Friday, 11 November 2005

KRISIS KERUNTUHAN MORAK RAKYAT MALAYSIA


Durex adalah sebuah syarikat pembikin kondom antarabangsa. Setipa tahun syarikat ini menjalankan kajian yang dinamakan Durex Global Sex Survey. Tujuan kajian ini adalah untukmeneliti kecenderungandan gaya seks masyarakat dunia.

Di Malaysia Durex telah turut membuat kajian melibatkan 5,409 orang respondan. 72 peratus respondan terdiri dari mereka dalam lingkungan 21 ke 34 tahun manakala 15 peratus melibatkan mereka yang di bawah 20 tahun.

Dari kajian yang dibuat rata-rata para respondan menyatakan bahawa mereka telah mengadakan hubungan seks seawall usia 19 tahun! Di Malaysia sebagaimana yang kita tahu usia 19 tahun ini biasanya melibatkan mereka yang masih belum mendirikan rumah tangga lagi bermakna seawall usia 19 tahun anak-anak kita telah melakukan zina ataupun hubungan seks di luar nikah!

Dan diantara hasil kajian yang turut membimbangkan lagi adalah:

� 1 dari setiap 10 respondan mengakui pernah mengadakan hubungan sesama jenis atau homoseks
� 29 peratus pernah mengadakan hubungan seks dengan orang yang baru dikenali ataupun pelacur
� 14 peratus yang bernikah pernah mengadakan hubungan seks dengan bukan pasangannya
� 9 peratus pernah mengadakan hubungan seks bertiga ataupun threesome

Walaupun kajian ini dibuat oleh syarikat berkenaan untuk mempromosi produknya namun hasil kajiannya perlu kita berikan perhatian kerana ianya melibatkan isu nilai, moral dan masadepan masyarakat kita.

Hasil kajian ini membuktikan bahawa segala langkah dan sistem yang diperkenalkan kononnnya untuk melahirkan masyarakat bermoral dan bertaqwa jelas telah gagal dan sewajarnya dihumbankan ke longkang sahaja!

Sekiranya benarlah kajian ini mencerminkan budaya dan perlakuan masyarakat kita, bermakna kita berdepan dengan suatu krisis yang besar dan serius yang perlu ditangani segera sebelum ianya menghancurkan nilai dan pegangan agama yang selama ini kita pertahankan.

Allah swt berfirman dalam surah al Israa ayat 32:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya.
(Bukhari/Muslim)


PK PENGKALAN PASIR : PAS KEMPEN SEDERHANA DAN PILIH ANAK TEMPATAN



Pasir Mas 11 Nov : PAS akan memilih anak tempatan sebagai calonnya dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir, Kelantan serta menggunakan pendekatan sederhana dalam berkempen

Setiausaha Agungnya, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, penilaian teliti sedang dibuat untuk memilih calon yang sesuai.

“ Kita akan pastikan calon yang terpilih adalah orang yang boleh diterima oleh pengundi Pengkalan Pasir,” katanya ketika dihubungi di Kota Bharu.

Beliau menekankan, PAS akan berkempen secara sederhana dan berperingkat-peringkat untuk menyaingi kempen Umno yang semakin aggresif sekarang ini.

“ Kita tidak mempunyai kedudukan dan kemewahaan kewangan seperti Umno. Jentera dan kempen kita telah digerakkan secara berperingkat-peringkat sejak awal minggu ini,”katanya.

Beliau mengulas kehadiran ramai pemimpin-pemimpin Umno termasuk Timbalan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak di majlis sambutan Aidil Fitri Umno bahagian Pasir Mas hari ini.

Majlis yang diadakan di Stadium Mini Pasir Mas itu diserikan dengan penyanyi sensasi Mawi dan kumpulan nasyid Rabbani.

Sebelum itu tokoh-tokoh Umno lain seperti Datuk Mohd Ali Rustam dan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah “berkampung” di Pasir Mas bagi menghadiri pelbagai majlis amal.

Kamaruddin berkata, PAS percaya rakyat di DUN Pengkalan Pasir tidak mudah terpengaruh atau terpedaya dengan kebanjiran tokoh-tokoh Umno yang menghulurkan pelbagai janji, kemudahan dan bantuan kewangan itu.

Beliau yakin pengundi akan menilai dan meghargai prestasi serta rekod kerja wakil rakyat dan kerajaan PAS selama ini.

Setiausaha Agung PAS itu juga memberitahu satu mesyuarat penyelarasan jentera pilihanraya PAS Kelantan dengan PAS negeri-negeri lain akan diadakan malam ini.

“ Kita akan membincangkan soal pembahagian tugas di semua peti undi dan merangka strategi tindak balas bagi mengatasi kempen Umno,”ujarnya.

Mengenai kerjasama dengan parti pembangkang lain, Kamaruddin mengalu-alukan kesediaan Parti Keadilan Rakyat serta penasihatnya, Datuk,Seri Anwar Ibrahim untuk “ turun padang” membantu calon PAS.

Penamaan calon pilihanraya kecil Pengkalan Pasir akan dibuat pada 27 November ini dan pengundian pada 6 Disember. Pilihanraya ini diadakan berikutan kematian wakil rakyat PAS, Wan Abdul Aziz Wan Jaffar.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59