Thursday, 1 December 2005

NAJIB CAKAP TAK SERUPA BIKIN



BUKIT KATIL 1 DIS : Bernama melaporkan hari ini bahawa TPM, Dato' Seri Najib Tun Razak menyeru orang-orang Islam supaya menjadikan masjid sebagai pusat untuk menyatukan mereka.

Beliau bercakap demikian ketika merasmikan Masjid Al Falah di Kampung Maju Jaya, Johor Baharu.

Kenyataan Najib ini disifatkan sebagai kenyataan yang tidak serupa bikin kerana selama ini kerajaan BN di negeri-negeri yang diperintahnya mengamalkan diskriminasi dalam pentadbiran masjid. Antaranya semua AJK yang cenderung kepada pembangkang akan dipecat atau ditukarkan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri. Bahkan mereka melantik AJK-AJK baru yang sesetengahnya tidak pernah ke masjid. Kuasa melantik AJK masjid yang sepatutnya ada ditangan anak qariah dirampas dengan rakus oleh mereka.

Ini menyebabkan jemaah-jemaah masjid tidak berpuashati dan meninggalkan masjid dan bersembahyang di masjid lain. Macamana Najib boleh berkata demikian sedangkan pelaksanaannya jauh tersasar.

Contoh ketara berlaku di sebuah masjid di Pahang iaitu Masjid Lebak di Temerloh. Apabila semua AJK termasuk Pengerusi, Setiausaha dan sebahagian besar AJK dilucutkan jawatannya mereka tanpa apa-apa sebab yang munasabah. Bahkan Imam masjid tersebut juga dipecat.

Inikah contoh perpaduan yang Najib katakan. Janganlah kita bercakap ikut sedap mulut sahaja tetapi perlaksanaannya langsung tiada.


PM SAMA SAHAJA MACAM 'ASKAR-ASKAR' BAWAHAN BERJANJI NAK BINA UNIVERSITI, TIADA MODAL LAIN.



PASIR MAS 1 DIS : Idea untuk mendirikan sebuah universiti telah lama diperkatakan oleh pemimpin kerajaan BN. Tetapi sehingga ke hari ini universiti itu belum ujud. Apakah kerajaan BN mensyaratkan BN menang baru hendak bina Univerisiti awam di Kelantan. Hari ini PM ketika berkempen di Pengkalan Pasir menyatakan bahawa kerajaan pusat tidak keberatan membina sebuah universiti di Kelantan sebagai tanda prihatin kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat negeri itu yang terkenal dengan pelbagai keistimewaan.

"Kalau begitu mengapa sampai sekarang universiti itu masih belum kelihatan" kata Hamzah Yusof, Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

"Apakah kita hendak tunggu BN menang di Kelantan baru nak buat. Kalau begitu gayanya jelaslah bahawa kerajaan pusat mengamalkan dasar diskriminasi kepada rakyat Kelantan" jelas Hamzah lagi.

"Bila-bila masa kita boleh beri sebuah universiti kepada Kelantan, tanda sayang kepada rakyat negeri ini setelah melahirkan banyak cerdik pandai," kata Perdana Menteri ketika berucap di majlis mesra Aidilfitri bersama
kira-kira 2,000 pegawai kerajaan di Pasir Mas hari ini.

Mengulas kenyataan Pak Lah di atas Hamzah seterusnya berkata, " kalau bila-bila pun boleh apa ditunggu lagi". Adakah BN hendak menjadikan pembinaan universiti sebagai modal politik."

Rakyat Kelantan sudah masak dan mahir dengan taktik BN ini. Mereka tidak akan terpedaya dengan janji sebegini.


Umno/BN TERBIT WARTA PENGKALAN PASIR PALSU RENDAH-RENDAHKAN CIPTAAN ALLAH



PASIR MAS 1 DIS : Umno/BN selagi lagi 'main kotor'. Kali ini mereka telah mengeluarkan Warta Pengkalan Pasir yang palsu. Sudahlah tu mereka juga menghina calon PAS.

Laman web pengkalanpasir.net itu juga menyiarkan berita yang Umno/BN cuba merendah-rendahkan ciptaan Allah apabila mereka memperlekehkan ciptaan Allah. Mereka tanpa rasa bersalah menghina Calon PAS, Hj Hanifa Ahmad dengan menyatakan Hj Hanifa tak cukup 'inci' maksudnya tak cukup tinggi, begitulah bunyinya. Penghinaan ini dimuatkan dalam Warta Pengkalan Pasir palsu.

Warta Pengkalan Pasir ialah risalah harian yang dikeluarkan jentera Pilihanraya PAS sejak sebelum hari penamaan calon lagi.

Nampaknya cakap-cakap pemimpin BN supaya kempen berlangsung dalam suasana yang baik dan tidak secara kotor hanyalah khayalan dan retorik mereka semata-mata. Malah mereka terus menggunakan media massa milik kerajaan untuk menghentam dan menfitnah PAS dan Hj Hanifa Ahmad.

Allah akan menghukum mereka nanti.


BN AWAL-AWAL LAGI DAH KALAH 7-0



Awal-awal sebelum pengundian pun BN dah kalah. Begitulah berita yang disiarkan oleh sebuah laman web pengkalanpasir.net yang menyiarkan berita yang menggelikan hati kita. Sekumpulan kanak-kanak di sebuah kampung di DUN Pengkalan Pasir telah mengadakan perlawanan persahabatan antara 'BN' dan 'PAS' di mana 'PAS' menang 7-0. Apa yang menarik kanak-kanak ini memasang bendera 'PAS' dan 'BN' dijaring gol masing-masing. Kalau Annuar Musa tahu perkara ini sudah tentu makin pening kepala dia.


MAS RUGI RM648.4. KERAJAAN MALAYSIA MESTI BERTANGGUNGJAWAB


Bukit Katil 1 Dis : Apa lagi yang hendak dibanggakan oleh kerajaan Malaysia tentang keupayaan mereka mentadbir negara apabila satu demi satu Syarikat GLC mengalami kerugian yang memalukan.

Semalam Malaysia Airline System Bhd (Malaysia Airlines) melaporkan kerugian bersih sebanyak RM367.7 juta bagi suku kedua yang berakhir pada 30 September 2005.

Dengan kerugian sebanyak RM280.7 juta yang dilaporkan bagi suku pertama, kerugian bagi enam bulan berkenaan berjumlah RM648.4 juta, kata Pengerusi syarikat itu, Datuk Dr Mohamed Munir Abdul Majid, semasa mengumumkan keputusan syarikat itu di satu majlis taklimat media di Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata, kerugian dalam suku kedua itu pada asasnya berpunca daripada harga minyak yang berterusan tinggi dengan kos bahan api meningkat sebanyak 45 peratus kepada RM1.2 bilion, jauh lebih tinggi daripada RM799 juta bagi suku yang sama pada tahun 2004.

Faktor-faktor penyumbang lain, termasuklah kos kakitangan, pengendalian dan mendarat, pesawat dan penyenggaraan, caj rombak rawat dan pajakan serta caj penguraian aset secara meluas (WAU).

Sementara itu, jumlah pendapatan meningkat sebanyak 9.4 peratus kepada RM3 bilion dalam suku kedua daripada, berbanding suku yang sama tahun lalu, hasil peningkatan penumpang antarabangsa sebanyak 11.7 peratus.

Munir berkata, pendapatan daripada penumpang antarabangsa meningkat sebanyak RM238.7 juta atau 12 peratus kepada RM2.2 bilion manakala pendapatan MASKargo bertambah sebanyak RM11.6 juta atau dua peratus kepada
RM581.2 juta.

Kita merasa hairan bagaimana kerugian yang besar ini boleh berlaku sedangkan syarikat penerbangan lain yang baru dan lebih kecil seperti Air Asia boleh untung. Begitu juga Singapore Airline berjaya ditadbir dengan baik walaupun mereka mengalami masalah kenaikan harga minyak.

Jangan pihak yang bertanggungjawab berselindung dengan masalah kenaikan harga minyak. Adakah syarikat lain tidak terlibat dengan masalah ini, soal Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman ketika diminta mengulas perkara ini.

"Kita merasa hairan bagaimana setiap kali syarikat GLC mengalami kerugian maka tidak pernah ada menteri yang mahu betanggungjawab. Malah pihak pengurusan dan kerajaan tidak pernah mengaku bersalah'. Kita mahu satu penyiasatan yang telus dan menyeluruh dilakukan dan pihak yang terlibat dihadap ke muka pengadilan jika ada unsur-unsur penyelewengan dan rasuah" tegas Hj Salamat dengan lantang.

"Tetapi yang jelasnya Dewan Pemuda Bukit Katil menggesa menteri yang terbabit mengawal selia Syarikat-syarikat GLC yang rugi seperti Menteri Pengangkutan dan Menteri Kewangan mesti meletakkan jawatan kerana gagal memainkan peranan mereka dengan berkesan", tegas Hj Salamat lagi yang juga merupakan Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka.

Semalam pengurusan PROTON membuat kenyataan yang starikat itu rugi, begitu juga sebelum Bank Islam juga dilaporkan mengalami kerugian RM700 juta. Nampaknya zaman pemerintahan Pak Lah ialah zaman yang amat malap bagi GLC. Sudah sampai masanya Pak Lah memikirkan dengan serius apakah beliau mampu mentadbir atau tidak. Dari awal-awal lagi kita menggesa Pak Lah supaya merombak kabinetnya yang penuh dengan orang-orang yang mempunyai masalah dan yang lebih beliau sendiri sebenarnya dilihat tidak mampu mentadbir dengan baik dan berkesan.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59