Monday, 7 November 2005

FOKUS PILIHANRAYA KECIL PENGKALAN PASIR : PENAMAAN CALON 27 NOV, PENGUNDIAN 6 DISEMBER



MELAKA Nov 7 (Bernama) - Penamaan Calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Pengkalan Pasir akan diadakan pada hari Ahad 27 November manakala pengundian akan dijalankan pada Selasa 6 Disember. Demikian kenyataan yang dibacakan oleh Pengerusi SPR,Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman hari ini di pejabat SPR Putra Jaya.


TARIF ELEKTRIK MUNGKIN NAIK TAHUN HADAPAN : SATU LAGI HADIAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL


KUALA LUMPUR 7 Nov : Sebuah akhbar arus perdana menyiarkan berita bahawa kerajaan membayangkan tarif elektrik akan dinaikkan awal tahun depan berikutan kos menjana kuasa yang semakin meningkat disebabkan kenaikan harga minyak dunia.

Kenyataan tersebut dibuat oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, yang berkata bahawa kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) ?terdesak? untuk menaikkan tarif elektrik. ?Kerajaan hanya dapat memberi jaminan tarif elektrik tidak akan dinaikkan sehingga hujung tahun ini, biarpun TNB terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi.

Dr. Lim bekata "bagaimanapun mungkin tidak dapat dielak (kenaikan tarif) pada masa depan. Jangan buat spekulasi bila (ia akan dinaikkan), saya yakin kita boleh cari jalan untuk menangani tekanan kewangan dihadapi TNB. Menjelang akhir tahun ini, saya perlu menyediakan kertas situasi...bukan kertas untuk menaikkan tarif (tetapi), bagaimana untuk mengatasi beban kewangan yang dihadapi TNB,? katanya kepada pemberita pada rumah terbuka Hari Raya-Deepavali Gerakan di sini semalam.

Dr Lim, yang juga Presiden Gerakan berkata demikian ketika diminta mengulas satu laporan berita yang memetik seorang penganalisis bahawa kerajaan hanya boleh bertahan untuk tidak mengenakan tarif baru elektrik sehingga pertengahan tahun depan walaupun dengan berbuat demikian ia mungkin tidak memberikan isyarat baik kepada pasaran.

Dalam laporan kewangan syarikat itu 31 Ogos lalu, TNB melaporkan peningkatan 27.4 peratus bagi kos minyak, berikutan harga purata arang batu naik kepada kira-kira AS$50 satu tan daripada AS$33 satu tan tahun lalu.

Daripada pendapatan tahunan syarikat itu kira-kira RM19 bilion, TNB menjana tunai kira-kira RM6 bilion daripada operasi ? satu angka yang hanya cukup untuk membayar hutang dan faedah. Bagi akhir tahun kewangan semasa, TNB mempunyai RM2.8 bilion tunai, jauh kurang daripada RM4 bilion ke RM5 bilion yang diperlukan bagi perbelanjaan modal.

BERSEDIALAH RAKYAT UNTUK MENANGGUNG BEBANAN DEMI BEBANAN YANG GAGAL DITANGANI OLEH KERAJAAN.

SESUNGGUH KERAJAAN YANG ADA SEKARANG ADALAH KERAJAAN YANG LEMAH YANG TIDAK MAMPU UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT. KERAJAAN SENTIASA MENAMBAHKAN BEBAN RAKYAT YANG SEMEMANGNYA SUDAH BEBAN YANG BERAT AKIBAT KENAIKAN HARGA MINYAK DAN BARANGAN KEPERLUAN.


FOKUS PILIHANRAYA KECIL PENGKALAN PASIR : PEMIMPIN UMNO MEMANG TAK TAHU MALU




Melaka 6 Nov. - Bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustapha Mohamad menyatakan bahawa Pas tidak sepatutnya berselindung di sebalik kelemahan mereka untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir dengan memberi alasan parti itu terpaksa berdepan dengan Kerajaan Pusat dan bukan UMNO bahagian dalam kempen pilihan raya kecil itu kelak.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata, adalah menjadi amalan biasa bagi pemimpin pusat turun membantu calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya, sama seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang itu.

Kenyataan di atas dipetik dari berita yang disiarkan oleh akhbar arus perdana hari ini.

Itulah pemimpin Umno yang dikira cerdik tetapi buta hati. Mereka tidak dapat membezakan yang mana jentera kerajaan dan jentera parti. Bagi mereka seluruh hak kerajaan itu merupakan hak Umno dan BN. Mereka boleh gunakan sewenang-wenangnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Pas tidak mudah mempertahankan kerusi DUN tersebut kerana parti itu berdepan dengan Kerajaan Pusat dan bukannya UMNO bahagian.

Seperti yang kita sedia maklum setiap kali pilihanraya samada pilihanraya kecil atau umum Umno/BN mesti menggunakan jentera kerajaan untuk membantu kempen mereka. Antara jentera yang sememangnya wajib digunakan adalah Jabatan Penerangan, KEMAS, Jabatan Pertanian, JKR, Jabatan Hal Ehwal Khas dan lain-lain lagi. Mereka ini langsung tidak rasa bersalah kepada rakyat dan kepada tuhan kerana penyalahgunaan tersebut.

Pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir akan diadakan berikutan kematian wakil rakyat Pas kawasan itu, Wan Abdul Aziz Wan Jaafar, Isnin lalu.

PAS sememangnya dari dahulu telah menyatakan kekesalan terhadap penggunaan jentera kerajaan dalam setiap kali pilihanraya. Perkara sepatutnya menjadi suatu kesalahan tetapi ianya hanya didiamkan oleh SPR dan pihak-pihak berwajib seperti BPR dan sebagainya.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59