Monday, 14 November 2005

FATAL ROAD ACCIDENTS INCREASED. GOVERNMENT FAILED TO EDUCATE OUR PEOPLE



Melaka 14 Nov : It was reporrted that our Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi said he was ‘sad and frustrated’ with the number of fatal road accidents during the festive season. This year 233 deaths recorded during the two-week ops Sikap IX which was ended last Thursday. Ops Sikap IX was set-up for this year Deepavali and Hari Raya Aidilfitri Festival.

Pak Lah said the government had done everything to make roads and highways safe, including making them wider so that motorists could travel safely to their destinations.

With refer to the numbers of deaths it was clearly shown that this year cases is bigger than last year.

PAS Bukit Katil Youth Chief Haji Salamat Aman said that this situation shown that our government campaign and education system is failed to educate our people to be a good driver and road user, when contacted by this blog this morning. Government has to find what is the actual root cause and come out with concrete corrective action to ensure that this problem can be solved. Otherwise our country will lost many human resources due to this fatal road accident.

Majority of the accident is due to human attitudes. Islamic and moral element should be taught during license application process, said Hj Salamat, who is also PAS Melaka Youth Council Treasury.


Umno cuba kelirukan rakyat. Dakwa kepimpinan PAS bukan ulama' lagi



PASIR MAS 13 Nov. - Ketua Penerangan Umno Kelantan hari ini mendakwa bahawa hampir semua kepimpinan PAS sekarang terdiri dari bukan Ulama'. Kenyataan mengelirukan ini di buat ketika menyampaikan ceramah beliau di Bangunan Umno Pasir Mas hari ini.

Pengundi-pengundi di Dewan Undangan Negeri kawasan Pengkalan Pasir terutama umat Islam dinasihat tidak terpedaya dengan usaha Pas memancing undi dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 6 Disember ini dengan menggunakan slogan `kekalkan kepimpinan ulama', kata beliau.

Datuk Alwi Che Ahmad berkata, slogan itu sudah tidak lagi relevan dengan Pas memandangkan dalam pemilihan kepimpinan parti itu baru-baru ini hampir semua tokoh ulama dalam Pas telah ditolak oleh perwakilan.

Alwi merujuk kepada keputusan pemilihan dalam Muktamar Pas ke-51 yang menyaksikan dua pemimpin kanan parti berkenaan iaitu Senator Hassan Shukri dan Azizan Abdul Razak gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang mereka sandang.

Mengulas dakwaan Alwi ini, Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Kawasan, Hamzah Yusof menyatakan bahawa kenyataan ini sebenarnya adalah dakwaan yang tidak berasaskan kerana lebih separuh dari kepimpinan PAS Pusat adalah Ulama'. Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Penerangan, Ketua Dewan Muslimat serta sebahagian besar Ahli Jawatan PAS Pusat adalah ulama' antaranya Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Dr. Mahfodz Mohd, Dr. Daeng Sanusi, Us.Idris Ahmad, Us.Mujahid Yusuf Rawa, Us. Hashim Jasin, Us. Taib Azzamuddin dan lain-lain lagi.

Apa yang lebih penting PAS sebenarnya dijaga dan dikawal oleh Ahli Majlis Syura Ulama' yang merupakan badan tertinggi yang sentiasa dirujuk oleh kepimpinan PAS Pusat dalam apa juga perkara 'besar' yang perlu diputuskan.

"Ini memang kerja pemimpin Umno yang sentiasa cuba mengelirukan fakta yang sememangnya diketahui oleh umum. Mereka lupa bahawa dalam kepimpinan Umno Kelantan terutamanya dikalangan wakil rakyat mereka tiada seorang pun wakil rakyat yang berkelulusan agama. Setakat ini isu-isu agama hanya berani disentuh secara meluas oleh wakil rakyat Bukit Tuku dan Semerak." tambah Hamzah lagi.

Sebenarnya Umno sekarang ini masih lagi menghadapi masalah untuk menghadapi Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir ini kerana masalah memilih calon. Pak Lah mahukan calon berkelulusan agama iaitu Pegawai Pendidikan Daerah, Kamarulzaman Abdul Ghani manakala Annuar Musa mahukan calon harapannya iaitu Johan Che Pa, Naib Ketua Umno Bahagian Pasir Mas.

Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir akan berlangsung pada 6 Disember serta penamaan calon akan diadakan pada 27 November berikutan kematian wakil rakyat PAS DUN ini iaitu Allahyarham Wan Aziz Wan Jaafar bulan lalu.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59