Sunday, 13 November 2005

GESAAN BUBAR DUN KELANTAN : TOK GURU KATA ITU SIKAP ORANG LEMAH



PASIR MAS 12 Nov. - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Ketua Perhubungan Umno Kelantan, Annuar Musa supaya beliau membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan, sebagai tabiat orang lemah.

Tuan Guru menegaskan jika pihak berkenaan merasakan handal, dia perlu melawan Pas kerana parti itu sudah bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir, 6 Disember ini.

``Ini tabiat orang lemah (dan) dia melemahkan orang lain. Berapa kali dah dia suruh saya letak jawatan, tak fasal-fasal menyebabkan saya bingkas dengan semangat melawan balik. Kalau dia handal, dia lawanlah, orang sudah siap (bersedia)...,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di rumah bekas DUN Pengkalan Pasir, Allahyarham Wan Abdul Aziz Wan Jaafar di Kubang Bemban, di sini hari ini.

Mengulas pandangan pemimpin BN itu supaya pengumuman calon yang bertanding dibuat secara serentak dalam satu majlis sama, Nik Abdul Aziz berkata, perkara tersebut terserah kepada Pas sebagai sebuah parti politik yang ada kemahuan sendiri.

``Pengumuman sekali ke, dahulu ke, terserah kepada pimpinan Pas. Kalau dia (UMNO) buat cepat, kita buat juga. Saya InsyaAllah umum sendiri...,'' katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, kebiasaannya nama calon akan diumumkan pada malam sebelum hari penamaan calon.

Annuar sejak sekian lama menggesa Tuan Guru meletakkan jawatannya sebagai MB dan juga membubarkan DUN Kelantan. Beliau seolah-olah yakin benar akan kekuatan Umno untuk merampas Kelantan dari tangan PAS andai kata Pilihanraya Negeri dijalankan setelah DUN dibubarkan. Pada hakikatnya Annuar hanya cuba menggunakan strategi perang saraf kepada rakyat Kelantan agar mereka kurang yakin dengan kestabilan kerajaan negeri.

Seluruh rakyat Kelantan masih ingat dengan kerja-kerja jahat Umno menumbangkan kerajaan PAS Kelantan pada tahun 1977 dengan membuat kacau bilau di Kelantan. Seterusnya Umno sejak akhir-akhir ini pula cuba untuk 'membeli' beberapa ADUN PAS supaya berpaling tadah kepada Umno dan seterusnya membuat usul undi tidak percaya di dalam DUN Kelantan. Tetapi sehingga kini Allah masih memelihara Kerajaan PAS Kelantan.


AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA YANG SERING DILANGGAR


AKTA 5 (AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954)

Beberapa Akta KESALAHAN PILIHANRAYA 1954 yang sering dilanggar membabitkan antaranya:-

i)Rasuah
ii)Penggunaan Kemudahan Awam / Kenderaan / Pelajar
iii)Perbelanjaan berlebihan
iv)Fitnah
v)Kekerasan

Tindakan yang perlu diambil:-
i)Mendapatkan bukti kesalahan samada bergambar atau.
ii)Membawa pegawai SPR sendiri disertai dengan peguam serta wakil calon menyaksikan bukti kesalahan.
iii)Membuat laporan polis bersama dengan Pegawai SPR.

Semua petugas PAS dikehendaki bersedia untuk menjalankan langkah-langkah di atas sekiranya berhadapan dengan situasi diatas.


MAKLUMAT DAFTAR PEMILIH DUN PENGKALAN PASIR


Daftar Pemilih
Jumlah Pengundi : 18411
Lelaki : 9173
Perempuan : 9283
Pengundi Pos : 195

Jumlah Pengundi mengikut Peti Undi
Peti Undi Banggol Chicha 2,257
Peti Undi Kubang Badak 1,517
Peti Undi Kubang Bemban 1,955
Peti Undi Kampung Bharu 1,677
Peti Undi Kg.Dangar 1,762(193 pos)
Peti Undi Pengkalan Pasir 2,058
Peti Undi Jalan Pasir Pekan 1,175( 2 pos)
Peti Undi Slow Machang 2,448
Peti Undi Kasa 2,471
Peti Undi Sakar 1,070


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59