Tuesday, 29 November 2005

ZAMAN PAK LAH IALAH ZAMAN SYARIKAT BESAR RUGI. PROTON IKUT JEJAK BANK ISLAM DAN MAS ALAMI KERUGIAN BESAR


Sebuah akhbar harian melaporkan bahawa Proton dijangka mengalami kerugian yang lebih besar bagi tempoh tiga bulan suku tahun kedua sehingga September lalu, berikutan kerugian yang dialami anak syarikatnya di Itali, MV Augusta. Nampaknya satu lagi GLC mengalami kerugian yang besar selepas MAS dan BIMB.

Akhbar tersebut memetik sumber industri sebagai berkata, kerugian Proton bagi suku tahun kedua itu boleh mencecah RM700 juta satu kerugian yang bukannya sedikit.

Sumber tersebut berkata, nampaknya kerugian yang dialami oleh MV Augusta turut menjejaskan situati kewangan Proton. MV Agusta adalah sebuah syarikat pengeluar motosikal. Hutang MV Agusta kepada pihak bank dan para pembekal, menjadikannya sebuah usahasama yang cukup mahal dan Proton kini terpaksa menanggung akibatnya daripada pelaburan di seberang laut itu, kata sumber tersebut sambil menambah anak syarikat tersebut yang dibeli Oktober lalu, mungkin terpaksa dijual.

Proton sebelum ini telah mengumumka kerugian bersih RM12.35 juta bagi suku tahun pertama sehingga Jun, berbanding keuntungan RM166.47 juta tahun sebelumnya.

Hasil bagi suku tahun kedua Proton dijangka diumumkan minggu itu. Ia kini sedang mengadakan rundingan untuk syarikat Volkswagen dari Jerman

Proton dipercayai sudang berusaha untuk mengadakan usahasama itu untuk menyekat kemerosotan penguasaan pasarannya serta bagi menangani imej kenderaan buatannya yang dianggap berkualiti rendah dan harga yang tinggi.

Para penganalisa berkata, Proton, yang kini sedang berusaha untuk menangani persaingan hebat dari kereta import, perlu melakukan rombakan dan mewujukan kerjasama dengan rakan kongsa asing bagi terus kekal dalam industri automotif negara.

Bagaimanapun, Proton berkata, pihaknya bersedia menimbang pelbagai peluang perniagaan dan kerjasama teknikal, termasuk dengan Volkswagen, tetapi sehingga ini belum ada sebarang keputusan dibuat mengenainya.


ANNUAR DAN NAJIB KECUT PERUT



Melihat kepada jumlah rakyat yang datang mendengar ceramah pada 27 November lalu di Stadium Mini Pasir Mas sudah cukup 'mengecutkan' pimpinan BN. Lebih dari 50,000 orang penyokong PAS membanjiri stadium tersebut sehinggakan bandar Pasir Mas 'jam' dengan kenderaan.

Ceramah yang menampilkan dua Tok Guru dan Anwar telah mendapat sambutan yang hangat dan diisi dengan fakta yang tepat dan nas-nas agama yang meyakinkan. Insya Allah rakyat Pengkalan Pasir akan mengundi PAS.

Apakah Annuar Musa masih hendak masih mendakwa yang rakyat Kelantan telah menolak PAS. Sama-sama kita tunggu 6 Disember ini sebagai penentuan.


CALON BN TIADA MODAL LAIN SELAIN ISU PEMBANGUNAN



PASIR MAS 29 Nov. - Calon Barisan Nasional (BN), Hanafi Mamat dilaporkan mula turun padang mendekati pengundi-pengundi di Pengkalan Pasir dalam usahanya meraih undi dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 6 Disember ini.

Hanafi yang sudah dua kali ditolak oleh pengundi Pasir Mas dan Pengkalan Pasir mempunyai tugas berat kerana rekod beliau yang kurang baik dalam politik. Dua kekalahan sebelum ini sebenarnya sudah cukup untuk menggambarkan bahawa beliau tidak sehebat Ibrahim Ali dan Hj Hanifa Ahmad.

Hanafi dilaporkan mula berjumpa dengan penduduk miskin, orang kampung dan pengundi di atas pagar untuk menyakinkan mereka betapa pentingnya BN dijadikan pilihan utama mereka. Apakah sebelum beliau tidak pernah menziarahi mereka ini.

Malah dalam usaha menyampaikan mesej itu, Hanafi bukan sekadar berlegar menemui peniaga-peniaga di sekitar bandar Pas sahaja malah beliau juga dengan penuh keyakinan memasuki beberapa kawasan di DUN itu yang dianggap kubu kuat Pas.

Antaranya, termasuklah di Kasa, Slow Machang, Kubang Gatal, Kubang Bemban, Lubuk Acheng dan Banggol Ara. Inilah matang orang Kelantan dalam berpolitik. Mereka akan melayan siapa sahaja tidak mengira pegangan politik.

``Alhamdulillah... hasrat saya untuk menawan hati mereka mencapai matlamatnya dan saya yakin, mereka akan menyokong BN kerana pengundi di kawasan itu inginkan perubahan demi masa depan anak cucu mereka,'' katanya kepada pemberita seperti yang dilaporkan oleh akhbar tersebut.

Dalam pilihan raya kecil berkenaan, Hanafi berhadapan pertarungan tiga penjuru dengan calon Pas, Hanifa Ahmad dan calon Bebas, Datuk Paduka Ibrahim Ali.

Hanafi dilaporkan sedih melihat rakyat di kawasannya yang masih tiada pekerjaan, kemudahan prasarana terabai serta pelbagai macam masalah yang berlaku. Jadi apa yang beliau buat sebelum ini terhadap perkara ini. Beliau yang merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas dan tinggal di sini sepatutnya turut sama membantu kerajaan negeri dan pusat dalam menangani masalah ini. 'Bukan ketika pilihanraya baru nak buat bising', sindir seorang penyokong PAS yang ditemui di Kg Kubang Pak Amin.

Hanafi juga dilaporkan berkata beliau tidak mahu masalah ini terus membelenggu penduduk Pengkalan Pasir, sudah cukup 15 tahun mereka berada dalam situasi ini, justeru saya menawarkan khidmat melalui BN kerana saya yakin parti itu mampu mengubah dan menyelesaikan semua masalah.

Apakah Hanafi tidak sedar apakah yang dilakukan oleh 21 orang Wakil Rakyat BN yang mewakili 21 DUN yang dimenangi mereka. Sehingga ke hari ini, tidak nampak sebarang perubahan ketara yang dilakukan oleh mereka kepada DUN yang mereka wakili. Jangan Hanafi hendak membuat janji kosong di Pengkalan Pasir.

Kerajaan negeri seperti yang dinyatakan oleh Husam Musa telah merangka pelan pembangunan Pasir Mas sejak sebelum pilihanraya kecil ini lagi. Ini termasuk pembesaran Bandar Pasir Mas.

Para pemerhati politik pula semakin optimis PAS akan dapat mempertahankan kerusi Pengkalan Pasir. Ini berdasarkan kepada tinjauan rambang yang dibuat di merata tempat di Pengkalan Pasir yang menunjukkan sokongan kepada PAS tidak pernah luntur. Manakala Umno terpaksa menghadapi 'ancaman' kehilangan undi kerana undi mereka akan terlepas ke tangan Ibrahim Ali.

Sudah terdapat desas-desus bahawa penyokong -penyokong bakal-bakal calon BN yang tidak dipilih seperti Dato' Abdul Rahim Rahman dan Che Johan Che Pa akan memberikan undi protes samada kepada Hj Hanifa atau kepada Dato' Ibrahim Ali. Dianggarkan seramai 1000 hingga 1500 pengundi Umno dan atas pagar akan memberikan undi kepada Ibrahim.


GAMBAR-GAMBAR PILIHANRAYA PENGKALAN PASIR


Lautan manusia membanjiri Stadium Mini Pasir Mas mendengar ceramah dua Tuan Guru dan Anwar Ibrahim
Penyokong-penyokong Kaum Tioghua menemui Hj Hanifa
Hj Hanifa serah borang penamaan calonnya.
Kaum Cina di hari penamaan calon
Tiga Tuan Guru mengepalai perarakan PAS. Tok Guru Hj Hadi, Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hj Abd Rahman Lubok Tapah.


MAT TAIB FITNAH PAS



PASIR MAS 29 Nov : Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini menuduh pihak tertentu (PAS lah tu) kini menyebarkan fitnah bahawa Kerajaan Pusat sedang merangka draf undang-undang untuk membenarkan orang Islam negara ini menukar agama apabila mencapai usia 18 tahun. Kenyataan beliau ini dilaporkan oleh sebuah akhbar arus perdana.

Mat Taib berkata, khabar angin itu disebarkan menerusi kempen berbisik oleh kumpulan wanita yang dihantar bergerak dari rumah ke rumah dalam kawasan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir.

"Tindakan itu membuktikan pihak terbabit benar-benar terdesak dan gerun dengan kekuatan jentera BN sehingga sanggup menakut-nakutkan pengundi dengan menyebarkan fitnah terhadap kerajaan.

"Umno memandang serius kegiatan tidak bertanggungjawab ini dan sedang dalam proses mengumpul maklumat dan saksi, sebelum mengambil tindakan lanjut termasuk membuat laporan polis," kata beliau dalam akhbar itu.

Mat Taib berkata, tindakan menyebarkan fitnah memburuk-burukkan kerajaan ini juga bertujuan mengalih tumpuan orang ramai daripada menceritakan mengenai kelemahan kerajaan negeri yang ada sekarang.

"Mereka sanggup mengada-adakan cerita yang sama sekali tidak benar, untuk menutup kelemahan sendiri," tambah Mat Taib lagi.

Apa yang lebih menggelikan hati lagi, Mat Taib turut membuat kenyataan bahawa BN tidak akan terikut-ikut rentak Pas dengan melakukan serangan peribadi kerana ia bukan saja dilarang mengikut peraturan pilihan raya, malah pucuk pimpinan BN sendiri khususnya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sentiasa mengingatkan jentera parti supaya berkempen secara berhemah dan tidak menggunakan taktik kotor.

Mat Taib tak sedar, bahawa Annuar Musa awal-awal lagi menyerang calon PAS Hj Hanifa dalam ceramah pengumuman calon BN 25 November lalu dengan mengatakan bahawa Hj Hanifa gagal mentadbir PKINK yang apabila PKINK mengalami kerugian. Sedangkan pada hakikatnya PKINK telah mencapai keuntungan yang lebih besar dari tahun ke tahun sejak diterajui oleh Hj Hanifa.

PAS juga komited untuk mendedahkan keburukan pemimpin Umno kerana jika sekiranya pemimpin dan parti yang buruk dipilih maka rakyat akan mengundang padah. PAS bukan memburukkan peribadi tetapi kita mencegah supaya orang yang zalim dan jahat mesti dijauhi. Sejarah pernah dicatat bahawa seorang ulama pernah menegah seorang tukang jahit dari menjahit baju Hajjaj Yusuf As-Saqafi kerana Hajaj zalim dan jahat. Menjahit baju pun ditegah inikan pula menyokong dan mengangkat mereka menjadi pemimpin.

Ayuh pengundi Pengkalan Pasir tolak pemimpin dan parti yang rasuah, zalim, menyeleweng, dan sebagainya.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59