Saturday, 12 November 2005

JAMUAN HARI RAYA PAS KAWASAN BUKIT KATIL 13 NOV



Bukit Katil 12 Nov : PAS Kawasan Bukit Katil akan menganjurkan majlis sambutan Aidil Fitri peringkat Kawasan pada jam 8.00 hingga 12.00 tengahari 13 November ini bersamaan hari Ahad bertempat di Pejabat PAS Kawasan di Kampung Bukit Katil. Demikian kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha PAS Kawasan, Encik Bahary Ramly.

Sehubungan dengan itu beliau bagi pihak PAS Kawasan menjemput seluruh kepimpinan PAS pelbagai peringkat dalam Kawasan Bukit Katil serta orang ramai agar hadir untuk sama-sama memeriahkan program ini.

Sementara itu pada masa yang sama juga majlis ini turut dimeriahkan dengan program Ihtifal PASTI Jaya Insan yang juga diadakan di tempat yang sama.


PK PENGKALAN PASIR : PEMIMPIN YANG KEJI DAN JAHAT MESTI DIDEDAHKAN KEBURUKAN MEREKA.



PASIR MAS 12 Nov. - Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil Hj Salamat Aman berkata, pemimpin yang keji dan jahat mesti dijauhi oleh rakyat. Bahkan kita dikehendaki supaya tidak cenderung kepada mereka apatah lagi menyokong mereka." Jadi tidak timbul masalah untuk memburukkan pemimpin Umno kerana perkara ini sememangnya penting dihebahkan supaya rakyat tidak cenderung dan menyokong pemimpin-pemimpin atau golongan yang sememangnya terbukti jahat dan zalim.

Haji Salamat berkata demikian ketika mengulas berita yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian yang menyatakan bahawa Pas terus menggunakan taktik lama mereka dalam pilihan raya apabila hari ini mendakwa akan mendedahkan kes-kes besar yang kononnya melibatkan pemimpin UMNO termasuk soal keselamatan negara pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir, 6 Disember ini.

Laporan itu juga menyebut bahawa Ketua Dewan Pemudanya, Salahuddin Ayub berkata, pihak PAS sedang mengumpul maklumat terperinci berhubung perkara tersebut yang akan didedahkan selepas penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir di sini, 27 November ini.

Beliau berkata, pendedahan itu membabitkan perbuatan tokoh UMNO termasuk dari Kelantan dan berjawatan menteri yang mengancam keselamatan negara serta menimbulkan masalah besar kepada institusi yang menjadi kebanggaan orang Melayu Islam.

``Institusi seperti Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) kini menghadapi masalah akibat kerja orang besar UMNO ini,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jentera Pemuda Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Pasir yang dihadiri lebih 1,000 petugas di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas di sini.

Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan dari Pas, Wan Abdul Aziz Wan Jaafar akibat kanser hati, pada 31 Oktober lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham menewaskan calon BN, Hanafi Mamat dengan majoriti 56 undi.

Salahuddin yang enggan mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara tersebut berkata, ia adalah antara `senjata sulit' yang akan digunakan Dewan Pemuda Pas pada pilihan raya kali ini yang disifatkannya pertarungan hidup dan mati bagi kedua-dua parti.

Beliau berkata, pihaknya juga mempunyai fail mengenai perlakuan buruk individu sama ada muda atau tua yang akan dicalonkan oleh BN pada pilihan raya kecil tersebut.

Menurut Salahuddin, tindakan mendedahkan peribadi buruk calon parti lawan tersebut dibuat kerana pihaknya mendapat maklumat BN akan menggunakan wang bagi membeli undi dengan membayar RM1,000 bagi setiap pengundi.

``Kita tahu UMNO Kelantan menetap sasaran mesti menang kali ini walaupun apa cara sekali pun termasuk menggunakan taktik kotor,'' ujarnya.

Kata beliau, Dewan Pemuda Pas akan mempertahankan DUN Pengkalan Pasir kerana ia akan memastikan parti itu dan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus memerintah Kelantan.

Dalam pada itu, beliau yakin calon Pas akan menang pada pilihan raya kecil kali itu dengan majoriti lebih banyak berbanding yang sebelum ini.

``Ini kerana kita tahu pengundi di Kelantan tidak akan mudah terpengaruh dengan pelbagai janji projek pembangunan yang dicanangkan oleh BN,'' katanya.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59