Wednesday, 16 November 2005

ALL THE NEWS THAT'S FIT TO PRINT ....PAS STYLE



Dipetik dari Malaysiakini.com........
PAS will distribute daily newsletters and screen election messages on video compact discs (VCDs) to boost its chances in the Pengkalan Pasir by-election, said vice-president Husam Musa.

Stating that it will be an “uphill battle” to counter BN’s giant election machinery, he said PAS has made plans to ensure that voters are not force-fed one-sided information, particularly by the print and electronic media.

“The BN and Umno have the mainstream media behind them. PAS is hardly given any space. So we have decided to provide alternative news to the people. One strategy is to relay information through VCDs which will be screened in strategic locations,” he said.

PAS also plans to publish a daily newsletter that will be distributed free of charge to the public.

“It will give accurate information about the party and we will try to counter any allegations against us that could cloud voters’ judgment,” said Husam, who is also PAS Kelantan deputy commissioner.

It is understood that Harakahdaily editor Zulkifli Sulong has been roped in to head the operations. The first newsletter goes out on Friday.

PAS is also bracing for unlawful campaign practices like money politics which Husam alleged to be rampant in Umno.

“The only way to counter this is to hold face-to-face meetings with voters as frequently as we can to ensure that they are not persuaded by such tactics. We will try to advise the people through our ceramah (public talks) not to succumb to dishonest tactics,” he said.

Anwar factor

PAS further plans to capitalise on former deputy premier Anwar Ibrahim’s visit to the constituency on Nov 27. He had pledged to campaign for the party.

Anwar, whose ceramah in Kelantan often draw thousands, will make a strong impact on the Pengkalan Pasir voters, said Husam.

“Anwar speaks with authority on corrupt practices of Umno and BN, and this will be the highlight of our campaign. The voters must be told of the rampant abuse of power that has caused government-linked companies to suffer losses as has happened in Bank Islam and Malaysia Airlines.”

He added that voters would be interested in such information as the majority are successful business persons and government officers.

Muslimat (women’s wing) leader Dr Siti Mariah Mahmud said PAS is aware of the challenges it will face throughout the election campaign.

“We know what we are up against ..we are facing the entire federal government which is now putting all its efforts into winning the contest.”

She said the wing would have a hard time countering the aggressive campaigning of Puteri Umno (the young women’s wing of Umno).

“In terms of spirit, we are certainly not second best. Puteri Umno has no financial constraints as we do. But we have already laid out programmes like door-to-door visits and anak angkat project, and will hope for the best.”

She said Muslimat leaders in other states will report for duty from today to assist election workers.


SANDIWARA Umno BERMULA. AHLI PAS MASUK Umno.


Bukit Katil 16 Nov : Malam ini TV3 melalui rancangan Buletin Utama menyiarkan berita beberapa orang ahli PAS diketuai Abdul Manaf Senik keluar parti bersama pengikutnya. Majlis pengisytiharan mereka keluar PAS dihadiri Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Maka bermulalah dengan rasmi sandiwara Umno pada setiap kali pilihanraya samada pilihanraya kecil atau umum. Kita mengjangkakan bahawa kalau pun berita ini maka sudah tentu mereka yang keluar PAS itu mendapat habuan dunia yang besar. Namun begitu kita sedang menanti reaksi balas PAS Kelantan tentang isu ini.

Apa sering berlaku sebelum ini, kerap kali individu yang mengaku keluar PAS masuk Umno ini bukannya ahli PAS tetapi orang yang diupah untuk mengaku menjadi ahli PAS sedangkan mereka tidak pernah pun mengisi borang keahlian PAS. Ada antara mereka pula sebenarnya telah keluar PAS sejak bertahun-tahun dahulu. Tetapi oleh kerana Umno tiada isu maka majlis 'lakonan' seperti terpaksa diadakan sebagai perang saraf kepada penyokong PAS.

Kita nantikan sandiwara Umno seterusnya.


MEMO PAS MELAKA BANTAH PEMINDAHAN PANGKALAN NELAYAN


12 Syawal 1426H bersamaan 14 November 2005.

YAB Dato' Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam

Ketua Menteri Melaka

Pejabat Ketua Menteri,

Blok Bendahara, Aras 4 (Suite)

Seri Negeri, Ayer Keroh, 75450 Melaka.

Yang Amat Berhormat,

ISU PERPINDAHAN NELAYAN-NELAYAN VESEL INJIN DALAM DARI PANGKALAN SUNGAI MELAKA KE PANGKALAN SUNGAI DUYONG

Saya ingin menarik perhatian YAB berhormat terhadap isu perpindahan nelayan-nelayan dari Pangkalan Sungai Melaka ke Pangkalan Sungai Duyong. Setelah mendengar penjelasan daripada para Nelayan dan hasil tinjauan kami di kedua-dua pengkalan maka kami merasakan bahawa pelan tindakan kerajaan negeri atas isu perpindahan ini adalah amat tidak wajar.


Pertama

Merujuk kepada surat yang dikeluarkan oleh Perbadanan Pembangunan Sungai & Pantai Melaka (PPSPM) bertarikh 31 Oktober 2005 (berstatus SEGERA) yang hanya memberi notis 7 hari kepada para nelayan untuk berpindah ke Pangkalan Sungai Duyong iaitu pada 10 November jam 8.30 pagi. (Untuk makluman YAB, surat PPSPM yang tersalah taip hanya dibetulkan dan diserahkan kepada para Nelayan pada 9 November 2005). Paling mendukacitakan, pihak PPSPM lansung tidak memberikan alasan secara bertulis kepada para nelayan sebab perpindahan tersebut.

Kedua

Pada 9 November 2005, Jabatan Laut Wilayah Tengah telah mengeluarkan surat arahan notis pengeluaran bot dari sungai Melaka kepada para nelayan di mana mereka diminta untuk mengeluarkan bot pada jam 9.00 pagi, 10 November 2005. Alasan yang diberikan oleh Jabatan Laut adalah bot yang berlabuh di Pangkalan Sungai Melaka menganggu laluan feri keluar masuk sedangkan ada nelayan-nelayan terbabit telah menggunakan Pangkalan Sungai Melaka lebih daripada 20 tahun. Persoalannya wajarkah mereka diberi notis 24 jam dan sekiranya mereka ingkar maka boleh disabitkan dibawah Sek.445(2), Bahagian 13, MSO 1952.

Ketiga

Merujuk kepada janji yang telah diberikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka bahawa pancang dan jambatan nelayan di Pangkalan Sungai Melaka tidak akan dicabut dan dirobohkan sehingga isu pampasan para nelayan diselesaikan. Malangnya tidak sampai 12 jam setelah nelayan keluar dari Pangkalan Sungai Melaka, pancang mereka telah dicabut sedangkan isu jumlah pampasan masih belum dibincangkan.

Keempat

Dukacita untuk makluman YAB, hasil dari perpindahan ini, maka terdapat bot nelayan yang telah karam ketika berlabuh di Pangkalan Sungai Duyong. Ingin saya menarik perhatian YAB terhadap kesan perpindahan ke atas para nelayan tersebut :-

Kesan 1.

Bot Karam. Walaupun saya sedar bahawa Kerajaan Negeri mampu membayar pampasan kepada bot yang karam tetapi saya mencadangkan agar pampasan kepada nelayan dibayar oleh pihak YB SUK, Pengarah PPSPM, Pengarah Jabatan Pengairan & Saliran Negeri, Pengarah Jabatan Laut Wilayah Tengah dan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri. Wajarkah badan-badan yang bersifat profesional ini, melakukan perpindahan tersebut sedangkan mereka sudah pasti bahawa Pangkalan Sungai Duyong adalah cetek dan ini telah dibuktikan oleh kegagalan mereka melakukan perpindahan pada bulan September yang lalu. Wajarkah mereka dianggap profesional memberi nasihat perpindahan sehingga menyebabkan bot nelayan karam atau mereka telah memberi nasihat tetapi diketepikan.

Kesan 2.

Keselamatan. Hasil dari tinjauan kami pada 11 November 2005, projek tembok dan pemasangan pancang di kawasan Pangkalan Sungai Duyong masih berstatus “in progress” iaitu tidak siap sepenuhnya. Masih terdapat jentera berat yang beroperasi dan kawasan tersebut masih bersifat “construction area”. Ini sudah pasti boleh mendatangkan bahaya kepada para nelayan, keluarga mereka serta pegawai dan kakitangan jabatan yang terbabit.

Kesan 3.

Keselamatan nelayan ketika di laut. Kegagalan pihak berwajib untuk menyediakan pengkalan yang cukup kedalamannya boleh menyebabkan kerosakan kepada “structure” bot para nelayan. Ini sudah barang pasti mengundang bahaya ketika mereka meredah ombak dilaut.

Sehubungan itu maka saya merasakan bahawa pelan tindakan perpindahan ini adalah amat tidak wajar. Maka saya suka mencadangkan kepada YAB Dato' Seri beberapa langkah cadangan bagi memperkemaskan pelan perpindahan ini.

1. Para Nelayan dibenarkan berlabuh di Pangkalan Sungai Melaka dimana pancang meraka dipasang semula. Walaupun ia melibatkan kos tetapi keselamatan lebih utama “Safety First”. a. Projek pelabuhan tersebut adalah bersifat jangka pendek sahaja kerana tebing muara akan runtuh pada bila-bila masa kerana penanaman cerucuk dari kayu bakau tidak dapat bertahan lama.

b. kerja-kerja pengorekan muara terpaksa dilakukan sepanjang masa untuk memastikan kedalaman muara bagi membolehkan bot keluar masuk.

c. kos penyelenggaraan yang cukup tinggi untuk jangka masa yang panjang kerana pelabuhan tersebut tidak bersifat “natural” sepertimana pelabuhan Sungai Melaka.

d. Aktiviti para nelayan sudah pasti terganggu kerana mereka hanya boleh keluar-masuk ke pengkalan dalam masa-masa yang tertentu sahaja.

3. Jumlah pampasan kepada para nelayan mestilah dipersetujui dengan mengambilkira faktor-faktor berikut :-

a. Kehilangan infrastruktur asal yang mereka bina ketika berpindah dari Pangkalan Asal di Muara Sungai Melaka ke Pangkalan Sementara di Muara Sungai Melaka.

b. Kos kehilangan punca pendapatan sepanjang tempoh perpindahan.

c. Kos penggunaan bahan api yang tinggi apabila mereka berpindah ke Pangkalan Sungai Duyong dan ianya mestila dinilai secara sepanjang hayat. Untuk makluman YAB jarak perjalanan untuk ke tempat tangkapan ikan dari Pangkalan Sungai Duyong adalah lebih jauh jika dibandingkan dengan Pangkalan Sungai Melaka.

d. Kos kerosakan pada bot nelayan ketika perpindahan pertama dan perpindahan kedua.

e. Lain-lain kos yang berkaitan sekiranya ada.

Yang Amat Berhormat Dato' Seri, sepatutnya warisan nelayan di Sungai Melaka dikekalkan sesuai dengan nilai sejarah negeri Melaka yang dipertahankan. Amat malang bagi para nelayan terpaksa menerima kesan dari projek pengindahan dan mencantikkan Sungai Melaka. Mengapa nelayan tidak dimasukkan dalam projek tersebut. Bagi saya, nilai pelancongan pada pandangan masyarakat adalah pengekalan warisan yang dapat dipertingkatkan kualitinya bukannya pengasingan untuk membina imej baru.

Desakan saya kepada YAB Dato' Seri agar kesan perpindahan ini dinilai semula. Walau apapun alasan yang diberikan, Sungai Melaka adalah pelabuhan yang terbaik dan selamat untuk mereka. Semoga nelayan-nelayan tersebut dapat berdepan dengan “ombak” di darat dan ombak di laut tetapi amat malang bagi mereka sekiranya mereka tewas kedua-duanya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

ADLY BIN ZAHARI
Setiausaha

Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka.

s.k. - Pesuruhjaya PAS Melaka.

- Pengarah Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Melaka.

- Pengarah Perbadanan Sungai & Pantai Melaka.

- Pengarah Jabatan Laut Wilayah Tengah.

- Pengarah Jabatan Perikanan Negeri.

- Pengarah Badan Pencegah Rasuah Negeri.



GESAAN PATUHI DEMOKRASI HANYA MANIS DI BIBIR SAHAJA



Semalam PM mengharapkan pihak yang berkempen di Pengkalan Pasir supaya sentiasa menghormati dan mematuhi demokrasi. Tetapi nampaknya gesaan dan nasihat beliau ini hanya manis di bibir sahaja.

Ini kerana diberitakan bahawa salah seorang pesalah rasuah yang tidak menghormati demokrasi dalam pemilihan Umno tahun lepas iaitu Isa Samad akan turut berkempen di sana nanti. Bagaimana Umno boleh membenarkan orang seperti ini untuk berkempen membantu Umno.

Setakat inipun Pak Lah sendiri gagal menunjukkan teladan yang baik apabila tetap 'menyimpan' wakil-wakil rakyat yang telah terbukti rasuah seperti Astaman Abdul Aziz, Amid Nordin dan Isa Samad. Belum ada tanda-tanda mereka ini akan diarahkan supaya mengosongkan kerusi masing-masing.

Itulah demokrasi Pak Lah, orang lain mesti patuhi undang-undang dan demokrasi. Tetapi Umno tak perlu patuhi semua itu. Sejak kematian ADUN Pengkalan Pasir hujung Oktober lalu, media massa telah mula bersifat berat sebelah. Hampir semua laporan untuk PAS adalah negatif. Permohonan MB Kelantan untuk keudara di dalam radio Kelantan pun sampai sekarang tidak tinggal diluluskan.

Bagaimana Pak Lah nak buktikan Demokrasi telah pulih sedangkan pada masa yang sama ugutan, rasuah wang dan sebagainya seringkali menghantui pengundi. ITUKAH DEMOKRASI?


PK PENGKALAN PASIR : MASYARAKAT TIOGHUA PUN SOKONG PAS TAKKAN MELAYU TOLAK PAS



Gambar menunjukkan petugas dan penyokong PAS dari masyarakat tioghua mula mendirikan Markaz mereka di tengah-tengah Bandar Pasir Mas. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Tioghua memang menyokong kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.


SATU LAGI KEPENTINGAN ORANG MELAYU DIHAPUSKAN OLEH Umno/BN


MELAKA, 16 Nov (Hrkh) - Satu lagi kepentingan orang melayu dihapuskan oleh Kerajaan Negeri Melaka. Kali ini kesemua Lot Bazar Mara telah dirobohkanoleh Kerajaan BN Melaka. Seperti yang kita sedia maklum kesemua peniaga yang berniaga di Lot Bazar MARA ini adalah orang Melayu. Lot Bazar MARA yang terletak di tengah-tengah bandaraya Melaka merupakan kawasan paing strategik untuk perniagaan dan ianya menjadi kebanggaan bangsa Melayu sejak tahun 1969.

Pihak berkuasa tempatan dikatakan merobohkan bangunan berkenaan pada waktu malam. Setiausaha Perhubungan PAS negeri Melaka yang bersama-sama yang membuat tinjauan di kawasan itu berkata kerajaan sepatutnya peka dengan nasib rakyat.

Satu memorandum bantahan telah dihantar kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung perkara itu, katanya. "Dari segi politik sewaktu wakil DAP menjadi ahli Parlimen Kota Melaka tidak berlaku penindasan yang berleluasa terhadap peniaga bumiputera tetapi apabila BN memenanginya, kepentingan orang Melayu tergugat.

"Apa yang pelik tidak seorang pun wakil rakyat daripada Umno berani membuka mulut apatah lagi mempertahankan kepentingan peniaga Melayu berkenaan," kata salah seorang peniaga.

Sementara itu Ketua DPP Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman mengajak seluruh orang melayu sedar akan kezaliman dan penyelewengan yang sedang dan telah dilakukan oleh Umno/BN. Sebagai langkah pertama kata beliau, pengundi-pengundi Pengkalan Pasir mesti memberi pukulan maut kepada BN dalam pilihanraya kecil DUN itu 6 Disember ini. Calon BN mesti dikalahkan dengan pukulan KO (knock out) iaitu hilang wang pertaruhan, tegas beliau penuh semangat.

Dalam kenyataannya Hj Salamat menyatakan bahawa, pemimpin Umno/BN ini memang talam dua muka di Pengkalan Pasir mereka kata nak bela orang melayu tetapi di Melaka mereka robohkan Lot Bazar MARA yang 100 % dipunyai oleh orang melayu, ujar beliau mengakhiri perbualan.


PK PENGKALAN PASIR. AHLI DAN PENYOKONG PAS YANG TINGGAL DI LUAR PENGKALAN PASIR WAJIB PULANG MENGUNDI



Melaka 16 Nov : Pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir pada 6 Disember 2005 merupakan tanggungjawab penting pengundi Pengkalan Pasir samada yang berada di kawasan atau mereka yang berada di perantauan. Semua ahli dan penyokong PAS yang di luar Pengkalan Pasir WAJIB pulang mengundi.

Jangan nanti ada antara mereka yang mengambil mudah sebagaimana berlaku dalam Pilihanraya Kecil Pendang dahulu di mana beratus-ratus pengundi PAS dari luar tidak pulang mengundi yang akhirnya menyebabkan PAS tewas.

Sehubungan dengan itu Ketua Penerangan DPP Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab merayu kepada anak kelantan di perantauan khususnya mereka yang mendaftar sebagai pengundi di DUN Pengkalan Pasir agar balik mengundi pada hari tersebut.

Pilihan raya ini menjadi amat sengit di antara PAS dan BN kerana ianya akan menjadi gelanggang pertaruhan untuk menentukan pengaruh masing masing selepas pilihan raya umum yang lepas. Pilihan raya ini dianggap tempat untuk menguji pengaruh keberkesanan Islam hadhari yang diperkenalkan oleh UMNO/BN dengan perjuangan untuk mendaulah Islam yang menjadi teras perjuangan Parti Islam Se Malaysia (PAS).

Satu undi amat berharga bagi setiap pilihanraya kerana ianya sudah cukup untuk menentukan kemenangan dan kekalahan seseorang calon. Sebagai contoh dalam pilihanraya umum lalu, Calon PAS DUN Kemuning,Kelantan Hj Zakaria Yaacob hanya menang di DUN itu dengan majoriti 2 undi sahaja. Menurut Sofi antara pengundi yang mengundi YB Hj Zakaria Yaacob adalah 2 orang kenalan beliau iaitu ahli PAS yang tinggal di Melaka iaitu Sdr Zulkifli Yusof dari Bukit Rambai dan Ustazah Noraini dari Solok Gaung, Ayer Molek. Andaikata kedua-dua ahli PAS ini tidak pulang mengundi tempohari sudah pasti keputusannya berlainan, cerita Sofi dengan bersungguh-sungguh.


SAMBUTAN HARI RAYA KEADILAN BAHAGIAN BUKIT KATIL DAN PAS CAWANGAN SOLOK BAROH



Bukit Katil 16 Nov : PAS Cawangan Solok Baroh dengan kerjasama Parti KeADILan Rakyat (PKR) Bahagian Bukit Katil akan mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada 19 Novembe ini bermula jam 4.00 petang di Kampung Solok Baroh, Bachang. Jamuan ini akan diserikan dengan ceramah oleh Dr. Badrol Amin Baharon, Ahli MPT PKR Pusat. Majlis ini akan berlangsung di perkarangan rumah Pak Bakar, AJK PAS Cawangan Solok Baroh.

Kenyataan ini telah dibuat oleh Saiful Bahar Ramly Setiausaha PAS Cawangan Solok Baroh pagi ini. Menurut beliau antara tetamu yang akan hadir dalam majlis ini ialah Ketua Angkatan Pemuda KeADILan Melaka, Sdr Yusof Abdullah; YDP PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Yassin Abdul Ghani; Setiausaha KeADILan Bahagian Bukit Katil, Sdr Nasser Sharif dan pimpinan PAS dan KeADILan pelbagai peringkat. Sehubungan dengan itu Saiful mengalu-alukan seluruh masyarakat setempat terutama sekitar Bachang supaya hadir dalam program ini.


PK PENGKALAN PASIR : APA PANDANGAN PEMERHATI POLITIK


PENGKALAN PASIR : PERTARUNGAN HIDUP MATI SIAPA?

Oleh Aman Rais dipetik dari Malaysiakini.com


Suhu politik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir sudah memuncak walaupun hari penamaan calonnya masih jauh. Suasana sambutan Aidilfitri bertukar wajah menjadi pesta demokrasi yang membuatkan penduduk Pasir Mas tersenyum meleret.

Mengapa tidak, pekan Pasir Mas yang dulunya sunyi kini hiruk-pikuk, rezeki melimpah ruah bagi penduduknya. Bukan sahaja “duit raya” datang mencurah, malah rumah-rumah kosong yang dulunya terbiar, kini menjadi “hotel” bagi para petugas parti yang datang dari luar.

“Habis ditempah” – itulah kini keadaannya, malah anda akan kecwa jika mahu menempah bilik di Kota Bharu sekarang.

Pilihanraya kecil N12 DUN Kelantan ini menjadi tumpuan seluruh negara. Sesiapa sahaja yang meminati politik memperkatakannya. Ada yang melihatnya sebagai pertarungan hidup mati bagi PAS dan Umno.

Pengkalan Pasir dikatakan akan menjadi penentu masa depan kerajaan PAS Kelantan. Jika kalah, kedudukannya yang sudah sedia genting, akan menjadi bertambah genting. Kerajaan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat akan menjadi semakin tidak stabil, makin goncang dan tergugat untuk tumbang bila-bila masa sahaja.

Kerana itu, tekanan terhadap beliau supaya membubarkan DUN jika kalah di Pengkalan Pasir, semakin meningkat. Semua pemimpin Umno, termasuk presidennya mendesak supaya kerajaan negeri dibubarkan, dengan alasan telah kehilangan mandat rakyat.

Namun bagi para pemimpin PAS, soal membubarkan DUN tidak timbul sama sekali. Bagi mereka walaupun dengan majoriti satu kerusi, saki-baki kuasa yang masih ada mesti diteruskan.

Petua Dr Mahathir

Bagi mereka, Kelantan yang dianggap sebagai bentang terakhir politik Melayu Islam di Malaysia mesti dipertahankan dengan apa cara sekalipun. Mereka belajar dari petua politik bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menegaskan akan terus menjadi presiden Umno walauapun menang dengan satu undi ketika dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987.

PAS sebaliknya mencabar Umno mengosongkan 21 kerusi DUN yang dikuasainya di Kelantan jika parti Melayu terbesar itu benar-benar yakin rakyat negeri itu memihak kepada mereka. Dalam soal pembubaran DUN ini yang nampak beria-ia sangat ialah Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa. Beliaulah yang mula-mula membangkitkannya, sebaik sahaja “kempen tidak rasmi” dimulakan di Pengkalan Pasir selepas sambutan hari raya puasa lalu.

Isu bubar DUN ini mengatasi isu-isu lain. Umno seolah-olah lupa untuk bercakap tentang isu pembangunan, Islam Hadhari dan hak Melayu. Mengapa? Adakah isu-isu pembangunan dan Islam hadhari sudah tidak laku di Pasir Mas?

Apabila ditanya kepada para pemerhati politik soalan itu, mereka dengan selamba menjawabnya; “Sebenarnya ada orang berangan-angan nak MB Kelantan yang baru...”

Hujah mereka, kalau kerajaan PAS dibubarkan, pilihanraya negeri terpaksa diadakan dan ini akan membuka peluang kepada tokoh-tokoh Umno Kelantan untuk jadi Menteri Besar seandainya mereka mendapat majoriti kerusi DUN.

Menurut mereka lagi, desakan supaya PAS membubarkan DUN kalau tewas pada 6 Disember nanti lebih merupakan agenda peribadi seseorang.

“Ada orang tak sabar-sabar nak menggantikan Nik Aziz. Sebab itulah dia tak putus-putus bercakap soal ini,” ujar seorang bekas ahli Majlis Tertinggi Umno.

Bagaimana laluan untuk mengambilaih tempat “Tuan Guru” itu bukan mudah. Umno Kelantan menghadapi pelbagai halangan, bukan sahaja dari PAS, malah dari bekas orang kuat Umno Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dan pertelingkahan dalaman Umno Kelantan.

Pengkalan Pasir ada kubu kuat PAS. Walaupun calonnya hanya menang dengan majoriti 56 undi dalam pilihanraya umum lalu, namun kawasan itu masih kubu kuat parti Islam itu. Dan barisan pimpinan PAS masih yakin dapat mempertahankan kerusi tersebut, mungkin dengan majoriti lebih besar. Menurut seorang pemimpin kanan parti itu, senario kali ini berbeza.

Dulu calon mereka, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Jaffar turun ke gelanggang sebagai “orang luar”. Beliau bukan anak jati Pengkalan Pasir, tetapi mampu menewaskan calon BN, Hanapi Mamat yang merupakan orang kuat Umno Pasir Mas.

Menurut pemimpin itu lagi, wakil rakyat PAS sebelum Allahyarham Wan Abdul Aziz tidak mempunyai rekod perkhidmatan yang baik kerana sering sakit, namun rakyat masih memilih PAS bagi DUN berkenaan dalam pilihanraya umum lalu.

“Selepas menang Wan Abdul Aziz telah mengubah imej wakil rakyat PAS di situ. Beliau telah berkerja dengan baik hingga ke akhir hayatnya. Oleh itu kita yakin dengan memilih calon yang sesuai, pastinya anak jati Pengkalan Pasir yang dikenali ramai di kawasan itu, peluang untung menang adalah cerah,” jelasnya.

Kacau daun

Dan, katanya, sekali lagi faktor Ibrahim Ali akan memecah undi penyokong Umno.

“Siapa tak kenal Tok Berahim di Pasir Mas. Beliau mempunyai penyokong setia dari kalangan ahli-ahli Umno dan ramai saudara mara di sini . Kalau betul-betul dia bertanding, yang akan rugi ialah Umno,” tambahnya.

Menurutnya lagi, pengumuman Ibrahim untuk bertanding sebagai calon bebas telah membuat Umno “panas punggung”.

“Itu sebabnya Annuar Musa mahu mencalonkan Johan Che Pa sebagai calon di Pengkalan Pasir sebab Johan adalah anak didik Tok Brahim sebelum ini. Annuar mahu undi penyokong setia Tok Brahim pergi kepada Johan,” katanya.

Johan adalah Ketua Pemuda Umno Pasir Mas semasa Ibrahim menjadi ketuia bahagian tersebut. Kini beliau menjadi Naib Ketua bahagian berkenaan.

Ibrahim dikatakan tidak mungkin mengubah pendirian untuk bertanding walaupun telah dipujuk oleh para pemimpin Umno supaya jangan “kacau daun”.

Setelah disingkir dari Umno, beliau dikatakan mahu menjadikan gelanggang Pengkalan Pasir sebagai medan balas dendam. Kemenangan dalam pilihanraya kecil itu bukan sasaran beliau, sebaliknya agenda besarnya ialah memastikan Umno kalah.

Dalam pertemuannya dengan media minggu lalu, Ibrahim melahirkan keyakinannya untuk meraih sekurang-kurangnya 2,000 undi dalam pilihanraya kecil tersebut.

Menurut veteran Umno itu lagi, untuk mencerahkan peluang untuk menang, Umno perlu pastikan Ibrahim ditolak pencalonannya pada hari penamaan calon nanti. Satu lagi faktor yang menguatkan keyakinan PAS untuk menang di Pengkalan Pasir ialah pertelingkahan dalaman Umno Kelantan.

Naik tocang

Khabarnya, Umno bahagian Pasir Mas sudah berpecah tiga – terdiri dari penyokong Annuar, kumpulan Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman yang merupakan ketua bahagian itu sekarang dan saki-baki penyokong setia Ibrahim.

Setiap kumpulan mempunyai calon mereka sendiri untuk diketengahkan. Annuar mahukan Johan, para penyokong Abdul Rahim mahu ketua Umno bahagian itu sendiri bertanding manakala penyokong setia Ibrahim menungggu masa untuk “cah keting”.

Dalam pada itu, Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula dikatakan mempunyai calon pilihannya sendiri, seorang kakitangan awam yang berlatarbelakang agama.
Dilema pemilihan calon menghantui Umno. Tersilap pilih, buruk padahnya.

Seorang ahli jawatankuasa Umno Pasir Mas pula berkata, pemilihan calon satu masalah besar sebab ahli-ahli Umno masih berpuak-puak. Menurutnya, jika calon Umno kalah lagi kali ini, ia bukan kerana PAS kuat tetapi kerana hasad dengki dan khianat sama sendiri.

Beliau yang merupakan penyokong Abdul Rahim, juga sempat mencelah: “Pengkalan Pasir adalah pertarungan hidup mati bagi Annuar Musa, bukan bagi Umno.”

Oleh itu katanya, Umno tidak boleh dibiarkan menang di Pengkalan Pasir sebab jika PAS kalah Annuar Musa akan naik tocang....


PK PENGKALAN PASIR : PETUGAS PAS MELAKA DI TEMPATKAN DI UPU SAKAR



MELAKA 16 Nov : Petugas PAS Melaka akan ditempatkan di Unit Peti Undi (UPU) Sakar bersama-sama dengan Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, PAS Kawasan Tumpat. Dato' Ahmad Yakob akan mengetuai UPU ini. Demikian kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Jabatan Penerangan PAS Kelantan, Us Wan Ismail Wan Jusoh semalam.

Sehubungan dengan itu, DPP Kawasan Bukit Katil menyeru pemuda-pemuda PAS di dalam Kawasan Bukit Katil yang berminat agar mendaftar dengan DPP Kawasan untuk bersama-sama membantu kempen PAS di Pengkalan Pasir. Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi Sofi Wahab no. tel 019-682 1318 untuk urusan pendaftaran.

Dalam kenyataan semalam Us. Wan Ismail mengumumkan bahawa urusan penempatan petugas adalah seperti di bawah :-

Di UPU Banggol Chicha diletak di bawah kawalan anggota Exco, Ustaz Mohd Amar Abdullah, anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman dan Adun Kadok, Haji Shukri Abdul Rahman. PAS yang bertugas di kawasan itu dari Pengkalan Chepa, Ketereh, Gua Musang, Perak dan Pulau Pinang.

UPU Kubang Badak dipertanggungjawab kepada anggota Exco, Dr Nik Mazian Nik Mohamad dan Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat, PAS Pasir Puteh dan Perlis.

UPU Kubang Bemban diketuai anggota Exco, Ustaz Hassan Mohamood, Adun Perupuk, Dato’ Omar Mohamed dan Adun Demit, Ustaz Mohamed Daud, PAS Bachok, Pahang serta Dewan Ulamak PAS Pusat.

UPU Kampung Baru – anggota Exco, Haji Zulkifli Mamat, Adun Temangan, Usaz Hassan Mohamad dan Adun Kemuning, Haji Zakaria Yaakub serta PAS Machang dan Johor.

UPU Kampung Dangar – anggota Exco, Takiyuddin Hassan, anggota Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ismail Nuh, Adun Chetok, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman, PAS Pasir Mas dan Negeri Sembilan.

UPU Pengkalan Pasir – anggota Exco, Haji Husam Musa, Adun Salor, Haji Buni Amin Hamzah, Adun Pasir Tumbuh, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah, PAS Kubang Kerian dan Selangor.

UPU Jalan Pasir Pekan – anggota Exco, Dato’ Anuar Tan Abdullah, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim, PAS Kota Bharu dan Wilayah Persekutuan.

UPU Slow Machang – aggota Exco, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, PAS Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, PAS Terengganu dan Dewan Pemuda PAS Pusat.

UPU Kasa – anggota Exco, Abdul Patah Mahmood, Adun Meranti, Ustaz Nusuruddin Daud, anggota Parlimen Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, PAS Rantau Panjang dan Kedah.

UPU Sakar – Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, PAS Tumpat dan Melaka.

UPU Sakar mempunyai mempunyai bilangan pengundi paling sedikit iaitu 1,070 orang sahaja.


GELI DAN MELUCUKAN SELEPAS 50 TAHUN BARU HENDAK BERTINDAK


MELAKA 16 Nov: Sejak sebelum merdeka lagi 19 pemilik bangunan di tebing Sungai Melaka menyambung belakang kedai mereka secara haram tanpa kebenaran kerajaan tempatan. Tetapi mereka tidak dikenakan sebarang tindakan sehinggalah semalam Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memberi notis kepada 19 pemilik bangunan di tebing Sungai Melaka tersebut.Tanah itu adalah tanah rizab Jabatan Pengairan dan Saliran.

Sehubungan itu, pemilik terbabit sudah diberi notis untuk meruntuhkan bahagian sambungan itu. Bayangkan betapa 'dedikasi' agensi kerajaan negeri ini apabila menunggu sehingga 50 tahun baru hendak bertindak. Inilah satu contoh yang 'baik' yang ditunjukkan oleh sebuah agensi kerajaan negeri yang berangan-angan untuk menjadi negeri maju pada 2010 nanti.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Mohd Khairuddin Ismail ketika dihubungi pagi ini merasa sangsi dengan kemampuan MBMB ini untuk merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk menjadi negeri maju kerana isu kecil seperti ini pun tidak diselesaikan dalam masa yang singkat. Takkanlah sampai 50 tahun baru dapat diselesaikan.

Tetapi sebenarnya inilah hakikat yang terpaksa kita telan kerana kita tahun beberapa agensi kerajaan negeri amat lemah dan tidak produktif. Ini adalah antara buktinya, jelas Khairuddin dengan nada sinis.

Sedangkan pada masa yang sama mereka bercakap berdegar-degar dengan pelbagai istilah yang 'world class' seperti e-government, k-economy, e-commerce dan sebagainya, tetapi pelaksanaan jauh terkebelakang.


JANJI MANIS DI PENGKALAN PASIR TETAPI TINDAS RAKYAT DI MELAKA



MELAKA 16 Nov: Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan seramai 48 nelayan yang berpindah dari pangkalan di Sungai Melaka ke muara Sungai Duyong sejak seminggu lalu kesal kerana tidak dapat ke laut berikutan bot mereka tersadai di dalam lumpur sejak diarahkan berpindah lima hari lalu.

Nelayan terbabit mendakwa mengalami kerugian RM300 hingga RM600 sehari kerana tidak dapat keluar menangkap ikan sejak lima hari lalu.

Salah seorang nelayan terbabit En. Jaafar Md Said, 44, berkata semua bot yang diletakkan di pangkalan terbabit mengalami masalah untuk dibawa keluar ke laut bagi menangkap ikan. Katanya, bot nelayan tidak boleh beranjak langsung daripada tebing sungai itu kerana keadaan air yang cetek, sekali gus mengakibatkan semua bot terbabit terkandas di lumpur.

“Kami sememangnya rugi banyak apabila bot kami tidak dapat dibawa keluar bagi menangkap ikan di laut dan ada sesetengah daripada kami mengalami kerugian yang lebih banyak,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Semalam, hampir kesemua nelayan terbabit mengadakan demonstrasi di muara Sungai Duyong dekat sini bagi melahirkan perasaan tidak puas hati mereka sambil membawa sepanduk berbunyi `Bot Terbenam Di Lumpur, Tidak Boleh Kerja, Tiada Rezeki, Kami Mahu Balik ke Sungai Melaka’.

Sebelum ini pimpinan PAS Melaka diketuai Setiausaha Perhubungan PAS Melaka, Adly Zahari telah mengadakan perbincangan dengan nelayan terbabit bagi menyelesaikan masalah mereka. Namun desakan yang dibuat terhadap kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah tidak mendapat reaksi positif dari kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Jaafar berkata nelayan bertekad untuk pulang ke Sungai Melaka lewat hari ini kerana sudah tidak tahan berhadapan dengan keadaan seperti itu yang sudah berlarutan beberapa hari.

“Sebelum kami bersetuju pindah ke sini, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Ismail Salleh sudah berjanji untuk membenarkan kami pulang semula ke muara Sungai Melaka sekiranya keadaan tidak selamat di sini tetapi janji itu semua tidak ditunaikan dan kami dibiarkan tersadai begini sahaja.

Inilah Umno/BN, di Pengkalan Pasir mereka menaburkan pelbagai janji manis seperti membela rakyat, menyelesaikan segala masalah rakyat dan sebagainya tetapi pada masa yang sama di Melaka mereka menindas nelayan dengan 'menghalau' mereka dari pengkalan pelabuhan yang telah diduduki sejak sekian lama semata-mata untuk memenuhi kehendak segelintir golongan yang berkepentingan dan juga atas nama pembangunan.

INILAH SIKAP TALAM DUA MUKA Umno/BN


SIAPA YANG SELALUNYA TIDAK BERTERTIB KETIKA BERKEMPEN



MELAKA 15 Nov. - Dalam kenyataannya kepada media hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu semua pihak berkempen secara tertib menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir pada 6 Disember ini.

Beliau berkata, mereka perlu menjalankan tugas masing-masing dan bekerja mengikut amalan demokrasi yang sihat dengan tidak menimbulkan sebarang pergaduhan atau masalah lain yang berkaitan dengan soal keselamatan.

Tegasnya, semua pihak perlu memberi penghormatan kepada rakyat di kawasan itu untuk mengundi dengan memberi kesempatan kepada mereka untuk menunaikan hak dan tanggungjawab masing-masing.

``Bekerjalah dalam amalan demokrasi untuk kebaikan rakyat, beri penghormatan kepada rakyat yang mengundi,'' katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai persiapan dan suasana berkempen di Kelantan menjelang pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir.

Abdullah berkata, berdasarkan laporan yang diterima setakat ini, tidak berlaku sebarang pergaduhan atau masalah berkaitan keselamatan di kawasan DUN Pengkalan Pasir.

``Sehingga kini, semuanya berjalan lancar, tidak ada pergaduhan, semua kempen dan kerja berhubung kait dengan pilihan raya berjalan dengan baik, suasana sebegini biarlah berterusan jangan bergaduh, berkelahi dan menimbulkan masalah,'' kata beliau.

Ditanya apakah beliau akan turun padang untuk berkempen di DUN Pengkalan Pasir, kata Abdullah, ``Saya akan pergi, nanti tetapkan tarikhnya bila-bila.''

Sementara itu Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Hamzah Yusof menyambut baik kenyataan Abdullah ini dan beliau berharap apa yang dikata oleh PM ini hendaklah di kota. Biarlah kedua-dua pihak mengamalkan amalan demokrasi yang sebenarnya. Kita tidak mahu melihat penggunaan jentera kerajaan, amalan rasuah politik (sogok pengundi dengan wang, kain, dan sebagainya), SPR yang berat sebelah, amalan pengundi hantu, penambahan masa pengundian, amalan mengugut pengundi, media massa yang berat sebelah dan segala macam penyelewengan.

Seperti kes-kes masa lampau pemimpin Umno hanya bercakap manis di mulut sahaja tetapi pelaksanaan jauh meleset. Petugas-petugas merekalah sewenang-wenangnya melanggar nilai-nilai demokrasi tanpa segan silu.

Ianya terbukti sekarang ini dimana kita melihat bahawa media massa telah mula berat sebelah, menyiarkan berita-berita yang negatif terhadap Kelantan tanpa diberi peluang untuk menjelaskan isu-isu tersebut. Berita-berita yang disiarkan oleh media elekronik dan akhbar menunjukkan bahawa hampir semuanya menguntungkan Umno. Adakah ini mencerminkan apa yang dihasratkan oleh PM, tanya Hamzah.



`Cah keting'

Mengenai politik `cah keting' dalam UMNO Kelantan, Abdulah berkata, ia telah tiada dan mereka sekarang saling bermuafakat untuk kepentingan parti.

Pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir diadakan ekoran kematian wakilnya, Wan Abdul Aziz Wan Jaafar pada 31 Oktober lalu akibat penyakit kanser hati.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham yang mewakili Pas memenangi kerusi itu selepas menewaskan calon BN, Hanafi Mamat dengan majoriti 56 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi pilihan raya kecil kawasan itu pada 27 November, manakala pembuangan undi pada 6 Disember.


ADUN BN KOSONGKAN KERUSI DAHULU



KOTA BHARU 15 Nov. - Naib Presiden PAS, Hj Husam Musa mencabar semua 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) mengosongkan kerusi masing-masing bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan untuk mengukur kekuatan kedua-dua parti.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri Kelantan itu, berkata, ini kerana BN mendakwa rakyat hendakkan perubahan sehingga meminta pembubaran DUN.

Sementara itu Timbalan Ketua Dewan Pemuda Kawasan Bukit Katil, Us Abu Bakar Ramly berkata, tanpa pembubaran DUN pun kita masih boleh mengukur sokongan rakyat. Caranya ialah ADUN BN meletakkan jawatan dahulu, kemudian rakyat akan membuat keputusan ketika pengundian dijalankan, tegasnya yang juga merupakan Ketua Urusan Ulama' PAS Kawasan Bukit Katil.

Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, walaupun kalah pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir kelak, Pas sama sekali tidak akan bubarkan DUN.

Ini kerana katanya, keputusan pilihan raya kecil itu tidak membayangkan sepenuhnya mandat rakyat dan Pas masih lagi ada mandat untuk dilaksanakan walaupun mempunyai kelebihan satu kerusi.

``Kita akan teruskan agenda pembangunan rakyat kerana kemuncaknya ialah memberikan khidmat mengikut acuan Islam.

``Pas tidak boleh terganggu dengan tindakan BN,'' katanya kepada pemberita di pejabatnya sambil mengulangi keyakinan parti itu mengekalkan kerusi DUN Pengkalan Pasir pada pilihan raya kecil 6 Disember ini.

Husam berkata, langkah pemimpin BN dan UMNO mencabar kerajaan negeri supaya membubarkan DUN menunjukkan keangkuhan mereka tanpa mengukur kekuatan wakil rakyat mereka di Kelantan.

Katanya, BN sangat angkuh apabila mengatakan mereka pasti menang pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir kerana pencalonan pun belum dibuat di mana kemungkinan calon Pas 1,000 kali lebih baik daripada calon BN.

``Selain itu, BN dan UMNO jangan perkecilkan kuasa Tuhan dan kematangan pengundi sehingga terus mencabar kerajaan negeri di sana sini supaya membubarkan DUN.

``Ini kerana, kemungkinan cabaran itu kelak menikam BN sendiri,'' katanya dan menambah, BN seharusnya tidak tamak kuasa hingga bersungguh-sungguh hendak merebut Kelantan, satu-satunya negeri diperintah pembangkang.

``Pas akan mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Pasir dengan `gigi dan geraham' serta bersedia menghadapi semua kemungkinan,'' ujarnya.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59