Thursday, 8 December 2005

KEMBALIKAN KEYAKINAN RAKYAT KEPADA PILIHANRAYA


Dipetik dari Harakahdaily.net

Oleh ZULKIFLI SULONG

?Tengok nih Zul?mereka yang kita tandakan X dan D pun datang ke bangsal kita. Ini adalah petanda bahawa PAS mempunyai peluang besar dalam pilihan raya ini,? kata Abdul Hamid Aziz kepada saya kira-kira jam 2.00 petang 6 Disember lepas di markasnya.

Abdul Hamid adalah Ketua Bahagian Culaan, jentera pilihan raya PAS Pengkalan Pasir. Dengan tidak berbaju, Hamid dan pasukannya bertungkus lumus bagi memastikan data mereka sentiasa up-to-date.

Bagaiamana pun dalam masa yang sama, Hamid juga menunjukkan kepada saya tiga nama yang ditandakan sebagai ?M? dalam culaan PAS datang juga mengundi kali ini. M adalah singkatan untuk mati. Bermakna, mengikut rekod PAS, pengundi ini mati tetapi dia datang mengundi dalam pilihan raya ini.

Dalam daftar culaan PAS, ada B (Bulan), D (Dacing), X (tidak dikenali) dan beberapa singkatan lagi. Semuanya dikomputerisekan. Apabila data-data itu dimasukkan dalam sistem oleh petugas, dengan mudah diketahui di mana kedudukan PAS ketika itu.

Dalam pilihan raya kecil ini, dari awal lagi bilik gerakan PAS menunjukkan senarai mereka yang tidak dikenali ramai sekali iaitu kira-kira 4, 250 orang. Mereka tidak kenal siapakah pengundi ini.

Apa yang ditunjukkan Hamid terbukti kebenarannya. Undi PAS telah meningkat melalui sokongan pengundi baru tetapi kalah apabila undi kepada BN terlalu tinggi melalui orang yang tidak dikenali dan orang mati yang datang mengundi.

70 pengundi hantu

Malaysia for Free Election (Mafrel) sebuah badan pemantau bebas telah membuat pemantauan sejak sebelum penamaan calon lagi terhadap pilihan raya kecil ini. Mereka mengkaji dengan detail senarai pemilih untuk pilihan raya ini.

Selepas dikaji, mereka menemui, 70 peratus pemilih tidak mempunyai alamat yang lengkap iaitu tanpa nombor rumah mereka.

Untuk 30 peratus rumah yang ada alamat lengkap itu, mereka telah menghantar petugas untuk menyiasat kesahihan alamat itu. Dari situ mereka menemui 70 nama pengundi yang tidak dikenali langsung oleh pemilik rumah yang alamat mereka digunakan itu.

Dari situlah timbulnya angka 70 pemilih yang dianggap sebagai hantu yang dijumpai dalam pilihan raya ini. Tetapi, SPR menolak begitu sahaja apabila ianya dibangkitkan oleh PAS dalam pertemuan antara mereka di Hotel Perdana beberapa hari sebelum mengundi.

Bagaimanakah modus operandinya

Yang jelas, ada pihak yang mendaftarkan pengundi luar dalam senarai pemilih kawasan ini. Oleh kerana tempoh pengesahan dan bantahan yang dibuat oleh SPR telalu singkap, tidak semua orang yang tidak dikenali oleh penduduk tempatan berjaya dikeluarkan dari senarai pemilih.

Dari apa yang ditemui dalam pilihan raya ini, beberapa perkara boleh diandaikan telah berlaku.

1) Ada pihak yang mengundi untuk pengundi yang telah mati

Husam Musa, Naib Presiden PAS telah memaklumkan, 13 pengundi yang telah mati datang mengundi kali ini. Walaupun dibantah oleh polling agent PAS bahawa mereka telah mati mengikut rekod PAS, tetapi kerana tidak ada bukti surat matinya, pengundi yang menggunakan kad pengenalan orang yang telah mati ini terus dapat mengundi.

Ini bermakna, satu penipuan yang telah telah berlaku dan ini perlu dilihat sebagai satu jenayah, kata Husam.

Selain kenyataan Husam, saya melihat dengan mata kepala sendiri sebagaimana yang ditunjukkan oleh Abd Hamid Aziz dalam komputer culaannya itu.

2) Pengundi hantu

Sebagaimana kajian yang dibuat oleh Mafrel, memang ujud pengundi hantu dalam pilihan raya ini. Siapa mereka. Pengundi hantu adalah pengundi yang tidak dikenali oleh penduduk tempatan yang didaftar di situ dengan tujuan untuk memenangkan sesuatu pihak.

Apabila hari mengundi, mereka akan dibawa oleh pihak yang mendaftarkan mereka untuk mengundi. Banyak yang datang dengan bas. Dalam pilihan raya kali ini, sebanyak 22 buah bas dikesan masuk. Tidak semua berjaya ditahan oleh petugas PAS.

Kes di Kampung Kubang Bemban misalnya, sebuah bas dari Perlis berjaya dikesan malam sebelum mengundi. Apabila ditanya kepada mereka, dengan terus terang mereka yang berada di atas bas ini mengaku mereka dating untuk mengundi.

Selepas kecoh sahaja, polis pun sampai. Orang ramai tidak dibenarkan mendekati mereka lagi. Mereka diiringi masuk ke balai polis Pasir Mas dan ?berehat di situ?.

Secara senyap-senyap, mereka didapati keluar dari balai itu dengan beberapa buah kereta.

Esoknya melalui berita TV, Pengerusi SPR memberitahu, mereka adalah pelancong dan petugas BN yang datang untuk membantu kempen BN bukan untuk mengundi.

?Dari dulu lagi saya sudah pesan, kalau nak datang pun, jangan datang dengan bas, ia menimbulkan suspicious orang, datanglah dengan kereta,? kata Pengerusi SPR itu ?mengajar BN?.

Timbalan Presiden Umno, Dato? Seri Najib pula berkata, mereka adalah pengundi luar BN.

Walaupun berjaya disekat, tetapi semuanya terpaksa diserahkan kepada polis untuk diselesaikan. Sebab itulah tidak hairan selepas itu diperolehi maklumat mereka dikeluarkan dari balai polis itu secara senyap-senyap.

3) Mengundi lebih dari sekali

Sekurang-kurangnya tiga orang berjaya ditangkap oleh PAS kerana mengundi lebih dari sekali. Ia ditangkap oleh petugas PAS kerana cuba mengundi di tempat yang sama. Bagaimana kalau mengundi di tempat yang berlainan? Misalnya pagi di Banggol Chicha, tengahari di Kuhang Gatal dan petangnya di Kampung Dangar. Sudah tentu ia tidak boleh dikesan oleh mana-mana pihak.

Bagaimana ini boleh berlaku? Banyak teori yang telah dibuat. Antara yang paling popular adalah penggunaan kad pengenalan palsu. Susah ke. Sudah tentu tidak kerana BN adalah kerajaan yang memerintah yang menguasai polis, jabatan pendaftaran dan yang penting sekali SPR. Pengerusi SPR telah berkali-kali berkata, kalau kerajaan hendak, apa kita boleh buat.

Jentera BN dan PAS mempunyai rekod kedatangan mengundi bagi setiap pilihan raya. Apa kata kalau kad pengenalan palsu dikeluarkan untuk mereka yang sentiasa tidak datang mengundi itu?

Perkara ini terdedah apabila dalam pilihan raya ini, ramai pengundi yang tidak dapat mengundi kerana orang lain telah mengundi untuknya sebelum beliau sampai lagi. Bagi memastikan pemegang kad pengenalan palsu ini selamat mengundi, mereka diarahkan mengundi di awal pagi.

Atas dasar inilah maka peratusan keluar mengundi kali ini sangat tinggi sebelah pagi lagi (lebih 50 peratus pada jam 12 tengahari), padahal 6 Disember adalah hari bekerja untuk Kelantan.

Memang petugas PAS telah berjaya menangkap beberapa orang dari mereka?.tetapi akhirnya mereka terpaksa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Terserah kepada polis untuk menyiasat pemegang kad pengenalan pihak lain ini. Kad pengenalan itu palsu atau dia mengundi bagi pihak orang lain, terserah kepada siasatan polis.

Sebagaimana kata Husam, kini terserah kepada semua pihak di negara ini. Samada mereka mahu rakyat percaya dengan sistem pilihan raya yang ada atau biarkan rakyat hilang kepercayaan kepada sistem yang ada ada?.dan lambat laung ia akan hancur bersama hancurnya kepercayaan rakyat kepadanya.


MUKA-MUKA HANTU YANG MENGGERUNKAN DI PENGKALAN PASIR


Mana mari ini kutu bedahaq??
Ayah Pin ke ni??
Samseng Kampung Dusun mana ni??


Gambar ihsan tranungkite


SENARAI KESALAHAN YANG BERLAKU DI PENGKALAN PASIR


1. Sekurang-kurangnya 13 orang pengundi yang telah mati datang mengundi peti udi Banggol Chica.

2. Pemberian wang kepada pengundi di Peti Undi Jalan Pasir Pekan.

3. Seorang pengundi berdaftar tidak dapat mengundi kerana dikatakan beliau telah mengundi di Peti Undi Banggol Chica

4.Terdapatnya insiden para pengundi yang diseledup melalui longkang besar masuk ke dalam tempat mengundi.

5.Kenyataan Pengerusi SPR bahawa "saya nampak para petugas BN bekerja keras siang dan malam. Mereka membawa pengundi-pengundi muda, pengundi-pengundi Cina dan juga pengundi-pengundi muda untuk keluar membuang undi. Mereka jauh lebih bersedia berbanding dengan jentera PAS."

Dan banyak lagi.....secara detail akan disiarkan kemudian. Insya Allah


PAS AKAN CABAR KEPUTUSAN PK PENGKALAN PASIR. KEMUKA PETISYEN SECEPAT MUNGKIN


PASIR MAS 8 DIS : Timbalan Presiden PAS, Us Nasharuddin Mat Isa menyatakan PAS akan mengemukakan petisyen mencabar keputusan Pilihanraya Kecil DUN Pengkalan Pasir selasa lalu kerana terdapat banyak keraguan terhadap perjalanan pilihanraya tersebut. Begitu juga terdapat kes kesalahan-kesalahan merasuah pengundi yang dilakukan oleh BN.

Kesalahan-kesalahan dan amalan-amalan yang bertentangan dengan undang-undang ini telah diterangkan dengan panjang lebar oleh Naib Presiden PAS, Husam Musa ketika membuat kenyataan akhbar sebaik sehaja diumumkan secara rasmi sebagai pemenang pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir semalam.

Husam dalam kenyataannya menyebut bahawa sekurang-kurangnya, 13 orang 'mati' datang mengundi di Peti Undi Banggol Chicha.

"Saya fikir aspek jenayah harus dilihat dalam konteks ini di mana dan bagaimana orang tertentu boleh mempunyai kad pengenalan orang-orang yang telah mati dan datang mengundi. Ini sangat menghairankan," kata beliau kepada wartawan.

Bagi menunjukan PAS ada bukti, katanya, PAS telah membuat laporan polis mengenainya

"Kita banyak membuat laporan Polis dan saya rasa inilah pilihan raya kecil yang paling banyak sekali laporan-laporan Polis yang dibuat terutama sekali tentang proses pengundian.

"Dan ada juga kes orang tidak dapat mengundi kerana orang lain telah mengundi untuk mereka, ada orang yang mati dapat mengundi semula termasuk juga proses pembelian undi yang sangat terang.

"Ianya dilakukan di peti undi jalan Pasir Pekan pada hari pengundian. Semua ini sedikit sebanyak mencemarkan proses pilihan raya yang berlaku di Pengkalan Pasir," kata Husam.

Sementara itu Us Nasharuddin juga memberitahu bahawa PAS juga akan membuat pengaduan kepada SUHAKAM tentang beberapa masalah penyelewengan dan kesalahan yang dilakukan oleh BN dan SPR.




TEKANAN HEBAT KEPADA KERAJAAN KELANTAN SUPAYA BUBAR DUN MAKIN HEBAT SELEPAS BN 'MENANG'


BUKIT KATIL 8 Dis. - Kejayaan Barisan Nasional (BN) merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir dengan beberapa taktik kotor dalam pilihan raya kecil kawasan itu Selasa lalu merancakkan lagi tekanan BN supaya kerajaan PAS Kelantan membubarkan dewan.

Hari ini hampir semua akhbar arus perdana menyiarkan berita gesaan supaya membubarkan DUN Kelantan sebagai 'headline' mereka. Antaranya Utusan Malaysia atau Utusan Meloya.

Antara yang di siarkan dalam 'headline'nya ialah berita di bawah.

Kedudukan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) - 23 bagi Pas dan 22 bagi BN - sudah cukup menggambarkan kerajaan pimpinan Pas kini terlalu rapuh dan lemah, diibaratkan seperti `telur di hujung tanduk'.

Kedudukan itu juga merupakan satu sejarah dalam arena politik tanah air kerana sebelum ini tidak ada mana-mana kerajaan negeri yang memerintah dengan kelebihan hanya satu kerusi.

Persoalannya di sini ialah: Apakah yang akan terjadi kepada kerajaan Kelantan seterusnya?

Apakah akan berlaku kerajaan campuran? Apakah DUN akan dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri? Atau, apakah akan berlaku fenomena lompat melompat parti?

Ini semua adalah kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku dan menarik untuk disaksikan.

Namun, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam reaksinya kepada kekalahan itu berkata, beliau tidak akan membubarkan DUN walaupun mempunyai kelebihan satu undi.

Ditanya bagaimana sekiranya istana campur tangan dan minta kerajaan negeri membubarkan dewan beliau berkata: ``Itu masalah lain''.

Kiraan semula yang dilakukan hari ini di Dewan Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (I) di sini, tidak mengubah keputusan semalam yang menyaksikan calon BN, Hanafi Mamat, 51, menewaskan calon Pas, Hanifa Ahmad, 59, dan Datuk Ibrahim Ali (Bebas), sekali gus menamatkan penguasaan Pas ke atas kerusi itu.

Majoriti 134 undi yang diperoleh Hanafi sudah cukup untuk meletakkan kerajaan negeri pimpinan Pas berada dalam keadaan terumbang-ambing dan menyebabkan parti itu terpaksa memerintah Kelantan dengan kelebihan satu kerusi sahaja.

Melalui keputusan kiraan semula yang diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Abdul Halim Ahmad kira-kira pukul 12.35 tengah hari, Hanafi yang bertanding buat kali ketiga pada pilihan raya akhirnya menjadi pilihan rakyat yang sedang dilanda gelombang perubahan apabila memperoleh 7,422 undi.

Hanifa pula mendapat 7,288 undi manakala Ibrahim mendapat 415 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.

Jumlah majoriti yang diperoleh Hanafi adalah lebih 78 undi berbanding keputusan pilihan raya umum lalu bagi kerusi yang sama apabila calon Pas, Allahyarham Wan Abdul Aziz Wan Jaafar menewaskan Hanafi dengan 56 undi sahaja.

Majoriti 134 undi yang diperoleh Hanafi turut bertambah 5 undi berbanding kiraan pertama semalam iaitu 129 undi.

Sebanyak 158 undi rosak dengan jumlah keluar mengundi 83.04 peratus atau 15,273 pengundi.

Pada pilihan raya umum tahun lalu, Pas mengekalkan pemerintahannya sejak 1990 setelah menguasai 24 daripada 45 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Bagaimanapun, kedudukan tersebut berubah pada 31 Oktober lalu apabila berlaku kekosongan di kerusi Pengkalan Pasir selepas Allahyarham Wan Abdul Aziz meninggal dunia kerana kanser hati.

Kemenangan BN dalam pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir juga dianggap sebagai satu isyarat awal bahawa rakyat Kelantan mahukan perubahan setelah merampas kerajaan negeri ini daripada BN pada pilihan raya umum 1990.

Pemerhati politik percaya kejayaan BN itu sebagai satu ancaman kepada pemerintahan Pas di Kelantan yang dipimpin oleh Menteri Besar yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ini kerana selain tidak boleh meluluskan sebarang rang undang-undang di sidang DUN, kepimpinan kerajaan negeri juga dihantui dengan kebimbangan akan berlaku satu lagi pilihan raya kecil.

Sehubungan itu, pemerhati politik melihat Pas hakikatnya tidak mempunyai banyak pilihan selain daripada memikirkan untuk membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Langkah tersebut dilihat cara terbaik dalam usaha memberi keadilan kepada rakyat Kelantan dan menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang benar-benar kukuh.

Selain itu ia juga berkaitan moral kerana kerajaan Kelantan akan dilihat sebagai sebuah kerajaan negeri yang tidak mendapat sokongan padu rakyat jika mereka membuat keputusan terus memerintah dengan kelebihan satu kerusi.

Bagaimanapun, Pas dijangka terus mempertahankan kedudukan pemerintahan tersebut dan tidak bercadang untuk membubarkan DUN.

Mengikut undang-undang tubuh negeri Kelantan, pembubaran DUN hanya boleh dilakukan dengan perkenan Sultan atas nasihat Menteri Besar.

Sultan Kelantan tidak boleh membubarkan DUN tanpa nasihat itu, tetapi baginda berhak tidak memberi perkenan jika mendapat permohonan daripada Menteri Besar.

Kejayaan BN dikatakan atas faktor kempen berterusan yang dilakukan oleh parti perikatan itu dalam usaha menyakinkan rakyat Kelantan bahawa mereka perlu melakukan perubahan bermula di Pengkalan Pasir.

Jaminan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melakukan perubahan ibarat `ombak besar' serta kesungguhan beliau berada di Pengkalan Pasir sejak 26 November lalu dikatakan antara faktor besar kejayaan BN.

Rakyat juga melihat kesanggupan Timbalan Perdana Menteri `berkampung' di Pengkalan Pasir itu sebagai tanda bahawa Kerajaan Pusat benar-benar berhasrat untuk melakukan perubahan dalam bidang politik dan pembangunan di Kelantan.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59