Wednesday, 23 November 2005

PAS CAWANGAN TAMAN CEMPAKA LANCAR TABUNG BINA MARKAS SENDIRI


Bukit Katil 23 Nov : PAS Cawangan Taman Cempaka telah melancarkan satu tabung untuk pembinaan Markaz PAS Cawangan pada 19 November lalu. Tabung tekah dilancarkan semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri serta mera'ikan bakal-bakal haji/hajjah.

Majlis pelancaran tabung berkenaan telahpun disempurnakan dengan rasminya oleh
Bendahari Pas Kawasan Bukit Katil, Tuan Hj.Salim Tahir. Matlamat Cawangan adalah untuk mengumpulkan sebanyak RM100,000 bagi pembinaan markaz ini.

Haji Salim dalam ucapannya menyeru seluruh ahli-ahli Pas dan juga orang ramai supaya memberikan sokongan sepenuhnya kepada cawangan ini dalam usaha mereka untuk membina markaz sendiri.

Ketua PAS Cawangan Taman Cempaka, Hj Abdullah Ahmad berkata sumbangan bolehlah dibuat melalui Bendahari Cawangan, Tuan Hj. Mohd Rizal Hj. Idris, Tel:019-6821621 atau Setiausaha Cawangan, Tuan Hj. Mohd Nor Ibrahim, Tel.017-6831947.

Beliau juga mengharapkan orang ramai dapat menghulurkan derma seikhlas mungkin bagi mencapai niat murni cawangan ini. Beliau yang juga merupakan AJK PAS Kawasan Bukit Katil berkata markaz ini amat penting bagi mereka kerana markaz ada sekarang bangunan sewaan dan pihak MBMB telah mengeluarkan notis supaya bangunan itu tidak digunakan sebagai tempat berkumpul.


CABAR-MENCABAR BERAKHIR. ANNUAR MUSA SILAP PERCATURAN



PASIR MAS 22 Nov. - Episod cabar-mencabar antara pemimpin BN dan Pas Kelantan hari ini berakhir apabila Annuar Musa sedar bahawa beliau tersilap kerana mendakwa bahawa ADUN-ADUN BN bersedia meletakkan jawatan. Sedangkan seseorang bekas ADUN itu akan hilang hak bertanding selama 5 tahun jika sekiranya mereka meletakkan jawatan tanpa sebarang sebab munasabah.

Bagi pihak PAS sejak awal-awal lagi Tok Guru menegaskan bahawa PAS tidak akan membubarkan DUN Kelantan walaupun PAS tewas di Pengkalan Pasir kerana PAS masih mempunyai majoriti 1 kerusi walaupun tewas di DUN tersebut.

Annuar berkata, pihaknya membuat keputusan tersebut setelah Menteri Besar, Datuk Nik Annuar mengulas peringatan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menegaskan, semua wakil rakyat Kelantan akan hilang kelayakan bertanding untuk lima tahun jika mereka melakukannya tanpa sebab.

Ia selaras dengan Perkara 48 (6) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut, seseorang yang meletakkan keahliannya dalam Dewan Rakyat hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh peletakan keahliannya berkuat kuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat.

Peraturan itu bukan sahaja melibatkan ahli Parlimen tetapi juga semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Dalam reaksinya hari ini, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Husam Musa berkata, Pas menganggap isu berkenaan sudah pun selesai dan parti itu kini hanya akan memberi tumpuan penuh kepada pilihan raya kecil tersebut.

``Bagi Pas kita sudah `tutup buku, bagaimanapun terserahlah kepada wakil rakyat BN untuk menentukan sama ada hendak meletakkan jawatan atau tidak serta bersedia menerima risikonya akibat tindakan itu,'' katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Warga Emas, Hari Kanak-Kanak Sedunia dan Hari Raya Aidilfitri 2005 Peringkat Negeri Kelantan di Kota Bharu.

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, ketika mencabar wakil rakyat BN meletakkan jawatan beliau sememangnya mengetahui undang-undang SPR tersebut tetapi sekadar ingin mengetahui sama ada Annuar `teliti atau tidak' ketika menyahut cabarannya.

``Apa pun saya fikir semuanya sudah selesai, kita akan beri tumpuan kepada pilihan raya kecil berkenaan,'' katanya.


UMNO TUDUH PAS GUNA TAKTIK KOTOR MENYAMAR SEBAGAI PUTERI Umno



PASIR MAS 23 Nov. - Ketua Perhubungan Umno Kelantan, Annuar Musa tidak habis-habis mencipta isu dan tuduhan yang melulu kepada PAS. Hari ini akhbar arus perdana menyiarkan berita yang Pas mengatakan PAS menggunakan pelbagai taktik kotor bagi memancing undi termasuk menelefon penduduk dengan menyamar sebagai ahli Pergerakan Puteri UMNO.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, berkata, pihak berkenaan yang dipercayai petugas Pas melakukan perbuatan tersebut sejak dua hari lalu dan dalam perbualan telefon itu mereka bertanyakan perkara-perkara yang menyinggung perasaan pengundi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Khidmat Masyarakat Kelab Ahli-Ahli Parlimen Malaysia di Peti Undi Kasa di sini semalam.

Menurutnya, taktik lain yang dikesan melibatkan sebaran maklumat palsu mendakwa terdapat ahli-ahli UMNO tertentu yang bertindak keluar beramai-ramai menyertai Pas.

Berikutan dengan dakwaannya itu, beliau telah mengarahkan bahagian undang-undang parti itu membuat kajian dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang diperalatkan bagi membuat kenyataan tidak benar tersebut.

Katanya, Pas juga dikesan menyebarkan risalah dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menyerang peribadi pemimpin UMNO dan menyebarkan pelbagai maklumat mengelirukan bagi melaga-lagakan pemimpin BN.

Beliau berkata, BN juga mempunyai bukti Pas mengugut pengundi Cina di Pengkalan Pasir dengan mendakwa jika parti itu kalah, kerajaan negeri akan bertindak menaikkan cukai dan memperketatkan pengeluaran lesen perniagaan.

Menurut Annuar, Pas harus menghentikan taktik kotor tersebut kerana pengundi di Pengkalan Pasir bijak dan tidak mudah termakan dengan politik kasar, bercorak militan dan berunsur fitnah kerana ia tidak sesuai dengan naluri mereka.

Begitulah taktik Annuar Musa dalam hendak mencari publisiti murahan dan untuk mendapatkan simpati pengundi. Beliau mencipta pelbagai isu yang kadang-kadang tidak masuk akal. Insya Allah pengundi di Pengkalan Pasir tidak akan termakan dengan taktik beliau ini.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59