Tuesday, 22 November 2005

BN KURANG YAKIN UNTUK MENANG DI PENGKALAN PASIR



PASIR MAS, Nov 22 -- Mesej Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak kepada jentera BN dengan meminta mereka tidak memandang mudah terhadap Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir pada 6 Disember menggambarkan kepada kita bahawa BN tidak begitu yakin untuk menawan kerusi tersebut.

Najib menyampai mesej tersebut ketika bertemu dengan jentera BN di Kampung Baharu Jumaat lalu. Beliau berkata " walapun mood pengundi dan situasi sekarang kelihatan memihak kepada BN, BN tidak boleh mengambil mudah "

Ketua Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Seri Annuar Musa dalam menafsirkan mesej Najib, berkata, BN akan mengambil langkah mendekati pengundi secara setiakawan dalam usaha untuk memenangi hati sejumlah 18,411 pengundi di DUN tersebut.

Mesej dari Najib, yang telah melawat Pengkalan Pasir dua kali sejak kematian ADUN Pengkalan Pasir, Wan Aziz Wan Jaafar pada 31 Oktober lalu, dilihat sebagai peringatan kepada jentera BN supaya tidak terlalu yakin sehingga mereka kehilangan fokus 'di mana yang penting bagi BN ialah mesti menang di Pengkalan Pasir'.

Situasi ini dilihat sebagai isyarat bahawa BN sudah mula 'goyah' dan kurang yakin dengan kemampuannya untuk menawan Pengkalan Pasir. Ingatan Najib itu seolah-olah memperlihatkan bahawa jentera BN masih tidak mampu untuk menyaingi jentera PAS yang tidak mengenal penat dan lelah.

Sementara itu Bandar Pasir Mas semakin hari semakin sibuk sekarang ini dengan kenderaan bentambah banyak serta orang ramai dari luar juga kelihatan berpusu-pusu mengunjungi kawasan ini. Adalah dijangkakan bilangan ini akan bertambah ramai menjelang hari penamaan calon pada 27 November ini.

Para peniaga kelihatan tersenyum lebar kerana jualan mereka semakin laris dari sehari ke sehari. Seorang peniaga restoran yang tidak mahu namanya disiarkan menyatakan jualannya meningkat dengan mendadak sehari dua ini berikutan kedatangan petugas-petugas serta penyokong-penyokong Umno dari luar Pasir Mas dan Kelantan.



Najib's Message To BN Machinery In Pengkalan Pasir

KOTA BAHARU, Nov 22 -- Mesej Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak kepada jentera BN dengan meminta mereka tidak memandang mudah terhadap Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir pada 6 Disember menggambarkan kepada kita bahawa BN tidak begitu yakin untuk menawan kerusi tersebut.

Najib menyampai mesej tersebut ketika bertemu dengan jentera BN di Kampung Baharu Jumaat lalu. Beliau berkata " walapun mood pengundi dan situasi sekarang kelihatan memihak kepada BN, BN tidak boleh mengambil mudah "

Ketua Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Seri Anwar Musa dalam menafsirkan mesej Najib, berkata, BN akan mengambil langkah mendekati pengundi secara setiakawan dalam usaha untuk memenangi hati sejumlah 18,411 pengundi di DUN tersebut.

Mesej dari Najib, yang telah melawat Pengkalan Pasir dua kali sejak kematian ADUN Pengkalan Pasir, Wan Aziz Wan Jaafar pada 31 Oktober lalu, dilihat sebagai peringatan kepada jentera BN dan ianya dilihat supaya tidak terlalu yakin sehingga mereka kehilangan fokus 'di mana yang penting BN mesti menang di Pengkalan Pasir'.

Situasi ini dilihat sebagai isyarat bahawa BN sudah mula 'goyah' dan kurang yakin dengan kemampuannya untuk menawan Pengkalan Pasir. Ingatan Najib itu seolah-olah memperlihatkan bahawa jentera BN masih tidak mampu untuk menyaingi jentera PAS yang tidak mengenal penat dan lelah.

Sementara itu Bandar Pasir Mas semakin hari semakin sibuk sekarang ini dengan kenderaan bentambah banyak serta orang ramai dari luar juga kelihatan berpusu-pusu mengunjungi kawasan ini. Adalah dijangkakan bilangan ini akan bertambah ramai menjelang hari penamaan calon pada 27 November ini.

Para peniaga kelihatan tersenyum lebar kerana jualan mereka semakin laris dari sehari ke sehari. Seorang peniaga restoran yang tidak mahu namanya disiarkan menyatakan jualannya meningkat dengan mendadak sehari dua ini berikutan kedatangan petugas-petugas serta penyokong-penyokong Umno dari luar Pasir Mas dan Kelantan.


BANJIR MULA MELANDA PANTAI TIMUR. 49 0RANG DIPINDAHKAN DI PAHANG


Kuantan 22 Nov : Bernama hari ini melaporkan bahawa banjir mula melanda Pahang apabila sejumlah 49 orang daripada lapan keluarga, telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir semalam selepas kawasan kediaman mereka dinaiki air.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Kamaruddin Kutik berkata, bilik gerakan banjir negeri mula dibuka untuk membantu mangsa banjir. Beliau juga berkata semua mangsa mula dipindahkan sejak petang semalam, dengan pemindahan terakhir pada jam 9 malam tadi. Kesemua mangsa banjir ini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Cenderawasih, Kuantan.

Sehingga jam 10 pagi ini, kawasan yang terjejas disebabkan banjir ialah di Bukit Setongkol, Kampung Segantang Lada dan Kampung Paya Tinggi Cenderawasih. Kenyataan dibuat oleh Kamaruddin kepada Bernama.

Menurut laporan itu juga, beliau berkata kesemua lapan keluarga yang dipindahkan itu dipercayai tinggal berhampiran tebing yang mudah dinaiki air.

Kepada semua penduduk di negeri Pahang, beliau meminta mereka supaya menghubungi bilik gerakan banjir negeri menerusi talian 09-5147495/ 5135901 tentang apa juga masalah berkaitan banjir.

Sementara itu semua PAS Kawasan di Pahang dicadangkan mempersiapkan jentera mereka untuk menghadapi banjir ini. Unit Amal dan Nisa' Kawasan hendaklah sentiasa mengamalkan sikap ringan tangan untuk membantu mangsa banjir. Demikian saranan seorang ahli PAS yang tidak mahu dikenali. Kalau boleh PAS Kawasan-kawasan juga membuka bilik gerakan untuk operasi membantu mangsa banjir ini kata beliau.


ANNUAR MUSA PEMBOHONG : BN GUNAKAN SEGALA KEMUDAHAN KERAJAAN HADAPI PAS.



Pasir Mas 22 Nov : Kata-kata Pak Lah dan Annuar untuk memastikan pilihanraya kecil Pengkalan Pasir berjalan dengan semangat demokrasi hanyalah manis dibibir sahaja kerana BN dikatakan menggunakan segala instrumen dan jentera kerajaan semaksimum mungkin bagi meruntuh kubu dan benteng PAS dalam proses menumbangkan PAS di Pengkalan Pasir dan seterusnya menawan negeri Kelantan.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, semua bilik gerakan dan markaz utama PAS di Pengkalan Pasir diintip dan dipantau 24 jam oleh unit khas BN yang menggunakan agensi atau jentera Kerajaan.

BN menggunakan peralatan canggih pasukan keselamatan untuk memantau semua talian telefon, internet dan peralatan komunikasi lain yang digunakan oleh jentera PAS. Petugas BN ini juga merakam setiap perbualan dan mesyuarat.

Maklumat juga diterima bahawa jentera PAS, program dan pergerakan para pimpinan dan petugas PAS diawasi secara 24 jam oleh Bahagian Cawangan Khas (SB) yang didatangkan dari seluruh negara ke DUN Pengkalan Pasir, bahagian risikan tentera dan agensi-agensi Kerajaan pusat yang lain.

Inilah perangai penganut fahaman Islam Hadhari, bagi mereka semuanya HALAL sebab mereka mengamalkan fahaman matlamat menghalalkan cara. Bagi mereka semua tindakan boleh dilakukan mereka untuk memastikan kemenangan BN. Samada ugut, tumbuk, rasuah, tipu, guna jentera kerajaan dan apa sahaja yang mereka rasa akan membantu mereka untuk menang.

Mereka lupa bahawa Allah sentiasa melihat pergerakan mereka.


BOLASEPAK SUKAN SEA : TERUSKAN KECEMERLANGAN ANDA


Filipina 22 Nov : Pasukan Malaysia memberikan sedikit harapan untuk rakyat Malaysia yang mahu melihat pasukan bolasepak Malaysia kembali bersinar di arena antarabangsa.

Semalam Malaysia membelasah Kemboja 5-0 pada perlawanan pembukaan pasukan negara untuk Kumpulan A bola sepak Sukan Sea di Stadium Panaad, Bacolod City semalam yang menyaksikan skuad negara beraksi dengan 10 pemain pada 39 minit terakhir.

Penyerang sensai Perak R Surendran muncul wira pasukan apabila menyumbang dua gol, manakala tiga lagi dijaringkan masing-masing Zairo Anuar Zalani, Rudie Ramlie dan ketua pasukan Mohd Fadzli Saari.

Perlawanan dikuasai sepenuhnya skuad negara tetapi terpaksa membayar harga mahal apabila Rudie dilayangkan kad merah pada minit ke-51 selepas mengutip kad kuning kedua. Ini serba sedikit menjejaskan pasukan negara untuk mengharungi perlawanan seterusnya.

Bekas penyerang PKNS yang bakal beraksi dengan skuad Telekom Melaka untuk musim baru itu dilayangkan kad kuning pertama apabila menyiku seorang pemain lawan ketika sedikit kekecohan berlaku di atas padang apabila Fadzli dikasari lawan sebelum pengadil U Win Choo dari Myanmar melayangkan kad kedua, sekali gus kad merah kerana terus menendang bola selepas tiupan wisel.

Kemboja yang membariskan skuad berstatus kelab milik putera raja negara itu turut mencipta beberapa peluang yang mencemaskan kubu negara, malah terlebih dulu menguji gawang negara pada minit ke-6 menerusi tandukan penyerang mereka Kouch Sokumpheak tetapi tepat ke dakapan penjaga gol, Saiful Amar Sudar.

Tersentak asakan itu, Malaysia mula memperkemaskan gerakan dan memperoleh gol pembukaan menerusi Surendran dua minit kemudian.

Kemasukan Zairo Anuar yang mengantikan Harizul Izuan Mohd Rani pada minit ke-35 menambah lagi sengat skuad negara apabila pemain tengah Terengganu itu menambah satu lagi gol lima minit kemudian sebelum Rudie menjadikan kedudukan 3-0 sejurus sebelum tamat babak pertama.

Jaringan Fadzli pada minit ke-60 pula dihasilkan menerusi tandukan selepas menerima hantaran Mat Saiful Mohamad, sebelum Surendran menambah gol peribadi keduanya pada minit ke-83 apabila tenang menampan hantaran lintang Mohd Nor Ismail sebelum merembat kencang menewaskan penjaga gol lawan, Ouk Mic.

Kita mengharapkan pasukan Malaysia agar dapat mengekalkan prestasi yang ditunjukkan dalam pertandingan semalam. Jangan nanti ditengah harapan tinggi yang diberikan oleh rakyat, pasukan kita terkulai layu ditangan pasukan yang lemah dalam perlawanan seterusnya.

MALAYSIA: Saiful Amar Sudar, V Thirumurugan, Mat Saiful Mohamad, Ronny Harun, S Sathia Kumaran, Mohd Fadzli Shaari - kapten, Harizul Izuan Abdul Rani (Zairo Anuar Zalani), R Surendran, Amir Shahreen Mubin (Tengku Hasbullah Raja Hassan), Azi Shahril Azmi, Azlan Ismail (Mohd Nor Ismail), Rudie Ramli.

KEMBOJA: Ouk Mic, Om Thavrak, Pok Chan Than, Pouv Virak, Peou Samnang, Chea Veasna, Chuam Raksmeylitia (Samel Nasa), Srey Veasna (Teab Vathanak), Seng Narath - kapten (Sun Sovannarith), Kouch Sokumpheak, San Narith.


APA NAK JADI CERITA ZAMAN DAHULU BERULANG KEMBALI. BAKAL PENGANTIN LARIKAN DIRI


BANDAR JENGKA 22 Nov. - Cerita filem melayu purba yang sering kita tonton sekitar tahun 60-an dahulu sekarang ini berulang kembali. Sebelum ini cerita pemain bolasepak Kedah, Hasmawi Hassan tidak datang semasa acara perkahwinan beliau tetapi semalam lain pula ceritanya.

Sebuah keluarga di Felda Jengka 7 dekat sini terpaksa membatalkan majlis perkahwinan anak perempuannya Sabtu lalu selepas anaknya itu melarikan diri mengikut kekasih lain.

Bapa pengantin perempuan, Mohd. Sabri Ahmad, 48, berkata, anaknya, Norsazlina, 23, didapati `hilang' dari rumah pada malam 8 November selepas mesyuarat blok bagi membicangkan kerja-kerja kahwin tersebut.

Sabri berkata, dia sekeluarga amat terkejut dengan kehilangan Norsazlina kerana tiada tanda-tanda anak perempuannya itu melakukan perkara yang boleh mencemar maruah diri dan keluarga sendiri. Licik sungguh taktik Norsazlina ini nampaknya.

``Beliau sekeluarga syak Norsazlina mengikut teman yang dipercayai baru dikenalinya semasa mengikuti kursus butik di Petaling Jaya bulan lalu, selepas berhenti kerja di kilang ALPS Electric Sdn. Bhd., Bandar Jengka.

``Kami sekeluarga juga masih tertanya-tanya dengan tindakan nekad Norsazlina (menghilangkan diri) kerana tunangnya dari Felda Lepar Hilir 1, Kuantan yang bakal menjadi teman hidupnya adalah pilihan hatinya sendiri,'' katanya kepada akhbar arus perdana tersebut.

Mohd. Sabri juga menambah, keluarga lelaki dimaklumkan mengenai kehilangan Norsazlina empat hari sebelum majlis perkahwinan sepatutnya berlangsung pada 19 November lalu.

Katanya, dia sekeluarga amat terharu dengan keikhlasan keluarga pengantin lelaki yang sanggup menghadiri majlis kenduri di Felda Jengka 7 Sabtu lalu walaupun telah dibatalkan.

``Kami terharu dan amat malu apabila rombongan pengantin tetap juga datang ke majlis di rumah kami di Felda Jengka 7 sambil membawa bunga telur walaupun majlis pada Sabtu lalu dibatalkan.

``Mereka datang juga memandangkan jemputan sebelah pengantin lelaki di Felda Lepar Hilir 1 sudah dimaklumkan mengenai majlis itu,'' katanya.

Mohd. Sabri menambah, kehilangan Norsazlina telah pun dilaporkan di balai polis Kampung Awah, Maran pada 19 November lepas.

Menurutnya, dia dimaklumkan majlis kenduri perkahwinan bagi pihak lelaki di Felda Lepar terpaksa diteruskan juga kelmarin tanpa kehadiran pengantin perempuan kerana kad jemputan telah diedarkan.

Mohd. Sabri seterusnya merayu Norsazlina kembali ke pangkuan keluarga kerana ibunya Noraini Daud sering menangis dan termenung mengenangkan nasib anak kesayangannya yang hilang entah ke mana.

Tambahnya, semua ahli keluarga dan tunang Norsazlina yang dikenali sebagai Bahrin Zawawi sedia memaafkan perbuatannya dan berharap dapat menjalinkan perhubungan kekeluargaan seperti biasa.

Sehubungan itu Mohd. Sabri merayu mereka yang mengenali Norsazlina supaya menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau menelefon Atan di talian 019-9221911 atau 019-9865635.


'Umno' MESIR BERTINDAK GANAS SEKAT KEJAYAAN IKHWANUL MUSLIMIN


MELAKA 22 Nov. - Media hari ini melaporkan bahawa Pilihanraya Mesir dicemari dengan keganasan yang dilakukan oleh pemerintah. Pusingan kedua pilihan raya Parlimen di Mesir dicemari keganasan apabila pertempuran meletus antara penyokong pertubuhan Ikhwan Muslimin dengan polis di sembilan wilayah negara ini.

Nampaknya Polis Mesir sama sahaja dengan Polis Malaysia yang menjadi kuda tunggangan Kerajaan untuk berhadapan dengan rakyat. Skrip 'drama' Hosni Mubarak dengan Pak Lah dalam menghadapi kesedaran rakyat sama sahaja. Ini kerana mereka menganut 'ajaran' yang sama iaitu membelankangkan Islam. Kalau Hosni menangkap dan menghukum pengikut-pengikut Ikhwanul Muslimin apa kurangnya dengan Pak Lah yang menggunakan ISA dan Polis untuk mengekalkan kuasanya.

Media melaporkan sekurang-kurangnya seorang terbunuh di bandar pelabuhan Iskandariah di Laut Mediterranean semalam manakala polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan perusuh di delta Sungai Nil.

Berpuluh-puluh pengundi dan pekerja pilihan raya dilaporkan cedera, sesetengahnya akibat ditikam, dipukul dengan rantai atau terkena bom petrol, dalam pertempuran di sembilan wilayah di mana 1,706 calon bertanding merebut 72 kerusi Parlimen.

Parti Demokrasi Kebangsaan (NDP) pimpinan Presiden Hosni Mubarak menguasai 80 peratus majoriti dalam pilihan raya tiga pusingan yang berakhir pada 1 Disember ini.

Bagaimanapun keadaan bertambah tegang apabila Ikhwan Muslimin memperoleh keputusan yang lebih baik daripada dijangka dalam pusingan pertama pada minggu lalu.

Inilah yang berlaku dimana-mana, bila Parti Islam dilihat mampu menggugat Kerajaan dalam Pilihanraya maka kerajaan akan menggunakan kekerasan untuk mengekalkan kuasa mereka. Peristiwa di Algeria dulu mengingatkan kita, di mana Parti Islam Algeria pimpinan, Abas Madani dinafikan kemenangan mereka apabila kerajaan menggunakan tentera untuk berhadapan dengan keputusan rakyat.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Mesir, Ibrahim Hammad menuduh parti itu menggunakan kumpulan samseng untuk mengancam pengundi dan menyerang penyokong calon lawan.

Bagaimanapun seorang calon Ikhwan Muslimin di bandar Damanhur, tempat berlaku rusuhan secara meluas itu, Gamal Hishmat menegaskan, parti pemerintah dan polis yang sebenarnya menjadi punca keganasan tersebut.

``Kita menghadapi sebuah kerajaan yang korup serta menindas dan rakyat menentangnya dengan hanya bersenjatakan batu. Kita menyaksikan pemberontakan di Damanhur,'' katanya.

Ikhwan menyatakan 306 orang termasuk dua wanita ditangkap di sembilan wilayah itu.

Menurut Pertubuhan Hak Asasi Mesir, lelaki yang terbunuh dalam pertempuran di Iskandariah merupakan pemandu bagi seorang calon bebas. Di Malaysia sendiri beberapa kes keganasan pemerintah sewaktu pilihanraya telah terbukti antara peristiwa di Felda Lubuk Merbau, di mana ahli PAS As-syahid Osman Talib telah diketuk dengan bata yang akhirnya menyebabkan beliau syahid, ketika kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Padang terap, Kedah.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59