Monday, 12 December 2005

IBRAHIM ALI BELUM SERIK LAGI....



Dipetik dari Malaysiakini....

Calon bebas, Datuk Ibrahim Ali yang kalah teruk dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir menegaskan masa depan politiknya belum berkubur dan akan bertanding lagi dalam pilihanraya umum akan datang.

“Perjuangan politik belum tamat, saya akan bertanding lagi,” tegasnya kepada malaysiakini. Ibrahim yang hilang depositnya kerana hanya meraih 415 undi dalam pilihanraya tersebut.

Selain mendakwa ramai penyokongnya ‘telah dibeli’ Ibrahim (foto) juga mendakwa, kekalahan teruknya adalah ekoran penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa beliau menarik diri daripada bertanding.

Beliau mendakwa, SMS itu berbunyi: “Ambo, Datuk Ibrahim Ali mohon maaf, dengan berat hati terpaksa tarik diri bertanding di N12 Pengkalan Pasir. Undilah yang terbaik, dari Tok Him.’

Katanya, beliau sudah mengenalpasti individu yang melakukan penyebaran SMS berkenaan dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka.

Selain itu, katanya, timbul pula berita Sultan Kelantan tidak merestui calon dari Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dan ia sekaligus merujuk kepada dirinya kerana beliau adalah pengerusi majlis itu.

Katanya, media massa pula menggunakan isu itu untuk memberi gambaran bahawa beliau tidak direstui oleh Sultan Kelantan sedangkan beliau bertanding bukan atas kedudukan pengerusi MTRK.

“Semua ini adalah untuk menarik undi dari penyokong saya di Pengkalan Pasir,” katanya.


TUN BARU SEDAR KE? KAMI ANGGOTA PEMBANGKANG SUDAH LAMA NAMPAK KEPINCANGAN DALAM Umno


BUKIT KATIL 12 Dis - Harakahdaily semalam melaporkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sedih kerana Umno tidak menyokongnya selepas beliau mendedahkan penyalahgunaan kuasa mengenai isu permit import (AP). Laporan itu menyiarkan bahawa bekas Presiden Umno itu juga mengkritik anggota Umno yang menurutnya ?tidak berani tampil? walaupun tahu ada perkara yang tidak betul sedang berlaku.

Beliau turut membidas Wanita Umno yang ?tidak bersuara walau sepatah? mengenai perkara itu hanya kerana ia berkaitan dengan ketua mereka, Datuk Seri Rafidah Aziz yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Takkan Tun baru sedar akan perkara ini. Semasa Tun menjadi PM dan Presiden Umno dulu pun serupa juga. Budaya 'Yes Man' dan sindrom 'angguk' ini sebenarnya menular dengan hebat sewaktu Tun menjadi ketua mereka. Tun sendiri yang mengajar mereka takut kepada ketua membuta tuli, tanpa memikirkan samada sesuatu isu itu betul atau tidak. Semuanya main angguk sahaja.

Janganlah Tun kesal dengan perkara ini kerana semua pemimpin Umno yang ada pada hari ini adalah anak didik Tun yang sentiasa mengamalkan 'fikrah' yang Tun tanamkan dalam kepala 'hotak' mereka.

Sekarang ini Tun baru sedar apa yang Tun ajarkan dulu adalah 'ajaran sesat' iaitu sindrom 'Yes Man' dan 'angguk' yang akhirnya akan menghancurkan negara.


Laporan itu menyebut bahawa beliau juga kesal kerana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak berani membangkitkan perkara itu walaupun ada memberi penjelasan panjang lebar berhubung penyalahgunaan kuasa itu kepada mereka yang datang menemuinya.

Lain kali saya tidak mahu membuang masa memberi penjelasan kepada orang yang datang berjumpa saya hanya untuk menambah pengetahuan mengenai sesuatu isu,? katanya.

Beliau berkata, ahli Parlimen BN tidak berani mengkritik kerajaan dalam Parlimen mungkin kerana BN berjaya mendapat lebih 90 peratus kerusi pada pilihan raya umum lalu.

Saya percaya negara memerlukan kerajaan yang kuat tetapi tidak terlalu kuat. Kita memerlukan pembangkang untuk mengingatkan kita mengenai kesalahan yang dilakukan. Jika tidak, kita merasakan semua yang dilakukan betul,? katanya.

Justeru, katanya, sesuatu yang reput tidak boleh dibiarkan terus mereput dan jika ingin memulihkan keadaan, anda perlu membuang bahagian yang reput itu.?

Dr Mahathir kemudian membandingkan situasi ketika beliau menjadi Ahli Parlimen biasa pada 1960-an apabila menghadapi risiko? untuk mengkritik Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman kerana dasarnya terhadap orang Melayu.

Tun kena ingat baru-baru ini ada Setiausaha Parlimen MIC yang digantung kerja kerana mengkritik dan tidak setuju dengan polisi kerajaan. Dua orang Ahli Parlimen BN juga ditegur oleh pemimpin BN kerana mengkritik dasar kerajaan. Itulah warisan kepimpinan yang Tun tinggalkan. Apa yang Tun kesalkan bukankah bagaimana ibu ketam hendak mengajar anaknya berjalan betul.

Begitulah nasibnya ahli Umno/BN yang cuba memberikan pandangan kepada pemimpin mereka yang seolah-olah 'maksum' tidak melakukan sebarang kesalahan dan kesilapan


Tuan kena perbetulkan Umno ini sementara Tun masih hidup. Kalau nasihat dan suara Tun tidak mahu didengar oleh pemimpin dan pengikut Umno/BN Tun boleh fikirkan cara lain. Tun mungkin boleh cetuskan gelombang reformasi kedua. Tun boleh naik pentas pembangkang berceramah ke seluruh pelusuk negara perbetulkan kepincangan kerajaan warisan Tun ini. Kalaupun Tun tidak mahu masuk menjadi ahli parti pembangkang cukup rasanya kalau Tun berceramah di pentas-pentas pembangkang membantu mereka memberikan kesedaran kepada rakyat. Kita yakin suara Tun masih berbisa dan dihormati. Tun bukan sahaja masih dihormati di dalam negara tetapi Tun juga masih diterima oelh negara luar.


MESEJ RAKYAT. KEMBALI AJAR MATEMATIK, SAINS DALAM BAHASA IBUNDA. (AKHBAR ARUS PERDANA TIDAK SIARKAN HASRAT RAKYAT)



Malang sekali apabila akhbar arus perdana tidak menyiarkan resolusi dan hasrat rakyat yang dibincangkan pada satu persidangan yang dianjurkan oleh DJZ di Klang Sabtu lalu. Walaupun persidangan itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan tetapi ianya tidak mendapat perhatian media massa arus perdana yang sememangnya tidak mengamalkan demokrasi dalam melaporkan sesuatu berita.





Ikuti berita yang sipetik dari Malaysiakini dibawah.

Mesej rakyat: Kembali ajar Matematik, Sains dalam bahasa ibunda

Lebih 600 pertubuhan dan 4,000 individu yang berkumpul di Kajang pada hari Sabtu menggesa kerajaan supaya mengkaji semula pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah.

Persidangan itu dianjurkan oleh pergerakan pendidikan Cina, Dong Jiao Zong (DJZ) di ibupejabatnya di Kajang.

DJZ – Gabungan Persekutuan Lembaga Persatuan Sekolah Cina (Dong Zong) dan Persatuan Guru Cina Malaysia (Jiao Zong) – merupakan kumpulan paling lantang membantah pelaksanaan dasar tersebut.

Peserta persidangan itu kemudiannya meluluskan resolusi empat perkara, yang menggesa supaya dasar tersebut dikaji semula. Resolusi tersebut akan diserahkan kepada pihak berkuasa berkenaan.

Resolusi tersebut menggesa kerajaan, pertama, menambah pelajaran bahasa Inggeris di sekolah; kedua, mengkaji kesan negatif pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris; ketiga, kembali mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda; dan keempat, menggesa parti-parti politik dan pertubuhan supaya menyokong pendidikan dalam bahasa ibunda.

Resolusi tersebut diluluskan sebulat suara secara mengangkat tangan.

'Pelajar Melayu terjejas'

Mewakili Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami), Ahmad Lutfi Othman (foto) memberitahu persidangan tersebut bahawa pelajar Melayu adalah golongan yang tpaling eruk terjejas dengan dasar tersebut.

Katanya, kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, menunjukkan 96 peratus pelajar Melayu tidak berminat mempelajari Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Tambahnya dasar adhoc itu yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kini jelas menunjukkan kelemahannya.

Dasar pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris diperkenalkan dalam Tahun Satu sekolah rendah pada 2003. Bagaimanapun, di sekolah Cina, formula 2-4-3 digunakan – dua masa belajar untuk bahasa Inggeris, empat masa belajar untuk Matematik dan tiga masa belajar bagi Sains, pada setiap minggu.

Sehingga ini, belum ada keputusan yang dibuat mengenai jumlah masa belajar bagi dua matapelajaran tersebut apabila murid masuk Tahun 4 tahun depan.

Presiden Dong Zong, Dr Yap Sin Tian (foto) berkata, pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris telah melemahkan peranan sekolah Cina dalam sistem pendidikan vernakular.

“Jika medium pengajaran di sekolah rendah ditukar, maka sekolah Cina menghadapi risiko kehilangan identiti mereka,” katanya.

Dr Yap juga membidas parti-parti politik yang bersikap tidak konsisten dalam pendirian mereka berhubung isu tersebut.

'Bertindak sekarang'

Presiden Jiao Zong, Ong Chiow Chuen pula berkata, masalah yang timbul akibat daripada dasar pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris itu perlu diselesaikan segera atau kesan negatifnya akan menimpa semua bangsa di negara ini.

“Kajian pakar dalam bidang pendidikan tempatan dan luar negeri, telah menggesa supaya kanak-kanak menggunakan bahasa ibunda dalam proses pembelajaran, terutama dalam matapelajran Sains dan Matematik,” kata Ong.

Turut berucap ialah Pengerusi Kumpulan Rakyat Prihatin, K Arumugam; Pengerusi Yayasan Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan Tamil Malaysia, M Manogaran dan Presiden Jemaah Islamiah Malaysia, Zahir Hassan.

Ahli-ahli politik tidak disenaraikan berucap di persidangan tersebut. Penganjurnya berkata, pihaknya mahu persidangan dan resolusi itu tidak berunsurkan politik dan mencerminkan pandangan masyarakat.


PEMUDA PAS KERJASAMA DENGAN DONG JIAO ZONG


MELAKA 11 Dis. - Utusan Meloya hari ini melaporkan Dewan Pemuda Pas bersetuju bekerjasama dengan Pergerakan Pendidikan Cina, Dong Jiao Zong (DJZ) untuk memperjuangkan isu-isu pendidikan yang mempunyai kepentingan bersama.

Dalam laporan itu Naib Ketua Dewan itu, Mazlan Aliman disiarkan berkata, persetujuan itu dicapai dua bulan lalu dalam satu pertemuan antara Pemuda Pas dengan DJZ yang turut membuat deklarasi bekerjasama.

Laporan itu juga menyebut bahawa Mazlan dalam ucapannya ketika melawat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina SRJK (C) Damansara, berkata, ``Pemuda Pas percaya isu-isu pendidikan seperti pengajaran dalam bahasa ibunda adalah hak yang dijamin mengikut Hak Asasi terhadap pendidikan,''.

Menurut Mazlan, Pemuda Pas bersama DJZ akan membuat pelbagai usaha mendesak kerajaan memenuhi tuntutan mereka termasuk membatalkan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dalam bahasa Inggeris. Mazlan sebelum itu menghabiskan masa kira-kira sejam melawat sebuah tokong yang dijadikan premis mengajar murid sekolah tersebut.

Apakah muslihat Utusan Meloya menyiarkan berita ini. Jarang sekali Utusan Meloya menyiarkan berita tentang PAS melainkan sesuatu berita akan memberikan kesan negatif kepada PAS. Kita merasakan bahawa laporan ini sebenarnya diibaratkan sebagai 'ada udang sebalik batu' kerana kita tahu DJZ adalah sebuah pertubuhan pendidikan cina yang disifatkan ekstrim kepada semangat perkauman cina. Dengan ini ianya seolah-olah PAS menyokong semangat perkauman ini.

Sementara itu, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional DPP Negeri Melaka, Sofi Wahab menyambut baik peranan yang dimainkan oleh Mazlan dalam menjalinkan hubungan DJZ ini kerana ianya sedikit sebanyak akan mendekatkan jurang perbezaan antara PAS dengan masyarakat cina. Usaha-usaha seperti ini hendaklah diteruskan dari masa ke semasa dan sehingga ini PAS sebenarnya telah berjaya memecahkan tembok pemisah dengan masyarakat cina apabila PAS Pusat berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS dikalangan masyarakat Tionghua.

Sofi dalam kenyataannya kepada Blog ini menegaskan bahawa ' isu pengajaran Bahasa Inggeris untuk subjek Sains dan Matematik ini adalah isu bersama antara DJZ dan PAS yang perlu ditangani. Sehingga PAS sentiasa konsisten menentang polisi kerajaan ini begitu juga DJZ'.

" DPP Negeri Melaka akan cuba untuk menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan pendidikan Cina di Melaka dan setakat kita masih berusaha untuk menghubungi mereka" kata Sofi di sini pagi ini.


TAIB MAHMUD CAKAP BESAR, BN YAKIN SAPU BERSIH, DI SARAWAK BOLEHLAH DABIK DADA


MELAKA 12 Dis. - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yakin Barisan Nasional (BN) dengan angkuh mendabik dada bahawa BN sekali lagi akan menyapu bersih kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk sembilan kerusi baru pada pilihan raya negeri akan datang.

Semua orang tahu yang Taib Mahmud dan keluarganya yang kaya raya mengaut segala projek pembangunan di Sarawak sehingga anak lelakinya memiliki sebuah bank dan lain-lain perusahaan. Tetapi rakyat Sarawak yang masih tidak mempunyai kesedaran politik masih memberikan kepercayaan kepadanya walaupun pelbagai penyelewengan di lakukan.

Semalam Taib Mahmud dalam kenyataannya di Kuching menaruh keyakinan itu berdasarkan prestasi baik yang ditunjukkan BN semenjak memerintah negeri ini.

``Saya yakin BN tidak menghadapi masalah untuk mempertahankan kerusi yang telah dimenangi pada pilihan raya lalu dan turut memenangi sembilan kerusi baru yang akan dipertandingkan,'' katanya ketika ditemui selepas perasmian Perhimpunan Perwakilan Parti Bersatu Rakyat Sarawak ke-20, kata nya kepada pemberita.

Nampaknya Taib Mahmud ini lebih dahsyat dari Mahathir kerana belum nampak riak-riak beliau akan mengundurkan diri. Agaknya belum cukup kekayaan dudunia yang beliau kejar.

Bagaimanapun Abdul Taib tetap mengingatkan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri supaya sentiasa berhati-hati dengan isu yang cuba dibangkitkan pembangkang menjelang pilihan raya itu nanti.

``Pembangkang tidak ada isu yang kukuh kerana kita telah membuktikan keupayaan untuk mengubah nasib dan membawa kemajuan kepada seluruh rakyat di negeri ini,'' katanya.

Bukan sahaja nasib rakyat yang diubahnya tetapi 'periuk nasi'nya sentiasa penuh. Ada sahaja projek baru yang diperolehi oleh syarikat yang ada hubungan dengan beliau atau anaknya.

Begitulah sikap manusia kalau sudah lama berkuasa, mereka merasakan yang mereka boleh buat apa sahaja. Seperti juga kerajaan BN yang memerintah Malaysia sekarang. Pemimpinnya boleh melakukan apa yang mereka rasa menguntungkan mereka walaupun di sana terdapat rakyat yang ditindas, dizalimi dan sebagainya.

Masalahnya sampai bila rakyat negara akan sedar tentang perkara ini. Sama-sama kita berdoa agar kita semua dibukakan pintu hati untuk menerima hidayah Allah S.W.T.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59