Saturday, 19 November 2005

PAK LAH DISARAN TUBUHKAN 'BIRO TARBIAH' UMNO SEGERA UNTUK BAIKI PERANGAI PEMUDA DAN PUTERI UMNO


MELAKA, 19 Nov - Ketua DPP Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat menyarankan Presiden Umno, Pak Lah supaya menubuhkan dengan segera Biro 'Tarbiah' di dalam Umno demi untuk memperbaiki akhlak ahli pemuda dan puteri Umno. Ini kerana terlalu banyak kes memalukan yang melibatkan kedua-dua ahli sayap Umno tersebut. Ini kita tahu kes yang dilaporkan sahaja, yang tidak dilaporkan banyak lagi, sindir Hj Salamat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berita yang dilaporkan oleh Harakahdaily semalam.

Harakahdaily dalam laporannya semalam menyatakan bahawa Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIP) telah menangkap seorang anggota Puteri Umno yang disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah rumah teres di Taman Suria, Taiping pada malam 12 November lalu.

Menurut seorang jurucakap JAIP, mereka bertindak berdasarkan maklumat orang ramai.
Sepasukan penguatkuasa Pencegah Maksiat telah membuat serbuan dan menangkap seorang anggota Puteri Umno sedang berdua-duan dengan seorang lelaki bukan suaminya di rumah wanita itu sendiri di Taman Suria, Taiping.

Anggota Puteri Umno yang baru menjanda itu bersama dengan teman lelakinya itu dibawa ke Balai Polis Pekan Taiping malam itu juga.

Pasangan tersebut telah diikat jamin mulut sehingga dihadapkan ke Mahkamah Syariah pada satu tarikh yang belum ditetapkan.

Sekiranya kedua-dua tidak hadir, penjamin itu akan dikenakan denda RM3,000.00 setiap seorang.

Menurut jurucakap JAIP, ini adalah kes kedua membabitkan Puteri Umno ditangkap dalam tuduhan berkhalwat.

Dalam kejadian pertama, seorang anggota Puteri ditangkap bersama dengan seorang anggota Pemuda Umno Jun lalu.

Oktober lalu, anggota Pemuda Umno itu Roslan Hasani telah pun dihadapkan ke Mahkamah Syariah Taiping dan telah dijatuhkan denda sebanyak RM1,500.00.

Pasangannya, ahli Puteri Umno itu masih dalam ikat jamin dan belum lagi dihadapkan ke mahkamh kerana dikatakan sakit.

Pihak JAIP menyatakan, kes itu akan didibicarakan di Mahkamah Syariah Taiping pada tarikh yang belum ditetapkan lagi.


APA YANG UMNO BUAT KEPADA PASIR MAS SEPANJANG MEMERINTAH KELANTAN DARI 1978-1990



Sebuah akhbar harian melaporkan bahawa penduduk daerah ini percaya bandar Pasir Mas bakal menjadi bandar mati dalam tempoh beberapa tahun lagi jika tidak diselamatkan atau dibangunkan segera. Perkataan 'diselamatkan' itu sudah tentu bermakna 'menukar kerajaannegeri ' yang ada sekarang.

Mereka mendakwa berbanding Tanah Merah, Machang atau Pasir Puteh, bandar Pasir Mas jauh ketinggalan di segi pembangunan termasuk rupa bentuk bangunan kedai dan infrastrukturnya. Malah, kurangnya daya tarikan dan mercu tanda istimewa yang boleh menarik perhatian orang ramai datang ke bandar ini juga menyebabkan bandar Pasir Mas semakin lengang dan sunyi, sebaik menjelang jam 6 petang.

Tidak seperti tempat lain, bandar ini seolah-olah tiada pengunjungnya disebabkan mereka lebih suka menghabiskan banyak masa di rumah atau kedai kopi. Tinjauan akhbar itu di sekitar daerah ini mendapati, rata-rata penduduk menyaran dan mengharapkan bandar Pasir Mas dipulihkan termasuk melaksanakan banyak pembangunan terutama membabitkan kedai perniagaan.

Ini kerana, hampir segelintir bangunan kedainya masih lagi dalam bentuk asalnya, iaitu daripada kayu berbanding bandar lain sudah memiliki bangunan konkrit dan kukuh. Penduduk berkata, ia adalah imej bandar berkenaan dan sekiranya bangunan dalam bandar kelihatan seperti `bandar koboi?, tentu pelawat tidak mahu singgah atau mengunjungi Pasir Mas.

Malah, kurangnya kemudahan tempat letak kereta dan kemudahan prasarana seperti tandas awam juga menyebabkan mereka kurang berminat memasuki bandar ini sebaliknya sanggup ke Rantau Panjang, Tanah Merah atau Tumpat. Pemandu teksi, Wan Jaafar Yaakub, 62, berkata beberapa tahun lalu, bandar Pasir Mas cukup popular. Katanya, pendapatannya juga semakin berkurangan berikutan kurangnya orang ramai terutama pelawat mengunjungi bandar ini.

?Melalui pilihan raya kecil pada 6 Disember nanti, ia diharap dapat memberi `nafas baru? kepada bandar Pasir Mas agar ia kembali berfungsi seperti dahulu. ?Tidak dinafikan, tumpuan kepada pembangunan terutama mewujudkan beberapa tempat tarikan pelawat amat penting bagi memulihkan keadaan itu,? katanya.

Rakannya, Yusof Abas, 58, pula berkata, jika diwujudkan banyak ruang perniagaan di bandar ini tentu mewujudkan peluang pekerjaan. ?Kita tidak mahu Pasir Mas tercicir daripada arus pembangunan. Ia nadi utama penduduk cari rezeki,? katanya.

Yusuf Derapa, 60, berkata inilah peluang penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir melalui pilihan raya kecil itu untuk mengubah bandar ini supaya membangun seperti bandar lain.

Demikianlah hebat 'serangan' media massa terhadap PAS sehari dua ini. Namun kita ingin bertanya kepada Umno, apa yang mereka lakukan kepada Bandar Pasir Mas sepanjang 12 tahun mereka memerintah 1978-1990. Kalau merekapun gagal menukar wajah bandar ini ketika memerintah dahulu walaupun mendapat bantuan yang banyak dari kerajaan pusat apatah lagi kerajaan negeri sekarang yang sentiasa 'ditekan' oleh kerajaan pusat. namun begitu dengan segala kekurangan yang ada kerajaan negeri tetap berusaha untuk menbangunkan negeri ini. Rakyat Kelantan dapat melihat banyak prasarana dan pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan PAS setelah 15 tahun memerintah. Rakyat Kelantsn lebih arif tentang hal ini.

Adalah diharapkan pengundi-pengundi Pengkalan Pasir dapat mengenal yang mana intan dan yang mana kaca.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59