Wednesday, 30 November 2005

KHIR TOYO URUSKAN NEGERI KAMU DULU SEBELUM HENTAM KELANTAN



MELAKA 30 NOV: Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan bahawa beberapa tempat di dalam negeri Khir Toyo dikenalpasti sebagai tempat membuat maksiat.

Khir Toyo pula sibuk berkempen di Pengkalan Pasir menyatakan Tok Guru Nik Aziz tidak tahu memerintah. Tetapi Khir Toyo tidak sedar bahawa negerinya yang diisytiharkan sebagai negeri 'maju' sebenarnya paling maju juga dari segi maksiat.

Akhbar itu melaporkan bahawa ramai pasangan Islam dari sekitar kawasan ini dikesan mengambil kesempatan melakukan maksiat di Pulau Ketam, dekat sini, yang lebih 90 peratus penghuninya kaum Tionghua.

Kedudukan pulau nelayan itu yang hanya boleh dikunjungi menggunakan feri atau bot, memudahkan pasangan terbabit ke situ dan menyewa bilik hotel murah, sama ada bagi tempoh semalaman atau sekadar beberapa jam.

Adakah Khir Toyo tidak tahu masalah maksiat yang berleluasa ini atau sengaja buat tidak tahu. Masakan beliau sebagai seorang MB yang 'cekap' (kononnya) tidak tahu perkara ini. Ataupun memang Umno menyukai perkara sebegini sebab di dalam Umno perkara mencegah kemungkaran ini bukan agenda utama mereka. Sebab itu dalam kes The Zouk semua wanita yang ditangkap tidak didakwa. Orang yang menangkap mereka pula yang menerima padah.

Tinjauan akhbar itu di sekitar jeti Pulau Ketam, di sini, saban hari ada saja pasangan Islam ke situ tanpa mengira waktu, tetapi selalunya bilangan akan meningkat pada waktu tengah hari.

Seorang penduduk tempatan yang ditemui berkata, kebanjiran pasangan Islam ke situ menjadi lebih ketara pada hujung minggu.

“Ketika lewat malam, mereka minum arak dan mabuk serta membuat kacau.

“Kami di sini sakit mata melihat gelagat mereka dan cuba menegur tetapi tidak banyak yang dapat dilakukan selain daripada itu,” katanya kepada Harian Metro.

Penduduk berkenaan yang enggan namanya disiarkan berkata, banyak kemudahan di pulau itu digunakan pasangan Islam melakukan maksiat pada bila-bila masa.

“Bayangkan sebuah bilik tanpa pendingin hawa boleh disewa pada harga RM25 sehari.

“Pihak hotel pula bersedia menyewakan bilik mereka dalam tempoh pendek, iaitu beberapa jam saja dan mereka boleh datang pada tengah hari untuk membuat maksiat dan pulang pada waktu petang,” katanya.

Seorang lagi penduduk berkata, disebabkan masyarakat Islam di Pulau Ketam tidak sampai 100 orang, pasangan yang berkunjung ke situ untuk berasmara, tidak perlu berasa gusar ketika berdua-duaan.

“Kami tidak boleh berbuat apa-apa kecuali menegur jika ada pasangan yang mencurigakan datang.

“Bagaimanapun selalunya mereka memberi pelbagai alasan dan masih terus bermalam di sini,” katanya.

Berdasarkan tinjauan akhbar itu, hotel di Pulau Ketam menawarkan pelbagai kadar sewaan bilik untuk dipilih pelanggan.

Bermula dengan harga sewaan semurah RM25, seseorang yang inginkan bilik yang lebih selesa dan besar hanya perlu mengeluarkan belanja kurang daripada RM100 untuk menyewanya satu malam.

Jika ada pengunjung datang melawat Pulau Ketam, ejen hotel berkenaan tidak teragak-agak mengedarkan kad perniagaan kepada mereka di jalanan dan bertanyakan sama ada bilik untuk berasmara diperlukan.

Perkhidmatan feri dari Pelabuhan Klang ke Pulau Ketam pula bermula dari jam 7.45 pagi dan berakhir pada jam 6.30 petang. Bagi perjalanan antara Pulau Ketam ke Pelabuhan Klang pula, ia bermula dari jam 8.45 pagi sehingga 6.30 petang.

Ia dilanjutkan pada setiap hujung minggu sehingga jam 7.10 malam.

Seorang penduduk lain berkata, satu ketika dulu mereka pernah mengadakan pemeriksaan di bilik yang disyaki sebagai langkah pencegahan menularnya kegiatan maksiat di situ.

“Tetapi sebagai penduduk apa sangatlah yang boleh kami lakukan.

“Ketika ini kami hanya mampu melihat dengan perasaan marah setiap kali ada pasangan Islam yang mencurigakan datang ke sini dan melintasi surau tanpa apa-apa rasa bersalah,” katanya.

Ayuh Khir Toyo jangan menuding jari kepada Tok Guru Nik Aziz tidak pandai perintah dan sebagainya. Kalau negeri yang dikatakan maju, tetapi penuh dengan maksiat dan persundalan apa ertinya kepada kita.


GAMBAR SALAH SEORANG CALON BEBAS YANG DITOLAK PENCALONANNYA


Fauziah Ghani
Gambar ihsan tranungkite.net


SENDA PENGKALAN PASIR



Ihsan dari pengkalanpasir.net


BN MENE KLATE SENE. TAPI BAGAIMANA DENGAN NEGERI BN LAIN



Antara slogan yang dicanangkan oleh BN di Pengkalan Pasir adalah BN MENE KLATE SENE. Tapi cuba saudara-saudari amati gambar ini. Satu Jambatan di Kg Lubuk Kawah, Kuantan, Pahang iaitu negeri yang telah 'berkurun-kurun' diperintah oleh BN. Kalau macam ni keadaannya di Pahang tak payah BN melaung-laung rakyat Kelantan akan senang di bawah pemerintahan BN kerana di Pahang pun cuba perhatikan betapa dhaifnya jamabatan tu.

GAMBAR IHSAN PENGKALANPASIR.NET


GAMBAR SEKITAR KEMPEN PILIHANRAYA PENGKALAN PASIR


Calon BN Hanafi Mamat berkerut kening memikirkan peluangnya 6 Disember ini


Tok Najib berkempen di Masjid dekat Banggol Chica


Papan tanda projek baru


Hj Hanifa bertemu pemandu teksi di Pekan Pasir Mas


Dato' Anuar Tan sedang ditemuramah oleh wartawan akhbar cina.


KHIR TOYO 'KELENGTONG' ORANG PENGKALAN PASIR, ZALIMI RAKYAT SENDIRI



Pengkalan Pasir 30 Nov : Menteri Besar Selangor diberitakan begitu sibuk berkempen di Pengkalan Pasir dengan modal politik 'negeri Selangor Maju'. Beliau tanpa sengan silu cuba 'kelengtong' orang Pengkalan Pasir dengan menyatakan negeri Selangor maju sebab BN memerintah dengan bijak dan pandai. Tanpa disedari hutang Selangor jauh lebih besar dari Kelantan.

Hari ini kita dikejutkan pula dengan tindakan Majlis Perbandaran Amapang Jaya (MPAJ) sebuah kerajaan tempatan di bawah dagu Khir Toyo menzalimi rakyatnya sendiri.

Sebuah akhbar internet melaporkan bahawa kira-kira 400 setinggan yang diusir dari beberapa perkampungan di kawasan Hulu Kelang, Selangor membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Kuala Lumpur pagi ini.

Wakil setinggan terbabit, Ahmad Nordin Yusop menyerahkan satu memorandum kepada Suhakam mengenai pengusiran mereka.

Jurucakap mereka, Baharuddin Ismail berkata, keluarga setinggan terbabit diusir oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

“Setinggan terbabit datang dari Kampung Batu 8, Kampung Fajar dan Kampung Bukit Permai,” katanya.

Lihat betapa rakus dan zalimnya anak buah Khir Toyo menindas dan menzalimi rakyat tanpa belas ihsan. Di Pengkalan Pasir Khir Toyo bercakap dengan mulut yang manis menyatakan bahawa kerajaan BN adalah berjiwa rakyat dan sentiasa membela rakyat. Pengalaman pahit peserta RTB di Terengganu dizalimi oleh kerajaan BN sepatutnya diinsafi oleh pengundi Pengkalan Pasir.

Dalam perkembangan berkaitan MPAJ menghantar notis pada 15 November lalu meminta mereka mengosongkan rumah dalam tempoh 14 hari dan jika ingkar akan diusir.

Bagaimanapun, menurut Baharuddin, tindakan MPAJ itu bukan sahaja melanggar hak asasi manusia, tetapi juga melanggar Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan.

Penduduk terbabit, katanya, telah mendiami kawasan setinggan berkenaan lebih 40 tahun tanpa bantahan mana-mana pihak. Perkampungan mereka juga turut mendapat bekalan air dan elektrik dari pihak berkuasa.

“Melalui program penempatan semula, penduduk sedia berpindah ke tempat sesuai sehingga rumah kami siap dibina,” katanya.

Baharuddin berkata, setinggan berkenaan adalah golongan miskin dan ada yang lanjut usia dan tidak mampu membeli rumah baru atau menyewa di tempat lain.

Katanya, ada keluarga terbabit yang bergantung hidup kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak dapat bekerja, termasuk lumpuh.

Sehubungan itu, mereka meminta Suhakam memberi perhatian terhadap masalah berkenaan, sekurang-kurangnya membenarkan mereka tinggal di rumah mereka sekarang sehinggalah rumah ganti siap dibina dan diberi bayaran gantirugi sewajarnya.


LAGAK DAN PERANGAI PEMIMPIN Umno BERUBAH DI PENGKALAN PASIR



Oleh kerana undi penduduk Pengkalan Pasir amat penting maka pemimpin Umno/BN terpaksa 'berlakon' dan berlagak baik dan alim.

Pemimpin yang jarang ke masjidpun rajin ke masjid, yang tidak bertudung terpaksa bertudung, yang jarang masuk kampung terpaksa berselut dan berlumpur masuk kampung, yang jarang bercakap tentang agama terpaksa berlagak menjadi Ustaz. Semuanya kerana undi amat penting bagi mereka. Malam tadi Najib pun bersembahyang maghrib di sebuah berdekatan Masjid Banggol Chica. Kononnya masjid ini hendak dibesarkan. Kalau BN kalah nanti macamana? Sepatutnya jemaah kat situ kena suruh Najib jadi imam sembahyang maghrib tu. Tengok Najib boleh ke boleh. Sembahyang maghrib kena baca kuat bukan macam sembahnyang asar dan zohor.

Malam tadi di TV1 Mat Taib pun berlagak macam ustaz menasihati Penyokong PAS supaya tidak memfitnah Umno. Katanya fitnah itu lebih bahaya dari membunuh. Sejak bila pula Mat Taib pandai bersyarah agama ini. Semua orang tahu dia ini pernah bawa lari anak Sultan, pernah bawa wang berjuta-juta ke luar negeri.

Si Noraini Ahmad, Ketua Puteri pulak, bila turun ke Kelantan atau Terengganu barulah nak pakai tutup kepala. Kalau tidak ianya dijadikan perhiasan di rumah. Di KL atau tempat lain Noraini bebas mengenakan fesyen rambut yang berwarna dan macam-macam lagi.

Khairy pula jadi jaguh kampung. Cat sana cat sini. Surau dan sekolah agama habis di catnya. Bantuan perkapita di tarik balik bukan orang Pengkalan Pasir tak tahu. Bercakap dengan mak cik dan pak cik pun sambil duduk merendahkan diri.

Itulah lagak dan lakonan pemimpin Umno yang terpaksa 'bersalin kulit' mengikut sesumpah yang boleh bertukar warna mengikut tempat tinggalnya. Kasihan mereka!!!

Masyarakat Pengkalan Pasir akan menjadi hakim kepada lakonan mereka ini.


MENTERI BERKENAAN MESTI LETAK JAWATAN ATAS KERUGIAN PROTON


BUKIT KATIL 30 Nov : Semalam PROTON mengumumkan akan mengambil tindakan tegas dengan melupuskan pegangan ekuitinya dalam syarikat motosikal Itali, MV Agusta Motors SpA. Syarikat itu yang diambil alih pada Disember 2004 menyumbang kerugian sebanyak RM90 juta bagi tempoh kewangan tersebut.

Pengumuman paling dinantikan ialah mengenai penstrukturan semula pengurusan baru menggantikan tempat bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

Syed Zainal Abidin Syed Mohd. Tahir, 43, pengarah eksekutif dari syarikat pesaing Proton - Perodua Auto Corporation Sdn. Bhd. - dilantik menerajui syarikat kereta nasional itu sebagai pengarah urusan.

Dalam hubungannya dengan pengeluar kereta Jerman, Volkswagen AG (VW) pula, Proton telah mengemukakan pendirian mahu terus kekal menguasai syarikat kereta nasional dan menanti maklum balas VW mengenainya.

Paling drastik, syarikat kereta nasional itu melancarkan pelan lima perkara untuk memulihkan prestasinya iaitu:

* Peningkatan perolehan

* Kawalan kos lebih baik

* Penambahbaikan kualiti

* Kecekapan operasi lebih tinggi

* Meningkatkan produk dan perkhidmatan

Pengerusi Proton, Datuk Azlan Hashim berkata, kerugian suku tahunan kedua itu disebabkan oleh peningkatan harga komponen, pengurangan margin dan keperluan untuk peruntukan besar berjumlah RM160.7 juta.

Penyumbang terbesar kepada peruntukan itu ialah MV Agusta yang mana hutangnya terpaksa diserap oleh Proton ketika diambil alih.

``Sehingga kini, MV Agusta telah menyebabkan kami menanggung beban RM500 juta dengan peruntukan awal RM367 juta, disusuli peruntukan suku pertama dan kedua, masing-masingnya RM45 juta dan RM90 juta,'' jelas beliau.

Katanya, semasa pembelian MV Agusta, Proton melihatnya sebagai peluang terutama untuk mendapatkan akses kepada jenama global, kejuruteraan bertaraf dunia, pengetahuan mereka bentuk termasuk harta intelektual.

``Tetapi kesemuanya tidak memberi pulangan yang diharapkan kepada Proton. Kini kami sedang mengkaji sedalam-dalamnya pelaburan ini sama ada hendak meneruskannya atau tidak,'' ujar beliau.

Menurutnya, Proton telah melantik penasihat bagi membantu mengkaji pelaburan itu dan mengemukakan cadangan-cadangan kepada Lembaga Pengarah.

Selain itu, Azlan berkata, dalam operasi luar negara, Proton telah berjaya mendapatkan balik pembayaran besar hasil eksport 5,000 kereta Proton ke Iraq yang telah menjejaskan perolehan syarikat pada suku pertama yang lalu.

``Jumlah yang diperoleh semula sehingga hari ini ialah RM80.4 juta daripada RM90 juta keseluruhannya,'' ujar beliau.

Mengenai VW, Azlan berkata, rundingan Proton dengan VW masih berterusan dan perundingan meliputi keseluruhan rantaian nilai.

``Kita nyatakan kepada VW bahawa sebagai syarikat kereta nasional, kita masih mahu terus memiliki kawalan misalnya dalam soal harga dan produk serta mahu penyertaan besar rakyat Malaysia di dalamnya.

``Kami telah mengemukakan pendirian kepada VW dan berharap mendapat jawapan segera daripada mereka.

``Hanya selepas itu kita akan tahu sama ada perlu meneruskan rundingan atau sebaliknya,'' ujar beliau.

Azlan menambah, pendirian itu dikemukakan kepada VW dua minggu lalu menerusi pasukan perunding yang terdiri daripada Kisai, Kamarulzaman dan Badrul Feisal Abdul Rahim.

Daripada aspek jualan kereta, beliau berkata, keadaan kelihatan lebih baik pada suku kedua apabila mereka mencatatkan jualan sebanyak 22,971 buah kereta pada bulan Oktober berbanding September sebanyak 14,000 buah dan Ogos (13,000).

Menurutnya lagi, dalam tempoh dua suku tahunan termasuk Oktober, jumlah keseluruhan jualan Proton ialah 97,580 buah dengan Wira merupakan model paling laris iaitu 26,454 buah, Saga/Iswara 22,212 buah dan Waja 21,832 buah.

``Jelas ia adalah hasil promosi yang kuat oleh Proton Edar bersama EON, dan membolehkan kami menguasai 50 peratus pasaran pada bulan itu.

``Dari segi purata tahunan, ia meletakkan (penguasaan pasaran) kami lebih 40 peratus sahaja, tetapi Proton masih menerajui pasaran,'' katanya.

Azlan berkata, pasaran eksport Proton sedang diberi penilaian semula sepenuhnya, bagi memastikan ia menyumbang kepada pertumbuhan masa depan syarikat.

Katanya, tempoh enam bulan berakhir 30 September lalu telah menjana jualan eksport sebanyak 6,201 buah.

``Malaysia akan kekal sebagai pasaran utama Proton tetapi pasaran eksport akan ditumpukan pada pasaran ASEAN, Asia Barat, United Kingdom dan Australia.

``Dalam jangka panjang, kita juga mahu meneroka pasaran baru termasuk China dan India,'' katanya.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59