan dengan ancaman Eropah dan Amerika Syarikat.


'IMAM BESAR PERLIS' AL-USTAZ SHAHIDAN KASSIM PERTIKAI TABUNG HAJI


Naik geli geleman mendengar bagaimana alimnya 'Imam Besar' Perlis pertikaikan Tabung Haji. Masih ingatkah kita kepada seorang pembesar Perlis yang pernah membuat pengumuman suatu kemangkatan Almarhum Sultan Perlis dahulu, di mana pembesar Perlis mengumumkan bahawa Sembahyang Sunat Jenazah akan diadakah di Istana pada pukul sekian-sekian. Begitulah alimnya pembesar Perlis sampai sembahyang jenazah di panggil sembahyang sunat jenazah. Pembesar itu tidak lain tidak bukan 'Imam Besar' Perlis inilah.

Ikuti berita yang disiarkan oleh Utusan Meloya di bawah ini.


Shahidan pertikai `hukum' Tabung Haji ketika tawaf

KANGAR 14 Dis. - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mempertikaikan tindakan Tabung Haji (TH) mengeluarkan `hukum' bahawa jemaah haji lelaki dan wanita yang bersentuhan ketika tawaf di Kaabah tidak batal tawaf mereka bermula musim haji kali ini.

Beliau hairan mengapa `hukum' tidak batal itu hanya dikenakan kepada jemaah haji musim ini dan bukannya kepada mereka yang menunaikan ibadat itu pada tahun-tahun sebelumnya.

Sedangkan, tegas beliau, Perlis telah mengeluarkan kenyataan seumpama itu kepada bakal-bakal haji dari negeri ini sejak berdekad lalu.

``Ini satu lagi masalah. Dulu mereka (Tabung Haji) kata batal, kini bertukar pula. Oleh yang demikian, bagaimana dengan jemaah-jemaah haji sebelum ini.

``Pihak Tabung Haji perlu memberikan penjelasan secara terbuka mengenai perkara ini,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di pejabatnya, di sini hari ini.

Shahidan memberitahu, Perlis telah mengeluarkan kenyataan bahawa jemaah haji lelaki dan wanita tidak batal jika bersentuhan di Kaabah lebih awal berdasarkan pandangan beberapa imam besar dunia.

Menurut beliau, TH perlu memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan terhadap umat Islam di negara ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berharap para ulama tempatan dan antarabangsa yang diundang untuk membincangkan isu fahaman Wahhabi pada sesi muzakarah supaya hadir pada hujung minggu ini.

Menurutnya, muzakarah yang akan diadakan di Dewan Warisan, di sini adalah khusus untuk membincangkan mengenai fahaman tersebut termasuk pelbagai adat yang banyak diamalkan oleh masyarakat Melayu Islam.

Selain para ulama, katanya, kerajaan negeri juga menjemput para pegawai dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Uthman El-Muhammady.

``Muzakarah tertutup ini adalah penting untuk merungkai segala persoalan berkaitan dengan Wahhabi. Masalah besar yang dihadapi kini ialah ramai ulama di negara ini tidak memahami apa itu fahaman Wahhabi.

``Kalau mereka tidak datang, perkara ini tidak akan dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan menyeluruh,'' katanya.

Shahidan berkata, isu berkaitan fahaman Wahhabi perlu ditangani segera supaya tidak wujud perbalahan sesama Islam yang akhirnya akan merugikan umat itu sendiri.


PAS KEMUKA PETISYEN JANUARI DEPAN - TAKIYUDDIN



MELAKA 15 Dis. - Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Takiyuddin Hassan menyatakan bahawa Pas akan mengemukakan petisyen Januari ini berhubung wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Pengkalan Pasir 6 Disember lalu.

Takiyuddin Hassan berkata, petisyen itu akan dikemukakan setelah Jentera Pilihanraya PAS selesai mengumpul bukti berdasarkan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ditanya mengapa PAS mengambil masa yang agak lama untuk mengemukakan petisyen ini, Takiyuddin berkata "langkah ini selaras dengan peraturan yang hanya membolehkan petisyen dikemukakan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan keputusan pilihan raya dalam tempoh kira-kira sebulan." katanya selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini semalam.

Kata, seramai 5 orang saksi akan dikemukakan untuk mengukuhkan bukti yang wujudnya pengundi dalam pilihanraya kecil tersebut yang antara lainnya menyamar untuk mengundi bagi pihak pengundi yang telah mati dan mengundi lebih dari sekali.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59