Wednesday, 14 December 2005

SIX ARRESTED FOR PROTEST AT ASEAN SUMMIT


Dipetik dari Malaysiakini......

KUALA LUMPUR 14 DIS : Police today arrested six people, including three females, for protesting at a park a stone throw away from the venue of the 11th Asean summit in Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

The protest, organised by opposition and human rights activists, lambasted the Association of Southeast Asian Nations for failing to address several crucial issues in the region.

However, police made the arrests even before the gathering at the iconic KLCC park scheduled to start at 11am. It was over in 10 minutes.

The police moved in to arrest two Parti Keadilan Rakyat (PKR) workers, Jasmine Ng and Ginie Lim, who were about to unfurl a banner at the gathering.

PKR information chief Tian Chua, an activist named Fiqtriey al-Hakim and two Burmese who are only known as Kolatt and Jadoi, were also arrested as they questioned the police on the arrests.

The heavy presence of the police almost outnumbered the 30-odd protestors, who were waiting for more participants to arrive. The organisers expected about 100 to turn up.

At press time, the six are held at the Pudu police lock-up. Police could not be reached for comment despite several attempts.


PENDUDUK PENGKALAN PASIR DAPAT DURIAN RUNTUH


PASIR MAS 14 Dis. - Alahai 'beruntungnya' penduduk Pengkalan Pasir apabila Kerajaan Pusat akan melaksanakan pelbagai projek pembangunan di sana. Tetapi mereka kena faham bahawa itu memang menjadi tanggungjawab kerajaan menjaga kebajikan rakyatnya. Kita juga ingin mempersoalkan mengapa baru sekarang mereka nampak. Setelah mereka menang Pilihanraya Kecil DUN Pengkalan Pasir dengan undi Pos dan pelbagai penyelewengan lain barulah mereka hendak membuat pelbagai projek. Sebelum ini mereka tidak nampak rakyat susah agaknya. Jelas kepada kita bahawa kerajaan pusat tidak ikhlas menjalankan pembangunan di sini. Seolah-olah mereka hendak menunjukkan bahawa setelah BN menang barulah mereka melaksanan semua projek ini. Tetapi bagaimana dengan 21 DUN lain yang sedia diwakili BN serta juga bagaimana dengan negeri lain yang ditadbir oleh BN. Saban hari kita membaca di dada akhbar serta dalam TV bahawa masih banyak rakyat yang dhaif, tiada kemudahan air, makan sekali sehari, pesakit kronik yang tidak mendapat bantuan, kampung-kampung yang tiada kemudahan asas dan sebagainya.

Renungkanlah wahai rakyat Kelantan.

Ikuti berita yang disiarkan oleh Utusan Meloya di bawah ini:

Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan tambahan RM5 juta bagi melaksanakan beberapa projek rakyat sebagai memenuhi janji semasa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir baru-baru ini.

Ia adalah tambahan kepada peruntukan RM1.5 juta yang disalurkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) kawasan berkenaan, Hanafi Mamat sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, BN menyanjung tinggi mandat rakyat kepada calonnya dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir lalu.

Sehubungan itu katanya, sebanyak RM3 juta daripada peruntukan tersebut akan digunakan bagi membaik pulih rumah penduduk yang usang serta uzur dan perlu dibaiki segera.

Beliau berkata, Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) telah diberi kepercayaan untuk memantau projek tersebut.

``Ia akan menggunakan tenaga mahir tempatan, selain bertanggungjawab melantik juruteknik terbabit bagi mengawal selia pelaksanaannya.

``Kita juga telah putuskan senarai yang diutamakan serta-merta iaitu rumah-rumah yang telah kita lawati semasa kempen pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas dengan beberapa kementerian bagi membangunkan Pengkalan Pasir di Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Mas/Tumpat di sini, hari ini.

Mesyuarat dihadiri oleh tujuh menteri antaranya, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed.

Najib berkata, selain itu, sebanyak RM1 juta akan digunakan untuk melaksanakan projek menabur pasir dan batu di kawasan-kawasan yang memerlukan terutama di luar perbandaran.

Katanya, peruntukan sebanyak RM150,000 pula akan digunakan untuk memasang lampu-lampu kampung yang sangat diperlukan oleh penduduk Pengkalan Pasir.

``Kita juga memutuskan peruntukan tambahan RM232,000 untuk mempastikan projek membaik pulih kebocoran masjid besar Pasir Mas dapat disempurnakan,'' katanya.

Ia berikutan peruntukan awal sebanyak RM218,000 yang diluluskan sebelum ini masih tidak mencukupi untuk membiayai projek membaik-pulih masjid berkenaan.

Beliau berkata, mesyuarat hari ini juga memutuskan bantuan bulanan bagi keluarga miskin sebanyak RM200 dan kadar baru RM100 bagi kanak-kanak sekolah, dilaksanakan dalam masa terdekat.

Tambah beliau, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah juga telah diminta untuk mengkaji senarai keperluan jalan-jalan kampung.

Jelasnya, tiga projek yang menjadi perhatian utama di kawasan DUN Pengkalan Pasir ialah ketiadaan sistem perparitan di bandar Pasir Mas, cadangan menjadikan Pasir Mas terminal baru laluan kereta api menggantikan Tumpat dan keperluan membina pasar baru.

``Pasir Mas terkenal sebagai bandar yang tidak ada sistem perparitan. Kita telah minta ICU dan JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) supaya mengadakan rundingan segera berasaskan kepada pelan perancangan yang telah disediakan, untuk menentukan bagaimana sistem perparitan boleh diwujudkan dan kosnya,'' ujarnya.

Mengenai cadangan membina terminal kereta api pula, beliau berkata, cadangan lanjut akan dijalankan bagi menggantikan kemudahan jejantas yang `amat dituntut' oleh masyarakat Pengkalan Pasir.

``Bagi pembinaan pasar baru, kerajaan Pusat akan putuskan dalam masa terdekat sama ada wajar atau tidak kerajaan bina pasar baru disebabkan kerajaan negeri telah pun menyerahkan kerja-kerja pembinaan kepada pemborong dalam masa kempen pilihan raya baru-baru ini,'' katanya.

Mengulas tentang kedudukan kawasan lain yang diwakili ADUN BN, Najib berkata, mereka mempunyai program masing-masing, tetapi yang diumumkan hari ini merupakan janji parti semasa pilihan raya kecil lalu.

``Tetapi ini adalah tuntutan dan janji pilihan raya dan kita nak beritahu pengundi bukan sahaja di sini tetapi di seluruh negeri Kelantan, bahawa kalau Barisan Nasional buat janji, kita akan tunaikan janji kita, insyaAllah....,'' katanya.

Dalam pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir 6 Disember lalu, calon BN, Hanafi, 51, mengalahkan calon Pas, Hanifa Ahmad dengan majoriti 134 undi.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59