Tuesday, 6 December 2005

63 % KELUAR SETAKAT PUKUL 1.00 PETANG TADI


PG PASIR 6 DIS : Seramai 63 % pengundi telah keluar membuang undi di 10 pusat pembuangan undi setakat jam 1.00 petang tadi.

Sementara itu maklumat dalaman memberitahu sebanyak 6 buah bas membawa pengundi hantu di beritakan cuba masuk ke kawasan Pengkalan Pasir.

Bagaimana tindakan pantas petugas berjaya menghalang mereka. Tetapi diberitakan pengundi hantu yang dibawa dengan beberapa pajero gagal dihalang.


WEBLOG PEMUDABUKITKATIL AKAN MENYIARKAN BERITA TERKINI PILIHANRAYA KECIL PENGKALAN PASIR


Bukit Katil 6 Dis : Weblog ini Insya Allah akan menyiarkan berita terkini tentang Pilihanraya Pengkalan Pasir dari masa ke semasa untuk maklumat tuan-tuan.

Sekian harap maklum.


SENGIT DIPINTU MASUK TEMPAT MENGUNDI


Pengkalan Pasir 6 Dis : Keadaan di semua pintu masuk tempat mengundi di Pengkalan Pasir penuh sesak dengan penyokong dan petugas parti-parti yang bertanding.

Sesekali terdengar pertengkaran antara petugas PAS dan BN, apabila petugas BN cuba memasuki kawasan yang dilarang.

Beberapa orang sahabat yang sedang berada di sana menyatakan bahawa petugas PAS sedang berkawal di setiap lorong di DUN ini untuk menjaga keselamatan pengundi PAS dan juga memastikan mereka keluar mengundi lebih awal.

Adalah difahamkan Umno cuba menggunakan taktik mengundi bagi pihak pengundi yang tidak hadir atau yang datang lewat.

Calon PAS Hj Hanifa Ahmad telah keluar mengundi seawal jam 8.00 dan menjadi pengundi pertama membuang undi SMK Kubang Bemban.

Diharapkan semua pencinta Islam berdoa untuk kemenangan Islam.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59